BUKIT MERTAJAM - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan tiga calon Bebas.Calon PKR, Mansor Othman, 59, dicabar calon Bebas, Aminah Abdullah, 56; Nai-Khan Ari, 41; dan Kamarul Ramizu Idris, 42. Pencalonan bagi seorang lagi calon Bebas, Mohd Saberi Othman, 49, bagaimanapun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebanyak enam bantahan dikemukakan kepada SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Penanti, Roslan Yahaya, mengisytiharkan empat daripada mereka layak bertanding jam 11.58 pagi tadi. Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.
DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar di mana 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa. Pada pilihan raya umum 2008, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari Barisan Nasional (BN) tetapi tewas dengan majoriti 294 undi. Pada pilihan raya umum 2004, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, di DUN Seberang Jaya manakala pada 2009 beliau kalah kepada calon BN, Datuk Mohd Zain Omar bagi Parlimen Balik Pulau.
Antara yang menarik di Penanti ialah kehadiran semula calon Bebas, Kamrul Ramizu yang sebelum ini bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang menyaksikannya tewas serta hilang wang pertaruhan. Pilihan raya Penanti juga tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN) yang memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding.




Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.
Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.
"Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu.





Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Malek Urai, Kelantan akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi tadi.
Isnin lalu Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac 2008 .
Enam belas yang ditahan malam tadi, termasuk ADUN Teratai, Jenice Lee, akan ditahan reman selama dua hari untuk siasatan atas dakwaan menyertai perhimpunan haram.
Turut ditahan malam tadi ialah pembantu Lim Kit Siang - Lim Swee Kuan - dan ahli majlis MPAJ S Supiramany dan seorang lelaki tua berusia 72 tahun.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.


