Ikuti Blog ini

PRU Ke-10 Sarawak…Taib & Najib ‘malu’ besar?

Salam For All Rakyat Sarawak:

Kurang 12 jam dari sekarang, rakyat di Sarawak akan keluar meramai-ramai bagi membuang undi untuk memilih kepimpinan kerajaan baru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10, Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak.

16 April mungkin menjadi hari yang paling bersejarah dan gilang-gemilang jika rakyat dan pengundinya terus mengekalkan momentum untuk membuat perubahan.

Inilah, saat dan ketikanya, rakyat perlu membuktikan bahawa ‘rakyat’ adalah ‘hakim’ yang akan menggunakan ‘mahkamah’ (pilihan raya) secara adil setelah mendapat keterangan dan maklumat yang benar daripada ‘saksi’ (media) yang adil.

Banyak pihak termasuk pakar-pakar politik bebas meramalkan sama ada hasil kajian atau ‘lihat-lihat’ pandang dengan senario yang berlaku di Sarawak sepanjang berkempen 10 hari.

Sayangnya, kali ini Awang tidak berkesempatan untuk turut serta meninjau keadaan di Sarawak secara ‘life’ bukan kerana masalah jauh. Sebab, jika kira jauh itu tidaklah jauh sangat hanya kurang dua jam perjalanan udara sahaja.

Apa yang menjadi ‘halangan’ kerana tidak dapat hendak ‘adjust’ masa dengan keadaan sekeliling anak-beranak sahaja. Kes tidak ‘berat’ tetapi keadaan itu yang ‘berat’nya. Apa pun Awang tetap doakan kemenangan kepada rakyat yang ‘merdeka’.

Jika rakyat keluar mengundi esok (16 April-Sabtu) dengan kepala otak sendiri….Awang yakin Pakatan Rakyat boleh menang tetapi jika masih guna ‘otak orang lain’ bukan lagi pasti tetapi ‘wajib’ BN akan menang dengan kelebihan 2/3 majoritinya.

Cuma di sini, kali ini…Awang hendak paparkan bagaimana laporan kaji selidik yang pernah dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak dan diselia oleh Zentrum Future Studies Malaysia yang diasaskan oleh Dr Hassan Hayastani yang juga kenalan Awang.

Katanya, Barisan Nasional (BN) diramal kalah apabila hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak pada hari Ahad ini.

Menurutnya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan tumbang di Dun N51 Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu.

Manakala, dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Dato’ Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.

Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.

Menurut kajian tersebut, Pakatan Rakyat yang membariskan calon PKR, DAP dan PAS mendapat 31 kerusi.

Selain itu, keputusan daripada persepsi sokongan pengundi Sarawak itu juga menunjukkan sebuah lagi parti yang menentang BN, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menerima sokongan tertinggi di 15 kerusi dan empat Dun pula didominasi oleh calon bebas.

Bagaimana pun keputusan kaji selidik yang dinamakan ‘PRN Sarawak prediksi period 1′ tersebut merupakan keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.

Bagi persepsi untuk perbandingan persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, BN mendahului parti-parti lain dalam meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 48 peratus sokongan.

Manakala, Pakatan Rakyat pula mengekori BN di tempat kedua apabila meraih sokongan sebanyak 40 peratus, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas satu peratus.

Bagaimana pun data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh PR yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat Cina dan BN dengan 34 peratus sahaja.

Turut meraih sokongan dari masyarakat Cina yang umumnya mendiami di kawasan bandar ialah parti SNAP dengan 18 peratus, diikuti PCM dan bebas dengan masing-masing juga satu peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus berbanding Pakatan Rakyat di tempat kedua dengan 32 peratus.

BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

Pakatan Rakyat sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus. Manakala SNAP mengekori rapat di tempat kedua dengan 38 peratus.

Ketika hanya mampu meraih 20 peratus sokongan masyarakat Bidayuh, BN meninggalkan jauh pesaingnya apabila dijangka meraih 51 peratus sokongan di kalangan masyarakat Orang Ulu.

Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, Pakatan Rakyat pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu.

Bagi lain-lain kaum pula, BN memperolehi 53 peratus, Pakatan Rakyat dengan 21 peratus dan SNAP pula dengan 17 peratus.

Berdasarkan laporan dan kajian tersebut sebenarnya cukup ‘merimaskan’ BN, menambahkan ‘kepanikan’ BN, ‘menakutkan’ BN. Sebab jika BENAR takdir BN ‘kalah’ sudah pastinya Taib Mahmud ‘MALU BESAR’ dan Najib lagi ‘MALU-MALU BESAR’.

Jika kita lihat dengan sambutan rakyat terhadap kempen Pakatan Rakyat sangat luar biasa dengan jumlah bukan lagi ratusan hadirin tetapi ribuan hadirin yang hadir.

Maka, untuk menyekatnya berlakulah kekecohan demi kekecohan seperti yang berlaku terhadap ceramah DAP di Kuching, malam ini (15 April) sebagaimana laporan media baru laman web Malaysiakini.

Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat letak kereta seawal jam 6.30 petang untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat tersebut.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua menganggarkan jumlahnya melebihi 10,000 orang dan keadaan menjadi riuh-rendah apabila, seorang pemimpin DAP bertanya kepada ribuan hadirin "Polis mahu kita berhenti, ada mahu?"

Orang ramai menjerit “Tidak, polis balik kampung!” Sejurus kemudiannya, Tony mengumumkan yang mereka akan meneruskan ceramah tersebut, walau pun dilarang oleh pihak polis.

Bagaimana pun, beliau (Tony) meminta para penyokong DAP-Pakatan Rakyat supaya bertenang dan ‘tidak menghina’ pihak Polis.

Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota Polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan tersebut.

Polis menafikan permit dikeluarkan kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan ‘terbuka’ di Sri Aman. Tapi, jika BN boleh belaka seluas-luasnya termasuk guna semua saluran tv, radio, internet dan media arus perdana.

Bagaimana pun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut.

Secara ringkasnya, orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapang di situ dan sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang dan akhirnya mencecah hampir 10,000 orang.

“Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.

Sementara itu, di Sadong Jaya pula seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS.

Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi.

Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh Ketua Penaja Cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi.

Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad.

Beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa.

Ini, tambahnya disebabkan kerajaan PBB-BN tidak banyak mengadakan pembangunan untuk rakyat sebaliknya melakukan penindasan seperti merampas tanah rakyat.

PAS meletakkan Ketua Pemuda Sarawak, Abang Eddy Abang Fauzi, 34, di Dun ini. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy bertanding di Parlimen Batang Lupar, tetapi tidak menang.

NOTA: “INGAT BN…INGAT BARANG NAIK…”-kam

Foto-Foto Ceramah Terakhir PR di Sarawak

Walaupun hujan lebat puluhan ribu orang membanjiri ceramah malam terakhir DAP di Kuching. Walaupun ceramah itu cuba dihentikan polis barua BN atas alasan "permit yang diberikan hanya untuk aktiviti tertutup". Polis gagal berbuat demikian meskipun dengan kehadiran FRU, kerana penduduk yang hadir enggan akur kepada arahan polis.







Apa khabar Taib!! Sesak nafas kan!!

PRU-13; Wajib Kepada PAS ganti Umno

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/hadihimat1.JPGMARANG - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata menjadi suatu kewajipan yang besar kepada ahli parti (PAS) untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya akan datang.

Ia adalah kerana menurutnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) menentang PAS bagi menghalang parti ini melaksanakan perintah Allah SWT.

Katanya, Umno-BN adalah parti kemungkaran besar dalam negara ini kerana mengekalkan sistem serta mempertahankan dasar-dasar penjajah.

“Kita (PAS) hendak laksanakan kebajikan, kita hendak laksanakan perintah Allah Ta’ala. Mereka (Umno) lawan kita (PAS).

“Marilah kita lawan Umno dengan keyakinan, dengan kepercayaan. Umno dan Barisan Nasional adalah parti kemungkaran yang besar dalam negara kita, yang mengekal dan mempertahankan sistem yang dibawa oleh penjajah,” ujarnya ketika merasmikan Himpunan Muslimat PAS Terengganu, disini, Jumaat 15 April.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa Umno yang bertanggungjawab melemahkan agama Islam serta menggalakkan maksiat berlaku dalam negara.

Oleh itu, katanya menjadi satu kewajipan besar kepada PAS menggantikan Umno semula setelah dijatuhkan tahun 2004 lalu.

“Kita (PAS) mempunyai satu kewajipan yang besar untuk mengganti Umno, setelah PAS dijatuhkan (2004). Kewajipan yang sangat besar, bukan kewajipan yang kecil.

“Umnolah yang melemahkan agama Islam, Umnolah yang menghapuskan tulisan jawi, Umnolah yang menghidupkan hiburan dan menggalakkan anak-anak muda kita kepada maksiat.

“Umnolah yang menjadikan negara kita ‘dibanjiri’ oleh kemungkaran (maksiat) sehingga anak-anak muda kita tenggelam dalam kemungkaran,” ujarnya di hadapan lebih 5,000 hadirin.

Menurutnya, Umno-BN perlu ditukar-gantikan dengan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya demi menyelamatkan bangsa, agama dan negara. -BO


**Dengar Ucapan Dato' Seri Hadi di Buletinonline Radio

Lintas Langsung Grand Finale di Kuching, Miri Dan Limbang !!



GAMBAR ATAS MIRI, BAWAH LIMBANG

KUCHING

KUCHING

KUCHING

MIRI BELAKANG STAGE

KUCHING

MIRI

KUCHING

Ini bukan di Tunisia!! Ini bukan di Dataran Tahrir Mesir!! Ini di Bumi Kenyalang!! Bumi Borneo yang dahagakan nikmat sebuah negara milik rakyat !!

Salut kepada warga Sarawak yang berdiri sepanjang ceramah !! Semangat untuk berubah !!

Macam ini punya crowd, BN menipu pun boleh tumbang !!

Tumbang BN!! Tumbang Taib!!

Sampai lah masanya untuk satu kerajaan baru lahir di bumi Kenyalang !!

UBAH SARAWAK !!

Terang Dan Nyata, Rakyat Sarawak Bertekad Kalahkan BN

Kelompok manusia menjadi rebutan antara ceramah SUPP dengan DAP menjelang saat-saat akhir PRN Sarawak 2011. SUPP cuba menarik kelompoknya dengan mengundang penyanyi tempatan terkenal, Michael Wong ke ceramah mereka, bagaimanapun tetap gagal apabila puluhan ribu membanjiri ceramah DAP.

Keadaan di Sibu semalam menyaksikan pertembungan antara ahli politik dengan penyanyi terkenal, dalam jarak 300 meter - namun kesudahannya lebih memihak kepada DAP-Pakatan Rakyat.

Sebagaimana yang diperhatikan wartawan, hanya kira-kira dua ribu orang, kebanyakannya pemuda-pemudi, dan antaranya mungkin ada yang belum sampai umur untuk mengundi yang menunggu konsert Michael di ceramah SUPP. Sebaliknya, ceramah DAP berjaya menarik kehadiran lebih daripada 10,000 orang.

Kedua-duanya ceramah bermula pada kira-kira jam 7 petang, semalam. Tanpa kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat utama seperti Anwar, Lim Kit Siang, Nik Aziz dan sebagainya, DAP masih berjaya menarik perhatian ratusan orang.

Bilangan ini semakin bertambah, sehingga melebihi 10 ribu orang apabila penceramah terkenal seperti Nga Kor Ming (ahli parlimen Taiping), Hew Kuan Yau, Liew Ching Tong (ahli parlimen Bukit Bendera) dan lain-lain tiba di situ. Malah apabila konsert dimulakan di ceramah SUPP, orang ramai masih tidak berganjak dari tempat ceramah DAP.

Rakyat cabut sebaik konsert tamat

Ceramah SUPP pula membariskan Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, Setiausaha Gerakan Teng Chang Yeow, dan calon-calon SUPP seperti Wong Soon Koh (Bawang Assan), Tiong Thai King (Dudong), Chieng Buong Toon (Batu Assek), Goh Chun Siong (Pelawan) dan lain-lain. Kesabaran hadirin mulai hilang apabila hujan turun renyai-renyai, dan menjerit agar konsert dimulakan.

Pada kira-kira jam 10.35 malam, Michael Wong mula bernyanyi untuk 30 minit, bagaimanapun beliau tidak menyeru agar penduduk mengundi BN. Selepas tamat nyanyiannya, orang di situ mula mencabut walaupun Teng Chang Yeow sedang memberi ucapannya. Keadaan ini membuatkan suasana ceramah SUPP semakin dingin, dan mereka yang belum berucap termasuk Koh Tsu Koon dan Chieng Buong Toon.

6000 sambut Anwar di Kuching

Di Kuching pula, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim disambut dengan kelompok kira-kira 6,000 orang, dan beliau menyeru agar pengundi menyokong calon DAP di Padungan, walaupun penyandangnya, Dominique Ng dari PKR bertanding atas kapasiti calon bebas kali ini. Beliau disambut tepukan apabila berjanji berjuang habis-habisan walaupun terpaksa mengharungi serangan seperti tohmahan dan fitnah terhadap dirinya.

Sementara itu, bekas ahli parlimen Kuching, Sim Kwang Yang juga turun padang dan berkempen untuk calon PKR-Batu Lintang See Chee How, dan Chong Chieng Jen, calon DAP di Kota Sentosa. "Ini pertentangan antara rakyat dengan politik wang. Biarpun kuasa rakyat agak tipis, namun seandainya kuasa seluruh rakyat ditumpukan, maka kuasa wang akan ditumbangkan," kata Sim Kwang Yang yang mendakwa dirinya telah menghidu bau "tsunami politik".

"Sudah 32 tahun saya menunggu hari ini. BN adalah paling lemah pada kali ini. Moga-moga pengundi merenung sebaik-baiknya, mengambil kesempatan yang ditunggu-tunggu ini," harapnya. -MR

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, dan Ong Vic Kee adalah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari dua laporan di Sibu dan Kuching.


Konsert BN gagal saingi ceramah Pakatan

Kira-kira 2 km di Taman BDC, suasananya begitu berbeza sekali, dengan orang ramai berhimpit-himpit untuk mendengar ceramah anjuran DAP.

BN menganjurkan acara terbesarnya semalam, dengan mengadakan konsert terbuka di Pusat Komersil 101 di Jalan Tun Jugah, yang menjadi lokasi beberapa pusat penjaja yang mampu menampung ratusan pengunjung setiap malam.

Iklan dalam sebuah akhbar menjanjikan cabutan bertuah, yang kemudian merupakan set TV dan persembahan hiburan oleh penyanyi terkenal dari Semenanjung.

Penceramahnya ialah barisan calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk Pending, Kota Sentosa, Padungan, Batu Lintang and Batu Kawah, berucap bersama dengan pemimpin BN dari semenanjung.

Bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor merupakan penceramah pertama, dan seperti biasa, menghentam PKR, tetapi dalam nada yang lebih lembut kerana mungkin beliau tidak biasa dengan hadirin dari kalangan masyarakat Cina.

Ezam menggesa mereka supaya menolak bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan ramai pengasas PKR telah pun meninggalkan parti itu.

"Nombor pendaftaran parti saya ialah 007. James Bond," kata Ezam berseloroh, " Dan saya telah meninggalkan parti itu. Satu-satunya yang tinggal (antara pengasas PKR) ialah 001 - Dr Wan Azizah (Wan Ismail)".

Manakala ketua Pemuda SUPP, Sih Hua Tong - calon BN bagi kerusi Batu Lintang, pula dalam ucapannya menghentam DAP kerana memutarbelitkan sebutan nama SUPP - seperti yang dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina - sebagai parti orang utan. Ia kerana sebutan SUPP dalam bahasa Cina hampir sama dengan sebutan perkataan orang utan.

Bagaimanapun, agak sukar untuk mengukur sama ada hadirin turut berkongsi sentimennya walaupun Sih bertanya sama ada mereka juga marah dengan gelaran seumpama itu.

Tindak balas hadirin agak lemah, berbanding dengan di perhimpunan Pakatan, tetapi apa yang jelas ialah calon SUPP bagi kerusi Pending - pakar kardiologi, Dr Sim Kui Hian, mempunyai penyokong yang ramai.

Sejumlah hadirin kelihatan beredar selepas ucapan Sim, yang dianggap salah seorang calon terkuat, yang dibariskan oleh BN dan satu-satunya calon yang dianggap mempunyai peluang untuk menumbangkan penyandang kerusi itu dari DAP.

Kira-kira 2 km di Taman BDC, suasananya begitu berbeza sekali, dengan orang ramai berhimpit-himpit seperti 'tin sadin' untuk mendengar ceramah anjuran DAP di tempat letak kereta pusat perniagaan kecil di situ.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penceramah utama yang berjaya mempersonakan para hadirin sebaik sahaja memulakan ucapannya. -mk

20,000 banjiri ceramah kemuncak DAP di Kuching


Ketegangan berlaku apabila anggota polis cuba menghalang satu ceramah DAP di Kuching malam ini sebagai 'grand finale' kempen pilihan raya negeri Sarawak.

Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat letak kereta untuk mendengar ceramah tersebut. Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua menganggarkan jumlahnya melebihi 10,000 orang. Jumlah tersebut semakin meningkat dan dianggarkan mencecah 20,000 orang.


Keadaan menjadi riuh-rendah apabila seorang pemimpin DAP bertanya kepada ribuan hadirin "Polis mahu kita berhenti, ada mahu?" Orang ramai membalas “Tidak!” Sejurus kemudiannya, Tony mengumumkan yang mereka akan meneruskan ceramah tersebut, walaupun dilarang oleh pihak polis.

Bagaimanapun, beliau meminta para penyokong supaya tenang dan tidak menghina pihak polis.

Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.

Polis menafikan permit kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan terbuka di Sri Aman.

Bagaimanapun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut. Orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapan di situ.

Sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang.

“Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.

DAP Sri Aman gagal mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah di tempat terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak ini.

Ceramah terbukanya yang pertama diadakan dua malam lalu, juga diganggu oleh polis, tetapi dibenar diteruskan selepas puas berunding.

Pada jam 7.40 malam, Santiago merayu kepada seorang pegawai polis supaya membenarkan ceramah itu diteruskan untuk tempoh satu jam sahaja.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga beusaha untuk memujuk Santiago supaya membatalkan ceramah tersebut kerana tidak mendapat permit.

Ketegangan meningkat, dan suara-suara kedengaran dari kalangan orang ramai yang nampaknya tidak sabar dengan apa yang berlaku, dengan melaungkan "Kami mahu ceramah" dan "Undi roket untuk perubahan".

Selepas berunding, DAP akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memindahkan ceramah tersebut ke sebuah restoran berhampiran.

Calon DAP bagi kerusi Simanggang, Leon Donald memberitahu orang ramai bahawa ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Restoran Alisan berhampiran.

Polis mengumumkan melalui pembesar suara bahawa ia adalah satu perhimpunan haram, dan mengarahkan orang ramai beredar dalam masa lima minit. -M'kini

Presiden PAS dianugerah Tokoh Alim Rabbani

Ustaz Abdul Hadi Awang dipakai jubah sebagai Tokoh Alim Rabbani oleh Rektor Universiti Islam Yala, Dr Ismaillutfi

PATANI, 15 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dianugerahkan dengan anugerah Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala semalam.

Abdul Hadi Awang merupakan satu-satu tokoh ulama di luar Thailand dan rantau nusantara menerima anugerah Tokoh Alim Rabbani diperkenalkan Universiti Islam Yala (YIU).

Gelaran tokoh tersebut sama taraf dengan ijazah kehormat diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu.

Kebiasaannya sebelum ini majlis penyampaian diadakan pada upacara hari pertama konvokenysn, namun senat YIU tidak mahu terkongkong dengan acara akademik semata-mata.

Sebelum ini anugerah serupa diberi kepada tokoh ulama yang banyak berjasa dalam bidang dakwah di empat wilayah selatan Thailand, terutamanya pengasas pusat pengajian pondok.

Pernah menerima anugerah itu Syeikhul Islam Negara Thailand dari Bangkok. Selain itu ulama terkenal dari Timur Tengah.

Penyampaian tokoh tersebut diadakan sempena program Multaqa Muslimat yang dianjurkan universiti terbabit di kampus Pattani, semalam.

Multaqa berkenaan berjaya menghimpunkan muslimat dari seluruh Thailand dan wakil dari Malaysia dan Indonesia.

Pihak penganjur memberitahu kira-kira 25,000 peserta di kalangan muslimat enyertai multaqa tersebut yang diadakan pada 13 dan 14 April lalu.

Rombongan presiden PAS dan kerajaan negeri Kelantan tiba di kampus tersebut kira-kira jam 12 tengahari disambut ribuan yang hadir.

Turut serta anggota-anggota Exco kerajaan Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Muhammad Fadhli Hassan, Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Lajnah Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa PAS, Mohd Faiz Md Nawi.

Rombongan bertolak dari Kota Bharu menyeberangi jambatan Muhibah di Sungai Golok. Perjalanan sejauh 210 km dari Kota Bharu singgah sekejap di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat dan diadakan pertemuan bersama Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Aziz Mamat.

Perjalanan ke Pattani diiringi peronda polis terpaksa melalui perpuluh-puluh sekatan jalan raya oleh tentera dan polis. Kelihatan ramai anggota tentera bersenjata M16.

Dekan Fakuliti Sastera dan Sains Kemasyarakat YIU, Prof Madya Sukree Langputeh berkata, pemilihan tokoh tersebut bukan mudah dilakukan senat universiti.

Katanya, tokoh yang diberi adalah pendakwah yang benar-benar menjadikan Islam sebagai amalan dalam kehidupan harian.

”Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan tokoh Islam yang disegani di Asia Tenggara. Beliau menjadikan rutin hariannya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

”Selain beliau juga mengarang banyak buku mengenai agama yang menjadi rujukan umat Islam,” katanya ketika membaca biodata Presiden PAS sebelum upacara memakaikan jubah Tokoh Alim Rabbani diadakan.

Pemakaian mislah (jubah) dilakukan Rektor YIU, Dr Ismaillutfi. Ia turut disaksikan Timbalan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand, Harapabara, Gabenor Pattani, Nipon Narapitakkul serta dan peserta multaqa.

Dua aktivis dari Kelantan turut menyampaikan ceramah pada program berkenaan iaitu Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Dr Hafizah Mustaqim dari USM, Kubang Kerian.

Perasmian penutup pada sebelah petang disempurnakan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan, Said Nasir al Yufri. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .