Ikuti Blog ini

'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan' - Prof Abdul Aziz Bari

Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".

NONE "Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad).

"(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Abdul Aziz (kanan).

Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya.

anwar and lim kit siang with hadi awang "Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Abdul Aziz.

"Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru.

"Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri."

Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-Raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno.

“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan. -M'kini

Bukti Zambry memang hebat mentadbir Perak

DAP Perak hari ini mendedahkan sejak rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak pada tahun 2009, kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu negeri merosot sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, satu gejala yang membimbangkan.

Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming mendedahkan hari ini bahawa mengikut laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan oleh Tan Seri Dato Seri Amrin Bin Buang di Parlimen tahun ini, Laporan rasmi jelas menunjukkan jumlah wang kerajaan negeri telah berkurang dari RM774.57 juta dan jatuh ke paras RM689.25 juta, satu kemerosotan ketara setinggi 11%. - Blog NgaKorMeng

Nga jugak bagitau masa Pakatan Rakyat perintah Perak dibawah Hj Nizar sebagai Menteri Besar, wang rizab sebanyak RM774.57 juta berjaya dikumpul untuk simpanan masa depan negeri dengan pentadbirn yang bersih dan cekap tanpa menaikkan sebarang cukai yang membebankan rakyat

Zambry pulak dalam masa setahun setengah lebih kurang, dah bentangkan 2 bajet dengan defisit RM103.89juta sebelum ni dan katanya hari ni akan bentang satu lagi bajet defisit sebanyak RM29juta lagi. Jumlah defisit RM131 juta untuk tempoh tak sampai setahun setengah.

Nga juga mendedahkan ada 7 projek terbengkalai dengan kos keseluruhan berjumlah RM17.32juta termasuk 5 projek denan kos RM5juta di dalam kawasan Dun Pangkor yang Zambry sendiri jadi wakil rakyat.

Nama Projek dan Jumlah Kos terlibat
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik, Jumlah Kos terlibat: RM 2,430,000.00
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar, Jumlah Kos terlibat: RM 10,000,000.00
3.Pangkor Height Villa, Jumlah Kos terlibat: RM790,000.00
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor , Jumlah Kos terlibat: RM260,000.00
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor, Jumlah Kos terlibat: RM1,900,000.00
6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor, Jumlah Kos terlibat:RM1,560,000.00
7. Korporat Villa Jenis B, Jumlah Kos terlibat: RM 380,000.00

Jumlah Kos keseluruhan RM17.32 juta

Kita tunggu apa jawapan Zambry bila ditanya dalam Sidang Dun Perak hari ni. Tu pun kalau ada ruang soal jawab. Kalau jadi macam sidang yang lepas, sesia saja bersidang tapi langsung takdak soal jawab.

PRU13 - TG Hadi yakin tawan Terengganu

KUALA LUMPUR, 2 Dis — PAS kini menumpukan usaha untuk merampas semula Terengganu yang kini diterajui kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan, namun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi tersebut.

Umno telah pun menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004.

“Kita yakin untuk merampas semula Terengganu... Umno menang di negeri itu dengan penipuan... apa pembangunan yang dibuat di sana? Hanya stadium runtuh sahaja,” kata Hadi dalam temubual dengan The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan “majoriti kecil” sambil mengatakan majoriti dua pertiga “tidak diperlukan” untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu.

“Dalam pilihan raya lepas, kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup,” tambah Hadi lagi.

Bekas menteri besar Terengganu ini mendakwa kebanyakan undang-udang yang telah diwartakan PAS sebelum 2004 masih kekal “utuh” di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN sambil menambah, PAS lebih banyak membawa pembangunan ke negeri itu daripada “Umno atau BN lakukan.”

“Di bawah pentadbiran PAS lebih 60,000 permohonan tanah telah diluluskan di Terengganu, Umno hanya berminat untuk menang dan masih banyak undang-undang yang diperkenalkan AS masih lagi kekal hingga hari ini,” kata Hadi.

Hadi berkata jentera pegawai-pegawai PAS termasuk dirinya telah melawat ke kawasan-kawasan undi di Terengganu sejak tahun lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Kita bermula tahun lepas lagi dan bersambung tahun ini untuk melihat kemajuan dari segi jentera-jentera pilihan raya di setiap kawasan. Memang ada kekuatan dan ada juga kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi kita bersedia di peringkat pentadbiran pilihan raya yang dipengerusikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya PAS pusat.

“Saya juga akan balik ke Terengganu setiap minggu untuk melawat setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita juga mengadakan seminar-seminar kepada petugas pilihan raya, yang ini dalam peringkat negeri-negeri. Itu persediaan awal yang kita buat,” katanya.

PAS merampas Terengganu pada 1999 yang selama ini di bawah pentadbiran BN. Kerajaan pimpinan PAS itu tidak bertahan apabila tewas semula kepada BN pada 2004.

Selain Terengganu, Hadi juga berkata PAS turut akan memenangi lebih banyak kerusi di Johor yang menjadi kubu kuat Umno.

“Ini boleh dilakukan sekiranya orang-orang Melayu berubah dari segi pemikiran mereka untuk jadikan PAS sebagai alternatif kepada Umno dan ini boleh berlaku.

“Kita boleh menang dan tidak mustahil ia boleh berlaku, undi Melayu boleh berubah dan di Johor yang kuat Umno hari ini pun kita sudah ada dua kerusi.

“Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik manakala negeri-negeri lain adalah kerusi campuran yang akan kita bincangkan manakala Sabah dan Sarawak akan kita bincang dalam Pakatan Rakyat,” kata beliau.

Ketika ditanya sama ada usaha kerajaan perpaduan antara Umno-PAS boleh diteruskan, Hadi bagaimanapun berkata “buku sudah tertutup rapat dan tidak boleh dibuka lagi.”

“Buku sudah tutup dan tidak boleh dibuka, zaman sudah berlalu dan rakan Pakatan Rakyat setuju nak ubah semua sekali.

“PAS adalah parti yang berpengalaman, PAS saingan utama Umno. Umno tak mahu kerana tidak mahu buat perubahan, PAS tidak bersedia untuk menyertai kerajaan yang tidak mahu buat perubahan,” katanya sambil berkata pernah mengajak Umno untuk bekerjama ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hadi berkata ketika itu beliau mahu semua parti termasuk PKR, Umno, DAP dan parti lain untuk bergabung tetapi ditolak Umno yang ketika itu hanya mahukan PAS.

“Saya masa Tun Abdullah pernah mengajak perpaduan semua bukan PAS dengan Umno sahaja tapi PAS, Umno, PKR, DAP dan semua sekali, itu ajakan saya.

“Tapi umno hanya mahu PAS dengan Umno sahaja, ini tidak boleh kerana kita tidak mahu perubahan dan tugas reformasi yang mesti melibatkan semua parti politik.

“Sekarang Tun Abdullah dah tak ada, sekarang orang lain pula dan sikap kita jelas nak buat satu perubahan dan tidak boleh menyertai kerajaan yang laksana kita memikul biawak hidup yang penuh dengan masalah,” katanya.(Malaysian Insider)

Ketuanan Melayu: Usah sorok sebalik songkok 3 jengkal

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

NONE“Hari ini, isu perlantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

“Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Umno serah kerusi Ketua Menteri

Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.

patrick lim and abdullah ahmad badawi and koh tsu koon 270906“Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

“Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?” soalnya.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik aziz and lim kit siangMenurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Salah lapor budaya media Umno

“Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?” soalnya.

Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.

azlan“'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

“Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Songkok tiga jengkal

“Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai,” katanya.

perkasa protest at chinese assembly hall 6Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

“Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

“YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan. -M'kini

Makam Nabi-Nabi

Kubur mengingatkan kita tentang "mati" dan kita dianjurkan menziarahi kuburan untuk mengingatkan kita kepada kematian dan juga perkara yang berlaku di alam barzakh serta hari kemudian nanti.

Dalil: Dari Buraidah bin al-Husayb ra, Rasulullah saw bersabda, “Aku pernah menghalang kamu dari menziarahi kubur. Sekrang, ziarahilah(kubur), kerana ia akan mengingatkan kamu akan hari kemudian….”[Hadis riwayat Muslim, an-Nasai dan lain-lain]

Berikut ialah makam-makam para nabi, sanak saudara dan sahabatnya


MAKAM NABI MUHAMMAD SAW



TAPAK KAKI ADAM (AS) , Srilanka
MAKAM HAWA, Jeddah
MAKAM HAbeel ANAK ADAM (Al.)
MAKAM NABI IDRIS , Jordan.
Makam-e-Ibrahim
HAZRAT IBRAHIM-AL-KHALIL, Israel
HAZRAT LOT, Iraq
HAZRATt SALEH (AS)
HAZRAT MOOSA (AS), Israel
HAZRAT SHOAIB (Al.)
HAZRAT HAROON (Al.)
HAZRAT ZAKARIA (Al.)
HAZRAT YAHYA (Al.)
HAZRAT BIBI AMENA , Outside Macca
HAZRAT BIBI HALEEMA, Outside Madina.
HAZRAT ABU TALEB, Uncle of Prophet Mohammed P.B.U.H, Macca
HAZRAT BIBI KHADIJA (Ummul Moamineen), Macca
HAZRAT IMAM HASAN (AS).
HAZRAT BIBI FATIMA ZAHRA
HAZRAT BILAL HABASHI, Damascus

Abeel, Son of HAZRAT ADAM (Al.), First grave on earth, Jordan.

DS NIZAR : ROSMAH PERLU BERPAKAIAN SECARA ISLAM

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam.

Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh hari ini.

Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.

rosmah mansorBeliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian.

Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.

Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah.

Dalam ucapannya selama satu jam itu, Nizar yang menyentuh beberapa isu agama dan ekonomi, mencetuskan perang mulut dan memaksa wakil rakyat BN bangun mempertahankan Umno.

Beberapa isu sensitif menyentuh tentang bangsa dan agama serta perpaduan Pakatan, dibangkitkan. -M'kini

10 Tempat Terlarang Meletakkan Handfon

Telefon Bimbit atau handphone sudah merupakan satu keperluan. Hampir setiap orang di dalam negara ini memilikinya. Dari seorang kanak-kanak tadika di kota kepada seorang warga tua di desa.

Untuk menjaga handfon sentiasa di dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudharat kepada diri sendiri dan orang lain, harap diperhatikan 10 tempat terlarang untuk meletakkan telefon bimbit :

1. JANGAN TARUH DALAM KOCEK SELUAR

Bagi lelaki yang senang meletakkan telefon bimbit di kocek seluar sebaiknya berfikir semula. HP menghasilkan paparan medan elektrostatik dan elektromagnetik yg mengakibatkan infertility (kemandulan).


2. JANGAN LETAKKAN BERSAMA BARANG ELEKTRONIK

Jangan gunakan HP ketika signal lemah dekat dengan barang elektronik berprestasi tinggi (seperti TV, OVEN, HEATER ,dll), kerana dapat merosak sirkuit HP.

3. JANGAN DISIMPAN DEKAT KUNCI KERETA

Dalam keadaan tertentu HP yg digunakan dlm kendaraan akan memberikan kesan merosak terhadap peralatan elektronik kendaraan. HP yg diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci tersebut.

4. JANGAN LETAKKAN DEKAT KOMPUTER

Komputer dan HP sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yg dekat, maka keduanya akan saling merosak.

5. JANGAN LETAKKAN DI TEMPAT BERSUHU TINGGI

Tempat bersuhu tinggi,kelembapan tinggi, dan berdebu merupakan kumpulan musuh HP. Jika tertinggal di dalam kereta di cuaca yang panas terik, hp memang rosak, setidak-tidaknya baterinya.

6. HINDARI MELETAKKAN KAD SIM DEKAT MAGNET

Kerana radiasi yg ditimbulkan HP dapat merosak floppy disk, kad memori dan kad kredit seseorang.

7. JAUHKAN DARI BENDA LOGAM

Jauhkan HP dari benda logam kecil kerana magnet dalam speaker HP akan menarik benda-benda tersebut dan HP mengalami kerosakan.

8. JAUHKAN DARI ALAT PACU JANTUNG

Peralatan perubatan seperti alat pacu jantung dapat terganggu dikeranakan gelombang elektromagnetik.

9. JANGAN DEKAT GAS YANG MUDAH TERBAKAR

Gas berbahaya karena memiliki tekanan tinggi dan mudah terbakar. Oleh karena itu HP tidak akan berfungsi dengan baik.

10. HINDARI DAERAH BASAH

Rasanya kita semua sadar betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kamera digital .. Apalagi saat musim hujan, boleh mengundang banyak risiko. Bagi penunggang motorsikal, segera selamatkan hp anda dengan menyimpan di tempat yang kedap air saat hujan tiba.

Semoga bermanfaat ...

KENAPA UMNO TAKUT BUKAN ISLAM DEKATI AL QUR'AN

KUALA LUMPUR : Sepatutnya pemimpin bukan Islam diberikan galakan supaya mereka bertambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab (gambar) berpandangan demikian sebagai mengulas sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka.

Namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran.

Tambahnya, bermacam alasan diberikan, takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya.

Baginya, jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan.

Malangnya, tambah beliau pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran.

“Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam kerana puncanya Umno sendiri pun meminggirkan Islam.

“Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka,” katanya.

Beliau berpendapat, mungkin Umno terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi Umno meminggirkan al-Quran atau Umno takut orang bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan PR.

“Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka.

“Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan,” ujarnya.

Katanya, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Justeru, beliau mengharapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang bukan Islam merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Isu itu tercetus semula apabila Adun Hutan Melintang, Perak, S.Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain daripada apa yang sepatutnya.

Bagi Sofi, adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin bukan Islam menggunakan ayat al-Quran kerana Umno sendiri selalu meminggirkan al-Quran dalam tindakan seharian mereka.

Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan al-Quran, katanya. -Hrkh

Lawak KFC Pendang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2BzSLKTG67BjkcBzc6nSwesMW5UVvOmP9zF6spcyDlA8cpS1KmVPppYxSuoTaG0UI8e1NfMhuI9UB-aPP3rz0iYU4VJvfeuhWb381Vztkba_gyFu7Q5tng4td-G2V2ZjUKiQELvlFitI/s1600/kfc+pendang.jpg

cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.


huuu.. aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung. baguih gak.. depa kena sekali camtu.. lama lama kFC tu semakin berkurang la.. huu..

tu tak buka McD, Pizza, Kenny Roger apa lagi.. kalau tak lagi teruk.. aku rasa.. si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org.. kalau hampa tak caya keadaan ni.. hampa pi la pendang tengok.. sampai sekarang tak surut.. dan dengar cereta.. coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau.. manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan”

Moralnye : Cakap bior terang or masuk kandang kambing mengembek and masuk kandang kerbau kena apa yek????…….pepaham sendiri la…
Sumber : oleh Naz Canduriking ( Facebook ) pada pada 26hb Oktober 2010 pukul 3.00 ptg

"Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Makiriin"

"Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang"

http://www.surauassiddiqin.blogspot.com

PRU13 di ramal Mac tahun hadapan...?


KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke-13 diramal berlangsung sekitar Mac 2011 berikutan Umno bimbang berlaku perbalahan pada pemilihan parti itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangkaan itu dibuat Ketua Umum Parti KEADILAN Nasional berikutan pengumuman Najib yang menyatakan pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan untuk proses ‘pemantapan’ serta ‘pemulihan parti pemerintah itu.

Sebaliknya, pemerhati politik percaya penangguhan itu dibuat kerana Umno takut timbul perbalahan yang tidak dapat dibendung hingga menyukarkan mereka menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Umno tidak berani mengadakan pemilihan (mengikut jadual) kerana mereka tidak cukup kuat dan takut menghadapi perwakilan mereka’, kata Anwar.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pula percaya penangguhan pemilihan Umno itu berlaku kerana Umno dalam keadaan lemah dan tidak yakin ahlinya cukup bijak untuk melalui proses pemilihan.

Beliau mengambil contoh terdapat mesyuarat tahunan Bahagian Umno di Kelantan yang tercetus pergaduhan dan hanya dapat diselesaikan apaila polis melepas tembakan amaran.

Desas-desus pilihan raya umum diadakan dalam jangkam asa terdekat mula kedengaran apabila Najib diuar-uar mahu melakukan rombakan Kabinet pada hujung tahun ini.

Meninjau Reruntuhan Rumah Rasululllah s.a.w.

Berikut adalah foto rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Kita dapat melihat apa yang pernah di sampaikan oleh sahabat-sahabat tentang keadaan rumah ini dan bagaimana keadaannya.

Di dalam rumah yang tidak ada apa-apa, kecuali kesederhanaan dengan modal iman. Zaid bin Tsabit, “Anas bin Malik, pelayan Rasulullah pernah memperlihatkan kepadaku tempat minum Rasulullah yang terbuat dari kayu yang keras yang di patri dengan besi, lalu Anas berkata, ‘Wahai Tsabit, inilah tempat minum Rasulullah.’” (HR. Tirmidzi) “Dengan gelas kayu itulah Rasulullah minum air, perasan kurma, madu, dan susu.” (HR. Tirmidzi) dari Anas bin Malik.

Sedangkan, perabot lain yang tampak adalah baju besi yang biasa di pakai Rasulullah saat perang. Akan tetapi, tak lama sebelum beliau meninggal, baju besi itu di gadaikan kepada seorang Yahudi dengan 30 sha’ gandum seperti yang di ceritakan Aisyah. Dan ketika beliau wafat baju itu ada di tangan Yahudi dan belum di tebusnya.

Salah satu akhlak Rasulullah yang pelu dicontoh adalah jika datang dari bepergian di waktu malam, beliau tidak langsung masuk rumah secara tiba-tiba, agar tidak mengejutkan istri dan keluarganya, melainkan terlebih dahulu menunggu sampai pagi. Dan seperti biasanya, tidak lupa beliau mengucap salam ketika masuk ke dalam rumah.

Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun

Foto ini adalah reruntuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw

Foto ini adalah sisa reruntuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah.

Di bawah ini adalah foto reruntuhan tempat Sayyidah Fatimah , putri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Ini adalah foto reruntuhan mihrab tempat Rasulullah saw biasa melakukan solat.


Foto ini adalah makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut


Berikut ini pula kumpulan Foto Jubah Nabi Muhammad yang dipamerkan di Istambul, Turki. Para pengujung menyaksikan jubah Nabi Muhammad yang berumur lebih dari seribu tahun.

Sebuah jubah milik Nabi Muhammad di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangun tahun 1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhususkan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad.




Ketuanan bangsa undang permusuhan

PASIR MAS : Mendaulatkan ketuanan Islam berbanding ketuanan Melayu bukan sahaja lebih mulia, malah mampu mengelak dari permusuhan kaum, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS, berkata sekiranya bangsa Melayu mahu ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain juga mahukan bangsa mereka di angkat seperti mana bangsa Melayu.

“Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding ketuanan Malayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini.

Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.

Tambah Menteri Besar Kelantan itu lagi, dengan ketuanan Islam tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka, apatah lagi jika mereka memeluk Islam.

Sehubungan itu tegasnya, sikap terlampau mementingkan bangsa wajar dihentikan kerana lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan berbanding perpaduan. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .