Ikuti Blog ini

UMNO SUDAH 'MATI PUCUK' MANA BOLEH KAHWIN LAGI






Ek eleee brader ni....

Umno bagaikan duda yang teringin sangat hendak rujuk dengan isterinya diceraikan dengan talak tiga.PAS diibaratkan sebagai isteri yang diceraikan Umno dengan talak tiga pada tahun 1977 dahulu iaitu ketika Umno menendang PAS dari Barisan Nasional ketika Umno sedang gagah masa itu.

Malangnya Umno tidak boleh 'berkahwin' semula dengan PAS sebab telah ditalak tiga. Maka oleh kerana gila talak, maka pemimpin-pemimpin Umno hari ini memukul canang ke sana ke mari menyatakan pemimpin PAS beriya-iya benar dan bersedia untuk 'berkahwin' semula dengan Umno. Sedangkan hakikatnya Umno lah yang tergila-gila hendak kahwin semula dengan PAS kerana Umno sedang nazak sekarang.

Ibarat duda yang sedang sakit tiada orang yang menjaga makan minum makan pakai maka melarat dan menderitalah si duda. Inilah keadaan Umno sekarang yang nazak dan tinggal nyawa-nyawa ikan. Maka mereka berusaha untuk berpaut kepada sesiapa sahaja.
Walaupun PAS sudah menjelaskan bahawa tidak sudi untuk rujuk semula kerana tahu perangai buruk Umno yang jijik, jelik, jahat dan sebagainya.

Umno kena cari cina buta untuk rujuk semula dengan PAS. Siapa Cina buta tersebut? Adakah PAS ingin 'berkahwin' dengan Cina buta bercerai dan kahwin semula dengan Umno. ? Jawapannya pasti PAS tidak akan mahu bersama Umno semula. Saya boleh katakan bahawa Umno sudah 'Mati Pucuk' mana boleh berkahwin HARAM hukumnya.

Pakatan Rakyat desak Ketua Polis Negara dipecat!

ImageKUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.

Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.

Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu.

Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.

Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya.

Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Pemimpin UMNO Pening Kepala





TG Nik Aziz - Jangan sebut Kelantan tiada hak dapat Royalti




Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan Umno bahawa beliau menyokong kerjasama erat antara Pas dan parti perkauman itu.

Beliau yang kesal kenyataannya diputar-belit media pro-kerajaan berkata apa yang beliau tegaskan adalah memulihkan hubungan kerajaan negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat supaya pemerintah memulangkan semula royalti minyak RM1 bilion kepada rakyat Kelantan, serta melonggarkan sekatan ekonomi keatas negeri Pakatan Rakyat itu.

"Saya usulkan supaya hubungan antara dua kerajaan dipulihkan seiring dengan semangat Persekutuan," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata kenyataan yang dibuat ketika melancarkan Kelantan Fiesta 2009 telah disalah-erti. Mursyidul Am Pas itu mahu Kerajaan Pusat melangsaikan tanggungjawab kepada Kelantan, dan sekiranya itu berlaku, hubungan antara Kelantan dan Pusat akan beliau lanjutkan ke tahap yang lebih sihat.

"Ini bukan isu parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan kedua-dua parti. Ini adalah soal kerajaan negeri dan kerajaan pusat," tegas Nik Aziz menolak dakwaan media pro-kerajaan.

Kelantan menuntut royalti minyak diberikan, serta geran kewangan dan projek pembangunan tidak lagi disekat. Kelantan yang berada dalam kedudukan strategik di Laut China Selatan dan terletak 150km dari deposit gas minyak adalah antara negeri termiskin di negara ini.

Dalam satu permainan politik yang jelas, sejak kenyataan Nik Aziz diputarkan media perdana, pemimpin Umno-BN memuji Mursyidul Am Pas itu sebagai pemimpin yang warak dan tidak rasuah.

Nik Aziz berkata pendiriannya menolak sebarang kerjasama antara Pas dan Umno tidak berubah.

"Ini adalah permainan Umno. Bukan dari Pas," kata Nik AzizTok Guru 27709_0008

Pesanan / persediaan untuk Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos





"Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan) bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.


Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.


Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.


Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.


Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.


Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita. Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA. Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Berikut adalah Peta laluan yang dipersetujui oleh GMI:
(Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan)




DS Ir. Nizar:Jelajah Bagan Serai



Gambar sekitar ceramah jelajah yang turut disertai DS Nizar,YB Suhaimi(Adun kota Kemuning) dan YB Kasavan (Adun Hutan Melintang) bertempat di padang Serai Perdana.
Sekitar 6000 orang hadir berbilang bangsa dan jawatan untuk mendengar aura DS Nizar dan penceramah jemputan lain...Hidup Rakyat!!


Royalty: Mahkamah Antarabangsa Penyelesaian Terakhir

ImageKerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah sekiranya rundingan gagal antara kedua-dua pihak.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya usaha penyelesaian cara rundingan dengan kerajaan pusat buntu, kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan melalui undang-undang.

Malah kata beliau sekiranya mahkamah tempatan tidak juga dapat menyelesaikan tuntutan itu, ia mungkin akan dibawa ke mahkmah antarabangsa.

"Bagaimanapun sebelum tindakan akhir dibawa ke mahkamah kerajaan negeri akan menyelesaikan secara rundingan dengan kerajaan pusat bagi mendapatkan royalti.

Image"Sekarang masih ada jalan mudah iaitu rundingan, maka tiada sebab kenapa ia perlu diselesaikan di mahkamah pada peringkat ini," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar menghantar surat tuntutan royalti minyak kepada Perdana Menteri memandangkan terdapat pelantar carigali yang di kawasan perairan Kelantan.

Bagaimanapun surat tersebut belum dijawab perdana menteri sehingga sekarang.

Sebelum ini Petronas Carigali Sdn Bhd mengadakan usahasama dengna Shell Exploration dan Production Malaysia B.V menemui gas di Blok PM301 yang difahamkan terletak dalam kawasan perairan Kelantan.

ImageTelaga Bunga Anggerik 1 memulakan penerokaan pada 21 November 2004 dan telah menggerudi sedalam 1,527 meter dan menemui empat zon gas.

Mengenai kenyataan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berhujah Kelantan berhak mendapat royalti berkenaan Menteri Besar berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan bekas Menteri Kewangan itu.

"Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas memang mengetahui perkara sebenar dan sedar akan hak Kelantan," ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Kementerian Pelajaran yang cuba menghadkan 10 subjek sahaja bagi calon SPM bermula tahun depan.

Katanya, tindakan itu secara tidak langsung mencantas daya saing seseorang manusia di samping merugikan masyarakat.

Image"Tindakan berkenaan merugikan bukan sahaja pelajar sebaliknya masyarakat memandangkan pelajar hari ini pelapis pemimpin pada masa depan.

"Antara sedar atau sebaliknya kerajaan pusat telah mematikan hasrat di kalangan pelajar yang mempunyai semangat berlumba bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran," katanya.

Menurutnya semangat ingin berlumba di kalangan pelajar perlu disemai serta dibajai dari awal lagi.

Pada sambutan itu anggota parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman diumumkan Tokoh Pendidikan Yik 2009.

Dengan anugerah itu beliau mendapat tiket mengerjakan umrah dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Besar.


Pergi Jahanam Lah UMNO – TGNA






TG Nik Aziz seru seluruh rakyat bantah ISA 1 Ogos



Rakyat di negara ini digesa sertai Perhimpunan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan perarakan ke Istana Negara yang akan diadakan pada 1 Ogos depan dengan tujuan menyerahkan memorandum kepada Yangdipertuan Agong.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau amat bersetuju dengan cadangan dan sekiranya kesihatan mengizinkan beliau juga ingin turut serta pada perhimpunan itu.

“Saya minta semua sebanyak mana yang boleh pergi kena pergi. Tangkap manusia dengan tiada perbicaraan itu kesilapan dan kita sebagai manusia membetulkan kesilapan Umno yang menzalimi rakyat,” katanya.

Mengulas kemungkinan perhimpunan itu dihalang pihak tertentu, beliau berkata, terserah kepada mereka. Tapi kalau disekat ia satu tindakan jahat. Negeri ini bukan hak Umno. Bila rakyat pilih nak demonstrasi kenapa kita sekat, katanya. – sumber Sinar Harian 28 Julai 2009

Akhirnya DIA Menghulurkan JawapanNya

Tragedi kematian Teo Beng Hock yang mayatnya ditemui di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam kononnya akibat terjatuh dari bangunan itu telah mewujudkan pelbagai spekulasi. Terjun, terjatuh atau dijatuhkan?

Ada pelbagai teori yang diutarakan dan yang nyata, apa yang dikatakan pada peringkat awal penemuan tragedi berkenaan seperti yang dikhabarkan kepada rakyat bahawa mayat yang ditemui adalah kerana Teoh terjatuh atau terjun tidak diterima oleh akal yang waras dan orang yang membuat andaian serta memberikan maklumat sedemikian ternyata pendusta dan sengaja berniat jahat untuk menyembunyikan fakta kebenaran.

Jatuh dari tingkat 14 ke tingkat tanpa sebarang kecederaan fizikal luaran adalah sesuatu yang tidak mungkin diterima akal. Panggillah ahli pathologi paling handal dunia, atau panggil sahaja sesiapa yang mendakwa sedemikian, kemudian jatuhkan mereka dari tempat tinggi tanpa sebarang peralatan keselamatan, sudah tentu mereka tidak mampu untuk melakukan.

Termasuklah Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull yang menyatakan sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut. Dan kenyataan seorang menteri bernama Nazri Abdul Aziz. Mereka berdua patut membuktikan dengan terjun dari Tingkat 15 bangunan Plaza Masalam dan kemudian tunjukkan tiada kecederaan fizikal.



Mohd Shukri berkata, SPRM tidak pasti sama ada mangsa mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan itu dan menambah mangsa memberi kerjasama baik sepanjang keterangannya direkodkan.


“Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu…,” kata Nazri


Pada hari semalam, seorang pelajar lelaki Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), maut selepas jatuh daripada Tingkat 16, Blok 5 Apartmen Vista Angkasa di Kerinchi.

Mangsa dikenali sebagai Tan, 22, ditemui tertiarap jam 11.30 pagi dalam keadaan mengerikan dengan badan berlumuran darah dan kepala pecah di tempat letak motosikal.

Hal sedemikian tidak berlaku kepada Teoh Beng Hock. Pergi jahanam dengan teori-teori yang cuba melakukan cover-up yang menyatakan Teoh "terjun atau terjatuh"!

Polis yang menyiasat berlebih-lebihan untuk menghalakan "serangan" ke atas Pakatan Rakyat seperti Datuk Khalid Abu Bakar perlu disiasat motifnya berbuat demikian.

IA JELAS SATU PEMBUNUHAN.



Akhiran idaman



Setiap yang hidup PASTI akan mati. Bagaimana cara kematian itu terletak kepada ketentuan Illahi.

Bagaimanakah anda mahu akhiran hidup anda? Biarpun kita setiap kali berdoa untuk mati di dalam iman dan Islam, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Sepertimana kisah di dalam paparan video di bawah, imam ini meninggalkan dunia ketika sedang berceramah agama. Malaikat maut akan mencabut nyawa di ketika mana sekalipun mengikut ketentuanNya tanpa lewat barang seminit.

Lihat kepada bola mata imam ini ketika di saat akhirnya. Ia melihat ke arah kanan. Menurut ustaz saya, jika ia melihat ke arah kanan bermakna malaikat maut datang kepadanya dari arah kanan yang membawa maksud kesudahan yang baik. Jika ia melihat ke arah kiri, na'uzubillah.



Teringat saya kepada kisah arwah bapa Abdullah Fahmi, Juara Akademi Al-Quran 1 TV9 yang juga meninggal dunia ketika sedang memberikan kuliah/ceramah agama di masjid.

Adakah terlekat cita-cita kita untuk berakhir sedemikian rupa? Rezeki dan kemampuan seseorang berbeza. Jika tidak mampu untuk berakhir ketika berceramah agama, sekurang-kurangnya dapat berakhir di kala mendengar ceramah agama.

Mesej yang perlu direnungkan ialah selalu-selalu dan rajin-rajinlah kemajlis ceramah agama.

UMNO Oh UMNO, Mungkin Mati Itu Lebih Baik Bagimu Dari Hidup


Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam kenyataannya pagi ini dengan tegas menafikan bahawa beliau menyebut soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Tok Guru mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun, kejadian ini menunjukkan sikap ‘desperado’ Umno yang gilakan PAS.

“Saya bercakap pasal kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri seperti semangat Federalisme bukan pasal antara parti,” kata Tok Guru di pejabatnya, Kota Darulnaim.

Katanya lagi, yang duduk cakap pasal parti ialah Mustapha Mohamed (Dato’) sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Sehubungan itu Tok Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa beberapa hari lalu dan menganggapnya sebagai satu lagi “Projek Barisan Nasional”.

Sekarang Umno terdesak gagal membezakan antara kerjasama kerajaan dan parti
Sementara di Padang Majlis Daerah Kuala Krai, di Laloh, Anggota parlimen Machang, Saufuddin Nasution Ismail berkata, pemimpin Umno sekarang sudah benar-benar terdesak apabila gagal membezakan kerjasama di antara kerajaan dan parti.

“Apabila sahaja disebut perkataan kerjasama cepat-cepat mereka melihat dalam konteks parti di antara Umno dan PAS.

“Sedangkan apa yang disebut Menteri Besar sebelum ini kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat selepas banyak hak-hak negeri cuba dinafikan kerajaan persekutuan,” katanya pada ceramah sempena kesyukuran kemenangan PAS di Laloh, malam semalam.

Program tersebut diadakan selepas PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil yang diadakan 14 Julai lalu.

Hadir sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.



Kantoi! PR Telah Memerintah Selangor Sebelum PRU 12?

Heboh diperkatakan orang mengenai kewujudan blog membela Teo Beng Hock. Tapi apa yang sebenarnya hanya nak menyiarkan beberapa catatan atau rekod perbelanjaan bagi DUN Sungai Pelek.

Sesuai dengan namanya, beberapa fakta memang pelek. Apakah YB Ronnie Liu pernah menjadi ADUN Sungai Pelek sebelum Pilhan Raya Umum Ke-12? Semak baik-baik salinan penyata yang dimuatkan di blog berkenaan. Lihat dan semak tarikh-tarikh berkaitan. Pelek, memang pelek tapi mungkin tak pelek bagi SPRM..

Blog separuh masak? -marhaen.info






DS IR HAJI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN








MANSUH I.S.A VS PR0-I.S.A - 1 OGOS ADALAH HARI REFERRENDUM RAKYAT

Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos minggu hadapan di Ibu Negara.


Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).


PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru. Dato’ Seri Najib Tun Razak.


Jika anda menyokong pemansuhan ISA, maka berhimpunlah bersama GMI di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum berarak beramai-ramai ke Istana negara dengan pakaian Hitam atau Merah.


Jika anda menyokong kumpulan Pro-ISA, maka hadirlah bersama mereka di Pasar Seni dan kemudian berarak ke Istana Negara dengan pakaian putih.


Maka pada hari itu, Istana dan Kerajaan akan melihat kelompok manakah yang mendapat suara referendum yang majoriti.


Jika Kumpulan GMI lebih ramai maka Kerajaan haruslah mansuhkan ISA serta merta, begitu juga sebaliknya.


PAS yakin, GMI mampu mengumpulkan lebih dari 100 ribu rakyat untuk mendesak Kerajaan memansuhkan ISA.


PAS berharap agar pasukan Polis bertindak bijak dan tidak mencetuskan provokasi supaya kedua-dua kumpulan ini dapat berhimpun secara aman.


Mansuh ISA!!!…Mansuh ISA!!!…Mansuh ISA!!!


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .