Ikuti Blog ini

Dulu lain kini lain...bukan dulu kini dan selamanya...

Klik untuk besarkan

1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an)
'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB

4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

PROVOKASI MELAMPAU PEMUDA UMNO GUNA PELAJAR SEKOLAH





Setiap kali ceramah kita diganggu, ada kumpulan bermotor datang membuat kacau sedangkan bila Umno berceramah, kita tak pernah ganggu pun ,ini bukan kali pertama sudah lima kali Pemuda UMNO Pasir Gudang gangu ceramah Pakatan ,Pada malam ceramah tersebut kenderaan yang bawa Mat Sabu di Tahan oleh pemuda UMNO tapi di halang oleh Pihak Polis dan orang ramai,..Rata rata yang hadir marah dan geram gelagat Pemuda UMNO yang mula provokasi dari mula ceramah di mulakan , Termasuk mereka bakar Bendera Keadilan..Pada 14 hb laporan Polis akan di buat terhadap Pemuda Umno Pasir Gudang

Mana Wang Zakat Wahai Jamil Khir??


Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kesal kerana sehingga kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menjawab isu penyelewengan wang zakat.

Awal November lalu, Mahfuz mendakwa Jamil mengarahkan Yayasan Taqwa, membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’.

Justeru itu, Mahfuz meminta penjelasan Jamil kenapa Yayasan Taqwa yang diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memperoleh sumber dari hasil wang zakat, diperalat bagi tujuan politik.

“Kita minta dia (Jamil) buat penjelasan kenapa membuat pengarahan melalui setiausaha sulit kanan, mengarahkan Yayasan Taqwa (membayar syarikat berkenaan),”.

“Dia (Jamil) dah balik (menunaikan haji) dari mekah, harap dapat menampilkan imej sebagai seorang yang baru balik dari Mekah dan bagi penjelasan,” kata Mahfuz.

Mahfuz sebelum ini mendakwa maklumat itu diperoleh berdasarkan satu surat oleh JPM kepada Yayasan Taqwa bagi membayar syarikat penerbitan buku yang didakwa memburukkan PAS itu.

Buku berkenaan diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.

Mahfuz memberitahu, kursus anjuran Jakim yang sudah tiga kali diadakan itu, turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri dianjurkannya.

Program itu juga memanggil bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyampaikan ucapan.

Jamil sebelum ini turut didakwa menggunakan wang zakat sebanyak RM32 ribu bagi membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam isu qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bapa Bob Lokman Persoal JAIS Tahan Anaknya Beri Syarahan Agama

Kota Bahru - Bapa kepada pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman, Lokman Ahmad (gambar), 73, sehingga kini belum mengetahui perkembangan terbaru anaknya itu.

Beliau berkata, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, pernah dihubunginya ketika berita penahanan anaknya itu dihebahkan menerusi media, namun belum sempat berbual dengannya.

“Mengikut media, Bob ditahan tetapi sudah dibebaskan. Saya kira, Mohd Hakim tidak patut ditahan kerana dia bersyarah mengenai agama dan jika difikirkan, ia sama seperti orang tabligh menyebarkan agama, tetapi tabligh tidak pula ditahan.

“Mungkin nama Bob itu perlu ditukar kepada Ustaz Mohd Hakim kerana saya rasa, itulah nama serasi memandangkan dia mempu nyai latar belakang pengajian agama,” katanya, semalam.

Beliau berkata, nama ‘Ustaz Mohd Hakim’ dicadang kan berdasarkan Bob ketika bersekolah di Maahad Hami diah Kajang pernah menjadi juara syarahan dan merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali.

Menurutnya, penahanan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dirasakan tidak adil kerana anak lelakinya memberi syarahan agama dalam masjid, bukan berbuat perkara tidak sopan.

“Sepatutnya, jabatan agama tangkap mereka yang melakukan perkara tidak sopan seperti mengadakan majlis tarian, seks serta menyanyi, bukan orang beri ceramah agama,”
katanya.

Oktober lalu, Jais menahan Bob Lokman, setelah didapati memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. -SH

Belum sampai seminggu Hajjah Rosmah dah tercabut tudung

OBAMA bersama isteri Michele, bergambar selepas menyambut ketibaan Najib dan Rosmah pada majlis makan malam rasmi untuk ketua-ketua kerajaan bersempena APEC di Honolulu, Sabtu lalu.

P/S- Bini obama selendang di bahu, Bini najib pulak selendang di pinggang...lagi bawah hampir terlucut..

Ust Azhar Idrus - Umno Sesat.!!! (video)


SAMM: BERS✔H 3.0 Dilancar Bila-bila Masa. Tarikh Sudah Dipilih

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membayangkan perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan kerana mendakwa kerajaan tidak membuat apa-apa bagi menambak baik perjalanan pilihan raya.

Bersih 3.0 bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri sama ada melakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar.

Bersih 3.0 akan turut memantau perjalanan PSC supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharim berkata, “Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang.”

“Setakat ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.

Tekan BN

“Justeru itu, Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang demi memastikan BN benar-benar menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen.

“Tarikhnya sudah dipilih dan akan diumumkan dalam masa terdekat,”
kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Beliau menambah, timbul pelbagai spekulasi negatif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera untuk membenarkan warga asing mengundi dan juga spekulasi memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota Rela dan penjawat awam selain polis dan tentera.

Katanya, Ini sama sekali bukan satu usaha baik-pulih sistem pilihanraya tetapi melacurkan sistem pilihan raya demi untuk terus berkuasa. -FMT

Terbaru!!Pengacau Ceramah Mat Sabu Kena Belasah!!


PERKASAM KENA BELASAH DI JOHOR!!! Bersabar pun ada hadnya, ni dah tahap melampau kacau ceramah PAS. Nak biaq lagi...
Utusan Melapor;

Jamil Hussain cedera
akibat dipukul di Pasir Gudang,
Johor, malam semalam



Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedatangan Mohamad atau Mat Sabu tidak dialu-alukan apatah lagi dalam situasi politik masa kini yang panas dengan pelbagai isu terutamanya kontroversi yang dicetuskan oleh pemimpin kanan Pas itu.
"Saya kecewa dan ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka harus faham suhu politik sekarang tengah naik dan ditambah lagi dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkannya (dalam ceramah).

"Apabila pihak (yang tidak menyokong Mat Sabu) mendengar putar-belit dan tuduhan, sudah tentu akan menimbulkan perkara yang tidak diingini," katanya ketika ditanya mengenai kekecohan semasa ceramah Mat Sabu di Pasir Gudang, malam tadi. - Utusan.

Juga dilaporkan:

Kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang berhimpun membantah kehadiran Mat Sabu semasa berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang, malam tadi.

Bantahan itu menyebabkan kumpulan NGO tersebut dan para penyokong Mat Sabu bergaduh sehingga menyebabkan seorang cedera di kepala dan seorang lagi pengsan.

Mereka yang cedera itu adalah penyokong kumpulan NGO tersebut. Bagaimanapun kekecohan tersebut dapat dikawal dengan kehadiran kira-kira 150 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). - Ibid.  
Tah pasai apa, Utusan nampak macam malu pulak nak sebut nama NGO tu, sebut ja la NGO tu PERKASA, tak payah nak berselindung-selindung. Mungkin kut pasai PERKASA terbukti perkasa sebenarnya tak perkasa pasai boleh cedera dan pengsan, hahaha...

Apa pun, aku nak ucap tahniah kepada pemberani yang belasah ahli PERKASA tu. Aku bukan sokong kekerasan dan langsung tak galakkan ahli dan penyokong PAS pukui orang. Tapi kalau dah sampai tahap menceroboh premis kita lepas tu pulak buat kurang ajar kacau program kita, memang sepatutnya kita mempertahankan maruah kita.

Depa ingat selama ni depa kuat di Johor, Johor tu hak mak bapak depa. Walaupun PAS selama ni lemah di Johor tak bermakna PAS tak ada hak di Johor. Sama jugak macam di Kelantan, PAS takdak hak nak halang program Umno di Kelantan walaupun PAS cukup kuat di Kelantan.

Biar insiden ni jadi iktibar kepada umno. Jangan ingat hangpa saja ada samseng, dalam PAS pun ramai samseng. Cumanya selama n i depa sorok samseng depa pasai wala' kepada pimpinan. Jangan selalu sangat 'cabar' kejantanan PAS, aku takut nanti sampai tahap Mat Sabu pun tunjuk samseng sama, masa tu sapa pun dah tak boleh nak halang 'samseng rakyat'...
Sumber: PASB

Hospital Sultanah Nur Zahirah K.Terengganu "Terbakar"

Kuala Terengganu — Pesakit dan kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini, gempar apabila bangunan hospital yang masih dalam pembinaan terbakar berikutan berlakunya asap tebal.

Akibat kejadian itu beratus-ratus pesakit yang berada dalam wad di bangunan bersebelahan terpaksa dipindahkan ke tingkat bawah hospital berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Turut dipindahkan ibu dan bayi yang baru dilahirkan, pesakit lain serta orang ramai yang menjaga pesakit turut keluar dari bangunan wad hospital itu.

Jurutera Kanan Kawalan Kualiti Projek, Yassin Sidek berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang tadi apabila dua pekerja menyalakan obor kerana keadaan gelap bagi melakukan kerja-kerja penyambungan paip di blok utama wad bersalin yang dalam proses pembinaan itu.

Bagaimanapun ketika sampai di pintu masuk bangunan wad itu, api tersebut terus menyambar gam PVC yang berada berhampiran pintu tersebut
.

"Dalam beberapa saat sahaja bangunan itu mengeluarkan asap tebal dan hampir separuh saluran pendingin hawa bangunan tersebut terbakar,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, semasa kejadian kira-kira 237 pekerja sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan hospital baru itu setinggi enam tingkat, yang mula dibina September 2008 dan dijangka siap pada April tahun depan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Azmi Salleh berkata, kejadian itu menyebabkan empat peratus bahagian tingkat bawah bangunan tersebut rosak.

Katanya punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih disiasat, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan percaya asap itu berpunca daripada cecair penyejat yang dikenali PU Foam yang menyejat air dalam pendingin hawa menyebabkan ia mengeluarkan asap tebal. — Bernama

180 bakal gengster Melayu dicekup


Sebuah dewan resort di Teluk Batik, Lumut telah ditempah khas oleh ahli Genki Seven Malaysia untuk melakukan ikrar sumpah taat setia.
 
LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.

Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.

“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.

“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.

Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.

Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.

Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.

“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.

Melayu Merempat Di Tempat UMNO Kuat

Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat

Bahkan, mereka sudah berani mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat.

Oleh itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menyifatkan ungkapan emosi yang diucapkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama lagu lama yang cuba mendekatkan kembali orang Melayu yang duah jauh dari Umno.

"Tun Dr Mahathir masih menyayi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu. Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno.

"Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat. Mereka sudah mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat,"ujarnya

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Buleytinonline.

Menurutnya, orang Melayu berpecah kerana dasar 'Umno Putera' yang sudah 'mendarah daging' dalam Umno, menyebabkan Melayu tidak berdosa menjadi mangsa.

Katanya, dasar tersebut menyebabkan Kelantan dipinggirkan oleh kerajaan pusat sedangkan Kelantan adalah sebuah negeri majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

"Sebanyak 118 projek Persekutuan disekat sejak Rancangan Malaysia Keenam (1991). Pengkhianatan royalti kepada Kelantan yang jelas termaktub di dalam undang-undang telah dicabul.

"Menafikan pendaratan minyak ke Kelantan yang hanya jarak 150 KM, berbanding dengan ke Songkla Thailand yang jaraknya 270 KM. Ini tidak termasuk diskriminasi oleh pimpinan Umno di peringkat akar umbi seperti menahan projek jalan kampung, bantuan kemiskinan dan lain-lain lagi,

"kesemua ini dilakukan kerana dasar Umno Putera,"jelas Ustaz Idris Ahmad.

Beliaa menegaskan, sikap yang ditunjuk melalui dasar 'Umno Putera' yang menyebabkan Melayu lemah.

"Terbukti... bukan bangsa lain yang menindas, sebaliknya Melayu ditindas dan dilemahkan oleh orang yang sebangsa, semata-mata kerana kerakusan kuasa dan tidak boleh menerima selain daripada parti Umno sahaja,"tambahnya -BO

170 sertai DHPP Sabah

KOTA KINABALU, 12 Nov: Keserlahan dan keupayaan melihat PAS memimpin negeri menjadi tarikan dan dorongan seramai 170 orang bukan Islam di negeri ini untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Naib Pengerusi DHPP Malaysia, S. Suria Narayanan berkata, jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa selepas memperlihatkan keupayaan dan keseragaman pucuk kepimpinan PAS mentadbir dan mengurus negeri yang dikuasainya dengan cemerlang.

“Kita akan turun sekali lagi ke Sabah dan berkemungkinan besar lebih ramai orang bukan Islam untuk menyertai dewan ini.
“Kita mengalu-alukan mereka. Ini hasrat mereka, dan kita akan raikan,” katanya.

Kesemua 170 ahli DHPP dari kawasan Pensiangan tersebut telah menyerahkan borang permohonan kepada Setiausaha Agung PAS Malaysia, Dato’ Mustafa Ali.

Turut hadir dalam penyerahan borang tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishammudin Sulaiman; Setiausaha PAS Sabah, Awang Laiman; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan semua kepimpinan PAS Sabah. -Hrkh

Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung

KOTA BHARU, 11 Nov: Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra selamat menyempurnakan upacara Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini sebentar tadi.

Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-42, 2011 itu turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Turut hadir pada upacara itu Kerabat Diraja dan pembesar negeri.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara serta pimpinan politik, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Perayaan keputeraan bertema “Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung” itu bermula seawal 6.30 petang semalam dengan mengadakan majlis solat Hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi di sini dan di semua masjid utama jajahan.

Istiadat ‘meletak kerja’ pula diadakan di Istana Balai Besar di sini seawal 7.45 pagi tadi sebelum diadakan jamuan rakyat di Masjid Muhammadi di sini selepas solat Jumaat nanti.

Sementara Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri serta Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia akan diadakan esok mulai 9.00 pagi di Istana Balai Besar di sini.

Menurut kenyataan rasmi, perayaan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan itu bermula 10 hingga 12 November 2011.

Majlis Santapan Malam Persembahan Kerajaan Negeri diadakan pada malam ini di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim di sini. -Hrkh

Gambar2 Terkini Hajjah Ros dan Pak aji,.. Marlboro !!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyalakan pelita tanda simbolik perasmian sambutan Rumah Terbuka Deepavali di SMK Kampung Jawa, Klang. Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel. - Utusan/MOHD SHAHARANI SAIBI

Kerajaan Kelantan Serah "Amanat Tun Abdul Razak" Kepada Perdana Menteri


Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menyerahkan 'Amanat Tun Abdul Razak' kepada Perdana Menteri berhubung hak negeri itu mendapat bayaran 5 peratus royalti petroleum.

Penyerahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

Turut serta dalam rombongan menyerahkan amanat itu, lebih 30 orang terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) serta ahli-ahli parlimen Kelantan yang masing-masing membawa poster amanat tersebut termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang.

'Amanat' itu merupakan jawapan Tun Abdul Razak selaku perdana menteri terhadap pertanyaan Lim Kit Siang di dewan rakyat pada tanggal 12 November 1975 yang berbunyi;

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,"

Menurut Husam yang juga exco negeri Kelantan, penyerahan itu dibuat sempena merayakan ulang tahun ke-36 ucapan bekas perdana menteri ke-2 itu.

Ianya juga sebagai penerusan tuntutan kerajaan negeri kepada pusat, agar membayar wang 5 peratus yang sekian lama dinafikan itu.

"Kami berharap dengan pulangnya haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi parlimen selepas itu.

Selain amanat Tun Razak itu, satu surat mengandungi bukti jawapan menteri di Dewan Negara juga turut diserahkan kepada perdana menteri.

Ianya termasuk jawapan menteri tidak berpotfolio, Tan Sri Chon Hon Nyan terhadap soalan Senator Raja Nong Chik Raja Ishak pada 7 Januari 1977.

Jawapan tersebut antara lain berbunyi;

"Dalam Gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberikan kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalti 10% itu dibahagi kepada dua pihak".

Satu lagi bukti adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Kasitah Gaddam pada 4 April 1989 terhadap soalan Senator Tuan Hassan Harun yang berbunyi;

"Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak".

Telaga Bumi dan Suria

Selain itu, Kelantan juga menuntut pengeluaran gas di Telaga Bumi dan Telaga Suria di kawasan bertindih dengan Terengganu yang beroperasi April lalu juga didaratkan di negeri itu.

Setakat kini katanya, Petronas pada 24 September lalu telah membuat pengumuman akan mendaratkan gas tersebut di Kerteh iaitu sepanjang 2000 kilometer pipeline di lautan.

"Kami sangat berharap gas ini dapat didaratkan di Kelantan.

"Kelantan telah menyediakan satu zon petroleum industri di Bachok seluas 2000 ekar dan saya telah menulis surat kepada presiden Petronas supaya isu pendaratan gas daripada Bumi dan Suria ii dilakukan di Kelantan," kata YB Dato Haji Husam.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .