
Keputusan Rasmi
Pas - 32,883
BN - 30,252
Bebas - 193
Majoriti - 2,631
Suasana di sekitar stadium semasa menunggu keputusan P036.



Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut dipercayai kini telah mempunyai undi yang selesa untuk menang kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Difahamkan, beliau telah memperolehi majoriti yang selesa berdasarkan pengiraan tidak rasmi.
8.57pm- Setakat ini, PAS memperolehi 27, 960 undi
8.35pm:- PAS mendahului 2,132 undi - PAS (26,971), BN (24,839), Bebas (152).
Calon BN berkira-kira dan berfikir untuk hadir atau tidak pada majlis pengumuman keputusan PRK Kuala Terengganu di Stadium Negeri jam 10.30 malam ini, calon PAS, Hj Mohd Abdul Wahid Endut kemungkinan sedang menarik nafas lega dan sedang mencongak-congak apa isi ucapan ringkas sempenan kemenangan beliau.
KUALA TERENGGANU - Terkini setakat jam 8 malam ini, menurut maklumat tidak rasmi PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 1,554 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.
KUALA TERENGGANU - 7.27 ptg
Berita terkini,Wan Farid tewas di BUKIT BESAR dengan majoriti 61 undi. Wahid Endut mendapat 777 undi manakal Wan Farid mendapat 716 undi. Setakat ini hanya keputusan ini yang dah disahkan...yang lain akan menyusul!!
Terkini setakat jam 7 malam ini, menurut maklumat tidak rasmi PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 457 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.
PAS ketika ini mendapat 16,475 undi berbanding BN - 11,516 undi. Manakala calon Bebas - 90 undi.
KUALA TERENGGANU - Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu telah berakhir tepat jam 5 petang tadi manakala Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan sidang media sebentar lagi. Menurut laporan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi mencecah 80 peratus dan proses pengiraan undi akan bermula bila-bila daripada sekarang dan keputusan rasmi dijangka diperolehi sebelum pukul 10.30 malam.
Proses pengundian dilaporkan berjalan lancar walaupun berlaku beberapa insiden kecil dan sedikit ketegangan yang berlaku di antara penyokong PAS dan BN membabitkan kempen-kempen meraih undi.
Selain itu para petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat dikatakan mulai bimbang dengan kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas seperti di Sekolah Kebangsaan Ladang yang mana terdapat tujuh buah trak FRU berada di situ.
Manakala di tempat-tempat lain termasuk di Dun Wakaf Mempelam, Dun Bandar dan Dun Batu Buruk juga kelihatan trak FRU.
Selain itu SPR memaklumkan setakat jam 4 petang tadi sejumlah 76 peratus pengundi telah keluar mengundi menjadikan jumlahnya kira-kira 60,794 daripada 80,229 yang layak mengundi di pilihan raya kecil ini.

Kata Derih .. "Sumpah yangggg !!! Abang gi Tgnu nak berjuang, TG Haji Hadi sughoh gantung poster. Tak caya tanya Ustaz Moin, Pakcik Parjo ... betul yangggg ".Wak call satu member lagi di K. Terengganu [penduduk tempatang] untuk tahu perkembangang lanjut .. dan komeng dia.
Dia pusing habis K. Terengganu 1 jam yang lepas. Dia lawati ke Kampung Chendering dan Kampung Laut .. Poster pun dah tak der, orang pun dah lenyap ...
Dia kata ... "Pilihanraya ke hari ni?"
Dan sorang kawan dia kata, "Ehhh kita ni di luar daerah ke?"
Masing masing dah jadi macam tak caya. Wakakak

"Masalah kami sekarang sukarnya mendekati golongan muda, sebab itu BN banyak kalah di saluran muda pilihanraya umum Mac lepas," ujarnya sewaktu diwawancara. - keadilangerik
KUALA TERENGGANU, 17 Jan - "Baki lima jam ini, peluang menang lebih cerah kepada calon Pas, Haji Abdul Wahid Endut dan selangkah lagi kemenangan kepada Pakatan Rakyat," ujar Ronnie Liew, Exco Kerajaan Negeri Selangor.
KUALA TERENGGANU - Setakat tengahari ini nampaknya situasi menarik lebih menyebelahi PAS berdasarkan kepada beberapa faktor. Antaranya dari gerak kerja petugas parti dan kecederungan pemilih yang bersimpati kepada PAS.
Bukan sahaja ahli politik yang melihat situasi tersebut sebaliknya ahli-ahli akademik yang ditemui di sini.
Biar pun masa masih lagi berbaki lima jam, ramai melihat peluang lebih cerah kepada Pakatan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, kedudukan sebelah pagi nampaknya lebih cenderung kepada PAS dan Pakatan Rakyat hasil kerja keras petugas sejak hari penamaan calon.
"Saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih di atas sokongan padu semua pihak terutamanya yang datang dari luar Terengganu bagi membantu calon kita. 
"Hasil kesungguhan mereka mungkin dapat memberi kesedaran baru kepada pengundi di sini bagi mengembalikan semula kecemerlangan PAS seperti yang berlaku pada 1999," katanya ketika ditemui di tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga di sini, hari ini.
Menurutnya hasil tinjauan sejak pagi lagi keadaan di seluruh tempat membuang undi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun difahamkan insiden pergaduhan berlaku di Losong Dun Bandar. Difahamkan kejadian berlaku ekoran penyokong Umno yang membawa banner yang tertulis 'PAS klu klek' (PAS bohong). 
Pemuda PAS yang berada di situ naik marah dan cuba merampas 'banner' tersebut sehingga berlaku pertengkaran.Bagaimanapun ia berjaya diLeraikan anggota polis yang berada di situ.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud berkata, perkembangan setakat sebelah pagi agak menarik kepada calon Pakatan Rakyat.
"Alhamdulillah, perkembangannya agak baik. Semua pihak menunjukkan komitmen tinggi tanpa menimbulkan kesan boleh menyakiti mana-mana pihak," katanya ketika ditemui semasa meninjau peti undi Cabang Tiga, Tok Ku dan Hiliran.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa kesal di atas kempen yang
agak kurang sopan dilakukan Puteri Umno sehingga menyerang peribadi pemimpin PAS dan KeADILan.
Katanya, telatah kurang sopan yang dilakukan Puteri Umno dan Pemuda mencerminkan keadaan sebenar perjuangan mereka.Pada kempen itu mereka melaungkan 'PAS gila, PAS pelihara babi, Anwar Ibrahim liwat' sehingga menimbulkan kemarahan penyokong PAS dan Pakatan.
Sementara itu, pemantau Mafrel, Suhainah Daud melahirkan rasa kesal kerana pemuda Umno menggunakan 'hailer' (pembesar suara) semasa merayu undi.
Beliau berkata, pihak polis sudah melarang penggunaan alat tersebut kerana ia tidak dibolehkan ketika merayu undi. 
"Bagaimanapun mereka tidak mengendahkan apa yang dilarang polis sehingga kami membuat bantahan kepada SPR.
"Dan akhirnya mereka patut biar pun suasana agak tegang seketika," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu di Pusat pembuangan undi di Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain Jalan Hiliran Bandar menyaksikan satu suasana menarik apabila peraih-peraih undi dari parti Pakatan Rakyat dan Umno seperti berada dalam satu keluarga meskipun sorakan serta riuh rendah tetap berkumandang antara kedua-dua belah pihak.
