Ikuti Blog ini

Engkau Penakut Midah Sampai Halau Rakyat Di Majlis Dialog?




Banner tertera "Majlis Ramah Mesra & Dialog, Kehadiran Tuan Puan Amat Dihargai".

Jadual sepatutnya bermula jam 3ptg, warga tempatan setia menunggu Hamidah lebih kurang satu jam kemudian ketibaannya diiringi alunan 'dia datang dengan lenggang lenggoknya'.

Bila Hamidah dapati ada 2 pimpinan PR dalam kelompok hadirin, dia umumkan, " Sesi Ramah Mesra saya tak sebut pun berdialog... bla... bla... bla, jadi saya harap yang tak berkenaan tolong tinggalkan majlis ini....bla...bla ini sesi saya, ini majlis saya, saya yg atur, saye punya hak utk majlis ini bagi memastikan saya minta YB Boon Chye Lee & Yg Berbahagia En Radzi Zainon meninggalkan majlis ini....kalau tidak saya tidak mahu meneruskan majlis ini. Sekian Terima Kasih!"

Maka hampir separuh hadirin yang juga penduduk tempatan meninggalkan majlis. Mesranya Hamidah! -mediaperak

MEMANG PANAS!!! Video, berita ADUN UMNO halau pemimpin PR dan penduduk


Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012

Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti yang memainkan peranan besar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.

Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi Zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.

“Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk Hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee”, demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.

Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyat tanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh Radzi mahupun YB Dr Lee sendiri.

“ Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk Taman Pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat”, jelas Radzi Zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.

Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan.

Selepas sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama.

Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan ‘lxxcau lu punya padang’. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam?

Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012.

Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, dan hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja.

Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat.
-paspb


Isu WWW1 - Pejabat Khidmat Nizar Didatangi Polis Johor




Semalam sekumpulan anggota polis dari kontinjen Johor telah membawa waran geledah keatas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, Pejabat Pas Perak serta kediaman rumah Dato Sri Nizar yang diketuai oleh ASP Tan Yang Siong dari IPD Johor Baharu bersama dengan Inspektor Fazurah dari bahagian Forensik Komputer.

Kesemua komputer di pejabat tersebut diambil untuk siasatan kes.

Menurut sumber laporan, serbuan ini adalah disebabkan satu laporan yang dibuat oleh UMNO Bahagian Pulai mengenai isu nombor plate kereta WWW 1.

Satu persoalan yang bermain di fikiran penulis kalau benar dengan alasan aduan dari pihak Umno membawa kepada waran ini amatlah malangnya senario politik Malaysia sekarang ini. Kenapa begitu banyak laporan dari Pemuda Pas mengenai kebiadapan akhbar kosmo yang mempersenda harga nombor WWW1 tetapi hingga kini tiada susulan dari pihak berwajib keatas report ini?

Kalau begini senarionya hanya dengan kertas undi yang akan memberi ruang keadilan kepada semua, ayuh semua dengan keazaman kita tumbangkan Umno /Bn pada Pru 13 nanti! -mediaperak

WWW1 - 5 Anggota Polis Johor Datang Pejabat Pusat Khidmat Nizar


Dalam pukul 12.06 tengahari semalam, Pejabat Pusat Khidmat DS Nizar, didatangi 5 anggota polis Johor. Mereka tunjuk kad kuasa dan perintah mahkamah untuk melihat CPU Komputer dan ambil "history komputer.

Aku dan ketua aku Fadhil diambil Kad Pengenalan dan maklumat diri. APA yang menarik,tuan pegawai bagitau, kami ikhlas.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi 5 anggota polis dari negeri Johor yang diketuai Insp Aridhasan a/l Menandi. Pasukan polis ini datang bersama Warrant yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu.

Tiada apa yang diambil.H anya maklumat CPU dan komputer. Apa yang menarik mereka juga menggunakan bilik air Pusat Khidmat.








Polis kini secara terang-terang mengamalkan dasar yang berat sebelah dan tidak profesyenal apabila mereka bertindak seperti dicucuk hidung oleh UMNO BN.

Laporan polis terhadap Nizar diberikan keutamaan untuk disiasat sedangkan laporan polis terhadap akhbar kosmo milik Utusan tidak lansung diberikan perhatian.

Kedatangan polis ke pejabat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, menurut pemerhatian GB, ialah untuk mencari bukti-bukti tambahan untuk mendakwa mantan MB Perak berkenaan. Ini kerana soalsiasat ke atas DS Mohd Nizar beberapa hari ini tidak memberikan bukti kukuh kepada pihak polis untuk mendakwa beliau.

Tetapi akibat "tekanan" pihak tertentu, pihak polis terus memburu dan mencari apa-apa saja yang boleh diklassifikasikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa Nizar.

Jika beginilah sikap polis, rakyat dengan sendirinya tidak akan menghormati profesyen polis lagi. Salah siapa? -GB

Kemalangan Ngeri Di Arab Saudi, Mesti tonton.


Dikhabarkan Kemalangan pada hari jumaat lepas kereta Camry yang dibawa oleh mangsa dengan kelajuan 200 km/h ketika itu tiba-tiba "drift" sebelum berpusing berkali-kali menyebabkan 4 orang yang berada di dalamnya meninggal di tempat kejadian. Siap ada badan terhuman setinggi 10 kaki dan kaki tercabut!
Al-Fatihah... Saksikan Video Tersebut !!

[VIDEO] Malam Keinsafan bersama Selebriti Abby Abadi






Morsy tinggal FJP dan Ikhwan, jadi presiden untuk semua


KAHERAH: Presiden baru Mesir, Dr Mohamed Morsy (gambar) meletakkan semua jawatannya dalam FJP dan Ikhwanul Muslimin Mesir bagi membolehkan beliau menjadi presiden kepada semua rakyat Mesir.

Langkah yang disifatkan sebagai satu tindakan berani ini bertujuan membolehkan beliau diterima sebagai pemimpin untuk semua rakyat Mesir tanpa mengira parti atau kumpulan rakyatnya.

Di Dataran Tahrir, ribuan rakyatnya meraikan kemenangan Morsy, jurutera yang mendapat pendidikan dari Amerika itu, dengan menyifatkan kemenangan ini sebagai berakhirnya regim Mubarak secara rasmi.

Namun, kebimbangan terus disuarakan pelbagai pihak apabila tentera Mesir melalui Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) dua hari sebelum mengundi membuat peraturan untuk mengehadkan kuasa ketua negara yang bakal diambil Morsy.

Golongan Islam dan Liberal terus menentang tindakan ini dan menyifatkan ia satu "military coup".


"Tentera mengalihkan kuasanya kepada tentera," menjadi tajuk muka depan akhbar bebas,  al-Masry al-Youm.

Dalam pengundian pusingan kedua untuk jawatan presiden ini, Morsy mengalahkan bekas Perdana Menteri Mesir terakhir di era Mubarak, Ahmed Shafik dengan undi 52 berbanding 48 peratus dari kalangan 50 peratus pengundi yang keluar mengundi.

(Antara ribuan rakyat Mesir yang memenuhi Dataran Tahrir bagi meraikan kemenangan Morsy)

Shafik adalah bekas Ketua Tentera Udara Mesir sebelum dilantik menjadi perdana menteri terakhir oleh Mubarak.

Tindakan tentera mengisytiharkan kuasa ketua negara yang terhad adalah satu tindakan yang mencabar demokrasi yang cuba mahu bertunas di negara itu.

"Tindakan yang mengganggu demokrasi dan revolusi," kata bekas diplomat dan juga pemenang anugerah Nobel,  Mohamed ElBaradei melalui Twitternya.

Sementara itu, kemenangan Ikhwan selepas puluhan tahun dibentuk disambut dengan penuh kegembiraan oleh gerakan Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia.

(Dr Syed Azman, Penolong Setiausaha Agung PAS yang menjadi pemerhati pilihan raya turut meraikan kegembiraan rakyat Mesir)

Namun ia disambut dengan penuh curiga oleh kumpulan sekular termasuk negara-negara barat yang bimbang dengan brand Islam Ikhwan.

"Saya mengundi Morsy tetapi saya tidak boleh kata saya gembira dengan kemenangannya, " kata seorang penganggur, Mohamed Mahmoud, 28 sebagaimana dilaporkan Reuters.

"Saya masih takut kedua-duanya dan apa yang mereka akan buat. Saya tidak mahu negara Islam atau negara baru Mubarak," kata beliau merujuk kepada Morsy yang mewakili kumpulan Islam dan Shafik yang mewakili Mubarak. -Hrkh

Dua Pak Arab: PAS terbaik? Habislah Umno!

Oleh: accudo
 
Nampak gaya Umno/BN benar-benar akan bungkus dalam PRU ke 13 nanti. Pak-pak Arab yang diundang UBN tidak membantu rakyat untuk terus menyokong dan memangkah UBN. Sebaliknya pak-pak Arab yang diundang itu memberi isyarat jelas bahawa parti-parti Pakatan Rakyat-lah yang patut dipilih dalam PRU 13 nanti.

Tengok apa Pak Arab yang bernama Syeikh Dr Mohamad Ali Ibrahim Alzoghool berkata, Penggunaan nama Islam pada sesebuah parti politik bukanlah satu indikasi kepada rakyat untuk memilih parti tersebut sebaliknya mereka perlu memberi perhatian kepada manifesto dan pelaksanaannya.

Ha kan pakai mampuslah UBN kali ini! Memang selama ini rakyat tidak pilih atau pilih PAS terutamanya, bukan kerana nama PAS itu sangat, tapi kerana dasar perjuangan dan manifesto yang dijanjikan! Dengan nama itu PAS biasa kalah dan dengan nama itu jugak PAS kerap menang! 

Kebanyakan janji manifesto PAS di Kelantan dan Kedah telah dilaksanakan malah ada yang tidak dijanjikan dalam manifesto pun turut dilaksanakan untuk kepentingan rakyat. Maknanya isyarat Pak Arab itu, rakyat Malaysia boleh terus mengundi PAS dari Pakatan Rakyat walaupun PAS menggunakan nama Parti Islam SeMalaysia. Tiada masalah! 

Yang menjadi masalah sekarang ialah Umno/BN, janji bertimbun tidak ditunai, cuma cakap sahaja banyak! Tak percaya tanyalah rakyat di kawasan-kawasan perumahan, kampung-kampung, komuniti-komuniti dan di sekolah-sekolah, janji wakil rakyat Umno/Bn masih tetap tinggal janji sedangkan pilihanraya sudah nak tiba, rakyat yang dijanjikan masih tersengih...habuk pun tarak!

Pak Arab itu beri isyarat lagi, "Mana lebih Islamik, lebih tepati kebajikan serta menepati tamadun umat Islam itulah yang perlu diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas membentang kertas kerja bertajuk 'Melahirkan Barisan Pelapis Kepimpinan Muda Islam' pada Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin, di sini, hari ini. 

Wah kalau nak cakap bab mana lebih Islamik, tentulah jelas dan nyata kepada rakyat! Islamiknya  PAS berbanding dengan Umno bagai langit dengan bumi! Nama dahlah Parti Islam, dasar perjuang PAS- Islam! Dasar perjuangan Umno- fulus wal perut! Para pemimpin PAS - mana ada kena tangkap rasuah, para pemimpin Umno- alahai nak cakap pun malas contoh anak kepada Toyo!(ambil satu contoh je tu).  

Kalau tengok kepada keluarga pulak, keluarga Anwar Ibrahim dengan keluarga Najib – jauh....jauh beza! Keluar Anwar tutup aurat, keluarga Najib? Alahai! Itu baru pemimpin dari PKR belum lagi keluarga para pemimpin PAS!

Maknanya apa yang Pak Arab itu nak bagi tahu, rakyat Malaysia kena pilih PAS yang lebih Islamik dan parti-parti Pakatan Rakyat yang menepati tamadun umat Islam dan mempunyai nilai-nilai Islam yang luhur! Pak Arab itu nak berpesan secara cakap berlapik maklumlah depan Jamil Khir dan Dolah Mat Zin, tolak parti Umno yang tidak Islamik itu dan langsung tidak menetapi tamadun Islam!

Pak Arab itu berpesan lagi, bahawa orang yang soleh tidak semestinya sesuai untuk menjadi pemerintah. "Tidak semestinya orang soleh serta baik dari sudut agama itu layak untuk menjadi pemerintah.”

Pak Arab itu nak bagi tahu, kalaulah Jamil Khir atau Mashitah Ibrahim atau Abdullah Mat Zin, Harussani dan Abdul Syukor Fatwa itu boleh dikatakan soleh serta baik dari sudut agama, mereka ini pada hakikatnya tidak layak menjadi pemimpin atau pemerintah kerana lemah dan lembik untuk menegak konsep amal maaruf dan nahi mungkar! Mereka boleh tenggelam kerana fulus wal perut! Kelemahan Abu Dzar tidak sama dengan mereka, kelemahan Abu Dzar lain!

Maka sebab itu Pak Arab itu nak bagi tahu, orang soleh yang layak menjadi pemimpin adalah yang mempunyai watak dan ciri-ciri seperti contoh Tuan Guru Nik Abdul Aziz,  Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Azizan, Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan lain-lain dari Pakatan Rakyat! Mereka ini tegas, punyai daya kepimpinan dan karisma yang tinggi, bersih dan sentiasa berada di atas landasan amal makruf nahi mungkar!

Maksud Pak Arab ini para pemimpin Umno perlu dielakkan kerana dahlah tak soleh, lemah pulak! Nak tentukan tarikh pilihanraya pun tak mampu, apatah lagi dalam hal-hal lain! Dahlah lemah, tolak pula pelaksanaan hukum Islam. Membazir untuk diri sendiri, wasatiyyah hanya untuk rakyat!

Demikian pandangan tersirat Dr Mohamad Ali Ibrahim Alzoghool yang dapat ditelah, dikupas dan perlu difahami oleh seluruh umat Islam di negara ini.

Seorang lagi Pak Arab iaitu katanya bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Yarmouk Jordan Syeikh Prof Dr Mohammad Oqlah Al-Ali Al-Ibrahim, yang turut membentangkan kertas kerja, berkata setiap parti politik mempunyai asas berlainan antara satu sama lain  dan seseorang itu perlu mengkaji mengenai parti-parti sebelum menganggotainya. 

Betullah sangat! Patutlah kian ramai berbilang usia terutama yang telah pencen berebut-rebut mengangotai PAS! Janganlah anggotai parti yang amalannya dan aktivitinya tidak boleh membantu kita menjawab persoalan pembicaraan di alam barzakh dan di Padang Mahsyar nanti, parti yang penuh dengan perasuah, kepura-puraan, yang di dalamnya serba aneka perangai dan akhlaq manusia dan tolak pula Islam sebagai teras perjuangan! Assabiyyah lagi! Itulah partinya..UMNO!! Minta sisih....!!

Maka rakyat semakin jelas dan faham, parti mana yang akan dipilih dalam PRU ke13 nanti, ABU (Asalkan Bukan Umno) !

Baca sendiri: sinar

Video : Artis Abby Abadi Di Pentas Pas



Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS



Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS,"
kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam. -Hrkh

Allahuakbar..Dr.Morsi Menang Pilihanraya Presiden Mesir




Baru ahaja tamat sidang media yang disampaikan oleh Dr Mohd Morsi. Antara isi ucapan beliau adalah;

- Terima kasih kepada semua rakyat Mesir atas sokongan yang diberikan dan kita akan sama-sama membina masa depan yang lebih gemilang
- Siapa yang menyokong aku dan tidak menyokong, mereka semua adalah rakyat Mesir yang aku cintai

- Ucapan khas kepada para pemuda Mesir demi masa hadapa yang cemerlang
- Ucapan khas kepada keluarga syuhada, di atas bahu aku untuk menunaikan hak mereka
- Kita semua berada dalam satu barisan yang sama. Dan aku menjadi jurukhidmat kepada semua rakyat Mesir
- Kita semua adalah anak watan yang satu
- Kita akan berusaha ke arah Negara Mesir Madani Demokratik berpelembagaan yang baru
- Tiada dendam untuk dilangsaikan kita semua adalah satu watan. -fb

Muslim Brotherhood isytihar Mohammed Mursi menang pilihan raya Presiden Mesir


KAHERAH: Muslim Brotherhood sebentar tadi mengisytiharkan calon mereka, Mohammed Mursi memenangi pilihan raya Presiden Mesir.

Kumpulan itu dalam laman web mereka berkata, Morsi adalah `rakyat awam pertama dipilih sebagai Presiden Mesir'.

Pengumuman itu adalah berdasarkan laporan daripada 95 peratus daripada 13,000 pusat mengundi seluruh negara berkenaan.

Berdasarkan laporan berkenaan, Morsi menguasai 52 peratus undi, lawan beliau yang juga bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq meraih 48 undi.
- AFP


Calon Ikhwan menang p'raya Presiden Mesir Oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad,


KAHERAH: Setelah tamatnya tempoh mengundi pada jam 10 malam, proses pengiraan undi pusingan kedua pilihan raya Presiden terus berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir.

Ia berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan besar yang dilaporkan berlaku setakat ini di seluruh Mesir. Akan tetapi pertandingan pusingan kedua ini telah menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam Ikhwan Muslimin dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak serta pihak tentera SCAF.

Proses pengiraan undi berjalan lancar terutama apabila baru-baru ini Parlimen telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. Proses pengiraan ini dikawal selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.

Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan awal tidak rasmi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 52.5% undi iaitu lebih 12.7 juta undi manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak, Ahmed Syafik mendapat 47% undi dengan 11.3 juta undi dan ketinggalan lebih satu juta undi di belakang Dr. Morsi.

Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang diterima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr. Morsi. Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihanraya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai pemberita-pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP.

Ya, keputusan tidak rasmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi menang sebagai Presiden pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat. Kemenangan ini juga bakal menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi Kuasa Barat yang selama ini menjadikan rejim Mubarak sebagai alat bagi melindungi Israel dan menjaga kepentingan strategik mereka di Timur Tengah. Begitu juga dengan saki-baki rejim Mubarak yang masih dapat memperalatkan institusi kehakiman dan polis serta pihak tentera SCAF yang banyak melakukan tindakan bertentangan dengan perlembagaan Mesir sendiri bagi melindungi kepentingan kedudukan mereka.

Seperti yang telah dimaklumi, Parlimen Mesir baru sahaja dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Mesir dan pihak tentera SCAF terus membubarkan Parlimen dengan kuasa yang ada pada mereka. Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera. Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengisytiharkan Perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Dari pengamatan saya sepanjang kempen pilihanraya Presiden berjalan, kuasa-kuasa besar Barat serta sekutunya Israel telah berusaha keras dengan menjalankan pelbagai propaganda jahat bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka menang dalam pilihan raya ini. Ahmad Syafik telah diberikan pelbagai publisiti besar oleh media yang masih dikuasai oleh saki-baki pro-Mubarak. Ia juga turut dibantu oleh media barat terutamanya BBC dan CNN yang melebalkan Syafik ‘sebagai calon penyalamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Calon Ikhwan FJP Dr. Mohamad Morsi pula, telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan ‘bahaya’ kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.

Namun kekuatan jentera pilihanraya dari calon Ikhwan Muslimin peru diberikan pujian. Mereka telah berjaya menyaingi jentera media barat ini dengan banyak menggunakan kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook. Bgitu juga dengan kempen dari rumah ke rumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat ikhwan di seluruh pelosok Mesir tanpa mengenal penat an lelah telah menampakkan hasil yang positif.

Keputusan rasmi penuh hanya akan diumumkan pada Khamis depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Namun keputusan tidak rasmi yang didapati setakat ini menunjukkan bahawa Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah mereka kini dapat sedikit bernafas dengan bebas dan telus di medan demokrasi yang disanjung Barat. Kemenangan calon Ikhwan ini juga akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU13 akan datang di negara kita Malaysia. Tahniah Dr. Morsi...




Kutuk Dan Cabar - Zul Kulim Lari Terkencing Diserbu Penduduk


Gajah Malaysia vs Panda China...

Gajah liar

Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara.

Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan : "Awas, kawasan gajah liar!"

Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum.

Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, "Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu."

Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara.

Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi,"Atuk engkau di mana sekarang?".

Pengembara yang tersenyum tadi menjawab,"Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar!"

Nasi tambah...
La ni gajah2 pun marah...
Pasai Panda China dapat RM 20 juta...
Tapi depa dok ternganga saja...sumber

Kempen R: ADUN BN hina OKU


KOTA BHARU: Tindakan Adun BN Nenggiri, Mohd Yusof Abdul Ghani mengaitkan simbol 'R' untuk Perjuangan Rakyat dalam menuntut Royalti, hak pendaratan minyak dan gas ke bumi Kelantan  adalah menghina bahasa isyarat golongan itu.

(Isyarat jari bersilang adalah untuk huruf 'R' dalam bahasa OKU Pekak-Bisu.)

(Tuan Guru Nik Aziz serta penyokong kempen Royalti semasa melancarkan kempen ini)

Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Pendaratan Minyak dan Gas (Royalti), Mohammad Hisyamuddin Ghazali berkata, tindakan berkenaan juga seolah menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yangturut menyokong pendaratan Gas di Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  bagi mengulas kenyataan Adun Nenggiri  yang mendakwa  Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengangkat dua jari sebagai simbol kristian.

Adun Nenggiri itu berkata Nik Aziz menunjukan simbol tangan sebagai tanda salib sebagaimana posting yang ditulis dalam Umno-tumPAS.

“Ia adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan ke atas seorang ulama apa lagi  simbol tangan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru adalah simbol 'R' bukannya simbol salib," kata Hisyamuddin.
Katanya, simbol berkenaan diguna pakai oleh golongan berkenaan di seluruh negara dan mungkin dunia bagi menghubungkan sesama mereka.

"Sebagai seorang Adun yang dipilih oleh rakyat, sepatutnya yang berhormat perlu lebih peka simbol bahasa yang digunakan oleh golongan OKU yang juga ada di kalangannya pengundi yang berhormat.

“Tindakan Adun itu telah menghina kelompok OKU yang juga turut bersama berjuang dalam usaha tuntutan ini,”ujarnya.

Sehubungan itu, katanya tindakan fitnah berkenaan adalah satu tindakan yang tidak wajar dan akan diambil tindakan undang-undang  sekiranya Adun Nenggiri itu tidak menarik balik kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi, Majlis Peguam Malaysia, Mohammad Che Yusoff, menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Royalti untuk menuntut bayaran royalti pada kerajaan Kelantan.

Katanya, sebagai penggerak kempen Gerakan Bersama Kebangkitan OKU Tahun 2012, beliau menyifatkan penafian pembayaran royalti kepada kerajaan negeri satu penghinaan jelas terhadap rakyat yang selama ini akur kepada sistem demokrasi berparlimen.

“Katanya, pembayaran royalti Petronas kepada kerajaan Kelantan bukan sekadar memenuhi kontrak yang telah ditandatangani pada 1974 yang lalu.

“Namun ianya  suatu tindakan yang perlu disempurnakan sebagai memenuhi tanggungjawab oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dalam amalan federalism yang Malaysia amalkan selama ini," tegas beliau.

Apatah lagi dalam usaha membangunkan OKU, tuntutan mengembalikan pembayaran royalti tersebut tentunya akan menambah keupayaan kerajaan negeri dalam membangunkan golongan OKU di negeri ini ke arah yang lebih sempurna.

“Sebagai mewakili kumpulan OKU, saya amat kesal dengan sikap dangkalpihak-pihak tertentu yang saya difahamkan telah memberi tanggapan salah kepada penggunaan simbul (R) dalam kempen menuntut royalti,”ujarnya.

Tambahnya, mereka seolah-olah tidak cakna kepada OKU apabila mempertikaikan penggunaan isyarat itu yang dikaitkan sebagai lambang agama lain.

“Justeru, saya menyeru untuk seluruh rakyat Kelantan terus sama-sama menyokong dan berpadu suara dalam menuntut hak rakyat Kelantan dalam isu pembayaran royalti oleh Petronas kepada kerajaan rakyat di Kelantan,”ujarnya. -Hrkh

YB Gobala Dari Penceramah Jadi Pendengar Kerana Majlis Lengang




Biar gambar-gambar berbicara.... baik punya kisah... disebabkan tiada sambutan lansung.. YB Gobala dari penceramah jadi pendengar

Ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN Kota Raja menjadi bahan lawak apabila penceramah undangan istimewa, Sdr YB Gobalakhrisnan,dari penceramah akhirnya terpaksa menjadi pendengar bagi meramaikan penonton.

Ini berlaku disuatu ceramah di Taman Sri Muda., Kota Raja Klang, malam tadi 17hb Jun 2012.

Lihat gambar-gambar sebagai bahan bukti.

Diluar dewan lengang dalam dewan kosong. Bilangan kerusi dipenuhi oleh makhluk bunian dan yang seangkatan dengannya. -omakkau




Dia mungkin sudah tak heran untuk jadi YB lagi... sudah dapat rembat RM2 juta (angka standard untuk katak-katak menurut pendedahan baru-baru ini) -GB

Gambar No. Plat Kereta Sultan Kelantan, Apa Bezanya Dengan Sultan Johor?


Alhamdulillah Sultan aku tak beli no plat mahal!Kisah nombor plat kereta sejak dua menjak ini sangat hebat diperkatakan sehingga berlaku himpunan menyatakan taat setia dan kasih mereka pada rakyat.

Itu kisah di negeri orang lain.Di negeri aku juga punya cerita pasal no plat kereta. Jika di Johor popular dengan no plat WWW1, Sultan kami Sultan Muhammad ke-5 juga punyai nombor yang glamer.

Tuanku kami menggunakan no plat jawi MUHAMMAD 5 dan nombor plat hanyalah percuma. Seseorang Raja tidak punya masalah untuk menguna apa pun nombor plat kereta dan menurut seorang kawan, di Johor ada juga nombor plat TMJ kepunyaan kerabat Johor.

Ini menunjukkan Sultan boleh menggunakan nombor plat secara percuma (betul atau tidak aku tidak pasti) Namun begitu, aku merasa kagum dengan Sultan aku, Sultan Muhammad ke-5 bila sanggup menggunaka nombor plat tulisan jawi yang hampir sekian lama tidak diguna kecuali di billboard kelantan yang masih mewajibkan penggunaan tulisan jawi.

Allahamdullillah kami punya Sultan yang sealiran dengan Kerajaan Negeri kami yang dicintai Negeri Kelantan. ~jkkkfanclub

'WWW 1' : Sokongan terhadap Nizar tempelak buat Umno

 Oleh: Mohd Rashidi

Bagi manusia yang waras dan boleh berfikir, tiada apa-apa kesalahan yang boleh disabitkan terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung dengan twitter beliau mengenai plat nombor WWW1 yang dibida Sultan Johor dengan harga RM520,000.

Nizar tidak derhaka, Nizar tiada unsur-unsur untuk menghina Raja. Serangan terhadap Nizar sengaja digembar-gemburkan dan diambil kesempatan media talibarut Umno-Barisan Nasional, bertujuan hendak mengeruhkan hubungan PAS dengan Istana Johor.

Lagi teruk Nizar diserang, lagi ramai rakyat yang bangkit menyokong mantan Menteri Besar Perak itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, serangan terhadap Nizar dan imej buruk yang cuba dipalitkan terhadap Pakatan Rakyat, sama sekali tidak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di Johor.

“Saya tidak rasa sama sekali peluang PAS termasuklah Pakatan Rakyat di negeri ini terjejas kerana rakyat Johor sudah dapat untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan  kematangan mereka dalam berpolitik. Isu seperti ini tidak menjejaskan kita kerana rakyat boleh faham tentang isu dibangkitkan.

“Mengenai penentangan terhadap Raja-Raja Melayu, saya rasa Umno mempunyai sejarah yang begitu panjang. Mengenai kebiadapan dan keterlanjuran mereka menghina Raja-Raja Melayu. Rakyat boleh faham dan ada maklumat mengenai hal ini.

“Jadi saya rasa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap peluang Pakatan Rakyat dalam Johor kerana kita tidak langsung menyentuh isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutusan dan undang-undang negeri sekali gus Pas menghormati prinsip raja berpelembagaan,” katanya

Tegas Salahuddin, Nizar sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk memohon perkenan mengadap Sultan Johor bagi menjernihkan suasana.

Isu berkaitan Nizar ini sama seperti isu Bukit Kepong yang membabitkan fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia berkaitan dengan Johor juga kerana Bukit Kepong terletak dalam Parlimen Pagoh yang diwakili Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saban hari media talibarut Umno memainkan isu Mohamad Sabu mengkhianati negara, menyokong komunis, menghina polis dan sebagainya. Habis seluruh juak-juak Umno bangkit mengecam Mohamad Sabu, sehingga berlaku kekasaran dan gangguan sewaktu beliau berceramah.

Tetapi hari ini, segala tohmahan, himpunan gerombolan bodoh penyokong-penyokong Umno yang memaki hamun dan memfitnah Mohamad Sabu, terpaksa menjilat ludah mereka sendiri, apabila saksi polis (pendakwaraya) yang sendiri mengaku bahawa tindakannya membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PAS itu tidak betul sama sekali.

Fitnah terhadap Mohamad Sabu ini sama dengan Nizar. Yang jahat dan dangkal di sini adalah Umno. Mereka berselindung di sebalik kedaulatan negara, berselindung di sebalik perjuangan Melayu dan dalam kes Nizar Umno berselindung di sebalik Raja Melayu.

Umno-BN harus ingat. Kita semua, sama ada PAS, KeADILan dan DAP serta mana-mana parti politik yang pembangkang lain, adalah rakyat Malaysia. Kami warganegara Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian serta menyanjungi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

Setiap kita warganegara Malaysia, adalah rakyat sentiasa berpegang teguh dengan lima prinsip Rukun Negara iaitu: Kepercayaan Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan.

Rakyat juga sebulat suara untuk mendukung cita-cita Malaysia untuk; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik serta mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.

Inilah keunikan Malaysia. Walaupun kita mempunyai rakyat yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza, dari pelbagai kalangan etnik dan latar belakang, walaupun berbeza fahaman politik, rakyat tetap mendukung satu cita-cita yang sama, iaitu mahu memelihara keharmonian dengan menghormati antara satu sama lain.

Bagi memelihara keharmonian ini, sesuai dengan prinsip Rukun Negara, Raja atau pemerintah yang harus disandarkan kepada mereka kesetiaan, mestilah melaksanakan tugas mereka secara adil dan saksama, mengikut lunas-lunas demokrasi.

Adil dan saksama bermakna berimbang. Sesiapa yang salah diperbetulkan. Sesiapa yang benar disanjungi. Dan yang paling penting sekali, semua kita adalah makhluk yang harus mentaati kehendak-Nya yang Satu, iaitu Allah SWT.

Semua kita dijadikan dari asas yang sama, iaitu dari tanah, setitis air benih, air mani dan segumpal darah. Justeru tiada apa yang membezakan kita pada pandangan-Nya, melainkan mereka yang bertakwa. Di atas prinsip takwa inilah dirangka prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

Walaupun kita ada Raja-Raja, kita ada undang-undang, kita ada penguasa yang menjaga keamanan, namun kepercayaan yang utama, harus kita asaskan kepada Allah, yang bagi orang-orang Melayu, mentaati Allah dengan mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.

Di dalam Islam, tiada siapa yang maksum melainkan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa yang tidak boleh ditegur. Cuma Islam menekankan soal pendekatan dengan hemah dan hikmah.

Dalam konteks penghormataan dan ketaatan kepada Raja misalnya. Islam menggariskan dengan jelas bahawa, kalangan ahli agama, kalangan al-mala (pemimpin) terutamanya, mestilah mentaati mereka, selama-mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.

Misalnya jika Raja tidak solat, Raja meminum arak, Raja melakukan perkara-perkara yang maksiat kepada Allah, maka haram sama sekali mereka ditaati secara mutlak. Bagaimana kita boleh mentaati makhluk yang melakukan perkara yang dilarang Allah SWT?

Maka sebaliknya bagi Raja-Raja yang adil dan soleh. Selain mendapat penghormatan dan keampunan daripada Allah, mulia disisi Malaikat-Nya, malah mendapat sanjungan yang tidak berbelah bahagi dari kalangan rakyat. Raja sebeginilah yang kita idam-idamkan memayungi kita. Iaitu payungan mereka bukan sahaja di dunia, malah sehingga ke akhirat.

Dalam konteks politik di Malaysia, kita merasakan bahawa terdapat suatu situasi yang amat buruk apabila terdapat golongan yang memperalatkan Raja untuk kepentingan politik mereka.

Golongan ini adalah Umno. Merekalah yang mengkhianati Raja, tetapi mereka mendakwa mereka mendukung Raja. Merekalah yang merosakkan sistem negara dengan rasuah dan penggadaian Tanah Rizab Melayu, tetapi mereka berjaya berselindung di sebalik Raja.

Kita, rakyat jelata berasa terlalu kerdil untuk menasihatkan Raja-Raja, maupun memperingatkan semula sejarah hitam lampau mengenai kebiadapan melampau para pemimpin Umno mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993.

Tetapi demi Allah dan demi Agama, Raja-Raja tak perlulah begitu sensitif dengan sebarang teguran dari rakyat, melainkan teguran itu menderhakai Raja-Raja.

Menderhakai itu membawa maksud menentang Raja-Raja, menentang Raja-Raja berperlembagaan, menghina Raja-Raja dengan perkara yang tidak betul, mempersoalkan kedudukan Raja-Raja seolah-olah Raja-Raja tidak dipertahankan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan.

Selepas Pindaan Perlembagaan yang disetujui oleh semua Raja-Raja, kecuali keatas beberapa perkara yang khusus, Raja-Raja di Malaysia hampir menyamai Raja (Takhta) di England, iaitu berbentuk "ceremonial".

Pindaan Perlembagaan itu dipaksakan keatas Raja-Raja oleh Kerajaan Umno-BN dan semasa proses pindaan itu berlangsung seluruh jentera Kerajaan Umno-BN ketika itu mengambil sikap yang sangat biadap terhadap Raja-Raja dan kita masih ingat bagaimana PAS mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu,

Amat sedih dan pilu pada waktu itu bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian yang begitu "kurang ajar" dan biadap tiada taranya terhadap Raja-Raja.

Tetapi kuasa politik berada ditangan Umno. Malangnya tiada Raja-Raja yang murka di atas tulisan-tulisan yang menghina Raja-Raja yang dipaparkan walau sehodoh manapun mereka memaki hamun dan menghina Raja.

Akhir kata, sekadar renungan buat Raja-Raja Melayu, dipaparkan gurindam Raja Ali Haji pasal yang kedua belas (gurindam XII):

Raja mufakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta.


-Aspirasi
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .