
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pagi ini.

Kesemua tahanan lelaki ditahan di ibupejabat balai polis Ampang manakala tahanan wanita ditahan di balai polis Pandan Indah.
Polis merakam kenyataan mereka semalaman. Para saksi ternampak Jenice memakai pakaian lokap pada kira-kira jam 1.30 pagi.
Ini merupakan kali kedua Jenice ditahan minggu ini. Selasa lalu, beliau ditahan selama enam jam, juga kerana menyertai nyalaan lilin.
Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 8.45 malam tadi selepas mengadakan nyalaan lilin di luar pusat khidmat Jenice.