Ikuti Blog ini

Isu Hudud Sudah Tidak Laku Bagi Kaum Cina

Kuala Lumpur : Isu hukum hudud diakui sebagai isu yang sudah tidak laku lagi bagi masyarakat Cina jika digunakan oleh Umno, MCA dan BN dalam kempen mereka bagi menghadapi sebarang pilihan raya di negara ini.

Sebaliknya, semakin meluas isu itu dimainkan, semakin meningkat pula sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan BN akan mengalami kekalahan teruk.

Pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi tanah air, Ong Kian Ming berkata, realiti itu terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun 2008 lalu, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memainkan isu tersebut dalam kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dun Pasir Panjang, Perak yang ditandingi Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagi pihak PAS.

Menurutnya, disebabkan isu tersebut, pengundi-pengundi Cina di kawasan itu bukannya memberikan undi kepada BN, tetapi semakin menyokong PAS sehingga menyebabkan Nizar mencapai kemenangan besar.

Katanya, perkara itu perlu dijadikan pengajaran oleh MCA dan BN agar tidak terperangkap dengan kesilapan mereka sendiri dalam memilih isu dalam kempen mereka dalam pilihanraya termasuk untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Isu hudud sudah tak patut ditimbulkan lagi oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu hudud sebenarnya dah tak laku bagi orang Cina sekarang," katanya ketika menjadi ahli panel bagi mengulas debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan secara langsung di Astro Awani semalam.

Pada program debat selama dua jam yang bermula jam 4.30 petang itu, seorang peserta turut membangkitlkan mengenai isu hukum hudud untuk dijawab oleh Lim, dengan mengkritik keras DAP kerana menjalinkan kerjasama dengan PAS yang ingin melaksanakan hukum itu jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada PRU Ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, persoalan itu tidak dijawab dengan panjang lebar oleh Lim disebabkan kesuntukan masa, sehingga Soi Lek juga turut menyuarakan kekesalannya terhadap Lim kerana tidak memberikan respon yang baik terhadap soalan itu ketika tiba giliran beliau berhujah sejurus selepas itu.

Ketika program ulasan mengenai debat itu berlangsung yang diadakan sejurus selepas tamatnya debat yang julung-julung kali diadakan itu, Kian Ming berkata, sikap Soi Lek yang turut membangkitkan isu hudud pada program tersebut ternyata usaha yang sia-sia.

"Apabila Soi Lek bangkitkan isu hudud, ia tak menguntungkan MCA atau BN lagi. Malah tak guna. Rakyat perlukan isu-isu penting, bukannnya isu yang sudah tak laku lagi seperti itu," katanya.

Beliau dan dua orang lagi panel bagi mengulas debat tersebut, Markus Lim dan Wan Firdaus, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran tersebut turut menyarankan agar program debat seperti itu diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia memberikan kesan cukup baik kepada rakyat.

Menurut Markus Lim, pemimpin-pemimpin kerajaan tidak seharusnya takut untuk berdepan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang menerusi debat jika masing-masing jujur untuk berbakti kepada rakyat.

Manakala Wan Firdaus pula menyarankan agar program debat seperti itu diadakan dengan melibatkan audien dari kaum yang berbeza dengan pemimpin terbabit jika mahu program tersebut menjadi lebih menarik dan memberikan kesan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kalau pemimpin yang terbabit itu sama ada dari pembangkang dan kerajaan adalah dari kaum Cina, audiennya mestilah dari kaum Melayu. Kalau pemimpin Melayu, audiennya dari kaum Cina. Jika pemimpin itu dari kaum Indian,
audiennya mestilah dari kaum Melayu," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat bagi kaum Cina, Vincent Lee dalam satu temubual dengan Harakahdaily baru-baru ini turut mengakui isu hukum hudud sudah semakin difahami oleh masyarakat Cina di negara ini.

Malah, katanya, sokongan kaum Cina terhadap PAS atas kesedaran mereka sendiri dengan posisi PAS dalam politik tanah air selaku satu-satunya parti yang berasaskan agama di negara ini.

"Semua agama menekankan kepada sikap bertanggungjawab, keadilan dan ketelusan. Selaku parti yang berasaskan agama, PAS juga pasti menekankan kepada ketelusan dan keadilan kepada semua kaum.

"Kaum Cina di negara ini yakin PAS pasti akan memberikan ketelusan dan keadilan kepada semua kaum termasuk kepada kaum Cina jika diberikan peluang memerintah negara ini bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini, malah diyakini jauh lebih baik berbanding Umno atau BN,"
ujar beliau. -HD

Samseng Umno pecahkan cermin kereta Anwar


JOHOR: Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu.

Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong.
Perangai samseng Umno menjadi-jadi

Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak  melontar kata-kata kesat.

Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis.
Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.
Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta  ‘dipecahkan sendiri’.
“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu.
Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat. -KD

Daftar Pemilih Meragukan: Mat Sabu Alu-alukan BERSIH 3.0

Cheras: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengalu-alukan Jawatankuasa Bersih menganjurkan Bersih 3 bagi membantah kenaikan daftar pemilih yang didakwa 'pelik' di sembilan kawasan Parlimen di Selangor.

"Daftar pemilih di Selangor berlaku satu perkara yang pelik di sembilan kawasan Parlimen. Parlimen Subang kenaikan daftar pemilih sebanyak 35 peratus.

Kawasan Kota Raja naik lebih kurang 28 peratus. Puchong lebih kurang 20 peratus. Serdang dan sebagainya. Sembilan kawasan Parlimen kenaikan pengundi lebih daripada 20 peratus.

"Oleh itu hadirin sekalian, Bersih 3 mesti diadakan,"katanya ketika berucap pada siri jelajah Asalkan Bukan UMNO (ABU), di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik, di sini malam tadi.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, mesyuarat Pakatan Rakyat baru-baru memandang serius perkara itu.

Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat akan menyokong sekiranya satu lagi perhimpunan bersar-besaran diadakan bagi membantah daftar pemilih yang meragukan itu agar pilihan raya dapat dijalankan dengan adil dan bersih.

" Cara nak buat, kita serah kepada badan induk itu. Serah kepada Datuk A. Samad Said bagaimana untuk kita lancarkan Bersih 3.Pas, Keadilan dan DAP akan menyokong sebarang tindakan yang dicadangkan oleh NGO Bersih 3," ujarnya lagi.

Beliau memberi contoh bagaimana kenaikan daftar pemilih di Subang yang begitu tinggi dilihat begitu berbeza dengan kawasan berhampirannya itu Petaling Jaya Utara.

" Sedangkan Parlimen yang bersebelahan Petaling Jaya Utara kawasan Tony Pua, kenaikan daftar pemilih hanya 7 peratus. Kenapa berlaku begitu tidak seimbang? Ini yang menjadi bahan renungan kita. Sepatutnya kalau Subang nak 35 peratus, sekurang-kurangnya Petaling Jaya Utara 25 peratus,"katanya.

Tambahnya lagi, senario pertambahan jumlah daftar pemilih ini lah yang menyebabkan kerajaan Pas di Terengganu tumbang pada 2004.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," katanya pada sidang media Ibu Pejabat PKR baru-baru ini. -antarapos

Umno Johor Mulai Gelisah, Pakatan Rakyat Bersedia Tawan Johor !

Bakal MB Umno ?????



Bakal MB Pakatan Rakyat ?????

Serangan Pakatan Rakyat ke atas Johor tampaknya sudah memberi kesan menakutkan pihak UBN negeri berkenaan. Tidak sia-sia kalau Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayub dan Chua Jui Meng malam siang menggempur Johor demi meruntuhkan kubu Umno di negeri itu.

Ketakutan UBN kini mulai terasa apabila parti itu seakan sudah kehilangan arah dan mencari-cari siapakah untuk dinobat menjadi MB sekiranya Umno masih mengekalkan kekuasan di Johor selepas PRU 13 nanti. Desas desus itu menunujukkan bahawa Abdul Ghani Othman sudah tidak diperlukan lagi di Johor.

Keupayaan bekas pensyarah Universiti Malaysia itu sudah pun diperah untuk menguatkan Umno Johor selepas mengambil alih daripada Udin anak Yassin yang terpaksa di bawa ke Pusat kerana beberapa masalah yang berlaku di Johor. Salah satu sebab Udin anak Yassin dipindah dulu ialah kerana beliau dikatakan memperkenalkan dasar membolehkan rakyat Singapura memililki hartanah di Johor. Udin anak Yassin di Johor Baharu terkenal dengan jolokkan pedagang buluh kasap yang menjual tanahair dan pasir ke Temasik?

Keadaan yang berlaku dalam Umno Johor kini belum pernah berlaku sebelum ini. Hari ini terdapat sekurang-kurangnya tiga nama disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB Johor bagi mengganti Abdul Ghani Othman. Nama-nama itu ialah Menteri Pengajian Tinggi Khalid Nordin, bekas Menteri Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad. Dan terbaru nama Menteri Dalam Negeri Hishmuddin Hussein pula cuba diapongkan.

Saya percaya Ahmad Maslan juga mungkin termimpi-mimpi atau pun mengharap namanya juga disenaraikan sebagai bakal MB Johor. Malangnya setakat ini tidak ada sesiapa yang sudi meletakkan nama Ahmad Maslan sebagai bakal MB Johor. Mungkin namanya masih berbau tong sampah.

Apakah maknanya ini semua kalau bukan kerana Umno dalam kebimbangan? Situasi kabur mengenai siapa bakal jadi MB tidak pernah berlaku di Johor. Johor adalah negeri yang dikira tempat kelahiran Umno dan kubu kuat parti berfahaman nasionalis itu. Malahan setiap kali berlaku pilihan raya dua tiga orang calonnya menang tanpa bertanding menunjukkan tiada sesiapa yang mahu lawan Umno.

Bagaimana pun kegahan Umno itu kini sudah mulai luntur. Sejak tahun 1999 tidak ada lagi calon UBN yang menang percuma seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang ajaibnya calon Pas yang menang tidak bertanding pada tahun 2004 dan pertama kali dapat menghantarkan wakil ke Dun Johor. Perkembangan ini menunjukkan perubahan besar berlaku di Johor dan Umno sendiri makin pupus dan perlahan-lahan sudah ditolak rakyat Johor. Umno sebagai sebuah mitos dan parti dianggap sebagai penyelamat Melayu laksana bahtera Nabi Nuh sudah mulai hilang.

Nama Khalid Nordin disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB sejak 2008 lagi. Dalam pilihan raya lalu Khalid sudah dicadang untuk diletakkan bertanding di salah satu kerusi Dun. Bagaimana pun ia dipindah saat-saat akhir kononnya atas kehendak Sultan Johor. Beberapa jam sebelum penamaan calon bekas presiden Umno ketika itu Abdullah Ahmad Badawi bergegas ke Johor untuk menghadap sultan Johor.

Hasilnya Abdul Gahni dikekalkan. Sudah pasti kalau tidak ada campur tangan istana Abdul Ghani sudah pun 'pensiun' dalam politik dan kini sudah jadi besi buruk. Kini menjelang pilihan raya sekali lagi nama Khalid disebut, kononnya dia akan dipindah ke state untuk jadi MB.

Penghantaran Khalid ke Johor tidak pelik dan dirasakan munasabah memandangkan beliau pernah pun diura-urakan untuk menjadi MB Johor. Tetapi apabila tiba-tiba Abdul Ghani menyebut nama Shahrir Samad menyebabkan timbul pertanyaan apa sudah terjadi? Kenapa dengan Johor sampai ada lebih dari dua nama calon jadi MB. Apakah Umno Johor kini sudah berpecah kepada dua puak? Itulah yang ditilik oleh orang luar.

Shahrir sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Bila wartawan bertanya, beliau meminta supaya menanyai Ghani sendiri. Bila dibandingkan di antara Shahrir dengan Khalid, awal-awal lagi Shahrir akan terpecat dari persaingan itu faktornya usia. Shahrir sudah tidak pantas lagi kerana usianya melewati bendul untuk menjadi MB Johor. Kalau Shahrir diperlukan untuk menjadi MB beliau sepatutnya dilantik sebelum Udin anak Yassin menjadi MB Johor lagi.

Apakah cadangan Ghani itu kerana Johor didalam keadaan parah sekarang ini? Tiada tokoh berkelayakan dari Umno? Umno berpecah dan memerlukan seorang tokoh yang bersemangat Melayu dilihat setia dengan parti serta berprinsip untuk memimpin Johor? Shahrir dikenali seorang yang tegas, bersih dan berprinsip. Saya lihat ada keperluan dan faktor itu kenapa Ghani sampai sebut nama Shahrir.

Sebenarnya kegelisahan Umno Johor menghadapi serangan dan keseriusan Pakatan Rakyat menyerang negeri itu tidak dapat diselindungkan lagi. Terutamanya sejak Salahuddin Ayub telah bersungguh untuk menggempur Johor bersama Pakatan Rakyat. Kepulangan Salahuddin ke Johor tidak ubah seperti kepulangan seorang panglima yang kesekian lama bertapa dan berguru nun jauh di Kelantan untuk membela dan menghapus petualang di negerinya.

Ternyata kepulangan Salahuddin disambut hangat oleh rakyat. Rakyat Johor sudah mula merasai akan aura dan juga mengenali perwatakan serdahana yang dimiliki bekas Ketua Pemuda Pas itu sesuai dengan naluri rakyat Johor. Beliau dikenali seorang yang ilmiah di dalam percakapannya dan pemikirannya juga jelas. Tidak suka kontroversi dan lebih bersikap mengatasi apa juga masalah dengan perundingan. Tidak hairan kalau di parlimen beliau dilihat sebagai seorang pensyarah dalam membahas isu ataupun mengeluarkan idea secara profesional.

Kehadiran Salahuddin meresahkan Umno Johor. Kenapa saya kata begitu, sebab kalau Umno tidak gentar dan bimbang dengan kemunculan dan penampilan Naib Presiden Pas itu nescaya Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkasi tidak menyentuh Salahuddin. Apa kata Puad apabila mendapat tahu Pas Kelantan telah bersedia melepaskan Salahuddin pulang ke negerinya selepas berguru politik selama hampir 10 tahun? Puad menyifatkan Pas Kelantan telah menghalau Salahuddin. Halau?

Jelas terjemahan atas kepulangan Salahuddin ke ngeri asal sebegitu, menunjukkan kekecutan perut Puad Zarkasi dan para pemimpin Umno Johor. Mungkin apa yang paling dibimbangi Puad takut kalau Salahuddin bertanding dikerusi Batu Pahat berhadapan dengannya?

Selain itu Shahrir Samad juga turut sama menyentuh Salahuddin. Komen Shahrir pengembalian Salahuddin itu sesuatu yang dialu-alukan. Katanya wajar kalau Salahuddin pulang ke Johor untuk membolehkan dia mencurahkan khidmat bakti di negerinya sendiri.

Pernyataan kedua mereka jelas berbeza. Puad cuba mengelegakkan emosi Salahuddin agar marahkan kepada Pas Kelantan. Manakala Shahrir pula seakan sedia untuk melihat sejauh mana keupayaan Salahhuddin menunjukkan segala bakat dan ilmu politik yang dipelajarinya selama ini di luar Johor. Di sini jelas Shahrir sebagai veteran lebih matang dan profesional berbanding dengan Puad yang baru memasuki menengah politik.

Sementara itu Ahmad Maslan juga yang selalu memperlekehkan orang dan merasakan dirinya hebat, terpelajar atau profesional turut menyentuh kepulangan Salahuddin yang digambarkan bakal dilantik menjadi MB Johor sebagai mimpi. Begitulah sikap seseorang ego dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain akan memperkecil dan menghina sesiapa saja.

Salahuddin jangan peduli kepada ejekan Mat Maslan itu. Beliau harus menerimanya sebagai cabaran dan ujian kepada kepimpinannya. Perlu diingat segala kejayaan besar itu bermula dari angan-angan dan mimpi. Dari mimpin itulah akhirnya ia menzahirkan kenyataan. Bukankah sebelum kelahiran Muhammad s.a.w Allah memberikan keluarganya mimpi?

Hari ini Salahuddin bersama Pakatan Rakyat di Johor saya rasa masih belum bermimpi. Mereka semua sedang menyiapkan malam indah untuk bermimpi. Dan sudah pasti selepas mereka selesa dan mendapat kepercayaan rakyat, mimpi yang bakal menjelma itu ialah menakluki Johor. Maka baik Mat Maslan dan sesiapa di Johor jangan memperkecilkan usaha Salahuddin dan Pakatan Rakyat sebaliknya lihatlah secara positif dan satu cabaran sebenar buat Umno Johor.

Apapun yang nyata dan jelas daripada kerja-kerja disiapkan oleh Salahuddin bersama Chua Jui Meng khasnya, benar-benar meresah gelisahkan Umno Johor. Kalau tidak masakan Umno kini telah menjaja tiga nama untuk menjadi MB Johor; Shahrir, Khalid dan Hishamuddin. Bukankah tindakan itu menggambarkan Umno dan BN dalam keadaan gelisah? SUMBER

Kelantan Miskin Kerana Dizalimi Kerajaan Pusat

Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal

KUALA LUMPUR : Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.


"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau. -HD



Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib'


KOTA BHARU, 18 Feb: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini berbanding Sabah umpama menepuk air terkena muka sendiri.


Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, juga berkata kenyataan memuji Sabah kerana ingin ‘membodek’ rakyat di negeri itu dengan fakta yang merapu.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika berucap di Lahad Datu, Sabah yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini.


Menurut Zailah lagi, tindakan kerajaan Pusat terhadap Kelantan juga tidak ubah seperti mengingat kaki dan tangan, apabila merompak hasil kekayaan di negeri itu, namun tidak menyalurkannya semula.


“Jangan membuat sebarang dakwaan yang mengatakan Kelantan miskin selagi hasil royalty negeri ini dirompak serta tidak dikembalikan pada negeri kami.


“Kerajaan Pusat telah merompak hasil royalty Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun, kemudian menuduh Kelantan miskin,”ujarnya yang juga Anggota Parlimen Rantau Panjang.


Beliau juga turut menempelak kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan Kelantan negeri termiskin di negara ini, sebaliknya Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah miskin berbanding Kelantan.


Tegasnya, semua negeri berkenaan adalah diperintah oleh Umno dan BN bukan Pakatan Rakyat.


Pada masa yang sama Zailah turut mempersoalkan Kelantan masih dianaktirikan sejak hamper 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan, jalanraya juga tidak dimajukan.


“Begitu juga tebatan banjir di Rantau Panjang telah dijanji nak buat sejak RMK-7, kini dah RMK-10 masih tak buat-buat lagi.


“Bila banjir besar melanda, rakyat tidak boleh mencari rezeki menyebabkan ekonomi mereka lumpuh, jadi jangan buat kenyataan yang membolehkan rakyat Kelantan marah,”ujarnya.

Sebenarnya kelantan negeri terkaya di negara ini jika UMNO BN tidak merompak wang royalti minyaknya.

Dan jangan lupa Mahathir mengakui bahawa beliau sendiri menyekat pembangunan di Kelantan kerana khuatir rakyat negeri itu tidak menyokong BN. Saksikan: -GB

Penyertaan bekas pegawai k'jaan perkuat PAS Melaka


MELAKA, 19 Feb: Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin (kiri) dan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyertai PAS.


Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi.

Khalid telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara Sahak  pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.

Mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka.

Kemasukan mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN negeri selama lebih dari 54 tahun.

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas pegawai kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka.

"Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka," ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu. -Hrkh

Pemuda-pemuda ini Telah "Menyakitkan" Hati Umnuuoo..


Inilah suasana yang membuatkan Juak-juak Umno semakin gelisah..Kerana ramai dikalangan orang muda sudah mendekati Islam dengan menghadirkan diri kepada majlis-majlis ilmu dan ceramah agama,sudah Pasti apabila diamati,maka dibelakang setiap program yang menjuruskan pemuda islam kepada agama dimainkan oleh PAS,suatu parti Dakwah dan Politik,yang mengajak manusia kepada Islam,maka ingatlah barangsiapa yang berada dan menyokong perjuangan islam maka mereka akan diberikan juga ganjaran hasil amal dan aktiviti islam Parti tersebut..InsyaAllah..


Berbanding dengan Parti Hidup Melayu Umnuuooo,yang terpaksa menggunakan artis dan program maksiat untuk menarik golongan muda-mudi kearah menyokong mereka seperti yang kita lihat selama ini.Artis yang menyertai Umno akan meneruskan aktiviti maksiat mereka,kerana Umno adalah platform terbaik untuk menyuburkan kehidupan mereka sebagi artis.Maka segala aktiviti dan kerja maksiat Umno ini,akan sama dikecapi oleh penyokong dan pengundi mereka..Nauzubillah..


Aslim Taslam..Islamlah Pasti kamu selamat..Maka tiada cara dan pendekatan yang terbaik untuk mengajak dan mentarbiyyah golongan muda ini,kecuali dengan program islam yang dapat mendekatkan mereka kepada Allah dan secara automatik mereka akan menjauhkan diri mereka dengan Umno!!Lantaran itu,sudah pasti Umno sebuah parti Sekularr di negara ini menjadi "Takut dan Meroyan" dengan perkembangan terkini terhadap anak muda yang semakin sukar untuk dilalaikan dengan program maksiat anjuran Umno.


Tahniah kepada amilin-amilin (Petugas agama ) dalam PAS..teruskan mentarbiyyah golongan muda..Sudah pasti kalian akan lihat Umno semakin menderitaaaa....

Gambar : Sekitar Ceramah Agama Utz Azhar Idrus di Manjung semalam.

Pelbagai UGUTAN Diterima Kerana Masuk PAS

image
PONTIAN – Gara-gara mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS, Dato’ Hj. Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak mendakwa akan dipulau jika meninggal dunia kelak.

Katanya lagi, pelbagai ugutan yang diterima tidak sedikitpun mengendurkan semangat juangnya malah berkat kesabaran yang dipamerkan selama ini membuktikan bahawa Allah SWT membantu hambaNya yang ditindas.

”15 kali saya kena pindah. Tapi berkat kesabaran, dapat gaji yang terakhir lebih kurang RM13 000, pencen saja RM5000 malah dikurniakan Dato’ lagi daripada Sultan,” terang beliau lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya pada majlis Ceramah Umum di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Cikgu Normala Sudirman, bekas calon PAS PRK Tenang, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ust. Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian, Sdr. Saiful Amri A Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pontian.

Beliau yang juga berasal dari Bidor Perak itu menambah penjajahan minda yang dilakukan UMNO ke atas umat Melayu semakin ketara kerana rasuah politik, menjelang PRU telahpun di sogokkan.

Hal ini, dilihat kerana itulah sahaja cara pemerintah negara ini untuk mengekalkan kuasa.

”Jangan diperbodohkan dengan pemberian BR1M. Kerana inilah satu cara UMNO nak kekalkan kuasa.

”Malah ia disifatkan rasuah politik menjelang pilihan raya. BR1M diambil dari akronim ‘Bagi Rasuah Satu Malaysia?” soal beliau lagi.

Beliau turut mengecam tindak tanduk pemimpin UMNO-BN yang banyak melakukan penyelewengan sehingga ke tahap yang maksimum kerana menjadi pengamal politik hipokrasi.

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar rakyat dapat mempertahankan politik berintegriti dan sebagai warganegara, mereka harus tahu hak dalam menentukan kepimpinan negara.

”Saya mual, ada nak tercirit , marah betul dengan UMNO. Walaupun dulu saya UMNO.

”Siapa yang larikan duit ke Australia? Bahkah larikan anak Sultan.

”Siapa yang punya skandal PKFZ? Dua Perdana Menteri di tipu.

”Altantuya? Scorepane? Cf? Siapa?” soal beliau lagi. -sumber

SPR Teruskan Penipuan: Terbitkan Daftar Pemilih Tambahan Yang Pelik & Meragukan

Pembangkang pertikai daftar pemilih tambahan

Parti pembangkang mempertikai daftar pemilih tambahan untuk suku keempat 2011 yang dikesan tidak menyertakan senarai pemilih yang telah meninggal dunia dan juga nama yang telah dikeluarkan dari daftar pemilih induk.

Ketua biro pilihan raya pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, kesemua daftar pemilih tambahan untuk sesuatu penggal tertentu sebelum ini biasanya menyenaraikan nama pemilih yang telah meninggal dunia.

Selain itu, daftar pemilih tambahan itu juga biasanya menyenaraikan pengundi yang baru didaftarkan, pengundi yang bertukar alamat dan juga pengundi yang dilucut taraf kerakyatan.

Mohd Faizul berkata, daftar pemilih tambahan itu kali ini agak ganjil kerana tidak disertakan dengan senari pemilih yang telah berubah status seperti itu.

Amalan itu juga tidak selari dengan prinsip ketelusan yang ingin ditonjolkan SPR, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau telah menyemak dengan biro pilihan raya pemuda PAS di negeri lain yang turut mengadu mengenai perkara sama, katanya lagi ketika dihubungi.

Semakan dengan biro pilihan raya PKR Perak dan juga DAP Pulau Pinang juga menunjukkan perkara sama berlaku.

Suruhanjaya Pilihan Raya mempamerkan daftar pemilih tambahan untuk suku tahun terakhir 2011 itu untuk pemeriksaan orang ramai bermula 8 Februari hingga 14 Februari lalu. -mk

Bermacam-macam cara dilakukan SPR untuk berpihak kepada UMNO BN.

Tetapi semuanya itu akan menjadi sia-sia.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.

Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR akan tetap menerima hukuman di atas segala kepincangan dan penyelewengan yang telah dilakukan. -GB

Pelbagai Kenyataan Pemimpin Umno Kerana Takut Rakyat Merubah Mereka Dalam PRU-13

KUALA NERUS - Umno sudah tidak ada modal dan ucapan pemimpinnya tidak ada asas apabila mereka mengatakan, adalah ‘haram’ sekiranya rakyat menentang dan tidak mengundi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, PAS seringkali mengajak Umno bermuzakarah bagi mencari kebenaran, namun ia ditolak oleh Umno, kerana parti itu sedar bahwa mereka tidak berjuang diatas landasan Islam.

“Ini (ucapan) bagi orang yang (sudah) tidak ada modal, kita ajak bermuzakarah, mereka (Umno) tak mahu mahu, kerana mereka tahu bahawa perjuangan mereka adalah yang tidak berdasarkan kepada aqidah (Islam),

“(dan) tidak mengikut sunnah RasuluLlah SAW,”ujarnya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang khalayak pada Forum Perdana Maulidur Rasul yang diadakan di Padang Bola Batu Enam, dekat sini, semalam 16 Februari.

Menurutnya, banyak kajian yang dibuat oleh para cerdik pandai Islam mendapati bahawa, dasar perjuangan Umno tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan.

Antaranya, kata beliau, bekas Mufti negeri Sabah, Tuan Haji Said Ibrahim pernah membuat satu kajian yang bertajuk “Adakah Ahli Umno adalah Kafir” berdasarkan ayat-ayat  44, 45 dan 47 dalam surah al-Maidah.

“saya dapat kertas kerja (kajian) yang ditulis oleh Haji Said Ibrahim, sebagai pakar rujuk, (menyatakan) dasar yang dikemukakan oleh Umno itu tak boleh diterima oleh Islam,

“(antara) kesimpulan kertas itu menyatakan bahawa (ada) ahli Umno di kalangan bumiputera Sabah bukan orang Islam, yang menolak hukum Allah SWT,”jelasnya ketika menyatakan mengapa sebab muzakarah diantara PAS dan Umno tidak jadi diadakan.

Namun begitu, beliau yang juga Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama’ PAS Pusat berkata PAS masih membuka pintu muzakarah kepada Umno untuk mencari yang mana ‘benar dan salah’ bukan ‘menang dan kalah’.

Justeru katanya, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno mutakhir ini adalah kerana mereka sedar ramai umat islam yang bangkit mahu membuat satu perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Turut menjadi panelis dalam Forum yang di ‘moderator’ kan oleh Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Ustaz Nik Zawawi Salleh dan Penceraah Bebas Ustaz Azhar Idrus. -BO


Konvoi Penerangan PAS bergerak ke selatan pula


(Tuan Ibrahim bergambar dengan pasukan pengiring bermotor semasa konvoi
 jelajah Kelantan yang lepas)

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Lebih 50 peserta konvoi penerangan PAS yang diketuai, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS akan menjelajah Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula mulai hari ini.
Di samping anggota Lajnah Penerangan PAS Pusat, konvoi ini akan turut disertai AJK Dewan Ulamak PAS.
Konvoi ketiga dalam siri jelajah seluruh negara ini akan bermula membuat perhentian pertama di Seremban jam 3 petang ini untuk taklimat penerangan yang akan diberikan sendiri oleh Tuan Ibrahim.

Ia bakal mengumpulkan semua jentera penerangan PAS dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebelum ini, konvoi anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat telah menjelajah selama lima hari di Sabah dan Sarawak.

Siri kedua adalah negeri-negeri Pantai Timur yang bermula di Kelantn 4 Februari lepas diikuti Terengganu dan Pahang pada hari-hari berikutnya.

Dalam program kali ini, konvoi akan dipenuhkan dengan pelbagai program termasuklah penyebaran risalah, hi tea, kuliah Magbrib dan ceramah.

Pagi esoknya pula, program kuliah Subuh akan diadakan seluruh Negeri Sembilan sebelum konvoi bergerak pula ke Melaka.

Di Melaka, konvoi akan bersatu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan turut mengisi program di negeri itu.

Keesokan harinya, 19 Februari, konvoi ini akan berangkat ke Johor pula untuk memenuhi program di sana.

"Kita telah berjaya menjalankan tugas kita dengan baik di Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum ini dengan mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Kita yakin, program di negeri-negeri selatan ini akan juga mendapaat sambutan yang baik kerana kita dimaklumkan akan berlaku tsunami politik dalam pilihan raya akan datang ini di negeri-negeri ini," kata Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat. -Hrkh

Dua buah Kapal Israel di Pelabuhan Klang (Westport)

SEJAK kebelakangan ini, nampaknya media arus perdana seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin tak henti-henti menyerang Anwar berhubung isu "two state solution".

Mereka mahu orang Melayu percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah ejen Israel, tali barut Israel, boneka Yahudi, Anti Palestin dan lain-lain you name it. Tujuannya mudah difaham, iaitu untuk meraih undi orang Melayu untuk BN sempena PRU13.

Propaganda media arus perdana ini memang mudah sangat difahami. Kalau tanya kambeng, kambeng pun boleh baca propaganda meraih undi Melayu yang dilakukan ini. Sepotong ayat Anwar diputar belit siang malam pagi petang.

Bak kata orang tua-tua "mengata orang jahat supaya diri sendiri nampak baik". Itulah yang sebenarnya dilakukan oleh mereka. Mereka kata Anwar sokong Yahudi supaya orang Melayu fikir Najib pejuang Palestin kah kah kah

Seperti yang dijanjikan di dalam twitter semalam, rujuk sini [Twitter] kita akan dedahkan hubungan dagang Malaysia dengan Israel. Najib nak jadi pejuang Palestin? Kah kah kah kamu nak tipu siapa? Ayam? Itek? lembu? Kambeng?





Semalam, 16 Febuari 2012, dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel, ZIM USA dan ZIM Atlantic dilihat berlabuh dan menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport).

Sila lihat bukti gambar-gambar di bawah.




Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?

Ini bermakna kedua-dua kapal ini mengisi barang-barang di dalam kontena mereka di Pelabuhan Haifa, Israel tanpa singgah di mana-mana negara lain, terus ke Pelabuhan Klang.




Jelas sekali di sini mereka menghentam Anwar Ibrahim hanya kerana sepotong ayat, untuk menunjukkan merekalah pejuang anti Israel, benci Israel, pejuang Palestin.

Itu di depan mata kita. Bagaimana di belakang kita? Lihat sendiri dengan mata kepala anda bagaimana mereka menjalankan hubungan dagang dengan Israel di belakang anda. Muncung berkokok, ekor bergelumang taik! Ptuih!

ReJaM© " Rosmah Mansor pejuang Palestin? Lagi tak masuk akal

‘Tragedi’ Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Sangat Memalukan Rakyat Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh dan kecurian peralatan stadium tersebut yang bernilai RM50 juta adalah ‘tragedi’ yang sangat-sangat memalukan rakyat negeri Terengganu.

Oleh itu, tiga orang wakil rakyat PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong telah memperbaharui laporan berkaitan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata, rakyat perlu diberi penjelasan terhadap lapan persoalan yang timbul ekoran ‘tragedi’ SSMZA.

“Persoalan besarnya bilakah baikpulih stadium itu akan dijalankan? Pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih tersebut? Berapakah kos sebenar baikpulih stadium itu? Berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri untuk baikpulih itu?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita51/IMG_5561.jpg“Adakah seluruh struktur SSMZA selamat digunakan? Dan siapakah yang ‘dalang’ yang bertanggungjawab terhadap kecuarian eralatan stadium itu?,”ujarnya

Beliau menegaskan, kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) Terengganu perlu memberi jawapan segera untuk pengetahuan seluruh rakyat Terengganu.

Sehubungan itu, Dr Alias Razak selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata ‘tragedi’ SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan barisan Nasional (BN)

“Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, wlaupun ada jaga satu dua orang, stadiu itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan,

“ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,”jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita51/IMG_5560a.jpgBeliau juga menempelak tindakan ‘pendakwaan terpilih’ yang hanya dibuathanya  ke atas seorang juruteknik kerana menurutnya begitu banyak kesalahan yang berlaku dalam pembinaan stadium tersebut sebagaimana dilaporkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, dalam taklimat JKR kepada Jawatankuasa Kira-kira dan Kewangan Negara (PAC) punca-punca keruntuhan termasuk rekabentuk yang tidak memadai bagi menyokong struktur bumbung, salah jajaran geometri dan kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak pembinaan.

Justeru, Dr Syed Azman yang juga Anggota Jawatnkuasa Kerja PAS Pusat hairan, bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri.

Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia.

“Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kitatidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat?  ke hantu yang curi?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita51/IMG_5570.jpg“peralatan latihan pun dicuri…….kerusi pun dicuri! Ini satu (kejadian) yang cukup malang,”katanya.

Ketiga-tiga ADUN PAS tersebut berkata demikian dalam sidang media, selepas memperbaharui laporan  ‘tragedi’ SSMZA di pejabat SPRM Kuala Terengganu pada Khamis 16 Februari.

Tujuan laporan tersebut adalah meminta pihak SPRM menyiasat kejadian yang menimpa SSMZA sehingga ke akar umbi dan membawa pihak yang bertanggungjawab melakukan kesalahan dan penyelwengan tersebut ke muka pengadilan.

Dr Syed Azman menyifatkan ‘tragedi’ SSMZA yang bernilai RM292 juta adalah skandal yang lebih besar daripada ‘skandal lembu negara (National Feedlot Corporation - NFC) yang meilbatkan pinjaman RM250 juta.

“Memalukan….sangat-sangat memalukan kita sebagai rakyat Terengganu!,”tambahnya. -BO


Papagomo Tidak Akan Terlepas Dari Hukum Allah - Husam Pula Saman Papagomo

Blogger Papagomo disaman Husam Musa pula

KOTA BHARU : Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.

Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. -Hrkh

Ini Bukti !! Bantuan Rasuah 1 Malaysia ( BR1M)



Pembaca sekalian

Renung dan lihatlah gambar sebagai bukti bantuan populis BN dengan mengunakan dana rakyat .

Dimana keikhlasan BN dalam nak menolong rakyat ?



BR1M ni duit UMNO ka ?

BR1M ni duit Parti BN ka ?

Dulu kini dan selamanya BN kencing duit Rakyat...

Rm 500 adalah retorik politik untuk mengekalkan kuasa dan kepentingan politik BN sahaja. Pada asasnya, pemberian ini lebih kepada pancia undi.

Yoep & Yong semua pakat pakat kita ubah masa mengundi nanti..

Dah lama sangat..





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .