Ikuti Blog ini

Majlis Meraikan Pemuda Di JKR 10

Tengahari semalam bertempat di Kediaman Menteri Besar Kelantan (JKR 10) berlangsung Majlis Meraikan Pemuda PAS yang terlibat secara langsung dalam mempertahankan Menteri Besar Kelantan dari provokasi pihak UMNO diluar SUK hari sebelumnya.

Kalau kita baca laporan dari Media Perdana berkenaan demonstrasi diluar SUK, banyak yang melaporkan bahawa kehadiran mencecah "ribuan", padahal ramai yang tidak tahu bahawa demonstrator yang hadir sebenarnya tanpa mereka sedar telah "terkepung" oleh Pemuda-Pemuda PAS yang siap sedia menghadapi sebarang provokasi jahat pihak UMNO dan dalang-dalang mereka.

Cerita banyak pun tak guna... apapun, Tahniah pada para Pemuda PAS yang hadir memberi sokongan kepada TGNA dan Kerajaan PAS Kelantan dan tak lupa juga pada 'pihak ke-3" yang juga hadir memberi sokongan.

TGNA mengadap hidangan bersama tetamu-tetamu yang hadir.

Barisan Pemuda yang diraikan dalam Majlis Khas.
TGNA menyampaikan ucapan dan tazkirah pada barisan Pemuda yang hadir.

Dato' Paduka Husam Musa, Dr Fadli dan EXCO Pemuda PAS Kelantan antara yang hadir.
Abdul Ariffahmi dan Timbalan Menteri Besar Kelantan turut hadir meraikan barisan Pemuda.

Tok Guru sudah Buat Yang Terbaik Untuk Kita Semua


Orang hanya memberinya tiga bulan saja untuk mentadbir Kelantan. Tiada pengalaman menteri tadbir, tidak pernah tok guru berserban dalam sejarah Melayu menjadi menteri besar dan Kelantan itu negeri miskin pula. Dengan ketiadaan duit itu, beliau dan partinya diberi tiga bulan saja.Lepas tiga bulan diberi tiga bulan lagi. Lepas itu tiga tahun pula. Dan akhirnya melewati tiga kali pilihan raya. Dan sesudah 20 tahun, tiada yang berani bercakap untuk dapat menewaskannya, malah menggantikan partinya, PAS bagi mentadbir Kelantan pun tidak berani difikirkan.

Sudah 20 tahun Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan. Satu tempoh yang dikira panjang tetapi bukanlah yang terpanjang bagi sejarah Malaysia yang merdeka.Malah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, juga seorang lulusan Universiti al-Azhar Mesir, lebih lama daripadanya semasa menjadi menteri besar Terengganu dulu – daripada tahun 1974 hingga tahun 1999 – 25 tahun.

Negara pernah merasa puas, maksudnya temu, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu lama menjadi perdana menteri iaitu 22 tahun. Dia kalah dengan Suharto yang menjadi presiden Indonesia selama 32 tahun. Tidak pernah ada yang membandingkannya dengan Lee Kuan Yew yang juga lama menjadi perdana menteri Singapura. Orang pun tidak ingat berapa lama.

Tetapi orang tidak sedar rupanya Tok Guru Nik Aziz sudah jadi menteri besar selama 20 tahun. Kalau usianya ada lagi dan masih boleh memberi fikiran, dua tahun lagi akan samalah tempoh pentadbirannya dengan Mahathir.

Cuma setakat ini, tiada siapa mahu memikirkan beliau boleh menyamai tempoh pentadbiran Wan Mokhtar.

Orang hanya memberinya tiga bulan saja untuk mentadbir Kelantan. Tiada pengalaman menteri tadbir, tidak pernah tok guru berserban dalam sejarah Melayu menjadi menteri besar dan Kelantan itu negeri miskin pula. Dengan ketiadaan duit itu, beliau dan partinya diberi tiga bulan saja.

Lepas tiga bulan diberi tiga bulan lagi. Lepas itu tiga tahun pula. Dan akhirnya melewati tiga kali pilihan raya. Dan sesudah 20 tahun, tiada yang berani bercakap untuk dapat menewaskannya, malah menggantikan partinya, PAS bagi mentadbir Kelantan pun tidak berani difikirkan.

Bukan kita hendak berlumba siapa lebih lama memerintah, tetapi yang jemu dan bersungut tentang tempoh pentadbiran Tok Guru yang sudah dikira lama itu. Dengan hidupnya amat sederhana, tiada membuat harta dan tiada mengambil kesempatan dengan kuasa dan kedudukannya, beliau menjadi ketua kerajaan yang amat disenangi.

Dengan sumber khazanah yang terhad, sebagai negeri termiskin, bantuan kerajaan pusat pula bagai dicatu dan tidak mengikut jadual pula, serta kepungan ekonomi pusat, tidak pula negeri itu terhalang dari menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya. Cuma ia tidak dapat menambah makmurkan negeri dan rakyatnya disebabkan oleh kekangan kewangan, tetapi negeri itu lumpuh dan tidak muflis.

Ia tidak menambah hutang kerajaan negeri seperti 11 tahun di bawah pentadbiran Barisan Nasional sebelumnya, tetapi ia tidak pernah gagal ansuran bayaran hutang kepada kerajaan pusat.

Dengan 20 tahun pentadbirannya itu, ia memecahkan sangkaan ulama tidak boleh memerintah, ia mengubah persepsi pandangan masyarakat bukan Islam kepada Islam dan partinya yang sebelumnya disangka hanya untuk memenuhi kepentingan dan keperluan Islam dan Melayu saja. Tetapi ia boleh menjadi contoh memberi perlindungan kepada semua pihak.

Akhir-akhir ini ia tidak sekadar memberi kebajikan kepada yang hidup, yang mati, Muslim dan bukan Muslim ada skim bantuan kematian kepada waris dalam urusan kematian.

Mungkin boleh dikata, ada orang bersungut apabila seseorang itu terlalu lama berkuasa, menunggu mereka dia akan pergi. Tetapi dengan kesederhanaan yang ditunjukkan itu, tiada jemu dan tiada bosan orang akan keberadaannya, kalau boleh seseorang itu menongkat langit, biarlah beliau kekal lebih lama walau pun bukan selama-lamanya.

Bukan orang Muslim saja terasa senang dengannya, yang bukan Muslim baik dari Kelantan dan di luar Kelantan mengangkat tabik kepadanya dan memberi penghormatan tinggi kepadanya.

Tidak salah bagi semua menjadikannya contoh dan teladan kepada semua, sekarang dan akan datang. Amat sayang beliau sudah tua dan kesihatan pun selalu terganggu.

Di hujung pentadbirannya itu hak Kelantan mulai datang satu demi satu. Ia dinafikan mendapat hak atas minyak yang di keluarkan dari zon ekonomi perairannya. Tetapi ia mulai diiktiraf.

Kerajaan pusat tidak mengakui Kelantan ada hak atas minyak. Tiba-tiba perdana menteri setuju memberi wang ihsan. Apa sebab? Mengapa tidak diberi kepada Pahang, Johor, Melaka dan lain-lain? Kerana mereka tidak bersangkutan.

Mengapa Kelantan hendak diberi wang ihsan? Kerana ia berhak. Tok Guru dan kerajaannya tidak menolak rezeki wang ihsan itu. Tetapi ia ihsan kerajaan pusat. Sedekah, kata Datuk Husam Musa.

Yang Kelantan tahu, royalti Kelantan tidak boleh diusik dengan wang ihsan itu. Kelantan menuntutnya dari Petronas sama seperti Tunku menuntut kemerdekaan Malaysia daripada Inggeris.

Dan di hujung tempoh 20 tahun itu juga Tok Guru termasuk 50 orang teratas dalam 500 orang tokoh Muslim dunia bagi tahun 2009 ini.

Antara 50 orang itu adalah raja-raja, ketua negara bukan raja dan ketua kerajaan pusat. Tok guru bukan raja dan bukan pimpinan kerajaan peringkat pusat. Beliau sekadar menteri besar sebuah negeri miskin dan pemimpin sebuah parti politik pembangkang.

Tetapi itulah penghormatan dunia kepada pemimpin kerajaan Kelantan dan pemimpin umat Muslim Malaysia itu.

Oleh Subky Abdul Latif


Tok Guru Nik Aziz penghalang umno hidup semula di semenanjung

Seluruh jentera UMNO diarahkan untuk menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) kerana dianggap sebagai penghalang kepada BN untuk bukan sahaja menawan Kelantan tetapi adalah sebagai dalang akan kemaraan Umno di Semenanjung.

TGNA yang tegas dan tahu niat jahat Umno walaupun cuba berpura-pura untuk berbaik-baik dengan Tok Guru. Selagi ada TGNA selagi itulah BN buntu.

TGNA paling digerun oleh musuh kerana doanya selalu 'diperkenankan'. Lihat sahaja PRU12 yang lalu Tok Guru bersama 30,000 solat hajat dan bermunajat berdoa distadium Kota Baru dengan mengalirkan air mata didalam hujan renyai-renyai telah 'dimakbulkan' dan jika sekiranya solat hajat dan doa diadakan lagi di stadium bersama 30 ribu umat islam tidak tahulah apa kesudahannya.


Diharap TGNA yang masin doanya itu carilah alternatif lain dahulu saperti berunding dan jika tidak juga berhasil cuba dan cuba lagi dan doa adalah iktiar terakhir atau tangguhkan dahulu untuk PRU13.

Ini bukan pasal taksub tetapi ada banyak bukti. PAS mesti 'jaga' Nik Aziz 24 jam.

Umno ikut cara Amerika iaitu cuba ganggu gugat lawan dari luar dan apabila sudah kucar kacir atau kepalanya sudah lemah mudah untuk jatuhkan PAS dan apabila PAS KO, bermakna parti lain dalam PR akan lemah dan apabila lemah BN akan berkuasa 2/3 lagi di PRU13.

Itulah plan B mereka setelah plan A untuk pujuk pucuk pimpinan PAS gagal (walaupun hampir masuk perangkap). Jika plan B gagal mungkin ada plan C dan D pula menunggu sebelum menjelang PRU13.

Program Motivasi & Teknik Penunggangan Selamat.


Photobucket


Program Motivasi & Teknik Penunggangan Selamat.

Tarikh : Ahad, 6 Dis. 2009
Masa : 12.00 tengahari.
Tempat : Perkarangan Masjid As-Salam.
Anjuran Jawatankuasa Pengurusan DUN Seri Serdang, Masjid As-Salam & Lajnah DACS (Department Art, Culture and Sports, Dewan Pemuda PAS)

Orang ramai di jemput hadir beramai-ramai

Ita janji tak buat lagi..Abah.. bagilah balik tangan Ita..!!

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,l akaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masu ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya ...


' sayang anak sepenuh hati...sayang harta ala kadar cukup..harta takkan mendoakan kita bila sudah tiada di dunia..'

Konsert Piala Monsun Dilanda Ribut Monsun

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/konsertmcupdilandaribut.JPG
KUALA TERENGGANU – Konsert Piala Monsun yang diadakan di Dataran Shahbandar disini semalam 1 Disember, dihentikan kerana dipukul ‘ribut monsun’ musim tengkujuh.(Gambar-orang ramai meninggalkan konsert)

Konsert yang tidak mendapat sambutan, anjuran bersama kerajaan negeri dengan majalah URTV cuba diteruskan walaupun hujan ‘gelombang ketiga musim tengkujuh’ turun tanpa henti sejak kelmarin.

Dengan kehadiran tidak lebih 200 orang dan dimulakan agak lewat, konsert yang akan memperkenalkan 12 peserta kejohanan perahu layar itu dihentikan setelah keadaan cuaca tidak dapat dikawal.

Hujan mula turun kira-kira jam 10 malam disertai angin yang bertiup kuat, namun penyanyi yang beraksi ketika itu berkata ‘kita berdoa supaya hujan akan berhenti’ dan kalau hujan ‘kita akan basah bersama’.

Sebaliknya, hujan turun semakin lebat dan angin semakin kuat, menyebabkan penonton ‘bersegera’ meninggalkan lokasi.

Pada jam 10.35 malam, pengumuman dibuat menyatakan konsert terpaksa dihentikan kerana sebab-sebab keselamatan.

Berikutan hujan lebat turun selama 30 minit, kawasan sekitar Dataran Shahbandar telah bertukar ‘menjadi kolam’ kerana dibanjiri air.

Beruk Di Zoo Penang & Kelantan Terlepas...!!!





Dulu masa PR buat perhimpunan BERSIH dan perhimpunan lain-lainnya di Kuala Lumpur, dari PM sampailah menterinya dan segala buragas umno mengatakan Tunjuk Perasaan atau Demonstrasi;

"Itu Bukan Budaya Kita"

Dan ada mulut2 sumbang dan celupar mengelarkan Demonstrans dengan panggilan "Beruk-Beruk Jalanan".

Selang beberapa tahun jer..., dan tak lama pun masa tu berlalu..., Allah SWT... bayar CASH kat puak-puak umno nih..., sebelum ini demonstrasi di Pulau Pinang, Selangor.

Hari ini di Kota Bahru kita boleh melihat Parti yang mendakwa kononnya "Itu Bukan Budaya Kita" yang dulunya meludah ke langit... kini air liur tu dah bertepek ke dahi mereka... ha..ha..ha...

Yang menyeronokkan aku... Beruk-Beruk ni semuanya dari Parti Sarkis... oooo Beruk-Beruk Sarkis rupanya... patut la menurut perintah.... ha..ha..ha...

Kat bawah ni ada gambar-gambar beruk jalanan Kota Bahru untuk tatapan korang semua, aku letak 3 gambar jer... cukuplah..., kalau letak gambar Angelina Jolie ke..., Catherine Zeta Jones ke..., gambar budak cuci kelab motor Damansara macam hari tu... ok lah jugak kan...

Ni buat apa nak letak gambar beruk banyak2... nama pun beruk... huh... macam sial jelah kan... ha..ha..ha... "Beruk-Beruk Jalanan Umno"

Yang ini penyokong - penyokong Beruk

Yang ini putera-putera Beruk

Yang ini puteri-puteri Beruk

Ketua Beruk mana...?

Ada kat bawah tu....

Korang cari la sendiri...

Mungkin kat Mongolia kot...

weii... Harussanasini mana...? Cepat..cepat... keluarkan fatwa... beruk beruk tunjuk perasaan...



Isa: Dah macam cerita Planet of The Apes pulak...

p/s: Kak Mah...? Lu pun Beruk jugak ke...?

Dewan Ulama PAS Kelantan mahu TGNA kekal MB


KOTA BHARU, Dis 1 — Dewan Ulama PAS Kelantan menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak lima peratus daripada kerajaan pusat.

Ketuanya Datuk Mohamad Daud Iraqi berkata Dewan Ulama menyambut baik saranan Mursyidul Am PAS itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.

Dalam kenyataan tiga muka surat yang dibaca di rumahnya di Kubang Kerian, dekat sini, Ahli Dewan Undangan Negeri Demit itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibukakan hati pihak yang terlibat sehinggalah hak rakyat bagi royalti minyak itu ditunaikan.

Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ehsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun, katanya.
Mengenai kepimpinan Menteri Besar itu, Mohamad berkata Dewan Ulama berpendirian untuk terus menyokong beliau mengekalkan kepimpinan dalam kerajaan dan parti.

“Buat masa ini TG Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbiranya.

“Ketokohan dan budaya pemerintahannya seperti yang ditunjukkan beliau masih menjadi contoh yang terbaik dan tetap disegani kawan dan lawan,” katanya. — Bernama

UMNO Takut Doa Musnah TGNA..!


Dekat atas ni rakaman video dan ceramah dan doa musnah TGNA terhadap rejim penzalim UMNO/Beer eNd, PM Najib dan pengikut-pengikutnya - ihsan Pinkturtle.

Bila timbul isu doa musnah TGNA terhadap penzalim, habis segala media perdana yang ada, hantu-hantu puaka dan pak-pak menteri UMNO bangun bercokoh-cokoh dengan pandangan dan pendirian masing-masing. semua dah jadi ustaz, semua dah jadi "abuya". baru ingat dosa pahala.

Lepas cerita pasal dosa pahala, malam karang pergi teguk arak dekat pusat hiburan. jangan cakap tidak sebab aku tau dekat mana korang lepak.

Aku heran... kenapa UMNO takut sangat pada doa TGNA ni..? kalau UMNO, Najib dan pengikut-pengikutnya tak zalim, buat apa nak takut dan kecoh-kecoh mintak TGNA tarik balik doa tu..?

Mintak tarik balik sebab korang sedar korang zalim ke..? kalau rasa diri tu tak zalim, apa salahnya kalau sama-sama kita aminkan doa TGNA tu...

Amin...





Polis malaysia tengok saja...kalau orang pakatan rakyat lama dah kena sembor dengan water cannon dan dikatuk dengan cota serta berpuluh kena sumbat dalam black maria...fikir fikir kan lah

Kes Kota Seputeh - nampak jelas skrip di Perak bakal berulang kembali ?



Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.

Ekoran keputusan tersebut, SPR tidak perlu mengadakan mesyuarat esok - hari terakhir untuk suruhanjaya itu mengeluarkan writ pilihanraya kecil di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958 serta mengumumkan hari penamaan calon dan hari pengundian.

Sebaik sahaja writ itu dikeluarkan, ianya tidak boleh dibatalkan.

TEKS KHUTBAH EIDULADHA 1430H


Teks Khutbah Eiduladha 1430

Image

Assalamaualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Kepada muslimin dan muslimat, mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Pihak Lajnah Penerbitan, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berbesar hati menyediakan teks khutbah untuk tujuan hari raya yang bakal menjelang.

Teks-teks khutbah tersebut boleh dimuat turun di bawah ini:-

1) Teks khutbah dari Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan

2) Teks khutbah dari Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu

3) Teks khutbah dari Dewan Ulamak PAS Negeri Perak

DATUK TAKIYUDDIN HASSAN DILANTIK PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat baru baru ini telah bersetuju melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.

Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.

Di peringkat PAS negeri Kelantan, beliau adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Bharu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payung merupakan exco kerajaan negeri Kelantan memegang potfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

Sahih SPR Bertindak Kuda Tunggangan UMNO BN

Berikut ialah berita MSTAR:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan harapan yang tinggi kepada panel hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan mereka esok berhubung kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah yang diisytiharkan kosong.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihakanya berharap Mahkamah Rayuan akan meneliti kes ini dengan sebaik mungkin kerana ia pertama kali berlaku di negara ini.

"Kita berharap Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan kita dan buat keputusan yang memihak kepada kita.

"Harapan kita agar panel hakim akan meneliti kes ini secara rapi kerana kes ini merupakan kes pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia... sangat penting bagi rujukan pada masa-masa akan datang," kata kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasakuasa Khas) hari ini yang menolak permohonan SPR untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong.

Selain itu Wan Ahmad berkata, SPR berharap Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan dengan segera berhubung kedudukan kerusi DUN Kota Siputeh kerana pihaknya hanya mempunyai masa kurang sehari bagi mengeluarkan writ untuk memanggil pilihan raya.

"Kita jangkakan keputusan akan diketahui esok memandangkan kes ini perlu disegerakan sebab jika keputusan Mahkamah Rayuan esok menolak lagi rayuan SPR, maka tempoh yang tinggal untuk SPR menetapkan tarikh-tarikh bagi mengadakan pilihan raya hanya tinggal satu hari iaitu tidak lewat dari 25 haribulan (Rabu).

"Jadi itulah tempoh yang ada kepada kita jika dikira keputusan Mahkamah Tinggi yang isytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong pada 16 haribulan lalu," katanya.

Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 12(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, writ perlu dikeluarkan dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh kekosongan.

Pada 16 November lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Ditanya sama ada SPR bersedia menerima sebarang keputusan yang akan dibuat esok, Wan Ahmad berkata: "SPR sentiasa bersedia pada bila-bila masa termasuk untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"Tapi bagaimanapun kita masih mempunyai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam kes ini... esok adalah hari yang cukup penting bagi SPR."

Ulasan

Kan cukup jelas tu, SPR adalah kuda tunggangan UMNO BN.

Wan Ahmad berkata, keputusan mahkamah yang menolak permohonan SPR itu merupakan yang pertama berlaku dalam sejarah.

Sedang beliau sendiri terlupa bahawa tindakan SPR menggunakan kuasa secara ultra vires dengan membelakangkan kuasa Speaker DUN itu adalah yang pertama berlaku di dalam sejarah.

SPR nampaknya nak makan buah kedondong lagi...

Ekoran Banjir Terburuk, Petugas PAS Turun Sepenuhnya


http://buletinonline.net/images/stories/berita14/IMG_6364.JPG

KUALA NERUS – Gelombang kedua banjir yang melanda negeri ini dianggap sebagai banjir yang terburuk sejak beberapa tahun lalu, apabila hampir seluruh daerah di negeri ini dinaikki air akibat hujan lebat yang turun beberapa hari.

Tinjauan Buletinonline ke kawasan Parlimen Marang mendapati kebanyakkan kawasan-kawasan rendah telah ditenggelami air diantara 1 hingga 2 meter

Seorang penduduk di Kampung Kubu, DUN Pengakalan Berangan yang ditemui berkata, tidak pernah berlaku banjir seumpamanya, sejak beliau tinggal di kampong tersebut 6 tahun lalu.

Keadaan banjir akan menjadi lebuh teruk apabila Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan lebat serta angin kencang dengan kelajuan 70 kilometer sejam (kmsj) dijangka berterusan sehingga hari kedua sambutan Aidiladha, Sabtu ini.

Penolong Ketua Pengarah Pusat Kajicuaca Jabatan berkenaan, Amirzudi Hashim, berkata angin ribut tropika ini menyebabkan ombak di laut bergelora ke paras setinggi 3.5 meter.

"Kesan daripada itu, air laut di sekitar pantai juga naik lebih tinggi iaitu sebanyak 0.5 meter berbanding hari biasa iaitu di paras kosong ," katanya semalam.

Sehubungan itu, semua jentera PAS diminta untuk bersedia memberikan khidmat membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing.

Ketua Lajnah Kebajikan PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata unit-unit utama seperti Unit Amal dan Skuad Khidmat diharap dapat turun ke barisan hadapan menghadapi bencana tersebut.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Nerus berkata beberapa kawasan di sini telah pun dilanda banjir terutama kawasan Taman Pusu Tiga yang dimaklumi sebagai kawasan rendah dan mudah dinaiki air.

Sementara itu, Buletinonline dimaklumkan, Pengarah Unit Amal turut turun padang membantu mangsa-mangsa banjir dikawasan berkenaan.




.




Last

TG Nik Aziz Bikin UMNO Kecut Teloq



Oleh Idris Samad


KETIKA semua media massa arus perdana ‘menembak’ Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu-isu yang mengambarkan kononnya berlaku rasuah dan amalan nepostime, timbul pula cadangan supaya Mursyidul Am Pas dilantik mengetuai Pakatan Rakyat.

Cadangan datangnya dari bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim disambut baik oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.

Serentak dengan itu, orang-orang Umno jadi mengelabah tidak tentu arah! Pergerakan Pemuda Umno Negeri Kelantan yang diketuai Anuar Safian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbuat sesuatu kepada Menteri Besar Kelantan dan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman kononnya ada berlaku rasuah.

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan tidak nampak apa-apa isu mengenai PKFZ dan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan tidak pernah risau dengan isu wang ihsan menggantikan royalti dari kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan.

Pelbagai usaha sebenarnya dibuat, sejak berpuluh tahun dahulu untuk membunuh karektor TG Nik Abdul Aziz namun ia gagal.

Malahan, semenjak TG Nik Aziz menjadi MB Kelantan, Umno sudah banyak kali bertukar ketua di peringkat negeri. Antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Mustapa Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Namun, hebat-hebat mereka ini, baik Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh, Mustapa dan Annuar, akhirnya satu demi satu menuju ke zaman politik yang gerhana.

Malahan, suatu ketika apabila Mustapa menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden ketika mengetuai Umno Kelantan, perwakilan Umno mengejeknya dengan kata-kata, “Nak jadi Naib Presiden macam mana, Kelantan pun tak boleh selesai!”

Begitu juga, setahun yang lalu, ketika Annuar menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden, bukan sahaja tidak mendapat sokongan dari bahagian-bahagian di seluruh negara, malahan dari Kelantan sendiri, mereka nyata tidak menyokong hasrat Annuar itu.

Dr. Mahathir sudah menjadi ‘Quran buruk’ dalam Umno. Tegurannya sudah dianggap sebagai ‘mengacau dan merosakkan’.

Tengku Razaleigh sudah menuju zaman gerhana kerana hasratnya untuk bertanding kerusi Presiden Umno hanya menjadi bahan gurauan sahaja hinggakan tiada satu pun bahagian kecuali Gua Musang yang sanggup mencalonkannya.

Nampaknya, ketika tiada pemimpin Umno Kelantan yang boleh diangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam Umno, masing-masing terkejut dengan cadangan Zaid Ibrahim yang mahu melihat Pakatan Rakyat yang jika diluluskan pendaftarannya – gabungan antara Pas, KKR dan DAP – diterajui TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di kalangan orang-orang Umno, di peringkat pertengahan dan bawahan, memang mengkagumi TG Nik Abdul Aziz. Mereka bukan tidak membaca media massa arus perdana tetapi mereka enggan mempercayainya.

Inilah yang merisaukan kepimpinan Umno. Ketika pucuk pimpinan mereka menyerang TG Nik Aziz, pengikut-pengikutnya di bawah, tidak tergamak berbuat demikian. Malahan, seorang Naib Ketua Umno bahagian dari Johor membisikkan ke telinga penulis dengan kata-kata…kenapa isu TG Nik Aziz mahu ke Makkah dijadikan isu besar dengan campur tangan SPRM sedangkan rakyat mahu mengetahui perkembangan PKFZ dan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara.

“Yang mana keutamaan SPRM sebenarnya,” tanya Naib Ketua Umno bahagian ini resah.


Bagi pemimpin Umno, mereka merasakan mustahil Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dapat memberi laluan mudah kepada TG Nik Abdul Aziz.

Namun, jika ia berlaku, Umno dan kepimpinan BN sudah dapat merasakan jangka hayat Umno dan BN sudah sampai ke penghujung jalan.


Ketika masing-masing (pemimpin Umno) mengharapkan cadangan Zaid Ibrahim ini tidak berlaku, namun masing-masing kerisauan yang amat sangat. Mereka semuanya tahu bahawa TG Nik Abdul Aziz adalah ikon yang mempunyai ramai peminat dan pengikut.

Malahan, foto dan potret TG Nik Aziz sudah menjadi objek penting di mana-mana sahaja, sama ada sebagai pelekat kereta, lencana di dada dan gambar di dinding – yang tidak keterlaluan jika dikatakan mengatasi sempadan negeri.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri seperti tidak yakin ketiga-tiga parti pembangkang Pas, PKR dan DAP boleh bergabung dan bersetuju menggunakan satu lambang dengan matlamat perjuangan politik yang satu.

Namun, jika ia berlaku bukan kerana peranan Dr. Mahathir sebaliknya disebabkan tahap pengorbanan antara satu parti dengan satu parti yang lain dalam Pakatan Pembangkang cukup tinggi.

Ini semua kerana sikap Dr. Mahathir yang terlalu keras ketika menjadi Perdana Menteri menyebabkan parti-parti pembangkang yang suatu ketika dahulu pernah terikat dengan Angkatan Perpaduan Ummah – pernah wujud kerana menentang kepimpinannya.

Walaupun ia tidak berjaya, tetapi selepas tsunami politik Umno 1998, Umno benar-benar tergugat dengan lahirnya PKR (KeADILan) di bawah pimpinan Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .