Ikuti Blog ini

Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.


ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ

Siapakah mereka ini?

Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker

Siapakah mereka yang misteri ini?

Suasana tegang di kerusi Speaker

Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

Ganesan tangguh sidang satu jam lagi...

Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua

Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.
keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan

Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham

YB Salahuddin Ayub dan YB Mujahid Yusof Ditahan


Sidang Haram Sedang berlangsung


Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan

Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya


1.10pm Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan.


Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.


12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi.


Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.


12.45pm Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.


ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.


Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya.


Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.


12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan.


Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.


Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.


12.15pm Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan.


Kemudian beberapa ADUN Pakatan mendekati Ganesan agar berbuat demikian dan mereka bertengkar.


Mengejutkan, wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat tersebut, sambil membuat bising.


11.59am Tidak pasti bila Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah akan masuk ke dewan untuk merasmikan pembukaan persidangan DUN Perak.

Suasan Dewan Dah Jadi Macam Pasar

Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang






Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.


Berikut perkembangan terkini di Perak:


11.22am V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi.


Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.


Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.


Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.


Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.


Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak tidak sehangat tadi.


perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 0210.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.


Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.


10.20am Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar.


Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.


Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.


Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala.


Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.


Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap.


Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.




Walaupun Sidang Haram umum tangguh sidang namun ADUN BN masih tidak keluar dewan

Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.

Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

Sidang Haram Sedang berlangsung

Hee dkerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker

Didalam



Diluar

Kecoh Dalam Dewan

Suasana Solat Hajat Suboh Pagi Tadi

Diluar Bangunan Perak Darul Ridzwan


Diseberang jalan

Ahli Parlimen Ipoh Barat bertikam lidah dengan OCPD Azizman Alias

Penahanan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida

Penahanan ADUN Teratai Negeri Sembilan Janice Lee

Suasana Terkini

ADUN Teratai Selangor ditahan Polis


Suasana sekitar jam 8.00 pg - maklumat dri aninetto


Polis sedang menahan seorang yang berbaju hitam.



Kerana Sikap Diperalatkan UMNO BN, KPN Perlu Letak Jawatan



Banyak pihak menyelar sikap polis yang yang telah bertindak ganas di dalam kejadian penangkapan Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu.

Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.

"Saya sendiri ditangkap dan dihumban ke tepi jalan secara biadap oleh anggota polis. Saya bertanyakan sama ada mereka membawa waran untuk menangkap Mohamad Sabu dan mereka menjawab tidak ada.

Hal tersebut disifatkan oleh banyak pihak sebagai keterlaluan dan penggunaan kekasaran yang melampau oleh anggota polis mesti dihentikan.

Polis meminta rakyat bekerjasama dengan mereka tetapi sebaliknya mereka lansung tidak mematuhi undang-undang di dalam menjalankan tugas.

"Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab dan perlu diheret ke mahkamah dan dihukum," tegas seorang peguam di sini hari ini.

Jenayah berleluasa di dalam negara, tetapi mereka menumpukan perhatian dalam hal-hal nak pertahankan dan mengampu kerajaan Barisan Nasional," tegasnya lagi.






JAIP halang solat hajat






JABATAN Agama Islam Perak (Jaip) dikatakan telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehingga ke Subuh, pagi ini.

Menurut sebuah blog, pemudabesut.blogspot.com, arahan berkenaan telah diberikan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein malah dikatakan beberapa masjid di sekitar Ipoh turut menerima arahan yang sama.

Arahan berkenaan dikeluarkan bagi menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat yang dijadualkan akan diadakan di masjid Ittihadiyyah pagi ini.


FRU mula berkawal di sekitar Masjid Tg Hussin Manjoi

IPOH - Ketika ini, di kawasan sekitar Masjid Kg Tg Hussien, Manjoi, lokasi dimana solat hajat dan munajat dijadualkan berlangsung hanya dipenuhi pihak berkuasa polis yang menunggu di balai polis berhampiran.


Sembilan trak pasukan simpanan persekutuan (FRU) sedang menanti, sementara para petugas Unit Amal pula berkawal di sekitar masjid setakat jam 5.15 pagi.


Orang ramai yang cuba melintasi perkarangan masjid agak terkejut dengan kehadiran pihak polis yang sedang mula menggerakkan kawalannya berhampiran lokasi solat hajat.


Pergerakan kenderaan bagaimanapun masih belum menampakkan sesak, hanya beberap bauh motorsikal dan kereta mundar mandir sekitar masjid berkenaan.


Kelibat pegwai cawangan khas kelihatan di beberapa kedai makan mahupun di tempat awam lain di sini.


Setakat ini Harakahdaily difahamkan, solat hajat akan diteruskan.Kelihatan AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohammad Ghazali bersama beberapa orang petugas PAS mula bergerak dari Markaz PAS Tungku Hussin menuju ke lokasi solat hajat.


Sementara perkembangan di beberapa masjid lain yang dikatakan ada kemungkinan akan menjadi lokasi ganti solat hajat pula masing masing masih terkunci rapi.


Sejak awal malam tadi, selesai solat isyak, Harakahdaily difahamkan kebanyakan masjid di Ipoh diarahkan untuk dikunci.

CERITA INI JADIKAN TELADAN...

jomipohv4


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLDD4liqCEfexsxRhLIOYd2f3NJ40jx9kmgSNDxndsO_z61ddEBAHl_7ldQOPcA6WG_-KQaDQkaUcZS4Mcf7C9DSipo9EOUTarUsnFj6E7bTzspJ8nmHiiK0Hfwp7Cf5BuoiNfhMaU73QV/s1600/fru.bmp


Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”

“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.

Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”


DARI MSK

PAS terbuka menerima golongan artis yang ingin bersama




Pemuda PAS alukan kemasukan Renggo

Mana-mana artis yang mempunyai tanggapan tertentu pada PAS.. buang semua tanggapan tu.. pecahkan dinding dalam hati anda, join PAS baru anda tahu PAS ITU BEST - Renggo

Ngeh Dakwa Setiausaha Kerajaan Negeri Bawa Masuk 30 SB Kedalam DUN Esok

SS (state secretary) ada senarai itu, ada sebanyak 30 nama orang yang tidak dikenali. Menurut sumber dalaman pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mereka berkemungkinan SB (special branch) kerana bukannya daripada kalangan ADUN atau MP atau ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.SS tidak mahu memberi senarai tersebut kepada Speaker dan Speaker tadi mengadu kepada saya mengenai perkara ini," - Datuk Ngeh.

SS (state secretary) ada senarai itu, ada sebanyak 30 nama orang yang tidak dikenali. Menurut sumber dalaman pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mereka berkemungkinan SB (special branch) kerana bukannya daripada kalangan ADUN atau MP atau ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.SS tidak mahu memberi senarai tersebut kepada Speaker dan Speaker tadi mengadu kepada saya mengenai perkara ini," - Datuk Ngeh.


Ngeh Dakwa Setiausaha Kerajaan Negeri Bawa Masuk 30 SB Kedalam DUN Esok



Setiausaha Kerajaan Negeri Perak didakwa merancang membawa masuk serama 30 anggota polis daripada Cawangan Khas ke dalam Dewan Undangan Negeri semasa persidangan berlangsung esok.


Exco Kanan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi TV Antara mendakwa Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mempunyai senarai yang mempunyai sebanyak 30 nama dipercayai anggota polis.


“SS (state secretary) ada senarai itu, ada sebanyak 30 nama orang yang tidak dikenali. Menurut sumber dalaman pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mereka berkemungkinan SB (special branch) kerana bukannya daripada kalangan ADUN atau MP atau ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.


“SS tidak mahu memberi senarai tersebut kepada Speaker dan Speaker tadi mengadu kepada saya mengenai perkara ini,” kata Datuk Ngeh.


Beliau berkata langkah Setiausaha Kerajaan Negeri itu seolah-olah membenarkan kumpulan yang tidak ada hubungan dengan persidangan DUN untuk hadir di dalam tanpa dketahui motof kehadiran mereka.


Datuk Ngeh menyelar Barisan Nasional yang dianggapnya tidak menghormati undang-undang kerana tamakkan kuasa dan kedudukan.


“Kita akan mengikut undang-undang dan peraturan semasa persidangan esok. Kita mahu menjadi wakil rakyat contoh bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.


“Ini berbeza dengan BN yang nampaknya rela membawa masuk SB untuk mengugat ADUN-ADUN dan mungkin juga membelakangkan kuasa Speaker,” tegas beliau lagi.
http://www.tvantara.comAlign Center




Mat Sabu & Badrul Hisham kena tangkap kerana merancang perhimpunan sempena sidang DUN Perak



tvpas: Mohamad Sabu ditangkap



Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin ditahan di Kuala Lumpur.

Mereka dipercayai terlibat merancang perhimpunan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bermula esok.

Difahamkan seorang aktivitis politik yang tidak dikenali turut ditahan menjadikan tiga orang ditahan ketika insiden tersebut.

Polis Perak akan mengadakan satu sidang media untuk memberitahu sebab-sebab penahanan tiga pemimpin politik tersebut.

Penahanan mereka hadir kurang 24 jam selepas penyelaras Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam.

Wong ditahan reman selama sehari dan dijangka akan dibebaskan petang ini.



Tiga ditahan sambut 'harijadi Altantuya'






malaysia youth solidariti send altantuya birthday cake to najib 060509 13 Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.


Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.


Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.


Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.


malaysia youth solidariti send altantuya birthday cake to najib 060509 05Kek seberat 2kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh SAMM yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin turut dirampas polis.


Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.


Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan untuk hadir semula jam 2 petang ini.

Isu Kerajaan Nizar, Mahathir Kata Sultan Tidak Ada Kuasa Lucut Jawatan MB



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan, demikian dilaporkan oleh MSTAR

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya, jelasnya lagi.

"Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: "Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagana yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan."

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.

Banyak pihak sebenarnya hairan bagaimana Sultan Perak boleh meminta Nizar melepaskan jawatannya dan melantik seorang Menteri Besar yang baru sekalipun Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai majoriti kerana mengikut perlembagaan hanya dewan undangan negeri melalui usul tidak percaya boleh melucutkan jawatan seseorang menteri besar.

Dewan belum bersidang pada ketika itu tetapi yang berlaku ialah pengheretan ADUN-ADUN BN dan Bebas ke Istana yang kemudiannya secara tiba-tiba diumumkan pembentukan sebuah kerajaan baru di Perak oleh Najib Razak (TPM waktu itu).

"Sultan hanya menyiasat parti mana yang mendapat sokongan selepas sesuatu pilihanraya, tetapi di dalam situasi selepas pilihanraya telah diadakan dimana kerajaan negeri sudah dibentuk, dun pernah bersidang, maka sebarang penyelesaian sesuatu kemelut hendaklah berlaku di dewan undangan negeri, bukan di Istana," tegas seorang peguam di sini.

"Semua dah jadi bercelaru akibat rampasan kuasa oleh Najib, justeru itu jalan paling selamat dan paling efektif ialah bubatrkan DUN dan adakan pilihanraya semula seluruh negeri Perak. Itu sahaja jalan keluar yang ada. Sebarang jalan tidak akan menamatkan krisis ini," tambahnya lagi.


GELOMBANG HITAM - ANTARA DIRAMAL BERLAKU ESOK!!


1 Black Malaysia...apa ke bendenya tu..??nak tau 'Black' ke tidak..moh kita ke Ipoh di bangunan SUK pada 7 Mei nanti..kita nak lihat hari yang cerah tu akan menjadi 'Black' di tangan siapa..?

Apakah gas pemedih mata akan memenuhi ruang udara bandaraya Ipoh Khamis ini... Apakah air kimia akan dipancutkan semahu-mahunya oleh water canon yang siap sedia menerima arahan..? Apakah beberapa puluh orang atau beberapa ratus orang akan mendiami lokap polis pada hari itu..?

rasa2nya kita boleh menjangka apa yang akan berlaku di SUK 7 Mei nanti...



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLDD4liqCEfexsxRhLIOYd2f3NJ40jx9kmgSNDxndsO_z61ddEBAHl_7ldQOPcA6WG_-KQaDQkaUcZS4Mcf7C9DSipo9EOUTarUsnFj6E7bTzspJ8nmHiiK0Hfwp7Cf5BuoiNfhMaU73QV/s1600/fru.bmp

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhB62sb9DGD0X4YtG9ZWiXD23NZqKtcoa9zZEicwtsc56_7aQJsEkOV2Q3Mu04fdF5CxErW5hsPRegi-HI88ggLZi5kNSnblU9HFxl8mRzDuL304AEFD0Crd5NFglMS_NimmiynD8-uvUrs/s400/DSC08750.JPG

P1018707.jpg image by metaurus





Itu adalah gambaran dan andaian yang kita boleh agak apa yang akan berlaku pada 7 Mei di luar bangunan SUK...apa pulak cerita di dalam DUN nanti..??

kita telah dihebah yang khidmat bomoh telah digunakan oleh pihak yang mengharapkan sidang DUN 7 Mei nanti 'berjalan lanacar'...siapa orangnya korang pikir la sendiri..tapi biasa la siapa nak ngaku buang shit kat tengah jalan kan...mampuih dia takkan ngaku..walaupun ada bau yg datang dari tubuh badan dia...nasib baik kat dia bau kemenyan..

kalaulah cara ini digunakan tak hairan apa yang ciberboron andaikan akan berlaku...

Katakan berita oleh YB Khalil Idham Lim itu betul. Apa akan jadi kalau hantu dan jembalang yang diprogramkan oleh bomoh itu benar-benar berkesan? Apakah tak semena-mena semua ADUN PR akan layu dan bodoh lalu akur kepada semua yang dihajati oleh BN? Atau kalau targetnya hanya YB Sivakumar, apakah Speaker yang dilihat tegas dan berani itu tiba-tiba dengan lemah lembut menjemput DS Zambri duduk di kerusi Menteri Besar? Dan Exco BN pun dilayan begitu? Dan ADUN BN termasuk 3 ADUN lompat pun dipersilakan dengan segala hormatnya duduk di kerusi pihak kerajaan? Dengan tegasnya pula YB Sivakumar mengarahkan DS Nizar dan semua ADUN PR duduk di kerusi pihak pembangkang?

Akhir sekali YB Sivakumar pun dengan senang hati meminta Abdullah Antong membaca usul pemecatan Speaker dan usul melantik Speaker Baru untuk dibentang dan diundi. Lalu sahlah Ganesan sebagai Speaker DUN Perak yang baru. Begitukah yang akan terjadi?

Katakan pula segala senyonyong sepeneh bomoh power yang dilanggan oleh UMNO itu tiba-tiba berhadapan dengan perkenan Allah SWT terhadap doa yang dipohon oleh sekelian pemimpin dan penyokong PR yang berhimpun bermunajat dan solat hajat malam tadi dan subuh esok.

Tak semena-mena dalam Titah Peresmian DiRaja, Tuanku Sultan bertitah, "Hari ini beta mahu kemelut yang tak berkesudahan di negeri ini diselesaikan. Beta titahkan supaya persidangan dewan hari ini meluluskan ketetapan pembubaran DUN supaya pilihanraya negeri dapat diadakan. Pihak mana yang menang dalam pilihanraya itu nanti akan beta perkenankan untuk menjadi kerajaan negeri Perak yang baru. Selepas itu jangan ada pertikaian lagi seperti yang telah berlaku sekarang ini".


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .