KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke-13 diramal berlangsung sekitar Mac 2011 berikutan Umno bimbang berlaku perbalahan pada pemilihan parti itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jangkaan itu dibuat Ketua Umum Parti KEADILAN Nasional berikutan pengumuman Najib yang menyatakan pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan untuk proses ‘pemantapan’ serta ‘pemulihan parti pemerintah itu.
Sebaliknya, pemerhati politik percaya penangguhan itu dibuat kerana Umno takut timbul perbalahan yang tidak dapat dibendung hingga menyukarkan mereka menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Umno tidak berani mengadakan pemilihan (mengikut jadual) kerana mereka tidak cukup kuat dan takut menghadapi perwakilan mereka’, kata Anwar.
Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pula percaya penangguhan pemilihan Umno itu berlaku kerana Umno dalam keadaan lemah dan tidak yakin ahlinya cukup bijak untuk melalui proses pemilihan.
Beliau mengambil contoh terdapat mesyuarat tahunan Bahagian Umno di Kelantan yang tercetus pergaduhan dan hanya dapat diselesaikan apaila polis melepas tembakan amaran.
Desas-desus pilihan raya umum diadakan dalam jangkam asa terdekat mula kedengaran apabila Najib diuar-uar mahu melakukan rombakan Kabinet pada hujung tahun ini.