Ikuti Blog ini



Sabanhari kita berdepan dengan pelbagai isu yang mencabar keintelektualan dan daya kesabaran diri. Malah adakalanya cabaran yang dilontarkan amat besar sehingga meminta daya ketahanan iman yang tinggi. Tengok saja isu persembahan nyanyian oleh Ella dan Mas Idayu di Kejohanan Bolasepak Piala Sultan Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi. Apa kaitan bolasepak dengan persembahan mengarut puak-puak ni! Ni macam cerita iklan jual kereta tetapi dipaparkan lebih banyak adegan perempuan separa bogel daripada gambar kereta.

Ada yang berkata apa salahnya berhibur sedikit sebelum pertandingan bolasepak bagi mententeramkan hati yang gundah gulana kerana isu kenaikan minyak dan harga barang. Soalan saya, lepas habis persembahan tu adakah telah terubat gundah gulana tu? Kadangkala kita ni terlalu terikut-ikut dengan cara orang yang tak beriman mencari ketenteraman jiwa sebab tu penyakit kita dengan mereka lebihkurang sama. Hidup sebagai seorang muslim mukmin tu mestilah “dipakej” dengan lengkap sempurna termasuk cara-cara nak menghiburkan hati. Ni tak, nak minta doa dan berkahwin cara Islam tetapi nak berseronok-seronok ikut nafsu serakah. Ella apabila ditanya oleh para wartawan tentang kaitan isu gejala sosial di kalangan remaja dan persembahannya, berkata bahawa remaja sekarang sudah cerdik dan dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk. Cerdik tengkorak apa bila setiap hari mereka yang jenis ni dok buang anak merata, bohjan bohsia tanpa penghujung, merempit siang malam, Al-qur’an dan masjid ditinggal jauh. Dan si Ella ni dengar khabarnya diminati oleh geng-geng Black Metal. Apa betui ke?

Saya ada meneliti buku panduan yang dikeluarkan JAKIM berhubung isu hiburan di dalam Islam. Cukup cantik kupasannya. Saya cadang kita semua pi ambik kat pusat Islam sorang satu lepas tu baca dan amal. InsyAllah bab-bab ni tak timbul lagi selepas ini. Pemuda PAS dan sapa pun yang mengaku Islam berhak untuk membuat teguran, bukan atas dasar benci tetapi kasih sayang kerana ini satu amanah. Jadi saya harap teguran ini dilihat di dalam konteks yang betul supaya tak ada puak yang akan mengambil kesempatan kelak.

Bab isu minyak naik harga ni pun tak kunjung reda. Semakin hari semakin terhimpit rakyat. Pemimpin UMNO/BN ni aku ingat tak ada hati perut betul. Rakyat gaji tak bertambah, kos meningkat jadi apa lagi helah mereka untuk terus hidup. Saya bimbang isu ini akan memusnahkan institusi kekeluargaan dan masyarakat kerana kehimpitan hidup. Anwar Ibrahim, kalau dah ada jalan nak ambil alih kerajaan persekutuan, silakan cepat sebelum kita semua punah ranah. Tambah bila dengar penerangan Pak Lah dan menteri-menteri tunggulnya, bertambah yakin saya saat-saat kehancuran kita makin dekat.

Anak Bapa: Pemuda PAS tak protes jikalau Alleycats membuat persembahan kerana kita dimaklumkan bahawa selain daripada Mas dan Ella, Alleycats juga dijemput. Ini menunjukkan bahawa PAS tidak menentang hiburan cuma ikon-ikon tertentu yang dikaitkan dengan budaya liar. Perkara ini tak siapa yang sentuh ……..aneh?

Himpunan 1 juta rakyat bertempat di Padang Timur PJ, 6 Julai



Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli yakin Protes dapat mengumpul sejuta rakyat negara ini kerana keadaan negara semakin gawat dengan berbagai-bagai masalah termasuklah politik kerajaan.

Tambahan pula katanya, sudah 15 hari rakyat terus menjalani kehidupan yang terhimpit sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Katanya, kemarahan rakyat semakin memuncak dengan demonstrasi membantah kenaikan minyak merata-rata tempat termasuk di Masjid Kampung Baru dan di Kajang.

Beliau juga meminta satu juta rakyat yang akan mengikuti perhimpunan itu memakai baju berwarna merah sebagai identiti rasmi membantah kenaikan harga minyak.

Oleh itu, katanya Protes kali ini dengan slogannya 'Protes Satu Juta Rakyat Turun' akan terus menyatakan siri bantahan terhadap kerakusan kerajaan di seluruh negara.

Ketika ditanya sebab Padang Timur dipilih sebagai lokasi perhimpunan, Dr Hatta berkata Protes mengambil kira keselesaan peserta himpunan dan ia berdekatan dengan sebuah tasik rekreasi.

"Orang ramai boleh datang dari beberapa arah tanpa kesesakan seperti dari lebuh raya persekutuan dan boleh menggunakan kemudahan awam LRT yang berhenti di Taman jaya," katanya kepada wartawan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Jelasnya, dalam perhimpunan itu pemimpin Pakatan Rakyat turut berucap kemudian diikuti tayangan media tentang senario kenaikan harga minyak yang akan memberi semangat dan kesedaran kepada rakyat.

"Di samping itu, kita akan menjemput beberapa artis serta mengadakan persembahan teater bergerak untuk menaikan semangat kepada para penyokong bantahan itu," katanya.

Apa yang penting Hatta menegaskan, perhimpunan itu sebagai satu mesej penting kepada Abdullah Badawi untuk menurunkan harga minyak.

Katanya, orang ramai pula tidak perlu risau dengan keselamatan di padang itu, kerana pihak penganjur akan menyediakan seramai 3,500 petugas keselamatan untuk mengawal cubaan provokasi oleh pihak tertentu.

Beliau juga menegaskan tidak berhasrat untuk memohon sebarang permit daripada pihak polis untuk perhimpunan itu.

Merujuk hari perhimpunan yang berubah, Hatta berkata hari Ahad cuti umum dan tidak ramai yang berniaga dan keadaan lalu lintas agak lengang.

"Jika tidak ada di kalangan peniaga merungut mereka kerugian ribu ringgit kerana perhimpunan oleh Protes," katanya.

Menjawab kenapa tidak membuat di tempat yang diputuskan sebelum ini iaitu KLCC, Hatta berkata, sasaran perhimpunan kali ini agak besar dan di kawasan padang berkenaan amat sesuai di samping memudahkan pihak keselamatan mengawal.

Semasa ditanya apa kemucak perhimpunan tersebut, Hatta berkata mereka akan membuat satu 'pengisytiharan' bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apa pengisytiharan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga penyelaras Protes berkata, himpunan itu juga sebagai satu insiatif Pakatan Rakyat bahawa mereka amat serius dalam menangani masalah rakyat.

Bagaimanapun, katanya untuk menggerakkan satu juta rakyat turun sama-sama membantah kenaikan minyak adalah satu cabaran yang besar.

"Kita tunjuk kepada kerajaan kita akan menggunakan hak demokrasi untuk mengubah nasib kita sendiri," katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama menyertai perhimpunan itu sebagai satu platform menyampaikan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan.

"Mereka mewakili golongan muda untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan memanipulasi isu minyak," katanya.

Seorang lagi penyelaras Protes S. Arultcelvan pula berkata, pada 6 Julai nanti rakyat telah membuktikan kepada kerajaan bahawa mereka menyahut cabaran Perdana Menteri untuk terus mengadakan perhimpunan bantahan.

Salahudin akan bentang usul kenaikan harga minyak di parlimen


Ketua Whip PAS di Parlimen, Salahuddin Ayub akan mengemukakan usul mengenai kenaikan harga minyak dalam sesi Parlimen akan datang.

Dalam usul yang difakskan kepada Harakhdaily itu beliau menyatakan kenaikan harga minyak setinggi 41 peratus yang diumumkan kerajaan itu tidak pernah berlaku di negara ini dan diumumkan secara mengejut, sedangkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyebut harga minyak tidak akan dinaikkan sehingga Ogos.

Katanya, kenaikan harga minyak ini dibuat dalam keadaan rakyat tidak membuat persediaan untuk menghadapi kenaikan harga minyak dengan mendadak.

Sehubungan itu katanya, kesan daripada tiadanya persediaan tersebut, ia menjadi kenaikan harga berantai dan membentuk tekanan inflasi yang amat ketara.

Jelasnya, dengan kenaikan harga bahan api, harga barangan pengguna dan perkhidmatan turut mengalami isu yang sama. Kos pengangkutan awam sama ada bas, teksi atau lori pengangkut barang telah meningkat.

"Kita tidak dapat menolak kehendak peniaga untuk menaikkan harga barang kerana peningkatan kos ini. Adalah suatu yang dangkal untuk kita bertegas supaya tambang kenderaan awam tidak dinaikkan atau harga barangan dan perkhidmatan tidak boleh dinaikkan.

"Mahu tidak mahu rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa kos kehidupan mereka telah meningkat lebih 30 peratus ekoran kenaikan harga minyak ini," katanya.

Sementara itu Salahuddin menegaskan, kerajaan telah mengambil sikap untuk tidak melayan permohonan gaji minimum oleh rakyat sedangkan kos hidup mereka lebih tinggi berbanding dahulu.

Katanya, dengan keadaan seperti itu, peningkatan kadar kemiskinan akan bertambah dengan mendadak di mana pendapatan RM1,000 tidak lagi dianggap miskin bahkan fakir bagi penduduk bandar.

Tambahnya dengan pendapatan RM1,000, kemungkinan besar rakyat yang berpendapatan RM1000 tidak dapat mengakses pendidikan dengan berkesan. Dengan ini katanya, generasi muda akan lebih terdedah kepada gejala sosial tekanan inflasi ini, manakala orang dewasa akan menghadapi tekanan emosi dan jiwa.

Keadaan ini katanya, amat berbahaya bagi sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

Justeru katanya, kesan kenaikan harga minyak adalah perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu dirundingkan segera. - mns_

6 Julai: Tarikh baru protes harga minyak


Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.

Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.


Anwar ucap tahniah kepada SAPP


Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian SAPP dan dua ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.

Saya telah mengadakan dua perbincangan sabelum ini dengan Dato Yong Tek Lee, presiden dan pimpinan SAPP.

Isu pokok adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban.

Jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah. Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil

Mahkamah putuskan kerusi Dun Sanglang dikosongkan


KANGAR, 18 Jun (Hrkh) - Mahkamah Pilihan Raya hari ini memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Bagaimanapun, semua keputusan sama ada Ustaz Hashim diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula dipulangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani semasa membaca penghakimannya memutuskan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan dibatalkan berdasarkan tuntutan pertama di dalam petisyen berkenaan.

Namun begitu, bagi tuntutan kedua iaitu mengisytiharkan Ustaz Hashim sebagai pemenang, beliau memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa berdasarkan Seksyen 35C dalam AKta Kesalahan Pilihan raya 1954 yang telah dimansuhkan pada tahun 2003.

Petisyen ini dikemukakan oleh Ustaz Hahsim selaku calon PAS yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut tetapi diisytiharkan kalah kepada calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.

Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.

Ustaz Hashim menamakan Pegawai Pengurus Pilihan raya Parlimen Arau, Mohd Daud Abdul Hamid, SPR dan Abdullah sebagai responden.

Ustaz Hashim diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin, Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin. Abdullah pula diwakili K. Jegathesan dan Albert Antoni.

Manakala Mohd Daud dan SPR di wakili Dato' Kamaluddin Md Said, Rozi Bainon dan Wan Roslan Wan Ismail. - mns _

Parlimen akan gempar dengan usul tidak percaya terhadap PM


KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab hari ini apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) didakwa akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Badawi dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya,ujar satu kenyataan yang tersiar dalam satu laporan hari ini.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen, iaitu Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Dato' Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) selain empat ahli dewan undangan negeri.

Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

Chua turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan khas di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada Abdullah berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, tetapi tindakan tidak dilakukan.

Selain itu beliau menyatakan tindakan menaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah menyebabkan rakyat miskin di Sabah khasnya menjadi miskin tegar.

Selain itu, beliau berkata selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan.

"Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Abdullah Ahmad Badawi.

"SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih," katanya. _

Masa untuk menukar kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat sudah tiba

Tue | Jun 17, 08

Difahamkan seawal November 2007 lagi, sudah dilontarkan kemungkinan kenaikan harga minyak dalam mesyuarat di antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan anggota exco kewangan kerajaan negeri dari seluruh negara.

Ketika itu, Abdullah dilaporkan sudah membayangkan bahawa subsidi minyak kemungkinan akan dikurangkan atau dihapuskan bagi mengurangkan bebanan kerajaan.

Justeru di kalangan penganalisis ekonomi menjangkakan harga minyak akan dinaikkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 12, namun ia segera dinafikan kerajaan.

Jika penarikan balik subsidi minyak dibuat sebelum pilihan raya, nescaya kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini, sudah lama pupus di muka bumi.

Tanpa menggunakan isu kenaikan harga minyak pun, Pakatan Rakyat sudah menang di enam negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dengan 82 kerusi Parlimen, mungkin jika harga minyak dinaikkan, BN akan 'totaly wiped out' ditolak rakyat.

Langkah menaikkan harga minyak secara mendadak, dengan menarik balik subsidi ini, merupakan langkah yang paling tidak popular, dibuat Abdullah dalam keadaan imejnya, BN dan Umno yang sudah tercalar dari perspektif rakyat.

Ianya merupakan langkah yang paling tidak bijak, yang bakal menunjuk jalan mudah bagi Pakatan Rakyat menumbangkan BN.

Kesan domino menyebabkan ekonomi menguncup

Dalam menguruskan soal ekonomi, Abdullah tidak keseorangan. Beliau dibantu seluruh anggota Kabinetnya, khususnya Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan di bawah JPM sendiri ada Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

Timbul pertanyaan di kalangan rakyat, tidakkah kerajaan membuat perbincangan atau perancangan serta mengkaji impak-impak ekonomi dengan menarik balik subsidi?

Apabila harga petrol dinaikkan RM0.78 sen seliter, diesel dinaikkan RM1.00 seliter, ianya menghasilkan kesan domino kepada ekonomi, di mana rakyat begitu merasai tekanan dan terbeban.

Kesan ketara ini, disusuli dengan kenaikan harga makanan, barangan keperluan harian, produk industri serta lain-lain menyebabkan rakyat semakin tertekan.

Tekanan ini menyebabkan ekonomi negara semakin menguncup.

Misalnya jika dilihat dari satu aspek, para peniaga gerai makanan mengadu pelanggan semakin tidak ramai, bila tidak ramai, peniaga akan mengurangkan pembelian bahan mentah. Jika tidak laku, peniaga terpaksa menutup gerai atau memecat pekerja.

Kesan pengurangan pesanan bahan-bahan mentah juga akan menyebabkan industri perkilangan terjejas.

Apabila kuasa beli rakyat berkurangan, perniagaan tidak laku, penghasilan produk yang tidak kompetitif dan ia juga akan menyebabkan indeks pengangguran serta inflasi yang mungkin meningkat.

Aspek ini belum lagi dikaji kesannya kepada bentuk perniagaan yang lain, industri perkilangan, industri pembuatan serta yang terbabit dalam sektor import eksport.

Secara keseluruhannya teori domino yang berlaku kepada ekonomi negara menjejaskan keseluruhan rakyat dari pelbagai sektor dan pekerjaan.

Kegelisahan rakyat dizahirkan tanpa selindung lagi. Di mana-mana sahaja, sama di masjid, pejabat, premis perniagaan, gerai makan, stesyen bas, di kedai kopi, hatta sehingga di pejabat Umno di PWTC juga, rakyat merungut tentang kelemahan PM menguruskan kesejahteraan rakyat.

Tiada kewajaran menyokong kerajaan yang lemah

Rakyat kini, tidak melihat kewajaran bagi sesebuah kerajaan yang juga antara negara pengeluar minyak, menyalahkan kenaikan ekonomi di peringkat global, untuk memujuk rakyat terus menyokong mereka.

Rakyat Malaysia adalah mereka yang matang berfikir serta membuat tindakan. Tahap kematangan yang tinggi ini diungkapkan melalui keputusan PRU lepas.

Rakyat tidak lagi mahu parti yang mempunyai 'solid' majoriti dalam kerajaan. Rakyat mahukan ketelusan serta 'check and balance' dalam pentadbiran negara.

Maka akibat dari kesan ekonomi yang tidak menentu ini, rakyat mula mempersoalkan, apakah pegawai-pegawai kerajaan di EPU dan Kementerian Kewangan tidak buat kerja dan tidak mengkaji kesan seburuk ini?

Atau pun mungkin, kertas kajian mengenai impaknya sudah disediakan, tetapi tidak dibaca atau tidak difahami oleh PM sendiri?

Atau pun mungkin Abdullah yang tidak memahami soal ekonomi, juga terkenal dengan sifat 'spoon feeding'nya, menerima taklimat silap yang diberikan oleh pegawai lulusan Oxford University, yang bukan mahir dibidang ekonomi tetapi major dalam bidang linguistik?

Kesilapan besar Abdullah ialah, beliau tidak disokong dengan kajian yang rapi serta mendalam dan jelas tidak mempunyai langkah pemulihan terancang bagi mengendalikan krisis kenaikan harga minyak dalam negara.

Apabila menerima bantahan menyeluruh di kalangan rakyat, kerajaan mula kelam kabut.

Langkah 'ad hoc' terdesak terpaksa diambil, tiba-tiba elaun anggota Kabinet dipotong 10 peratus, memberi rebet tunai, mengurangkan cukai pendapatan, membayar gaji dua kali sebulan dan entah apa-apa lagi hendak dilakukan.

Semakin banyak langkah 'ad hoc' dibuat, kerajaan menjadi semakin tidak popular.

Apabila tiada cara lain, kerajaan meminta rakyat berjimat cermat, kurang menggunakan kenderaan persendirian, sebaliknya menggunakan pengangkutan awam.

Cadangan kerajaan ini turut menerima rungutan rakyat, macamlah pengangkutan awam negara begitu efisyen.

Jika hendak dihurai soal kelemahan pengangkutan awam ini begitu banyak, ia memerlukan satu topik yang khusus.

Semua ini menimbulkan persepsi negatif rakyat, bahawa langkah 'ad hoc' yang dibuat Abdullah ini tidak akan berhasil. Keyakinan rakyat terhadap kerajaan sukar dipulihkan.

Rakyat bukan tidak boleh menerima kenaikan harga minyak, rakyat juga rasional. Tidak bolehkah Abdullah dan kerajaan membuat sesuatu dasar dengan perancangan yang teliti?

Tidak bolehkah langkah-langkah pemulihan dikemukakan secara terancang, dibentangkan bersekali ketika membuat pengumuman kenaikan harga minyak?

BN 'underestimate' kuasa rakyat

Atau mungkin juga kerajaan BN memikirkan rakyat Malaysia begitu baik dan tidak akan membuat bantahan yang boleh mengakibatkan mereka kehilangan kuasa.

BN sudah membuat kesilapan yang kedua, iaitu kesilapan yang lebih besar apabila mereka 'underestimate' kuasa rakyat.

Kesilapan pertama dilakukan pemimpin BN sewaktu menghadapi PRU ke 12. Mereka terlalu 'confident' untuk mengekalkan kuasa sehingga 'underestimate' pengaruh pembangkang di kalangan rakyat.

Hakikatnya pemimpin BN tidak menyedari bahawa sebarang bentuk kekangan ekonomi yang melampau akan membawa kesan politik yang buruk.

Kelemahan besar anggota komponen BN begitu terserlah apabila mereka terbukti gagal membawa kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi.

Rakyat semakin hilang keyakinan kepada BN. Keadaan negara sekarang ini membuktikan, persepsi bahawa hanya BN sahaja yang mampu memerintah sudah lenyap.

Rakyat bukannya hamba kepada kerajaan BN. Rakyat adalah tuan dalam negara. Tuan berhak menentukan masa depannya sendiri.

Tiada jalan lain untuk mengubah nasib rakyat, selain mengubah kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat.

Justeru, rakyat harus memberikan sepenuh kepercayaan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara dengan pembentukan Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat.

Jika 16 September 2008 terlalu lewat, rakyat boleh membantu Anwar menyegerakannya, dengan mengajak wakil rakyat mereka beramai-ramai berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Jika dalam Gerakan, MCA, SAPP, PBB sudah wujud perbincangan 'wajar atau tidak untuk meninggalkan BN', maka parti-parti komponen BN lain juga harus memikirkan opsyen ini.

Berubahlah, berhijrahlah demi kebaikan rakyat. Jika rakyat tidak menyokong mereka, nescaya mereka akan pupus tidak lama lagi.

Masa untuk menukar kerajaan sudah tiba._

Kenaikan Harga Minyak

Ajaran sesat Khairy

Sembang-Sembang


[ Copy this | Start New | Full Size ]

Tok Guru Nik Aziz sokong demonstrasi bantah minyak naik


"Ini adalah hak asasi rakyat (minyak), kalau kerajaan tidak mahu rakyat berdemontrasi, janganlah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak rakyat". Begitulah kata-kata Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat bila ditanya tentang siri-siri demontrasi membantah kenaikkan harga minyak.

Rakyat diserata negara digesa untuk berani tampil menunjukkan ekpresi bantahan kepada Kerajaan BN atas kegagalan mereka menguruskan ekonomi negara. Minyak merupakan isu penting yang mempengaruhi kehidupan rakyat.

Setiap sen kenaikkan pasti akan mempengaruhi kadar perbelanjaan terhadap pembelian barangan lain di pasaran yang turut melambung naik. Minyak menjadi akar kepada penghasilan bahan kegunaan dan dagangan di pasaran.

Maka, kerajaan haruslah sedar bahawa langkah kenaikkan sebanyak 78 sen dan RM 1 minggu lepas adalah satu langkah yang melampau kerana ianya menyebabkan ekonomi negara menghampiri jurang inflasi melampau.

Rakyat digesa untuk bangkit dan menekan kerajaan agar mendengar pandangan dan juga tuntutan.

Hari ini sahaja, demontrasi terbesar yang pertama akan diadakan di ibu kota dari Masjid Kg. Baru hingga ke Suria KLCC. Ribuan rakyat dijangka hadir bagi membantah kenaikkan.

Apa yang menarik dalam kisah kenaikkan harga minyak ini berbanding isu demokrasi adalah tentang hubungannya dengan rakyat yang lebih mudah difahami dan terkesan pada semua. Jika isu Bersih dahulu, tuntutan pilihanraya bersih lebih kepada dekat kepada mereka yang mengerti hak asasi mereka secara khusus dalam konteks politik.

Tetapi kali ini, isu minyak mendekati semua pihak dan mengoncang kemarah yang tidak dapat di bendung. Walaupun begitu, rakyat masih berfikir waras dan mengamabil langkah berdemontrasi bukannya berevolusi sebagaimana yang berlaku dinegara lain.

Demontrasi adalah sebahagian dari bentuk demokrasi dan rakyat berhak untuk berjalan di mana sahaja dalam negara ini untuk menyatakan tuntutan mereka.

Bukan sahaja rakyat, malah pegawai kerajaan, Polis, tentera dan sebagainya berhak untuk turut sama bagi kita menzahirkan apa yang telah lama kita simpan.

Mencari solusi terhadap isu ini adalah satu tanggungjawab, dalam masa yang sama kita juga perlulah berusaha menekan kerajaan agar menurunkan harga terlebih dahulu sebelum ekonomi negara dilanda inflasi yang lebi teruk.

Kita tidak mahu, pada masa akan datang memiliki terlalu banyak wang tetapi hanya mampun memberi sedikit barang. Kuasa beli kita merundum jatuh, barangan semakin mahal dan para pengusaha tidak berani lagi keluarkan produk mereka pada skala yang besar mengikut permintaan.

Jadi, mari kita berdemontrasi. Jangan takut, jangan gusar. Ini hanyalah sebahagian dari bentuk reaksi rakyat yang harus diterjemahkan agar Kerajaan BN faham tunutan kita.

Sumber: www.pas.org.my

Lain-lain





Anwar Ibrahim
















Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .