30 wartawan ditahan Polis Marin Pengkalan kubur ketika dalam perjalanan melawat tapak Pelantar Minyak Cakerawala, Bachok Kelantan.
Bot yang memuatkan jurukamera kami Fauzi Mohammad dan wartawan Suara Keadilan Rusnizam Mahat ini mengikuti jemputan kerajaan negeri kelantan melawat pelantar itu namun dihalang polis marin dari meneruskan perjalanan.
Namun setelah satu jam disoalsiasat, bot media ini dibenarkan untuk berlepas ke Laut China Selatan.
Pelantar Minyak Cakrawala mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia apabila gagasan Pakatan Rakyat mula menekan kerajaan persekutuan supaya menyerahkan hak rakyat kelantan hasil dari cari gali minyak di perairan negeri itu.
____________________________ Isk isk...tengah laut pun ada FRU. Nasib baik depa tak kena sembur ngan air laut.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pihaknya tidak akan meneruskan hasrat mengemukakan petisyen terhadap keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai lepas, lapor Bernama.
"Setakat ini kita dimaklumkan oleh peguam kita kesnya tidaklah berapa kukuh. Maka itu, kita tidak akan teruskan petisyen tersebut," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berada di Australia mengetuai misi perdagangan dan pelaburan anjuran kementerian itu, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Pada pilihan raya itu BN tewas dengan majoriti tipis 65 undi apabila calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50 mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat memperoleh 5,283 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob daripada PAS pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.
Semasa PRK Manek Urai, UMNO bukan main lantang lagi bidas dan kata Kelantan tidak berhak dapat royalti minyak sebanyak 5 peratus kerana kedudukan pelantar di kawasan bertindih antara tiga negara iaitu Thailand, Vietnam dan Malaysia. Malah dok berkempen kat rakyat Manek Urai supaya jangan terpengaruh dengan dakwaan dongeng PAS Kelantan bersabit isu minyak. Dok juak kat rakyat kata "Kelantan memang tak dapat..".
Atas inisiatif tanggungjawab dan kewajipan kerajaan negeri menuntut hak demi rakyat, disamping menyangkal dakwaan UMNO BN yang dilihat sengaja menutup isu tersebut, Kerajaan PAS Kelantan bertindak meninjau kawasan pelantar minyak yang dimaksudkan (Pelantar Cakrawala). Turut dipelawa Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Dato' Mustapa Mohamed dan ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Mohd Alwi Che Ahmad untuk turut serta melihat lokasi Pelantar Minyak yang dimaksudkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Malah turut dijemput sama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk turut serta. Namun, ketiga-ketiga orang tersebut tidak memberikan jawapan atas undangan kerajaan PAS Kelantan.
Sikap pemimpin UMNO BN inipun sedikit sebanyak menjawab persoalan bersabit hal minyak di Kelantan. Ketidakhadiran mereka walaupun telah dijemput kemungkinan besar kerana takutkan jawapan yang dibuat profesor dari universiti tempatan (profesor bidang) dan juru ukur perunding yang turut sertai rombongan tersebut. Takut pakar-pakar ini tetap kata " Ini memang perairan kita..". Kalau pakar yang keluar kenyataan itu nanti malulah ketiga-ketiga pemimpin UMNO ini. Sebelum ini dok melalak sana sini kata Kelantan tidak berhak, tup tap pakar kata "ini memang perairan kita.." walaupun mereka tak kata " Kelantan berhak dapat royalti..". Alamakk. Macam mana ni? Mata pencarian untuk kenyang anak bini dengan hasil minyak ini sudah tentu terjejas.
Lagipun tuntutan kerajaan Kelantan kepada pusat bukan sikit; [Petikan : HarakahDaily ]
Sementara itu Wan Nordin dalam laporannya memberitahu, Husam ketika berucap di Majlis Pelancaran dan Taklimat Ekspedisi ke Pelantar Minyak Cakrawala Kelantan menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak supaya membayar segera wang royalti sejumlah RM1 billion sebelum Ramadan ini.
Tegas beliau, Najib perlu memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengerusi pertama Petronas, yang meminta Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Kelantan.
ImageKatanya, sebagaimana yang ditegaskan Tengku Razaleigh, rakyat Kelantan mempunyai hak untuk mendapat royalti bagi pengeluaran petroleum di kawasan usaha sama di sempadan perairan Malaysia, Thailand dan Vietnam itu.
"Ini adalah misi moral (mewakili rakyat Kelantan) untuk mendesak Kerajaan Pusat supaya tidak melenggahkan bayaran royalti," ujarnya. VIDEO : TVPAS
Cemburunya UMNO terhadap Pakatan Rakyat yang dapat menghimpunkan rakyat sehingga mencecah 100,000 orang di perhimpunan Anti-ISA sekalipun telah diugut, dihalang dan dihalau, menyebabkan UMNO melamparkan tuduhan yang bukan-bukan terhadap parti-parti PR.
Terbaru, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyatakan peserta-peserta demo diupah.
Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyatakan peserta demonstrasi ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri" dan "kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga" - sebagai jawapan PAS terhadap dakwaan Menteri Penerangan itu.
"Beliau merasa malu kerana penyokong Umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurangnya nasi bungkus," tambah Ustaz Idris.
"Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang."
Menulis di blog peribadinya, Idris mengulas kenyataan Dr Rais seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik menteri itu sebagai berkata:
"Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak.
"(Pendedahan) ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga."
Siasat pemberi upah
Idris juga menyindir NGO yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak bersedia berhimpun petang Sabtu walaupun memberi ugutan untuk berbuat demikian, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
"Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, edisi web Utusan Malaysia melaporkan perdana menteri mengarahkan polis menyiasat kemungkinan wujudnya pemberi upah.
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan perhimpunan tersebut didalangi pihak tertentu dengan upah.
"Mungkin ada. Kita minta polis siasat dan siasatan memang sedang dijalankan," Najib dipetik berkata.
Demo hapuskan ISA dapat upah daripada pihak-pihak tertentu kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Mungkin Rais Yatim fikir di belakang penganjur demo ialah taukeh judi dan perasuah politik. Untuk pengetahuan Rais Yatim, peserta demo ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri. Walaupun kami miskin harta tetapi kami kaya semangat. Kami bukan rakyat yang lidah bercabang, tidak mempunyai pendirian politik. Kami tidak pernah membakar jambatan sebagai ikrar tidak akan kembali kepada umno. Kami pejuang tulin, kezaliman akan kami lawan tanpa diupah. Kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga.Kami tidak ada kontraktor yang membina stadium Sultan Mizan Terengganu yang runtuh, kami tidak dibantu oleh pengkhianat wang PPRT RM32juta dan kami tidak ada kontraktor yang membina MRR2 yang runtuh. Peserta demo datang dengan semangat dan wang sendiri. Mereka simpan wang menoreh getah dan hasil tangkapan ikan semata-mata untuk menentang akta ISA yang zalim. Mereka tahu bahawa ISA tidak kenal darjat, hatta penjual di pasar malam pun boleh ditangkap ISA. Rais Yatiim kamu ini seorang berkelulusan undang-undang, sepatutnya bercakap biarlah dengan fakta, kalau kualiti orang yang berkelulusan undang-undang menjadi loyer dalam satu kes yang hendak dibela dalam mahkamah memang daripada awal pagi sudah kalah, kerana memilih peguam yang tidak ada cerdik.Kita tahu bahawa Rais Yatim menuduh mereka yang datang ke perhimpunan aman menentang ISA mendapat upah kerana bimbang kuasa bn akan jatuh tidak berapa lama lagi. Beliau merasa malu kerana penyokong umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurang-nya nasi bungkus.Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang. Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM
Aassalamualaikum.....kejadian berlaku masa kami lepas sembahyang asar kat surau PGA CHERAS...lepas bagi salam je kat belakang..ramai pegawai atasan polis jadi makmum ...fuhhh berpaku2 pangkat.....dia org ni la yg soal siasat kitaorg.....ade le sorang SB kot(pakai baju biasa,rambut pun panjang)lepas YB baca doa,SB ni masbuk..dia plak yg jadi imam...abis je sembahyang dia plak doa...rasa tersentuh hati dgr dia doa siap nangis2antara doa dia YA ALLAH KAU HALALKAN LAH REZEKI YG KAU BERIKAN..HALALKAN LAH MATA PENCARIAN KU. siap ulang ulang lagi...
Terkejut saya dgn YB dengar doa dia....fikir2kanlah....mungkin ini lah antara asbab sembahyang hajat kat tengah jalan...ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH>>>PADA UMAT NYA YG BERJUANG KE JALANNYA..mudah2an ramai lagi le polis yg dapat hidayah ALLAH>>inilah nikmat mempraktikan perjuangan rasullullah...MENEGUR PEMERINTAH YG ZALIM...bagi yg tak join demo,tak kena bom asap,tak kena sembur air,mereka ini tidak merasa nikmat seorang mujahid..hanya menjadi mujahid dari segi teori saja..tiada praktikal..sekian saja warkah ini..kepada mujahid2 sebenar kita jumpa lagi di PERMATANG PASIR...ALLAHU AKBAR....."
Kamilah peguam Kamilah saksi-saksi Kami penentu masa depan kamu.
Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini Kamu yang mencari tempat ini Kamu yang memilih untuk ke sini Kamu suka tempat ini Kamu menentukan cara hidup kamu.
Kami tidak menyuruh kamu ke sini Kami tidak suka kamu ke sini Kami tidak penjarakan kamu Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.
Tak sayangkah kamu kepada anak-anak? Tak sayangkah kamu kepada emak ayah? Tak sayangkah kamu kepada isteri? Kamu menganiaya mereka! Kamu menganiaya mereka!
Kawan-kawan kamu baik Kawan-kawan kamu menolong kamu Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?
Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku? Kawan-kawan curang kepada kawan? betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan? berapa banyak isteri pejuang memohon cerai? berapa banyak isteri pejuang melaku curang?
Kamu menentukan ibu kamu derita Kamu penyebab ayahmu derita Kamu penyebab anak-anakmu menderita Kamu penyebab isterimu derita Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.
Cari jalan keluar dari sini Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini Kamu nak keluar besok? Kamu nak keluar minggu depan? Kamu nak keluar bulan depan? Kamu nak keluar tahun hadapan? Kamu nak keluar 10 tahun lagi? Kamu yang menentukan! Saudara.., cari lah jalan keluar! Kamu menentukan masa depan kamu...
Kamu di sini kerana kamu! Kamu mementingkan diri! Kamu nak naik! Kamu nak terkenal! Kamu nak pandangan kamu didengar! Kamu nak kamu dijulang! Kamu nak nama terbilang! Kami apa peduli! Kami jaga keamanan... Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu Nyawa orang lain terancam Harta orang lain terancam Keselamatan orang lain terancam
Kami tak kira menteri Kami tak kira datok Kami tak kira Anwar Kami tak kira Karpal Kami tak kira Tok Guru Kami jaga keamanan... Kami jaga keselamatan
Pintu untuk keluar ada Pintu untuk taubat ada Pintu untuk penyesalan ada Pintu untuk kepangkal jalan ada Kamulah penentu untuk memilih pintu Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan
Nak menjadi hero? Nak menjadi pejuang? Nak kepada sanjungan? Nak pertahan pendapat kamu? Kamulah memilih berapa lama di sini!
(Oleh Hj Mohamad Sabu) * 16hb. Mei, 2009
* Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)
*Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA, yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.
*Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 4 buah negeri yang masih mengekalkannya iaitu Malaysia, Singapura, Burma dan Israel... yang lain semua dah buang dan tutup buku. (Kem Guantanamo bukan seperti ISA... ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).
Saya teringatkan kisah sebelum Peperangan al-Ahzab, rentetan peristiwanya adalah apabila Yahudi dari Bani Nadir cuba memberontak terhadap Baginda. Bahkan mereka mengancam membunuh baginda. Ketika mana pada satu ketika baginda bersandar disebuah tembok, ada seorang Yahudi Bani Nadir ini telah menjatuhkan batu dari atas tembok tersebut dengan niat membunuh baginda.
Namun Allah memberikan petunjuk kepada baginda, lalu baginda beredar segera. Batu tersebut tersembam ke Bumi. Ketika mana Rasulullah memerintahkan Yahudi Bani Nadir yang mengkhianati Baginda agar keluar dari Kota Madinah, mereka enggan. Mereka menentang sehingga Baginda terpaksa mengutus tentera islam ke perkampungan mereka demi menghalau mereka keluar.
Yahudi Bani Nadir masih enggan beredar dari kampung halaman mereka. Mengapa mereka enggan? Kerana mereka telah termakan janji dari seorang munafiq iaitu Abdullah Bin Ubai yang berjanji mengutus tentara beliau untuk membantu Yahudi Bani Nadir menentang tentera islam. Namun tentera yang ditunggu-tunggu tidak juga muncul. Akhirnya mereka dihalau keluar dari Kota Madinah.
Cukuplah saya bercerita mengenai sejarahnya. Saya ingin fokus kepada munafiq itu. Demonstrasi Bantah ISA sebenarnya digembar-gemburkan akan berlaku pertembungan antara Pro ISA dan Anti ISA. Namun saya akan menamakan Pro ISA sebagai pengikut tatacara Abdullah Bin Ubai (Bapa Munafiq). Lagak samsengnya berani, tapi kelibatnya tidak kelihatan ketika demonstrasi berlangsung. Itu nyata sekali kelakuan Abdullah Bin Ubai. Pengecut!!!!
Saya menasihati diri saya dan semua agar menjauhi sifat munafik. Saya bukan bermaksud bahawa kita jangan meniru perbuatan Pro ISA, tidak sama sekali. Bahkan saya menyeru agar menjauhi semua perbuatan munafiq...dari segi mungkir janjinya, tidak amanahnya dan juga sifat menipu.
Nyata akhir zaman ini. Saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga tahanan ISA. Bersabarlah. Masih ada sinar baru dibawah pakatan rasanya
Bagi pencinta keamanan, teruskan semangat jihad. Jangan luntur dek kerana tohmahan orang lain. Andai ada yang bertanya " demo tak relevan, mengucar-kacirkan negara, banyak lagi cara diplomasi dan lain-lain tohmahan lagi ".....tolong tanya semula kepada mereka, "apa yang telah kamu buat untuk menentang akta zalim ini? atau tanya pada mereka, "selain dari kebolehan mengomplain, apa yang telah kamu buat untuk gerakan dakwah ini? "...Wallahua'lam
Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai yang dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kulim Golf Resort, di sini, tercemar apabila berlaku pergaduhan sejurus beliau tiba di pintu hadapan bangunan tersebut.
Pergaduhan berpunca rasa tidak puas hati sekumpulan ahli UMNO bahagian itu yang mendakwa disekat daripada menghantar memorandum dan laporan polis yang dibuat terhadap seorang pemimpin UMNO bahagian itu.
Keadaan bertambah tegang apabila berlaku tumbuk menumbuk melibatkan beberapa orang. Keadaan bagaimanapun dapat dikawal polis tidak lama kemudian.
Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Jubai, Mohd Zohari Abu Seman mendakwa abangnya, Ridzhuan Abu Seman telah diganggu oleh seorang individu dalam UMNO bahagian itu yang Ridzhuan meletak salah satu jawatan yang dipegang.
“Laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Kampung Jubai, Saudara Ridzuan Ramli. Kami datang bukan nak bergaduh, cuma mahu menyampaikan memorandum bantahan kami terhadap individu berkenaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
“Masalahnya, apabila kami sampai, kami telah disekat oleh orangnya yang mengakibatkan berlaku kekecohan. Saya ingin mempersoalkan, dalam bidang kuasa apa, dia berkuasa mengarahkan abang saya memilih salah satu jawatan yang dia sandang sekarang ini.
Abang saya merupakan kakitangan Tekun Nasional dan merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Padang Serai. Dia mendesak abang saya dan menyatakan kalau mahu terus bergiat dalam Belia 4B, letak jawatan sebagai pegawai Tekun. Apa hak dia untuk melucutkan jawatan orang. Keputusan itu yang saya pertikaikan dan laporan polis telah dibuat terhadapnya,” katanya.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.
ADUN tersebut, Rosli Othman, 42 ahli dewan undangan negeri kawasan Kemasik dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.
Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Rosli.
Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.
Berkumpul elok-elok… dengan aman… dengan satu tujuan… Gas pemedih mata dilemparkan, itulah tandanya rakyat diutamakan…sebagai bukti rakyat didahulukan
Rakyat habis lari lintang pukan akibat rakyat diutamakan dengan keganasan
Tak cukup rakyat diutamakan dengan Gas pemedih mata , sekali lagi rakyat didahulukan dengan Semburan Air kimia… sekali lagi rakyat lintang pukang dengan keganasan yang didahulukan ke atas rakyat
Gambar -gambar dari Reuters photo ini membuktikan segala-galanya tentang rakyat diutamakan dan didahulukan dalam era 1Malaysia
…Bukan begini caranya kita melayan rakyat jelata yang ingin menyatakan hasrat mereka di dalam sebuah negara yang bukan Komunis
Satu Malaysia..Rakyat didahulukan dengan gas pemedih mata…
Gambar – Gambar Terbaru Dari Semenanjung Gaza
Lihatlah keberanian anak- anak muda Palestin membaling balik Bom Asap ke arah tentera Y.
Gambar-gambar ini aku copy dari Reuters… tapi yang paling menarik sekali gambar di bawah ini… Dah Surrenderpun asyik nak kena cota lagi kat tentera Y
Dan yang akhir sekali gambar sadis kat bawah ini… dah la digari, cium jalanraya pula… Apapun kezaliman yang kita lakukan akan dibalas cash di atas muka bumi ini lagi oleh Allah SWT… kerana Allah SWT telah mengharamkan kezaliman itu dilakukan ke atas hamba-hambanya melalui hadis Qudsi yang kita semua sedia maklum… Dan ingatlah!!! sesungguhnya doa orang yang dizalimi ini tidak ada hijab di sisi Allah.
Di dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dikatakan "terkejut kerana kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyambut ketibaannya di Kota Baru".
Pada lawatan hari ini, peristiwa yang saya tidak duga ialah antara orang pertama yang sambut saya di lapangan terbang, selain pemimpin Umno ialah tok guru Nik Aziz. Saya terima (pertemuan itu) kerana hormat beliau sebagai pemimpin. Berita Harian 2 Ogos 2009
Kita jadi hairan dengan "rasa terkejutnya" Najib dengan kehadiran Nik Aziz walhal beliaulah yang menjemput Nik Aziz menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, semalam.
Ini memandangkan kehadiran Menteri Besar Kelantan itu di atas jemputan Dato' Seri Najib Razak sendiri.
"Walaupun kehadiran saya pada awalnya tidak dirancang kerana ia dibuat begitu mendadak, namun untuk kepentingan umum saya terpaksa membatalkan beberapa program lain yang lebih awal dirancang," katanya.
Beliau memberitahu perkara itu kepada pemberita ketika ditemui di lapangan terbang sebelum berlepas ke Kuala Lumpur petang semalam.
Sepatutnya Mohd Najib melahirkan terima kasih kerana kesudian MB Kelantan menerima jemputannya tetapi apa yang diucapkan oleh Najib seolah-olah Tuan Guru yang terhegeh-hegeh menyambutnya di Kota Baru.
Demikian satu contoh kaedah dimana Najib memanipulasikan kehadiran dan keikhlasan Nik Aziz.
Harakahdaily seterus melaporkan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah berkata, pertemuan empat mata yang berlangsung lebih kurang 20 minit itu memperlihatkan ada perkembangan positif ke arah meningkatkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.
Beliau juga melahirkan rasa bersyukur kerana pada pertemuan tersebut Perdana Menteri menerima dengan wajah yang manis setiap perkara yang dibangkitkan.
Antara isu yang dibincangkan pada pertemuan tertutup tersebut berkenaan tuntutan royalti, jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan pembinaan pelabuhan di Tumpat.
"Cumanya Dato' Seri Najib sebut kalau boleh Tok Guru tak payahlah cepat sangat menyebut provokasi-provokasi terhadap Umno, tetapi waktu tu saya tak kata apa kepadanya.
"Saya tak jawab apa pada waktu tu, tetapi maknanya beliau faham, kalau tak jawab. Kami PAS dan Pakatan Rakyat tidak ada surat khabar sendiri, kami tak ada radio dan kami juga tak ada televisyen untuk menjawab," ujarnya.
Najib pertama kali datang ke Kelantan setelah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas pemilihan Umno April lalu.
Beliau hadir pada dua program di Kota Bharu iaitu pecah tanah projek pembangunan di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab dan merasmikan persidangan Umno Bahagian Kota Bharu.
Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya memekakkan telinga tanpa menjawab sebarang tuduhan ia tidak boleh kerana akan menimbulkan masalah kepada penyokong Pakatan sebab tidak tahu jawapan sebenar.
"Kerana itulah saya terpaksa menjawab untuk memberi kefahaman terhadap penyokong dan rakyat seluruhnya.
"Sedangkan kalau Perdana Menteri tidak menjawab apa pun ia tidak menjadi masalah kerana media milik kerajaan Barisan Nasional sentiasa membantu menjawab sebarang spekulasi," ujarnya.
Malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sentiasa menjaga hubungan baik dengan pusat dan tidak pernah berniat untuk mengacau sesiapa.
"Tetapi kalau orang asyik dok kacau saya macam mana, jadi tolong menolong dan bukannya tolong saja, sama-sama jagalah," ujarnya.
Sementara itu ditanya berhubung permohonan maaf Utusan Malaysia terhadapnya Menteri Besar berkata, perkara itu sedang diurus peguam yang dilantik.
"Ya saya pun ada membaca tentang permohonan maaf itu, tetapi perkara itu sedang dirunding melalui peguam saya," ujarnya.
Baru-baru Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai lalu di halaman depan menyebut memohon maaf kepada Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiar Utusan bertarikh 15 Jun 2009.