Ikuti Blog ini

Tuntut Pilihanraya Baru - mogok lapar tiga hari

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/mogoklapar.gifKUALA TERENGGANU - Perjuangan menuntut hak mengembalikan demokrasi diteruskan di Perak dengan tindakan 'mogok lapar' yang akan diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V. Sivakumar.


Kempen terbaru itu adalah untuk menuntut satu pilihanraya baru diadakan dinegeri Perak bagi mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan kepada rakyat negeri Perak.

ADUN Pantai Remis Ngah Kor Ming yang ditemui TVPas berkata mogok lapar itu akan diadakan bermula minggu depan sehinggalah DUN di bubarkan.


Manakala Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi media mengesahkan tindakan tersebut akan diadakan.


"Ya, ya... kami akan adakan (mogok lapar) mulai 26 Mei (hari Selasa)," katanya yang menambah bahwa, langkah itu telah lama diputuskan dan tidak ada kena mengena dengan keputusan Mahkamah Rayuan.


"Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat... mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat) dan mendaftarkan diri mereka," kata beliau.


Namun katanya, tidak dapat di pastikan berapa ramai yang menyertai kempen selama tiga hari itu..


Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, pihaknya mengadakan mogok lapar "untuk mendapatkan kembali hak rakyat."


Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.


Lapan wakil rakyat dikatakan telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk dari PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.


DUN Perak Dijangka Bubar Minggu Depan – Husam


Adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi. Apa lagi untuk menghormatinya.Negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan - Husam

Adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi. Apa lagi untuk menghormatinya.Negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan - Husam


Husam: DUN Perak Dijangka Bubar Minggu Depan



Dewan Undangan Negeri Perak diramalkan dibubar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional yang dijangka berlangsung pada hari Isnin atau Selasa depan.


Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa analisis beliau mengenai keputusan yang diramal memihak kepada Dr Zambry Abd Kadir telah menjadi kenyataan dan langkah seterusnya seperti beliau nyatakan sebelum ini ialah pembubarn DUN Perak.


“Posting saya tiga hari lalu telah ‘meramalkan’ Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.


“Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.


“Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur ‘pre-arranged’ dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini.


“Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya,” kata Husam dalam tulisannya.


Husam mengajukan soalan adalah negara sudah bersedia menerima kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses yang beliau sifatkan sebagai “tabung uji di luar rahim” iaitu di luar Dewan Rakyat atau DUN.


“Khususnya Najib, sudahkah beliau bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?


“Tiga atau lima atau tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar. Apa lagi keputusan mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan,” jelas beliau lagi.


Husam meramalkan Dr Zambry akan mengadap Sultan Perak minggu depan bagi memohon DUN dibubarkan atas dasar mahu memulangkan mandat kembali kepada rakyat.


“Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak. Pembubaran, ya. Proses undang-undang yang adil, juga ya,” kata Husam.

Pilihanraya Kecil DUN Penanti Pertandingan Empat Penjuru Berlaku Di Penanti



BUKIT MERTAJAM - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan tiga calon Bebas.

Calon PKR, Mansor Othman, 59, dicabar calon Bebas, Aminah Abdullah, 56; Nai-Khan Ari, 41; dan Kamarul Ramizu Idris, 42. Pencalonan bagi seorang lagi calon Bebas, Mohd Saberi Othman, 49, bagaimanapun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak enam bantahan dikemukakan kepada SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Penanti, Roslan Yahaya, mengisytiharkan empat daripada mereka layak bertanding jam 11.58 pagi tadi. Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar di mana 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71
peratus lain-lain bangsa. Pada pilihan raya umum 2008, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari Barisan Nasional (BN) tetapi tewas dengan majoriti 294 undi. Pada pilihan raya umum 2004, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, di DUN Seberang Jaya manakala pada 2009 beliau kalah kepada calon BN, Datuk Mohd Zain Omar bagi Parlimen Balik Pulau.

Antara yang menarik di Penanti ialah kehadiran semula calon Bebas, Kamrul Ramizu yang sebelum ini bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang menyaksikannya tewas serta hilang wang pertaruhan. Pilihan raya Penanti juga tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN) yang memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding.

N12 Penanti By Election









Hanya rakyat berhak tentukan MB, bukannya mahkamah

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.


ImageMenurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.


"Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.


ImageBeliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.


"Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.


"Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," tegasnya.


Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.


Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.


"Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja," katanya lagi.


Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengenai hasrat BN untuk bertanding di Manek Urai, pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan parti itu sebuah parti bertaraf parti Bebas.


Image"Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu.


"Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti," ujarnya lagi.


Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa PAS mempunyai senarai calon yang ramai untuk mengisi kekosongan pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai nanti.


"Kita mempunyai senarai yang panjang kerana terdapat calon yang ramai dan insya-Allah ia adalah orang tempatan," demikian ujarnya.


Turut hadir pada sidang media tersebut, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.
-hrkh

Sidang LIVE dari Penanti





LIPUTAN LANGSUNG BERITA HARIAN ONLINE




MB Perak




MB Lantikan Hakim......................... MB RAKYAT

Peguan Nizar disambut dengan laungan "bubar DUN"


Apabila panel peguan DS. Nizar keluar dari kamar bicara, lebih 200 orang yang menunggu diluar telah melauangkan kalimat takbir" Allahuakbar" dan "Bubarkan DUN".

Suasan ini menyusul setelah penghakiman yang diputuskan di Mahkamah Rayuan menyebelahi Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah (HARAM).

Mahkamah masih tidak lengang. Wartawan dan penyokong Pakatan Rakyat masih berada dikawasan ruang legar dimasa ini. Inilah gambaran sebenar yang saya rasakan bahawa ramai yang terkejut dan seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kepada apa yang diumumkan petang ini.

Zef Othman: Adun Pakatan Rakyat mengadakan sidang media.


SPR tunggu makluman rasmi Speaker Kelantan



Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika dihubungi Barita Harian Online, pagi ini berkata pihaknya perlu menunggu makluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan berhubung kekosongan kerusi DUN berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika dihubungi Barita Harian Online, pagi ini berkata pihaknya perlu menunggu makluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan berhubung kekosongan kerusi DUN berkenaan.


SPR tunggu makluman rasmi Speaker Kelantan



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai daripada Speaker DUN Kelantan sebelum memutuskan pilihan raya kecil di kawasan itu.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika dihubungi Barita Harian Online, pagi ini berkata pihaknya perlu menunggu makluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan berhubung kekosongan kerusi DUN berkenaan.


Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan pilihan kecil diadakan berikutan Adun Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, jam 5.55 pagi tadi, kerana sakit jantung.


Ismail yang mewakii Pas mula memenangi kerusi Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.


Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.


Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.


Beliau adalah Timbalan Yang Dipertua Pas bahagian Kuala Krai.


Manik Urai terletak dalam Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang.

LIVE dari Mahkamah





Manek Urai: PAS harap BN tidak tanding

KUALA LUMPUR: PAS berharap Barisan Nasional (BN) yang tidak meletakkan calon di Penanti, turut mengambil langkah serupa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil.

"Saya mencadangkan Umno tidak tanding, tidak masuk... kalau masuk pun kalah.


"Saya rasa akan kalah, insya-Allah akan kalah, bukan saya cakap besar," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Malek Urai, Kelantan akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi tadi.

Mustafa berkata, PAS tetap akan meletakkan calon di Manek Urai.



bm version kerusi dun manek urai 220509Isnin lalu Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac 2008 .

Selain menjimatkan kos, kata beliau, keputusan pilihan raya Manek Urai tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Manek Urai perlu diadakan dalam tempoh 60 hari sejak kekosongan wujud.

Kerusi itu disandang oleh Ismail selama lima penggal kecuali tahun 2004. Mstar.

ADUN Teratai dan 15 lagi ditahan reman dua hari



Enam belas yang ditahan malam tadi, termasuk ADUN Teratai, Jenice Lee, akan ditahan reman selama dua hari untuk siasatan atas dakwaan menyertai perhimpunan haram.


Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pagi ini.


janice lee teratai adun dap candle light vigil arrest 210509 14Turut ditahan malam tadi ialah pembantu Lim Kit Siang - Lim Swee Kuan - dan ahli majlis MPAJ S Supiramany dan seorang lelaki tua berusia 72 tahun.


Kesemua tahanan lelaki ditahan di ibupejabat balai polis Ampang manakala tahanan wanita ditahan di balai polis Pandan Indah.


Polis merakam kenyataan mereka semalaman. Para saksi ternampak Jenice memakai pakaian lokap pada kira-kira jam 1.30 pagi.


Ini merupakan kali kedua Jenice ditahan minggu ini. Selasa lalu, beliau ditahan selama enam jam, juga kerana menyertai nyalaan lilin.


Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 8.45 malam tadi selepas mengadakan nyalaan lilin di luar pusat khidmat Jenice.

Wawancara dengan TV ANTARA





video

“Tidak Ada Peruntukan Undang-undang Yang Wujud Untuk Memecat Menteri Besar”


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/nizar-court-of-appeal210509-01.jpgPUTRAJAYA - Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin memberitahu “Seseorang Menteri Besar tidak boleh dilucutkan darpada jawatannya, walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri”.

Sulaiman berkata demikian dalam Mahkamah Rayuan yang bersidang bagi mendengar kes untuk menentukan siapakah sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah di sini semalam.

Beliau membuat kesimpulan tersebut berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan tahun 1966, yang telah membawa kepada pindaan kepada undang-undang negeri Sarawak dibawah peruntukan darurat (emergency legislation) bagi memberi kuasa kepada Gabenor Sarawak melucutkan jawatan Ketua Menteri.


Dalam kes Stephen Kalong Ningkan, mahkamah telah memutuskan cara untuk membuktikan Ketua Menteri telah hilang kepercayaan majoriti wakil rakyat adalah hanya dengan undi tidak percaya dan sidang DUN.

Suleiman berkata, walaupun mahkamah memutuskan demikian, krisis politik Sarawak ketika itu tidak selesai kerana Stephen Kalong Ningkan masih enggan meletakkan jawatan.

Oleh itu kerajaan persekutuan terpaksa menguatkuasakan perintah darurat di negeri Sarawak bagi membolehkan satu pindaan dibuat, memberikan kuasa kepada Gabenor untuk melucutkan jawatan Ketua Menteri.

Peruntukan yang dipinda tersebut walaubagaimanapun hanya bertahan selama enam bulan dan terbatal setelah perintah darurat ditamatkan.

Suleiman berkata, pindaan undang-undang melucutkan jawatan Ketua Menteri bagi kes Ningkan, terpaksa dibuat dibawah perintah darurat, adalah satu kenyataan bahawa seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar itu tidak boleh dilucutkan jawatannya.

Ia adalah kerana tidak ada peruntukan yang wujud dalam undang-undang bagi melucutkan jawatan seoang Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Sulaiman telah menggunakan fakta tersebut untuk menyokong hujahnya mengapa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh meminta Nizar meletakkan jawatan atau menganggap jawatan Menteri Besar adalah ‘kosong’ sekiranya Nizar enggan meletakkan jawatan.

“Undang-undang negeri Sarawak tidak memperuntukkan kuasa keatas Gabenor untuk memecat atau dengan makna lain, untuk memaksa Ketua Menteri meletakkan jawatan, walaupun telah di buktikan Ketua Menteri tersebut telah hilang keprcayaan majority.

"Oleh kerana Stephen Kalong Ningkan tidak meletakkan jawatan, jawatanya (pejabatnya) tidak boleh dianggap kosong. Oleh yang demikian, undang-undang darurat dikuatkuasakan bagi membolehkan satu pindaan dibuat untuk melucutkan jawatan Stephen Kalong Ningkan,”kata Suleiman yang menambah undang-undang negeri Sarawak adalah sama dengan undang-undang negeri Perak

Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan persidangan semalam sehingga jam 3 hari ini (22 Mei)


Pelik tapi kena percaya… Kalau tak nak masuk penjara jangan berkempen hari mengundi



w


Individu berkempen pada hari mengundi boleh dipenjara – SPR



BUTTERWORTH Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ngah Senik berkata individu yang melanggar larangan berkempen menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh ditahan polis dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.


Beliau berkata selama ini larangan itu tidak dipatuhi sepenuhnya oleh parti yang bertanding kerana mereka masih melobi undi di kawasan pondok panas melalui pemakaian lambang, logo, bendera parti atau pemujukan.


“Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil Penanti ini, pondok panas tidak lagi dibenar kerana kita tidak mahu aktiviti meraih atau merayu undi berlaku pada saat akhir sebelum pengundi masuk ke pusat pengundian,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.


Beliau berkata pemakaian lencana, topi atau apa sahaja yang mempunyai lambang parti terutama di kawasan 100 meter daripada pusat pengundian juga tidak dibenarkan. Ngah berkata semua pihak yang bertanding diberi masa yang mencukupi untuk berkempen iaitu bermula daripada selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) membuat pengumuman mengenai calon yang akan bertanding pada hari penamaan calon pada 23 Mei sehingga pukul 12 tengah malam 30 Mei ini.


“Saya benar-benar berharap semua pihak sama ada parti politik atau calon bebas yang bertanding mematuhi larangan ini dan tidak menggunakan meja semakan yang dibenarkan di kawasan 100 meter dari pusat pengundian untuk merayu undi lagi.


“Biarlah Penanti menjadi permulaan kepada pilihan raya yang aman, tenang dan pengundi tidak menghadapi tekanan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya.


Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Ngah berkata SPR melantik 450 petugas dan memperuntukkan RM500,000 untuk mengendalikan pilihan raya kecil Penanti itu.


Beberapa pembaharuan dibuat untuk pilihan raya kecil kali ini, antaranya mewujudkan barung SPR di kawasan 50 meter dari pusat pengundian dan menambah bilangan pemandu arah untuk membantu pengundi menuju ke saluran masing-masing, katanya.

ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah.....
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM


Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai


Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%


1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394


Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .