Ikuti Blog ini

Algeria: Penunjuk Perasaan Bertempur Dengan Polis

Algiers: Ratusan penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis di Bandaraya Annaba di timur Algeria dengan pembangkang mengumumkan untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran minggu depan.

Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hari selepas sehari protes seluruh negara terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.

“Kami ingin menegaskan sokongan kami kepada hak setiap rakyat Algeria termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Philip Crowley dalam satu kenyataan.

Tunjuk perasaan yang akan datang dijadual diadakan 19 Februari ini, kata
Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.

Semalam, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang bertindak menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.

Tunjuk perasaan juga diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia. - AFP













Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .