Georgetown - Dua anggota keselamatan antara yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) apabila dipercayai berkelakuan sumbang di tempat awam dalam operasi cegah maksiat awal pagi semalam.Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya menahan tiga pasangan kekasih termasuk dua anggota keselamatan itu dalam operasi di beberapa lokasi sekitar bandar itu.
“Dalam operasi semalam, kita menahan tiga pasang kekasih yang berkelakuan kurang sopan di tempat awam yang mana kedua-dua anggota keselamatan itu kita tahan semasa berada dalam kereta di tempat gelap dalam keadaan mencurigakan pada jam kira-kira 1 pagi.
“Mereka di tahan ketika berada di tempat duduk penumpang dan pemandu di kawasan tempat letak kereta di Jalan persiaran Bayan Indah, Pantai Jerjak dengan pakaian terbuka dipercayai sedang melakukan perbuatan kurang sopan dan enggan bekerjasama. Kita percaya mereka ini sepasang kekasih yang mana lelaki itu berusia 40-an manakala teman wanitanya berusia 20-an,” katanya.
Menurutnya, dalam operasi JHEAIPP yang diadakan awal pagi semalam, sebanyak 20 pasangan kekasih diperiksa sempena Hari Kekasih yang mana operasi bermula dari jam 11 malam sehingga 3 pagi melibatkan sepasukan lima pegawai penguat kuasa JHEAIPP.
“Semua yang ditahan berusia 20 hingga 40-an dan operasi dibuat di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan panas yang kerap kali dikunjungi untuk mereka bermadu kasih antaranya Padang Kota Lama, Lebuh Sungai Pinang, Pantai Seagate, Persisiran Pantai Queensbay, Pantai Jerejak dan Batu Maung.
“Dari pemeriksaan yang dijalankan, tiga pasangan kekasih dikenakan tindakan saman kerana dipercayai berkelakuan kurang sopan di tempat awam, lapan diberi amaran dan nasihat manakala baki yang lain didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan dan dilepaskan,” katanya.
Khairul berkata, setiap pasangan yang ditahan dikehendaki hadir di pejabat JHEAIPP untuk diambil keterangan diri dan siasatan lanjut yang mana ia disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. -SH
eliau yang juga ketua penerangan PAS Perak telah menerima surat rasmi dari setiausaha DUN Perak bertarikh 7 Februari lalu supaya memberi keterangan itu pada jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat jawatankuasa kira-kira wang negeri di Bangunan SUK di Ipoh.
"Dalam sidang tersebut saya menyebut terdapat seorang ADUN yang telah membawa bomoh untuk masuk ke dalam dewan.
Menurut laman 














Di majlis itu, Tuan Ibrahim telah menyerahkan tabung buluh kepada lima ketua-ketua cawangan PAS di sekitar kawasan pelancaran itu iaitu di Bandar Tasik Puteri, satu kawasan penempatan penduduk yang baru dibuka kira-kira 10 tahun lalu.




















TV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.
Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.
"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.
Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.


