Sudah menjadi lumrah umat Islam di Malaysia kedatangan ramadhan disambut meriah dengan pengisian di masjid-masjid dan surau.Bagi yang jarang nampak di surau pun akan muncul seolah Terawih di surau itu yang ditunggu-tunggu.Itu satu perkembangan yang amat baik dan wajar diteruskan dibulan-bulan yang lain.
Tapi bukan di masjid dan surau saja yang meriah,di bazaar ramadhan tidak kurang hebatnya.Bagi peniaga barangkali ini peluang untuk menambah wang saku untuk keluarga.Eloklah tu.Bagi pembeli pula mungkin ingin mempelbagaikan sedikit juadah untuk berbuka,tak apalah.Namun apa yang penting bagi kita janganlah berlebihan dalam berbelanja.Tidak perlulah sampai lima atau enam j
enis juadah yang dibeli untuk berbuka.Yang kebiasaannya akan banyak tersisa dan berlaku pembaziran.
Ramadhan adalah bulan tarbiyyah bukan untuk menurut kehendak nafsu dalam berbelanja semata-mata kerana kita mampu.Cubalah kita fikir golongan fakir dan miskin yang barangkali tidak mampu untuk mendapatkan juadah sehebat kita setiap kali berbuka atau dihari-hari yang lain.Perlulah kita menginsafi aga
r kita saling bantu-membantu pada yang kurang mampu dalam hidup ini.
Kadang-kadang dalam masyrakat kita ini ataupun jiran-jiran kita sendiri sukar untuk meneruskan hidup kerana pada zahirnya mereka tenang dan ceria tapi dihati hanya Allah yang tahu.Mereka hanya boleh memandang orang lain berbelanja sedang mereka hidup sekadar mampu.
Itulah pentingnya kita mengambil berat pada jiran tetangga atau orang lain dan menyelami kesukaran mereka di bulan yang mulia ini.Rapatkan ukhwah sesama kita,cari dan bantulah saudara kita yang memerlukan daripada kita berbelanja mewah di bazaar ramadhan!
Selamat berpuasa!
Ikuti Blog ini
Ramadhan bukan pesta berbelanja! ,Jumaat, September 05, 2008 at 5.9.08,
Tokoh wartawan, Tan Sri A Samad Ismail meninggal dunia , at 5.9.08,

Tokoh kewartawanan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada 5.58 petang semalam kerana jangkitan paru-paru.
Menurut laporan Bernama, Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.
Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.
Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.
Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat, menurut menantunya Azmi Ansar.
Politik ugut Abdullah untuk sekat kerajaan baru ,Khamis, September 04, 2008 at 4.9.08,

Mahfuz Omar
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius kenyataan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawaan 2009 yang bertegas tidak akan melepaskan kerajaan kerana mandat telah diberikan rakyat kepada BN.
PAS berpandangan kenyataan ini adalah lambang sikap tidak demokratik Abdullah Badawi yang tidak mahu mengakui bahawa beliau sudah kehilangan kepercayaan parlimen untuk terus mengetuai kerajaan.
Jadi pendekatan yang berbau ugutan cuba digunakan ke atas wakil rakyat yang berhasrat meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.
Kenyataan Pak Lah untuk terus mempertahankan kerajaannya itu telah ditafsirkan oleh pemerhati politik bahawa beliau akan menggunakan undang-undang darurat untuk mengisytiharkan MAGERAN atau membubarkan parlimen jika BN kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.
Ini merupakan satu amalan politik yang tidak sihat dan terlalu gilakan kuasa. Apabila seseorang perdana menteri sudah tidak diyakini oleh penyokong sendiri, mereka mesti berundur, bukannya mengugut wakil rakyat supaya tidak melakukan sesuatu.
Bahkan, tindakan mereka yang hendak berhijrah " melompat " parti adalah suatu yang demokratik jika ia dilakukan dengan tujuan yang baik. Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah supaya wakil mereka membela kepentingan rakyat, dan wakil-wakil rakyat BN mendapati BN bukanlah wadah untuk membela rakyat, sebaliknya untuk kroni dan keluarga Perdana Menteri. Untuk melaksanakan mandat rakyat mereka perlu berhijrah kepada Pakatan Rakyat dan meninggalkan BN.
Pak Lah cuba juga menggambarkan bahawa beliau berupaya untuk mendaruratkan negara ini atau membubarkan parlimen, sedangkan ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Pak Lah seolah-olah cuba memberi tahu rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju dengan caranya dan Baginda akan tunduk dengan kehendak beliau.
PAS percaya bahawa Tuanku tidak akan mudah diperalatkan oleh BN dan PAS sangat berharap supaya Tuanku boleh memainkan peranan penting dalam menamatkan krisis politik ini.
BN cuba menjadi Yang di-Pertuan Agong sebagai alat politik mereka dengan menyuruh Tuanku membubarkan parlimen. Perkara ini tidak akan berlaku kerana Baginda terkenal dengan kebijaksanaan dalam pentadbiran seperti yang berlaku dalam krisis politik di Terengganu selepas pilihan raya lalu.
Tidak menjadi satu kesalahan untuk bertukar parti kerana ia adalah hak setiap wakil rakyat.
Tidak munasabah untuk seorang wakil rakyat berdegil dengan partinya walau tahu partinya sudah rosak. Bahkan, Umno/BN sendiri sudah beberapa kali melakukan perkara yang sama dalam menjatuhkan kerajaan.
Pada 1961, Umno membeli wakil rakyat PAS untuk menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu. Pada 1967, Umno melakukan sekali lagi di Kelantan, tetapi gagal. Kemudian pada 1994, kerajaan PBS di Sabah dijatuhkan dengan cara yang sama.
Adakah apabila giliran Umno melakukannya ia adalah demokratik, apabila parti lain yang ingin menjatuhkan BN demi untuk perubahan masa depan negara, maka ia dianggap tidak demokratik.
Jika demikian mengapa Umno/BN melakukannya di Kelantan pada 2004 dan Tajol Rosli melakukan di Perak menjelang 31 Ogos baru-baru ini?
Umno bertegas bahawa perbuatan memujuk wakil rakyat BN ini suatu perkara yang tidak bermoral, tetapi mereka sendiri melakukannya. Bukankah Umno juga berusaha memujuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyokong BN dalam isu muzakarah.
Bermoralkah Umno? Umno patut menilik pada diri sendiri sebelum mengatakan tindakan orang lain sebagai tidak baik. Pakatan Rakyat memujuk wakil BN berpindah kem adalah untuk kebaikan rakyat setelah BN terbukti gagal membela kepentingan rakyat. Sedang BN membeli wakil rakyat pembangkang untuk kepentingan dan survival politik sempit mereka.
PM juga sedang melakukan ugutan dengan menakutkan wakil rakyat BN. PM ini berusaha untuk melakukan ugutan yang baru iaitu melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Dua agensi kerajaan ini sudah diarah untuk menyiasat mana-mana wakil rakyat yang terlibat dengan rasuah atau melarikan diri daripada membayar cukai. Mereka akan didakwa jika cuba melompat daripada BN.
Persoalannya, apakah apabila seseorang itu kekal dengan BN, dia mempunyai imuniti daripada undang-undang, sedang bila keluar sahaja, maka undang-undang akan berkuat kuasa ke atasnya.
Inikah yang dikatakan keadilan untuk rakyat? BN bukan sahaja mengugut wakil rakyat mereka demi kelangsungan kuasa Pak Lah, tetapi turut memermain-mainkan undang-undang.
Kerana itu, wakil rakyat BN yang ingin menyertai Pakatan Rakyat, mereka mesti melakukan dengan segera supaya kerajaan BN terus tumbang dan tidak lagi dapat memperalatkan jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka.
PAS berharap kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat memainkan peranan untuk melindungi wakil-wakil rakyat BN yang ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat bagi menjayakan pembentukan kerajaan baru bagi negara Malaysia yang lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara dan prihatin terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat.
Ahli Parlimen Pokok Sena,Ketua Penerangan PAS Pusat.
Cakap Pak Lah ‘dok pakai’, Mercedes akan terus diguna pakai. , at 4.9.08,
walaupun Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ia akan digunakan untuk pelancong VVIP dari luar negeri.
Sumber dalaman memberitahu kenyataan Abdullah tersebut adalah tidak munasabah kerana berapa orang pelancong VVIP dari luar negeri yang akan datang ke negeri Terengganu.
Oleh yang demikian, kereta-kereta tersebut tidak akan disimpan dibawah garaj sambil menunggu kedatangan pelancong VVIP, tetapi sebaliknya akan terus digunakan.
Menurut sumber itu lagi, empat Belas Buah Mercedes tersebut juga tidak akan dijual kerana nilai kereta tersebut telah berkurangan kerana ia telah digunakan oleh pihak ‘exco’.
Justeru dengan keputusan kerajaan negeri itu menjadikan kenyataan Abdullah berkenaan kereta tersebut adalah hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak akan diguna pakai oleh pihak kerajaan negeri.
Laporan kedua Mazlan terhadap PM, Najib , at 4.9.08,

Bekas exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kedua kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan rasuah membabitkan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau membuat laporan tersebut kepada pegawai BPR Kuala Lumpur selama kira-kira 1 jam 30 minit, mulai jam 9.30 pagi tadi.
Mazlan ditemani ketua Umno cawangan Bandar Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah.
Beliau juga menyerahkan gambar menunjukkan Abdullah berucap di satu majlis anjuran Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 10 Julai lalu.
Ucapan itu dibuat di depan ketua bahagian, cawangan dan tiga sayap Umno dari seluruh negara di ibu pejabat parti itu.
Di majlis tersebut, Abdullah menyatakan kesediaannya menyerahkan tugasnya kepada Najib pada pertengahan 2010.
"Saya juga memberikan dokumen berupa surat yang ditulis ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Abu Zahar Hashim kepada setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mazlan berkata, BPR perlu menyiasat laporan tersebut kerana ia merupakan satu kes yang serius.
Katanya, beliau telah diberitahu oleh pegawai BPR bahawa laporan awalnya kini berada dalam perhatian orang atas BPR.
Sebulan lalu, Mazlan juga telah membuat laporan kes tersebut di pejabat BPR Kuala Lumpur.
Ditanya langkah seterusnya, jika tiada sebarang tindakan diambil terhadap laporan keduanya, Mazlan berkata: "Kita tengok dulu."
Dalam suratnya, Zahar berkata, tawaran jawatan Abdullah kepada timbalannya dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang, merupakan sejenis "rasuah politik peringkat tertinggi."
"Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," kata Zahar dalam suratnya itu.
Terdahulu dari pertemuan itu, kata Zahar lagi, Abdullah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.
"Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.
"Isu ini telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya dalam surat tersebut.
Dr Osman tampil pertahan laporan kes liwat , at 4.9.08,
Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu.
Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya - M Puravelan dan Yusri Kamaruddin - mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.
Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.
"Saya tidak terbabit dalam politik, saya akan sentiasa bercakap benar," kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.
Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.
Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.
Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.
Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.
Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.
Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.
Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.
Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.
Saya adalah doktor yang mengesahkan akuan berkanun bertarikh 1 Ogos 2008.
Saya telah membaca akuan berkanun yang telah disiarkan di laman web Malaysia Today. Saya mengesahkan bahawa ia adalah salinan asli akuan berkanun saya. Saya kini mengesahkan bahawa kandungan akuan berkanun itu adalah benar.
Saya telah pergi bercuti. Saya merasa amat tertekan. Saya kini telah kembali ke Malaysia. Terdapat banyak kenyataan media di Malaysia yang dibuat oleh pelbagai individu.
Sesetengah daripada kenyataan tersebut telah memberi gambaran buruk terhadap profesyen dan diri saya. Saya ingin memberi jaminan bahawa saya hanyalah menjalankan tugas saya sebagai seorang doktor. Saya tidak terbabit dalam politik. Saya sentiasa akan bercakap benar.
Saya tidak pernah pada bila-bila masa pun melanggar etika profesional saya. Saya sentiasa mengamalkan kerahsian antara doktor dan pesakit.
Kedah larang penyanyi wanita… ,Rabu, September 03, 2008 at 3.9.08,

Seperti di Kelantan yang dikuasai PAS, kini tiada lagi persembahan penyanyi perempuan dibenarkan di Kedah, kata exco kerajaan negeri Dr Ismail Salleh hari ini.
“(Penyanyi) perempuan memang kita tidak terima 100 peratus (untuk kelulusan permit hiburan).
“Tetapi kalau persembahan itu khas untuk orang perempuan sahaja tidak mengapa,” kata Dr Ismail, pengerusi jawatankuasa tetap kesihatan, penerangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangunan insan Kedah.
Beliau yang juga wakil rakyat Alor Mengkudu berkata, suara perempuan sebahagian daripada aurat.
“Kalau bersyarah lainlah,” katanya kepada Malaysiakini, apabila diminta mengulas larangan sepenuhnya konsert di negeri itu yang kini bawah pentadbiran PAS.
Menurut Dr Ismail, perkara itu ditegaskan kembali dalam mesyuarat exco negeri Rabu lepas setelah diputuskan kira-kira dua bulan membentuk kerajaan selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat, Mac lalu.
Keputusan itu, tambahnya, antaranya berdasarkan garis panduan hiburan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang disifatkannnya “cukup cantik” dan bersetuju sepenuhnya dengan isi kandungannya.
Sebelum ini, tambahnya, keputusan politik sudah jelas cuma di peringkat pentadbiran “agak berat dan perlahan” untuk dilaksanakan.
Dr Ismail berkata polis dan pegawai di pejabat daerah “tidak sebulu” dengan larangan itu kerana telah 50 tahun bekerja dengan bawah kerajaan BN negeri.
Kedua-dua badan kerajaan ini bertanggungjawab terhadap permit hiburan, katanya.
Dr Ismail turut menjelaskan, pengharaman turut melibatkan persembahan lain yang memberikan kesan negatif golongan remaja bukan sahaja empat jenis muzik yang dilaporkan Jumaat lepas – reggae, pop, rock dan dangdut.
“(Empat jenis muzik) itu hanya contoh,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Dr Ismail lagi, pengharaman tersebut buat masa ini hanya diguna pakai untuk tempat terbuka.
Acara persembahan pentas lain seperti tarian pula digalakkan untuk kanak-kanak sekolah bagi menggantikan penari dewasa kerana belum akil baligh, kata Adun PAS itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan menulis surat kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Razak berhubung pengharaman itu, esok.
“Kita ingin berbincang dengan kerajaan negeri tentang keputusan itu,” kata pengurusnya Ahmad Abdullah.
Karyawan juga menggesa kerajaan Kedah memperhalusi lagi larangan tersebut.
Ia juga mencadangkan sebarang keputusan berhubung isu-isu seni dan hiburan mestilah melibatkan kumpulan seniman.
Tazkirah warnai Ramadan di Kelantan , at 3.9.08,

Kemudian pada 12 tengahari tazkirah diadakan pula di Masjid Kota Darulnaim yang juga disampaikan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun pada sebelah petang Menteri Besar mendengar takzirah disampaikan Mudir Pondok Sungai Durian, Dr Abdul Basit Abdul Rahman.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri, anggota-anggota Exco dan pegawai kerajaan negeri.
Dr Abdul Basit berkata, Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat.
"Ramadan diambil dari makna musim panas. Nabi Muhammad saw memanggilnya sebagai bulan Ramadan. Kita digalak menganjurkan majlis berbuka puasa terutamanya untuk fakir miskin dan mereka yang kurang berkemampuan," ujar beliau.
Pada majlis tersebut 30 anak yatim dari Asrama Bakti Batu 25, Machang diraikan pihak penganjur iaitu Jabatan Integriti Negeri Kelantan.Pakatan Rakyat pulihkan SAR di Perak , at 3.9.08,

Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengembalikan semula bantuan per kapita berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadhan , sedikit masa lagi.Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ust Misbahul Munir Masduki sebagai mengulas satu laporan Bernama yang telah menyebut tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.
Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.
Ikuti ulasan dan penjelasan beliau selanjutnya dilaman blognya yang baru di lancarkan hari ini.
Nik Aziz yakin kerajaan baru bakal ganti BN , at 3.9.08,

KOTA BHARU, 3 Sept - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara sejak lebih 50 tahun akan diganti kerajaan baru.
Menurutnya, perubahan itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah.
"Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam.
"Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, hari ini.
Isu 16 September ternyata menjadi hambatan besar kepada pemimpin-pemimpin Umno dan BN sehingga mereka mengangggap sebagai gimik politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Malah mengikut laporan terbaru 43 anggota parlimen BN sudah menyatakan komitmen akan meninggalkan parti itu bagi menyertai Pakatan Rakyat dalam misi menubuh kerajaan baru di Putrajaya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, bagi mengelakkan masyarakat sentiasa memperbesarkan isu perkauman beliau berhasrat menunaikan solat di masjid pelbagai budaya di Rantau Panjang sempena Ramadan ini yang diimamkan Cina Muslim.
"Dalam bulan ini saya bercadang menunaikan solat di Masjid Pelbagai Budaya yang mana imamnya orang Cina Muslim. Saya mahu menjadi makmum di belakangnya," ujarnya.
Beliau berkata, perkara itu dilakukan bertujuan meredakan semangat perkauman yang tidak berkesudahan dalam masyarakat sehingga sekarang.
Sedangkan katanya umat Islam mempunyai gurunya iaitu Nabi Muhammad saw, namun mereka lebih berbangga dengan fahaman yang dibawa bangsa lain.
Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Islam sejak awal lagi Islam tidak memberi ruang kepada isu perkauman kerana Islam mahu merapatkan hubungan sesama bangsa.
"Saya sentiasa sebut, kalau Allah yang buat rupa paras manusia termasuk Cina atau Melayu sama sahaja sudah tentu tidak akan mengenali antara satu sama lain," ujarnya.
Beliau berkata, sebenarnya masalah perkauman berpunca akibat penjajahan Eropah yang berlaku sejak beratus tahun lalu.
Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan pihak berwajib mengenakan tindakan yang berat terhadap peniaga mercun bagi mengelak berulangnya kecederaan yang menimpa kanak-kanak.
Katanya, masalah itu berpanjangan sejak sekian lama dan tidak pernah selesai kerana tiada tindakan tegas kerajaan bagi menanganinya.
Beliau diminta mengulas kejadian yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak dari Rantau Panjang yang cedera akibat bermain mercun malam tadi.
Kanak-kanak berkenaan difahamkan merupakan mangsa mercun pertama di Kelantan.Abdulllah digesa letak jawatan, contohi PM Jepun , at 3.9.08,

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan tindakan Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda yang meletakkan jawatan kelmarin setelah gagal mewujudkan kestabilan politik kepada rakyat negara itu. Fukuda menyifatkan tidakannya itu adalah demi kepentingan rakyat Jepun setelah gagal melaksanakan beberapa dasar negara kerana Dewan Rendahnya dikuasai pembangkang.
DPP Pusat melihat tindakan Fukuda ini bukan sahaja matang, bahkan lebih demokratik setelah menyedari kerajaan pimpinannya gagal mendapat kepercayaan dewan perundangan.
Telah menjadi kebiasaan bagi para pemimpin di negeri-negeri maju di mana mereka akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul dalam pentadbiran negara yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat.
Di Jepun sendiri, perletakan jawatan seorang perdana menteri bukanlah suatu perkara yang aneh.
Begitu juga di Barat, pemimpin politik akan segera melepaskan jawatan jilka mereka dikaitkan dengan apa-apa skandal yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat.
Inilah sikap matang dan terbuka yang diamalkan oleh pemimpin politik yang ingin melihat kemajuan negara dan kepentingan rakyat lebih diutamakan daripada mengisi tembolok sendiri.
Di Malaysia, budaya ini tidak berlaku, bahkan para pemimpin BN terus berdegil untuk kekal berkuasa walaupun telah ditolak oleh rakyat.
Sudah banyak skandal yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara yang didedahkan tidak diambil tanggungjawab oleh pemimpin BN.
Yang paling jelas ialah mesej yang disampaikan oleh rakyat dalam Pilihan raya Umum ke-12 baru-baru ini.
Lima buah negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN turut hilang majoriti dua pertiga.
Desakan untuk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur bukan sahaja datang dari rakyat dan parti pembangkang sahaja, bahkan dari dalam Umno dan BN sendiri.
SAPP, sebuah komponen BN dari Sabah secara terang-terangan menyatakan tidak percaya kepada Abdullah Badawi, manakala bekas Perdana Menteri telah keluar Umno untuk mendesak Perdana Menteri berundur.
Malangnya, pemikiran feudal dunia ketiga yang mengokong Abdullah Badawi menyebabkan beliau terus bertahan.
Sebab utama ialah supaya keluarga dan kroninya mendapat peluang mengaut kekayaan negara, manakala rasuah terus berleluasa. Rakyat terus ditindas dengan pelbagai dasar yang membebankan.
Kini, Permatang Pauh pula menghantar mesej yang lebih jelas kepada Abdullah Badawi bahawa kepemimpinannya sudah tidak relevan dan beliau mesti berhenti segera.
Jika beliau tidak mahu mencontohi pendekatan perdana menteri Jepun, rakyat negara ini akan terus menderita oleh dasar-dasar yang mengutamakan kroni dan keluarga.
DPP Pusat mendesak Abdullah Badawi supaya mencontohi keterbukaan pemimpin Jepun itu.
SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Juara Akademi Nasyid pohon bimbingan ulama untuk kerjaya seninya , at 3.9.08,

KUALA LUMPUR, 3 Sept - "Kemenangan saya ini bukan hanya milik saya seorang tetapi kemenangan untuk semua pejuang Islam. Insya-Allah misi dan visi saya ialah kerana Allah di samping akan terus mendapat bimbingan para ulama dalam meneruskan kerjaya seni saya,"itu antara kata-kata awal juara Akademi Nasyid, Azhan Atan.
Azhan, 35, yang ditemui selepas program Simfoni Merdeka 08 anjuran Masjid As-Syakirin, KLCC, menyatakan selepas kemenangan dalam program realiti itu beliau meletakkan konsep kebajikan dalam setiap persembahannya.
"Saya meletakkan konsep ' beramal kerana Allah itu syiar kami' dalam setiap persembahan saya akan datang,"katanya penuh optimis.
Memandangkan buat masa ini beliau belum terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, beliau bebas mengadakan persembahan di mana-mana selagi persembahan tersebut tidak melanggar etika dan kesopanan.
Sepanjang menyertai program itu Azhan sama sekalitidak pernah bermimpi trofi dan ganjaran bernilai RM100,000 itu akan menjadi miliknya.
Kelunakan suaranya bukan sahaja memikat juri dan penonton yang sanggup mengundi melalui sistem pesanan ringkas(SMS), malah turut menarik perhatian komposer untuk menyumbangkan lagu untuknya.
"Sebanyak 19 lagu baru telah diberikan kepada saya sebelum saya masuk ke peringkat akhir Akademi Nasyid. Bagaimanapun saya belum sempat menilai lagu tersebut satu persatu. Saya berterima kasih kepada komposer-komposer tersebut kerana sudi menyumbangkan lagu-lagu mereka untuk saya nyanyikan,"katanya yang turut mendapat tempat di hati komposer terkenal seperti Ramli Sarip, Usop Kopratasa, Yassin dan Farihin Abdul Fatah.
Jelas anak jati Johor ini, beliau juga bernasib baik dan beruntung apabila komposer seperti Ramli Sarip sanggup memberi nasihat dan bimbingan kepadanya sepanjang beliau di Akademi Nasyid.
Tambah Azhan, bakatnya dalam nyanyian telah dibina 15 tahun lalu apabila beliau sering membuat persembahan dalam setiap program yang disertainya. Namun kemenangannya sebagai juara Akademi Nasyid menyerlahkan lagi bakat yang ada pada dirinya
"Kebanyakan yang mengundi saya adalah rakan-rakan yang telah mengenali saya sejak dahulu lagi dalam setiap program-program yang saya sertai seperti Jambori Amal. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong saya selami ini
"Kejayaan saya hari ini juga berkat dorongan isteri dan anak-anak ," jelas bapa kepada empat anak ini.
Bercerita mengenai perjalanan seninya, jelas Azhan, buat masa ini beliau menjalani kontrak dengan TV9 selama setahun dan akan mengikuti segala persembahan yang diatur stesen TV tersebut.
Bagaimanapun katanya, ini beliau tetap akan menumpukan kepada program rutinnya setiap tahun untuk menyemarakkan Ramadan.
43 MP Barisan Nasional sertai Pakatan Rakyat? , at 3.9.08,

KUALA TERENGGANU, 3 Sept - Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diramalkan semakin goyah menjelang 16 September 2008 ini.
Ahli-ahli Parlimen BN yang 'didakwa' akan menyertai kerajaan baru Pakatan Rakyat bukan lagi omong-omong kosong dan bakal menjadi kenyataan.
Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa yakin Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dapat merealisasikan peralihan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan.
Ini kerana, katanya dengan penyertaan semula Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Parlimen setelah 10 tahun dinafikan lebih menyakinkan Pakatan Rakyat.
"Kita (KeADILan) yakin akan dapat realisasikan rancangan peralihan kerajaan kepada Pakatan Rakyat dengan kemasukkan semula Dato' Seri Anwar ke dalam Parlimen sekarang.
"Kita juga lebih yakin dengan senario itu kerana daripada sumber-sumber tidak rasmi kini sudah ada seramai 43 Ahli Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk di kalangan MP Terengganu," jelasnya ketika dihubungi (Gambar - Fariz Musa)
Menurutnya, desas-desus tanggal 16 September tersebut bukan lagi cakap-cakap kosong yang tidak berasas tetapi akan menjadi realiti.
Mengulas kejayaan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berjaya memenangi pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar adalah kerana kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
Katanya, kejayaan Anwar ke Parlimen dianggap sebagai satu isyarat bahawa perubahan bakal berlaku dan PKR akan terus berkembang dalam negara ini.
Usaha PAS tingkat bidang pendidikan dihalang pihak berkuasa , at 3.9.08,
Hulu Terengganu - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata PAS tidak pernah ketinggalan dalam menyediakan bidang pendidikan yang bermula seawal pra-sekolah, sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat Universiti.
|
|








