Kaherah: Islam menentang keras mayat Osama disemadikan di laut, demikian kenyataan seorang jurucakap Universiti Al-Azhar, di sini semalam selepas pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama.“Jika benar jenazah itu dicampakkan ke laut, maka Islam menentangnya sama sekali,” kata Mahmud Azab, penasihat kepada Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb, memberitahu AFP.
“Jenazah siapa pun, jika ia dimilik oleh seseornag yang terbunuh atau mati kerana benncana alam, hendaklah dihormati. Batang tubuh orang beriman atau tidak beriman, Islam atau Kristian, mesti dihormati,” tambahnya.
Universiti Al-Azhar adalah pusat pembelajran yang amat berprstitij di kalangan dunia Islam Sunnah.
Seorang pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama telah disemadikan di laut tanpa mengulas lanjut.
“Kami ingin mengelakkan situasi di mana makam itu akan dijadikan seperti keramat,” kata seorang pegawai AS kepada AFP, dan menambah sekarang tiada masa untuk berunding dengan lain-lain negara untuk mengaturkan pengkebumian yang wajar.
Sebelum itu, seorang pegawai pentadbiran AS berkata, jenazah ketua Al-Qaeda berusia 54 tahun itu dikebumikan menurut syariat Islam.
"Kami memastikan bahawa ia (jenazah Osama) dikendalikan menurut amalan dan tradisi agama Islam," kata pegawai berkenaan.
Meskipun Amerika berjanji untuk mengkebumikan jenzah Osama mengikut amalan dan tradisi Islam, ternyata mereka penipu.
Mereka mengambil keputusan untuk mencampakkan jenazah ke laut, yang menurut ulamak Universiti Al-Azhar bukan merupakan peraturan dan amalan Islam.
Masyarakat semakin mempertikaikan benarkah Osama dibunuh? Apakah mencampakkan mayatnya ke laut adalah usaha untuk menutup terus cerita Osama supaya dia tidak lagi boleh dicari dan dikaji untuk menentukan kesahihan dan kebenaran bahawa itu adalah Osama?
Sedangkan gambar yang dikatakan Osama ditembak itu adalah sebenarnya sekeping gambar palsu? =GB
Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas.
Sekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia.
Manakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan.
KUALA LUMPUR, 3 Mei: “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.
HULU TERENGGANU - Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusof mendakwa, walaupun para pelajar di sekolah-sekolah Terengganu mendapat komputer riba E-Book, namun guru-guru masih mengajar menggunakan papan hitam.



KUALA LUMPUR – Kumpulan Utusan telah memecat Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dikatakan mencemari imej syarikat milik Umno itu.
GOMBAK, 2 Mei: Bertempat di Masid Negara tanggal 6 Mei ini bakal mengukir satu lagi sejarah negara Malaysia moden apabila menjadi medan himpunan rakyat menunjuk rasa pada Hari Amarah Rakyat Malaysia.


KUALA LUMPUR, 2 Mei: Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden meninggal dunia, kata Presiden Barack Obama.
Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.



