Ikuti Blog ini

Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas





(TG Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah TG Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, TG Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu TG Abdul Hadi.

Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak TG Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan TG Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.

Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang disegani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."


Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi TG Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.

Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.

Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.

Ubi kayu rebus - Sindiran buat 1Najib

Artikel ini sebagai respon terhadap artikel propaganda Utusan Malaysia bertajuk Najib dijamu ubi kayu rebus di Kuala Chenang yang disiarkan hari ini...

Nelayan Langkawi Jamu Najib Ubi Rebus Sebagai Sindiran Kepada Kegawatan Ekonomi !

"Ubi kayu rebus dicicah kelapa parut dan sambal tumis ikan bilis mungkin juadah biasa bagi masyarakat nelayan Kuala Chenang di sini." begitulah laporan akhbar Utusan malaysia hari ini tentang Lawatan Najib Tun Razak yang disambut dengan jamuan Ubi kayu rebus oleh penduduk Pulau Langkawi itu.

Bagi Najib dan ahli Umno-BN itulah program mesra rakyat yang berjaya menaikan imejnya. Tetapi pada rakyat marhaien, juadah itu adalah sindiran tajam masyarakat Nelayan dan marhaien dinegara ini yang begitu terkesan dengan kegawatan ekonomi.

Mac ini sahaja kira-kira 50 ribu kakitangan kontrak Kerajaan akan ditamatkan perkhidmatan dan mereka pasti akan mengalami masalah kewangan selepas itu. Selain itu dasar penjimatan kerajaan telah menyebabkan guru sekolah yang berkursus kini hanya makan nasi bungkus. Ianya jelas sebagai implikasi dari kegagalan pengurusan kewangan negara.

Tetapi yang rakyat sedikit terasa, dalam keadaan kerajaan yang gawat ini tiba-tiba sahaja majalah Malaysian Business mengumumkan Nazir Razak yang juga adik kepada Najib sebagai orang yang ke-40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai lebih AS$ 100 juta.

Tercekik pakcik makcik di Kuala Chenang yang sedang santai menjamu Ubi rebus bila membaca berita ini. Mereka pasti tidak lupa bahawa Syarikat kewangan CIMB yang diterajui Nazir pernah menerima bantuan Kerajaan sebanyak RM 3.5 Bilion pada Oktober 2008. Ketika itu Najiblah Menteri Kewangan Negara.

Dalam lawatannya di Kuala Chenang Najib hanya beri RM 7 juta kepada nelayan disitu untuk membina pelabuhan baru, tapi CIMB dapat RM 3.5 Bilion.

Rakyat pasti membuka mata dan faham akan hal ini. Dan Najib harus mengenang ubi rebus itu sebagai satu peringatan yang paling sinis dari rakyat Marhaien. Terima kasih kepada nelayan Kuala Chenang kerana memberikan simbolik yang begitu berkesan pada Najib. Kalau benar Najib mahu membuktikan yang dia berjiwa rakyat, selepas ini wajarlah beliau menjamu ubi rebus tiap-tiap hari sehinggalah keadaan ekonomi pulih.

Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat

Nasib Nizar Boleh Menimpa Najib, Mungkin Lebih Dasyat

Ku Li: Agong Boleh Lucut Jawatan PM

Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah senada dengan pengamal undang-undang dan pemerhati politik bahawa Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada istana untuk melucut jawatan Menteri Besar sepertimana yang berlaku di Perak.

Komen Ku Li itu yang dimuatkan dalam laman webnya menolak keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu yang mengisytihar Datuk Zambry Kadir dari Umno sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pendirian Ku Li itu tidak disenangi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata tokoh politik itu sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Bercakap kepada TV Selangor, Pegawai Khas Ku Li, Mohd Lokman Ghani, berkata bagi Ku Li ialah kebenaran, bukannya mengeluarkan kenyataan untuk tujuan sebaliknya.

“Isu Perlembagaan Perak pada Tengku, dia tetap dengan pendirian bahawa raja tidak boleh memecat Menteri Besar. Kena ikut perlembagaan, kena diputuskan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Jadi Tengku tidak mahu kalau kita tidak mengikut Perlembagaan betul-betul, bermakna Yang Dipertuan Agong boleh membuang Perdana Menteri pada bila-bila masa,” katanya.

Ku Li dalam laman webnya menegaskan beliau yakin bahawa istana tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memecat ketua pemimpin kerajaan.

Beliau berkata, keputusan mahkamah berkaitan kemelut Perak itu memberi implikasi bukan sahaja kepada Perlembagaan perak, malah Perlembagaan Persekutuan.

Hakikatnya, jika keputusan mahkamah diterima, ia bermaksud Yang Dipertuan Agong boleh memecat Perdana Menteri sedangkan kuasa itu hanya dimiliki Parlimen.

Justeru, Lokman berkata, pemimpin Umno sendiri harus telus dalam membahaskan implikasi keputusan mahkamah berkenaan.
“Muhyiddin kata kenyataan Tengku kebelakangan ini berbeza dengan pandangan kerajaan, jadi takkanlah hendak Tengku berbohong. Ikut sahaja apa yang kerajaan mahu sedangkan perkara itu tidak betul,” katanya.

Ku Li sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) kerana mengambil pendirian rakyat Kelantan berhak menerima royalti minyak.

Lokman yang lama mengenali Ku Li berkata, pemimpin veteran itu akan terus bersuara kerana kenyataannya adalah benar dan termaktub dalam Perlembagaan.

“Jadi, apabila kerajaan menyatakan perkara yang tidak betul, dia terpaksa memberitahu perkara yang betul. Itu pendirian dia,” katanya. -TVS

Zambry Diugut Katak Hee Yit Fong!!

DS Nizar pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Perak di Dewan Persatuan Kwantung Perak Utara di Taiping mendedahkan bahawa Yee (YB Jelapang) telah membeli sebuah rumah yang mana kelengkapanya terdiri dari perabut dan alatan elektrik mewah masih belum diperoleh.

YB Yee telah memberi isyarat kepada Zambry agar kelengkapan tersebut perlu disediakan.

DS Nizar menggambarkan bahawa Yee telah menguasai Zambry untuk mengadakan kelengkapan tersebut atau sebaliknya Yee akan beralih memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Zambry dilihatkan begitu lemah sehingga dapat dikuasai oleh seekor katak betina.

Seterusnya Nizar mengandaikan jika Zambry dapat dikuasai Yee seekor katak betina, bagaimana kuasa yang dipegang oleh katak-katak jantan dari Changkat Jering dan Behrang. Mereka juga tentu mempunyai tuntutan-tuntutan yang perlu dipenuhi Zambry.

Selain dari ADUN Bebas, Zambry juga menghadapi tuntutan-tuntutan dari lain-lain ADUN Barisan Nasional yang iri hati dengan layanan istimewa terhadap katak. Mereka juga mempunyai tuntutan-tuntutan dan semuanya memberi tekanan kepada Zambry agar dipenuhi permintaan atau berpaling menyokong PR.

Sebelum DS Nizar, Speaker Dewan Undangan Negeri YB Sivakumar juga menggambarkan pertelingkahan antara ADUN BN dan ADUN Katak dalam memenuhi kota jawatan EXCO. yang juga meletakkan kerajaan Zambry dalam kegawatan. Zambry sehingga kini masih gagal menamakan pemilik baki kerusi EXCO kesan dari desakan ADUN BN yang juga berhajat dan syarat yang ditetapkan oleh ADUN katak sebelum melompat.

Dengan kata lain Kerajaan Zambry yang sentiasa diugut.

Fakta kerajaan PR Pulau Pinang membela Melayu

PULAU PINANG : Umno melalui para pekakasnya telah menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kononnya negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu anti Melayu dan Islam.

Namun ramai tidak sedar bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan itu untuk orang Melayu Pulau Pinang adalah yang terbaik berbanding dengan apa yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Berikut adalah bukti-buktinya:-




kilk gambar untuk paparan yang jelas

TG Nik Aziz berkhutbah tentang Mulidur Rasul

Dengar khutbah TG Nik Aziz ni sampai habis. Sekarang heboh ada negeri yang buat perarakkan Maulidurrasul, ada negeri yang tak buat. Khutbah TG Nik Aziz ada menyatakan sejarah Maulidurrasul dan apa yang harus dipentingkan oleh umat Islam. First thing first. Apa yang patut kita utamakan?


Pakatan Rakyat Sedang Melalui Evolusi Politik

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.

"Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Anggota Parlimen bebas.

Beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang. - BERNAMA




Kita akur dengan perkembangan mutakhir yang menyaksikan beberapa orang ahli PKR melompat keluar dari parti, bukan sahaja PKR yang masih baru tetapi berlaku juga kepada DAP.

Pakatan Rakyat juga masih baru, justeru proses pembersihan akan berlaku, mengenepikan mereka yang tidak jujur, yang berkepentingan peribadi, yang tidak boleh bekerja di dalam satu pasukan.

Perkara yang sama bukan kata tidak berlaku di dalam PAS. PAS juga ada yang tersalah pilih calon sehingga menimbulkan masalah mereka tidak berupaya bekerja di dalam satu pasukan seperti yang berlaku di Selangor di mana terdapatnya ADUN malah exco yang tiba-tiba menjadi pembangkang kepada kerajaan Pakatan Rakyat sendiri di Selangor.

Ini semua perlu diperbetulkan, di dalam tempoh ruang masa yang diberikan Allah, sebelum amanah untuk memimpin negara diserahkan kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat melalui proses evolusi politik yang begitu cepat kerana rakyat sebenarnya tidak tahan dengan kerajaan UMNO BN.

Tamparan hebat buat Mufti Umno

Tindakan beberapa 'orang agama' Umno mempertikai kerajaan Pulau Pinang kononnya tidak mahu mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Umno dan juak-juaknya selama ini terang-terangan menolak Islam, mempermainkan hukum Allah, memperjuangkan politik suku agama suku, merancakkan program-program hiburan yang melalaikan secara tiba-tiba pula berubah angin memperjuangkan Islam, mempertahankan perarakan Maulidur Rasul.

Itulah Umno. Jika memberi kelebihan politik kepada mereka, maka mulalah wajah mereka berubah menjadi Islam. Namun bila dilihat betul-betul, maka kita dapat lihat wajah sebenar Umno yang selama ini hanyalah penentang tertegaknya hukum Allah.

Sibuk hendak perarakan Maulidur Rasul, tetapi dalam masa yang sama pula tentang hukum Allah. Bertungkus lumus mempertahankan perarakan Maulidur Rasul, tetapi usaha mendidik rakyat menutup aurat diabaikan. Program hiburan bercambah bagaikan cendawan direlakan.

Tidak cukup dengan pengikut-pengikut yang jahil agama membicarakan tentang cintakan Rasulullah, sayangkan Rasulullah. Tetapi kewajipan menghindari maksiat tidak dibanteras dengan bersungguh-sungguh. Islam tidak dijulang setinggi-tingginya. Agama hanya di masjid, universiti.

Maka ketika itu, timbullah sang penyelamat Umno yang digelar mufti menyambut bola tanggung untuk dihentam ke arah kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran PR. Yang sebenarnya hanyalah ingin menunjukkan PR tidak perjuangkan penduduk peribumi dan menyingkirkan syiar Islam.

Dalam akhbar perdana, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempersoalkan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu dengan mengatakan, "Memang perarakan Maulidur Rasul tiada dalam syarak dan lebih menjurus kepada satu trend tetapi ini menjadi antara cara untuk kita menarik minat belia kepada sejarah hidup Nabi Muhammad SAW (dan agama Islam),.

Mahu menarik minat belia kepada sejarah Rasulullah, tetapi sampaikah pengisian itu, berjayakah objektif itu setakat membuat perarakan tetapi syariat yang dibawa Rasulullah diabaikan. Keadaan sosial yang meruncing melanda muda-mudi tidak pula dibimbangi. Mana yang lebih penting, perarakan Maulidur Rasul atau menghalang muda-mudi dari gejala sosial, maksiat hingga berlakunya buang anak secara berleluasa, bersekedudukan secara haram, khalwat di mana-mana sahaja tanpa segan silu. Seolah-olah negara bebas seks tiada undang-undang, syariat menegahnya.

Mufti bukan bertugas untuk mempertahankan Umno yang sudah korup. Janganlah sampai kita menjual agama kita dengan harga yang murah semata-mata imbuhan sementara.

Hari ini, dua tamparan hebat menjadi pukulan maut kepada mufti-mufti Umno telah diberikan.

Di Kota Bharu, Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.

“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.

“Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina di sini, semalam.

Apa kata mufti Umno?

Sementara di Kuala Terengganu pula, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, “Tidak cukup dengan sambut maulud setahun sekali, berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita tengok di hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak diamalkan”.

Jelasnya, Allah memerintahkan nabi-nabi dan rasul-rasul mengarahkan umat masing-masing supaya beriman, menolong dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah sekiranya sempat dengan baginda s.a.w. untuk memenangkan Islam.

“Menolong untuk memenangkan Islam, menang untuk apa, menang untuk memerintah, mendirikan kerajaan,” ujarnya yang menafsirkan ayat 81, surah Aali Imran berhubung perintah Allah tersebut.

Jelasnya, setelah dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul, maka Rasulullah mengajak kaum keluarganya dan mereka yang ditemui supaya mengucapkan dua kalimah syahadah di samping mengajak mereka mendirikan kerajaan yang beramal dengan hukum-hukum Allah sebagaimana yang diturunkan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Nabi s.a.w. juga mengumpulkan para sahabat, orang-orang beriman selain mengajak ahli-ahli kitab Yahudi dan Kristian dan mengutuskan surat kepada raja-raja dalam dunia supaya menganut Islam dan menerima Islam sebagai agama yang memerintah dan berdaulat.

Justeru itu, tegasnya perjuangan itu tidak berhenti walaupun Rasulullah s.a.w. sudah wafat.

Maka, katanya, adalah tidak cukup dengan sekadar sambutan Maulidur Rasul setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi dalam masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.

Tambahnya, akibat tidak melaksanakan hukum-hukum Islam menyebabkan keadaan menjadi huru-hara dengan peningkatan jenayah seperti rompakan, kecurian, pembunuhan dan sebagainya.

Di samping itu, ujarnya, bencana semakin banyak berlaku kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukum-Nya dalam semua perkara.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, para sahabat dibunuh dan dihalau dari kamung halaman kerana berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w untuk mendirikan kerajaan dan memerintah dengan syariat Allah.

Apa lagi yang Tok Mufti nak kata?

Terkini Dari Taiping






Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Kwantung,Bandar Taiping Anjuran PR Perak

Taiping,16 Februari-DS Nizar berharap Tahun Baru Cina ini satu tahun yang dapat membaham UMNO/BN .

Satu tahun yang rakyat bersama PR menolak fahaman rasis UMNO,MCA dan MIC.

DS Nizar sekali lagi menegaskan Kerajaan MB Mahkamah ini satu kerajaan yang lemah.DS Nizar menyatakan bagaimana tiga adun lompat itu akan memeras ugut kerajaan Zambry.

Bagi DS Nizar masyarakat Cina,India dan Orang Asli masih bersama PR.Hanya sebilangan orang Melayu yang di pedalaman masih terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah BN.Di sini menjadi tugas rakyat meyakinkan masyarakat Melayu supaya menyokong perjuangan PR membela rakyat tertindas dan dizalimi.

DS Nizar berharap PRU 13 satu perjuangan ke arah pemerintahan kerajaan PR bukan sahaja di Perak tetapi pemerintahan PR yang berpusat di PUTRAJAYA.

Lagi Gambar~


Pesuruhjaya Pas Perak Juga hadir bersama....

pimpinan Pakatan rakyat...Kong Xi Faa Cai

ucapan DS....Nizar....Baham UMNO BN dalam PRU 13 nanti.

Syaitan Pun Gunakan Kalimah Allah!

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/khalil.JPGDUNGUN – Umno dan Barisan Nasional (BN) berlagak menjadi hero dan menjadi jaguh, mengadakan demonstrasi dan mengangkat sepanduk, kononya merekalah golongan yang mempertahankan kalimah Allah dan kesucian Islam.
Sebaliknya, merekalah sebenarnya golongan yang menghalang perlaksanaan hukum hakam Allah dalam negara ini.

”Bila kita hendak laksanakan hukum hudud, hukum qisas, bermacam-macam alasan yang dibeikan oleh mereka, bila kita nak laksanakan syariat Islam, mereka halang (dan) mereka sekat,”kata Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.

Bahkan, menurut Khalil, ada dikalangan pemimpin Umno yang mengeluarka kenyataan-kenyataan yang menghina hukum hakam Allah SWT.

”(kata mereka) Kalau laksana hukum hudud, negara tidak akan maju, kalau laksana hukum hudud ngara tidak akan membangun,

”(kata mereka lagi) kalau laksana hokum hudud pelabur-pelabur tak mari (datang), kalau laksana hukum hudud nescaya orang akan pandang kita sebagai satu masyarakat yang hina,”ujar Khalil ketika menyampaikan ceramahnya dalam majlis penjelasan isu-isu semasa di Jalan Lembahm disini, kelmarin.

Menurutnya, apa yang lebih penting dalam isu penggunaan kalimah Allah adalah sebagai seorang muslim, kita mesti mempersoalkan diri kita, adakah kita telah melaksanakan hak-hak (tanggungjawab) kita.

Katanya, adakah sebagai hamba Allah, yang menjadi tuhan yang disembah, adakah kita telah melaksanakan segala perintahNya.

Oleh yang demikian, katanya, PAS konsisten dalam mempertahankan kalimah Allah dengan memperjuangkan apa yang diperintahkanNya.

”Kita (PAS) mempertahankan kalimah Allah, dalam masa yang sama, kita (PAS) melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dengan mengabdikan diri kepadaNya dan berjuang untuk menegakkan syariat Allah diatas muka bumi ini,”tegas Khalil.

Beliau berkata, orang-orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, dengan menggunakannya dengan cara yang benar, penggunaan yang mentauhidkan Allah SWT.

Kitab suci al-Quran telah menyebut bagaimana orang-orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, bahkan, katanya, Allah menyebut dalam al-Quran, ‘syaitan’ juga menggunakan kalimah Allah.

”Dalam (al-Quran) surah al-Hasyr Allah berfirman (yang bermaksud)’umpama seperti syaitan, ketika dia berkata kepada manusia, jadilah kamu kafir, lalu apabila manusia jadi kafir, (syaitan berkata) aku berlepas diri, sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT, Tuhan sekelian alam,”jelas Khalil.


Pegawai Ku Li Tibai Malikul

Royalti: Pegawai Ku Li pula kritik Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Mohd Lokman Ghani, Pegawai Khas bagi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam secara terbuka mempertikai tindak-tanduk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak menghormati pendirian veteran Umno Kelantan itu menyertai suatu forum isu royalti minyak penghujung bulan lepas.

Kritikan tersebut selepas Tengku Razaleigh atau Ku Li sendiri menyatakan kesediaan untuk menghadapi tindakan disiplin Umno sekiranya dianggap menyalahi perlembagaan parti perkauman tersebut, sebagaimana yang dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Umno negeri dan nasional sebelum ini.

"Saya merasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah tidak faham dan masih tidak mahu faham tentang pendirian Ku Li sedangkan Ku Li sudah beberapa kali menegaskan bahawa beliau berucap di pentas NGO iaitu Gegar," jelas beliau .

"Saya hairan adakah TPM, Perdana Menteri dan ahli parti semua mendengar ucapan Ku Li? Saya harap supaya semua mereka mendengar dari awal hingga akhir. Apakah kenyataannya itu melanggar Perlembagaan dan disiplin Umno?"

Menurut Lokman lagi, pendirian Ku Li itu bertujuan untuk tidak mahu bersekongkol dan berbohong bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan dalam menafikan hak kerajaan serta rakyat Kelantan dari menikmati royalti minyak, bukannya 'wang ehsan'.

"Kalau kerajaan bohong takkan Ku Li nak ikut sama berbohong? Terpulang kepada Lembaga Disiplin Parti untuk menentukan sama ada beliau bersalah atau tidak kerana apa yang hendak disampaikan oleh beliau ialah undang-undang dan perjanjian yang telah ditandatangani antara Petronas dan wakil Kerajaan Negeri Kelantan memandangkan beliau sendiri yang telah menandatanganinya dan beliau lebih tahu akan soal ini," jelasnya.

"Apa yang hendak disampaikan adalah perkara yang benar. Beliau tidak mahu berbohong dan beliau hanya mahu bercakap perkara yang benar. Apakah kenyataan benar dan tepat itu bercanggahan dengan kehendak parti? Apakah Ku Li perlu diseret sama untuk berbohong kepada rakyat semua?"

Beliau turut menafikan bahawa Ku Li pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten berhubung status royalti minyak Terengganu, ketika menjadi saksi mewakili kerajaan PAS Terengganu suatu ketika dulu.

Beliau mendakwa Muhyiddin tidak pula mengenakan tindakan kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana mengeluarkan kenyataan tidak menghalang niat Ku Li untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Gegar sehari sebelum sebelum forum tersebut dilangsungkan.






Tidak Cukup Dengan Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/tgaha152.jpg- Perjuangan RasuluLlah adalah Untuk Memenangkan Islam

Tepoh, KUALA NERUS
– Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan.
Beliau berkata, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW dengan agama Islam dan petunjuk dari Allah supaya memenangkan agama Islam.
Katanya perjuangan menegakkan Islam tidak berhenti walaupun Nabi Muhammad telah wafat (meninggal dunia).

”Tidak idak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan,

”dan dunia dalam keadaan huru hara, perompak semakin banyak, maksiat semakin banyal dan berlaku berbagai bencana alam,

”puncanya tidak lain dan tidak bukan kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukumnya dalam semua perkara,”tegasnya ketika berucap dalam ceramah penjelasan isu-isu semasa di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan-kenyataan akhbar arus perdana memutarbelitkan fakta dan menghentam Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan sambutan Maulidur Rasul.

Menurutnya, ‘ajaran salah’, yang mengatakan bahawa tidak ada dosa dan pahala dalam politik dan pemerintahan negara sedang menguasai orang Islam masakini.

Justeru, orang-orang Islam menjadi umat yanh semakin lemah, diratah oleh oleh ‘musuh-musuh’ diseluruh dunia.

”Kebanyakkan orang Islam (percaya) dosa pahala ini bab sembahyang (dan) bab pergi ke Mekah sahaja, dalam politik, dalam ekonomi dalam memrintah negara tak ada dosa pahala,

”inilah ajaran salah yang sedang mnguasai orang Islam hari ini, sehingga mereka menjadi umat yang makin hari makin lemah,”jelasnya.


Zaid: Utusan Lebih Mirip Kertas Tandas

Bekas Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim melabelkan Utusan Malaysia umpama kertas tandas kerana tindakan akhbar tersebut menyiarkan berita palsu dengan mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di Pulau Pinang.

Ketika dihubungi Suara Keadilan beliau begitu kesal dengan berita yang disiarkan oleh akhbar arus perdana itu kerana tidak pernah menyelidik terlebih dahulu sebelum menyiarkan sesuatu artikel.

"Tindakan Utusan Malaysia boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat kerana ini boleh menimbulkan ketidakpuasan hati bagi orang Islam lebih-lebih lagi di Pulau Pinang yang mana isu perkauman telah dibangkitkan oleh puak Umno sebelum ini dan ia juga lebih tertumpu kepada isu hasutan," kata Zaid.

Selain mendatangkan bahaya pergeseran perkauman, berita Utusan itu juga akan mewujudkan imej ketidakstabilan negara dari kacamata masyarakat antarabangsa yang sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara.

Zaid menegaskan jika sesuatu berlaku disebabkan oleh penyebaran berita yang belum pasti kebenarannya, Utusan Malaysia perlu menanggung kesannya dan tindakan tegas perlu diambil.

BERMAULUD UNTUK BERASUAH

KAKI RASUAH BERCAKAP TENTANG RASUAH



BERARAK MAULUD TAPI MENGAMAL RASUH – harakah daily

Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

"Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau.

Dengan merujuk kenyataan Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.

" Lagi selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.

Jilat Ludah Sendiri...Umno Oh Umno!

Nah, tulah kredibiliti dia orang semua. Asalnya, mereka dari UMNO. Mereka mengutuk UMNO. Mereka bersumpah atas nama Allah bahawa mereka takkan kembali menyertai UMNO. Bahkan ibu mereka berjanji untuk mengutuk mereka jika mereka kembali ke pangkuan UMNO. Tetapi mereka kembali juga kepada UMNO.

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Rais Yatim adalah salah seorang pelopor Semangat 46, iaitu musuh UMNO baru pada tahun 1988. Pada waktu itu, Rais, Ibrahim Ali, dan ramai lagi pemimpin Semangat 46 berkata bahawa jika mereka mati hidup semula sekalipun, mereka takkan kembali kepada UMNO. Mereka kata bahawa mereka takkan jilat balik ludah mereka. Mereka juga kata bahawa apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggal dunia nanti, mereka akan kencing di atas kuburnya.

Rais adalah antara individu yang mengatakan semua ini. Tetapi dia kemudiannya menyertai semula UMNO di ketika Dr. Mahathir masih merupakan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Nampaknya, si Rais menjilat kembali ludahnya sendiri dan dia tak pula perlu mati hidup semula sebelum kembali kepada UMNO.

Rais mendapat ijazah kedoktorannya berasaskan tesis yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apabila dia kemudiannya ditanya tentang sebab dia menukar pendiriannya dan menyokong ISA sedangkan pada mulanya, dia menentangnya, malah mendapat ijazah kedoktoran berasaskan tesis yang menentang ISA, dia menjawab bahawa tesis itu hanyalah suatu ‘latihan akademik’ dan tidak menggambarkan pendiriannya.

Sepanjang pembabitannya dalam Semangat 46, Rais dan gengnya pergi ke seluruh pelusuk negara dan menyampaikan ceramah yang menghentam UMNO dan Dr Mahathir. Mereka mengatakan bahawa UMNO dan Dr. Mahathir telah menghina Raja-raja Melayu dan menghakis kuasa mereka. Kata Rais, UMNO dan Dr. Mahathir adalah pengkhianat Raja-raja dan bangsa Melayu.

Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman membenci UMNO. Dia enggan menyertai semula UMNO dan meninggal dunia sebagai ahli Semangat 46. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga Malaysia yang juga enggan menyertai semula UMNO dan tidak meninggal dunia sebagai ahli UMNO.

Rais pun samalah, yang mana dia mengatakan bahawa dia lebih rela mati daripada kembali kepada UMNO. Walau bagaimanapun, hari ni, dia bukan saja ahli UMNO, tetapi juga adalah seorang menteri dan juga ‘jurucakap’ bagi parti itu.

Terdapat ramai orang dahulunya dalam Semangat 46 ataupun Parti Keadilan Rakyat yang mendendangkan retorik yang sama. Contohnya, Ezam Mohd Nor yang pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan dan juga keseluruhan EXCO Pemudanya pergi ke seluruh negara dan melakukan sumpah yang dipanggil Sumpah Keramat. Sumpah Keramat yang mereka ambil adalah sumpah atas nama Allah bahawa mereka TAKKAN menyertai semula UMNO dan bahawa misi mereka adalah menghapuskan UMNO.

Mereka bersumpah dengan nama Tuhan bahawa mereka takkan menyertai semula UMNO. Misi mereka adalah menghancurkan UMNO. Tetapi hari ni, mereka semua dah kembali ke pangkuan UMNO. Nampaknya, Sumpah Keramat mereka hanya sekadar sumpah kosong semata-mata.

Saya pernah melakukan rakaman video ke atas ibu Ezam, di mana dia mengatakan bahawa dia akan mengutuk anaknya jika dia menyertai semula UMNO. Saya menghasilkan VCD temubual tu dan mengedarkannya ke seluruh Malaysia.

Bagi orang Melayu, sumpahan seorang ibu adalah perkara yang sangat serius kerana mereka percaya bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Tetapi Ezam dan sebahagian besar daripada EXCO Pemudanya yang melakukan Sumpah Keramat itu akhirnya menyertai semula UMNO.

Nah, tulah kredibiliti dia orang semua. Asalnya, mereka dari UMNO. Mereka mengutuk UMNO. Mereka bersumpah atas nama Allah bahawa mereka takkan kembali menyertai UMNO. Bahkan ibu mereka berjanji untuk mengutuk mereka jika mereka kembali ke pangkuan UMNO. Tetapi mereka kembali juga kepada UMNO.

Bolehkah kita mempercayai kata-kata orang jenis macam ni? Penting sangatkah apa yang dia orang kata? Atau haruskah mereka diabaikan sebagai orang yang tidak berpendirian, yang mana kata-kata mereka tidak perlu diambil pusing?
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .