PAS mempertaruhkan taukeh ikan dan UMNgOk pula mempertaruhkan taukeh getah. secara peribadi aku nampak kelebihan ada pada calon PAS yang merupakan seorang peniaga ikan di Pasar Besar Kuala Krai.
Calon UMNgOk pula nampaknya terpaksa bekerja keras untuk menambat hati bakal pengundi.
Kenapa aku cakap macam tu..? sebabnya pada pandangan kasar aku, taukeh ikan yang ditonjolkan oleh PAS lebih dikenali kerana majoriti penduduk Kuala Krai khasnya Manek Urai sudah kenal akan calon PAS. majoriti penduduk Kuala Krai pasti pernah berurusan dengan Fauzi Abdullah di pasar Kuala Krai dalam urusan jual beli ikan. kah kah kah kah kah ... !!!
Tapi rasa-rasa koran la... adakah majoriti penduduk Kuala Krai pernah berurusan dengan taukeh getah..? erm...
Secara lojik la... setiap rumah wajib ada dapur dan mustahil ada isi rumah yang tak makan ikan dan secara lojik juga, bukan setiap tuan rumah ada kebun getah... jadi...
Korang pikir la sendiri..! kah kah kah kah kah ... !!! pimpinan PAS memang bijak dalam memilih calon. tahniah.
Dekat bawah ni ialah gambar-gambar sekitar majlis pengisytiharan calon PAS di Manek Urai Lama yang tak sempat aku uploadkan haritu. agak-agak korang la... dapat ke UMNgOk kumpulkan jumlah penonton sebagaimana yang PAS dapat kumpulkan..?
Punggah pakai bas tak aci woi..!
Beliau adalah seorang yang amat mudah didekati oleh sesiapa sahaja. amat dikenali penduduk tempatan Kuala Krai kerana kebiasaannya yang mudah menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan atau apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang mengadu masalah kepada beliau. ini antara kelebihan yang ada pada Fauzi Abdullah.
Dari segi politik pula, beliau adalah seorang Ahli Majlis Daerah Kuala Krai dan juga sebagai Bendahari PAS Kuala Krai. dikatakan juga pernah memegang jawatan sebagai penyelia DUN.
Dari segi keperibadian pula, beliau adalah seorang yang taat menjalankan suruhan agama, mudah didekati baik kawan mahupun lawan, mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan amat bertanggungjawab didalam menjalankan amanah.
Calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah telah mendapat pencalonan terbanyak apabila nama beliau dicadangkan oleh sebahagian besar cawangan-cawangan dalam Kawasan Kuala Kerai.


"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.








Mohd Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.
Sumber ini juga telah disahkan oleh orang kuat di Kuala Krai yang baru sahaja dihubungi oleh pihak kami sebentar tadi.




