Ikuti Blog ini

Fauzi: Kurangkan SB untuk bantu CID banteras jenayah


Bagi mengurangkan kadar jenayah, pihak polis dicadangkan supaya membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID).

NONEIni kerana, kata bekas pengarah CID Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, beban tugas CID bertambah sehingga boleh mengganggu fokus pegawainya sedangkan SB dan FRU tidak memerlukan tugas yang rumit.

"Itulah pihak yang bertanggungjawab kena buat redeploymnet (penugasan semula). Kalau CID  (macam) sekarang, nampaknya tidak boleh tangani kerana siasatan terlalu banyak.

"Jadi kenapa tidak kita serapkan alihkan sebahagian daripada apa yang kamu sebut tadi, (antaranya) unit ketenteraman awam, FRU, pasukan lapangan dan polis marin (ke bahagian CID).

"Ini kerana, (sebelum ini) mereka tidak membuat tugas yang memerlukan buka fail, banyak urusan tulis-menulis (dan) fokus kepada follow through investigation," katanya ketika diminta mengulas statistik penempatan polis terkini.

NONEMenurut statistik 2011, sebanyak 5,050 ditempatkan ke SB, lebih 32,656  di bahagian keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam (termasuk FRU) dan hanya 9,346 untuk bahagian siasatan jenayah.

Hal demikian dipertikaikan oleh pembangkang yang menganggap agihan tersebut tidak seimbang dan kurang berkesan untuk mengurangkan kadar jenayah yang didakwa membimbangkan.

Dulu perlu CID dua kali ganda


Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Fauzi yang juga bekas ketua polis Selangor berkata,  tugas CID bukan senang dan mengambil masa yang panjang.

Malah, Fauzi berkata, pegawai CID juga berdepan pelbagai proses siasatan, antaranya mencari maklumat, mengesahkannya, merekod keterangan dan membawa saksi ke mahkamah sebelum menutup sesuatu kes.

"Setiap hari fail baru dibuka. Memang dalam CID, isu utama dalam polis ini adalah jenayah. Kalau kamu boleh berjaya, bukan sahaja selesai kes, tapi kamu boleh cegah statistik daripada kejadian itu meningkat.

NONE“Rakyat akan membuat satu persepsi bahawa polis berkesan (dan) berjaya (melaksanakan tugas)," katanya lagi.

Tegas Fauzi, pengalamannya pada 2005 dan 2006 semasa masih mengetuai jabatan mendapati, pihak polis memerlukan pertambahan dua kali ganda bagi menyiasat kes jenayah.

“Sekarang saya tidak berani (komen), hampir tujuh tahun tinggal dunia ini,” katanya.

Keperluan SB di suasana kurang perkauman


Mengulas dakwaan SB memberi fokus terhadap gerak kerja pembangkang dalam politik sehingga dianggap senjata kepada BN, Fauzi mengakui tugas mereka "menguruskan risikan dan maklumat".

“Kita kena hargai tugas polis. Memang polis Cawangan Khas, mereka melakukan intelligent procurement banyak kepada unsur-unsur politik dan ketenteraman awam,” katanya.

NONEBagaimanapun, Fauzi mempersoalkan keperluan jumlah SB sedia ada memandangkan suasana masyarakat sekarang telah berubah berbanding zaman komunis yang lebih “perkauman”.

“Kita kena akur, dulu lebih serius dan mengancam. Tapi sekarang, rakyat sekarang ini banyak berubah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebarang penyusunan semula bagaimanapun memerlukan fakta yang jelas terlebih dahulu.

“Kecuali kita ada fakta yang jelas, kita boleh hujah balik, kita boleh bagi syor, OK, kamu boleh kurangkan (anggota SB) 15 peratus, atau 20 peratus, atau 50 peratus.

“Kita tidak tahu. Jadi apa yang kita boleh gesa, pihak pengurusan polis sendiri lebih arif dan lebih tahu, adakah suasana sekarang memerlukan sedemikian,” katanya dalam wawancara panjang di rumahnya di Shah Alam. -M'kini

Wajib tumbangkan Kerajaan Zalim.. (video)


[GEMPAR] Rumah ADUN AJIL Hangus Terbakar!


Malam tadi selepas waktu berbuka puasa, rumah ADUN AJIL, Dato' Hj Rosol Wahid terbakar.

Dipercayai habis ranap rumahnya..

Syukur Alhamdulillah, semua kaum keluarganya selamat.

Ucapkan semoga YB Dato' tabah menghadapi suasana begini. -omakkau

Terhangat Minggu Ini!: Pemelihara Agama Islam Gemar minum kencing Setan?

Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng'amin'kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon.  Baca cerita selanjutnya di sini

Ramadan Kareem : Terbaikkk !!! Suasana Berkhatam Al Quran Dan Berbuka Puasa Di Kelantan...


Pelajar pondok sedang membaca Al quran

Ibu dan Anak 2 sama sama berkhatam Al Quran

 Tiba masa berbuka puasa


suasana berbuka puasa di Kariah ramadhan , Kelantan
Suasana waktu berbuka puasa serta tarawih dan Majlis 300 Kali Khatam Al-Quran bersama 3000 jemaah pada malam yang ke-18 Ramadhan sempena Nuzul Al-Quran. — Qaryah Ramadhan Hari Yang ke-17&Malam ke-18 Ramadhan .. FB Tuan Guru  : Nukilan Abu Luqman

Bekas ketua CID: Polis bimbang dianggap derhaka


WAWANCARA Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, anggota polis mengundi BN kerana bimbang dianggap "derhaka dan tidak bersyukur" sekiranya mengundi pembangkang.

Fauzi yang menyertai PAS Mei lalu berkata perkara itu timbul kerana "keterikatan" anggota polis kepada kerajaan yang membayar gaji dan elaun kepada anggota pasukan terbabit.

NONE"(Ramai anggota polis) berpandangan gaji, elaun dibayar oleh kerajaan. (Mengikut) fahaman kita, kerajaan adalah tak boleh selain daripada BN.

"Lantaran itu, (mengikut) fahaman kita, dalam keadaan mengundi, siapa yang tidak mengundi BN itu... akan dianggap sebagai derhaka, atau tidak berterima kasih atau bersyukur kepada orang (kerajaan) yang beri elaun, gaji beri kita makan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Tegasnya, kerajaan dan parti adalah dua perkara yang perlu dibezakan dan anggota polis berhak membuat pilihan masing-masing bagi memilih parti tertentu untuk menerajui kerajaan dalam pilihan raya.

"Kita boleh pilih mana-mana (parti), yang lebih baik, telus, jujur, berpegang amanah, tidak menekan (dan) tidak rasuah.

"Jadi, jangan ada kekhuatiran, kita nak sokong parti lain, (menyebabkan) kita akan dilabel khianat, derhaka. Tidak timbul sama sekali. Sepatutnya semangat sebegini ada," katanya.

NONEDitanya sekiranya kerajaan memberi tekanan kepada anggota polis supaya menyokong BN dalam pilihan raya, bekas ketua polis Selangor itu berkata perkara itu tidak berlaku.

Namun, selagi anggota polis atau penjawat awam lain bekerja dalam kerajaan, mereka perlu mematuhi peraturan, garispanduan operasi atau perintah yang telah ditetapkan, katanya.

Jika anggota polis menyatakan sokongan politik secara terbuka kepada parti tertentu pula, mereka juga dianggap "mengingkari peraturan umum", katanya.

"Kerajaan mengikat kamu, kamu kena patuh, kena berkhidmat. Tetapi dalam berkhidmat, tidak ada unsur-unsur supaya memihak. Tidak (ada). (Polis berkhidmat) untuk semua rakyat, (dengan) adil. Jadi kita kena adil," katanya.

Sepanjang 32 tahun perkhidmatannya dalam pasukan polis, Fauzi juga pernah menjadi ketua polis Sarawak.-M'kini


Pengerusi SYABAS Yang Gajinya Hampir 1/2 Juta Sebulan Tak Hadir Taklimat


Meskipun menerima bayaran RM400 ribu sebulan, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menjalankan tanggungjawab apabila gagal hadir dalam satu taklimat penting kepada jawatankuasa menyemak dibentuk Kerajaan Negeri.

Kegagalan Rozali untuk hadir dalam taklimat penting yang diadakan baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran sebenar akan perkembangan terkini status bekalan air Selangor mengundang kekecewaan Ahli Parlimen Utara, Tony Phua.

Memetik dari satu laporan wawancara eksklusif Malaysiakini bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, taklimat tersebut dihadiri oleh semua pegawai profesional tertinggi Syabas. Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat), orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ruslan Hassan.

“Semua profesional tertinggi hadir,” kata Abdul Khalid merujuk dengan sinis kepada Rozali, dipetik dari Malaysiakini. Menurut laporan itu juga, pegawai dari Syabas sendiri turut mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Sebaliknya menurut Abdul Khalid, 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD) iaitu lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan Syabas setiap hari.Tony berkata, penolakan jemputan itu jelas mencerminkan sikap Rozali dan Ruslan yang tidak ikhlas untuk menyelesaikan isu air Selangor.

“Kami tak kira politik, yang penting nak selesaikan isu demi masyarakat negeri Selangor. “Tetapi malangnya Muhyiddin tak hadir dan Rozali yang terima gaji RM400,000 sebulan pun tak hadir. “Tetapi Muhyiddin tolak jemputan ini dan ini jelas Muhyiddin tidak ingin menyelesaikan isu air Selangor, tetapi lebih berminat bermain politik dengannya,” kata Tony ketika dihubungi TVS hari ini.

Tony turut menganggap tindakan Rozali tidak hadir dalam taklimat itu bertujuan untuk melindungi kepentingan diri sendiri dengan memastikan beliau terus diberi kuasa menerajui Syabas. “Tindakan mereka ini sengaja menafikan hak rakyat untuk menikmati perkhidmatan air bersih pada kadar berpatutan semata-mata mahu menawarkan kontrak besar dan lumayan kepada kroni termasuk projek Langat 2,” katanya lagi. -tvs

Ramainya Yang Nak Nasi Kandar Percuma!!

 

NASI KANDAR PERCUMA…Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar Burhan Mohamed memberikan hidangan percuma selepas Datuk Lee Chong Wei merangkul pingat perak pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki, pada Ahad.

Ia bukan sekadar hidangan percuma yang dinikmati oleh ribuan orang yang berpusu-pusu ke restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar, tetapi ia juga satu cara bagi mereka untuk meraikan prestasi cemerlang Datuk Lee Chong Wei di Sukan Olimpik London 2012.

Set makan malam lazat, yang dijanjikan oleh pemilik restoran Burhan Mohamed adalah kemuncak kemenangan apabila ramai orang beratur di sekeliling blok bangunan restoran untuk menunggu nasi briyani kukus, ayam rendang, telur dan minuman kordial oren dihidangkan.

Burhan berkata beliau amat berbangga dengan prestasi Lee dalam perlawanan badminton peringkat akhir yang mendebarkan menentang pemain nombor satu dunia dari China Lin Dan, yang membawa pulang emas Olimpik buat kali kedua.

“Saya fikir Chong Wei benar-benar telah melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan dia masih lagi wira negara yang boleh dibanggakan,” katanya, sambil menambah bahawa semua cawangan beliau penuh sesak dengan pelanggan-pelanggan yang menonton perlawanan pada malam Ahad.

Beliau pada mulanya mengumumkan minggu lalu akan mengadakan majlis makan malam percuma pada hari Isnin pukul 7.00 petang hingga 10.00 malam jika Lee merangkul emas.

Bagaimanapun, beliau mengubah fikiran kerana beliau kagum dengan prestasi cekal Lee yang telah melakukan yang terbaik walaupun mengalami kecederaan buku lali di Piala Thomas pada Mei.

Harapan Malaysia telah disematkan pada Lee untuk membawa pulang emas pertama Olimpik sejak negara mengambil bahagian dalam acara ini pada tahun 1956 tetapi tidak menjadi. -mStar Online

4 cendekiawan Yaman kunjungi Presiden PAS

[Gambar dari kiri; Dr. Ahmad Hassan, Dr. Amin al-Muqbil, Dr. Mutahhar  Ahmad dan Yasser Abduh Saleh. Paling kanan Presiden PAS, melayani para tetamu dari negara Yaman itu]

MARANG: Empat cendekiawan dari negara Yaman mengunjungi Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya, di Rusila dekat sini petang Sabtu 4 Ogos bersamaan 15 Ramadhan.

Mereka adalah As-Syeikh Dr. Amin Ali Muqbil al-Masyri, As-Syeikh Dr. Ahmad Hassan Soleh al-Faqeh, As-Syeikh Dr. Mutahhar Ahmad Muhammad Mahmud dan Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb dari dua buah universiti terkemuka negara Yaman.

Dr. Amin Ali adalah Dekan Kuliah Syari’ah Universiti Al-Iman yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang Fiqh Perbandingan.

Dr. Ahmad Hassan adalah Pembantu Timbalan Rektor (Presiden) Universiti Al-Iman Shu’un ‘Ilmi yang mempunyai Ijazah kedotoran dalam bidangTafsir

Manakala Dr. Mutahhar Ahmad merupakan Ketua Lembaga Akademik Universiti Al-Iman yang mempunyai kepakaran dalam bidang Hadith dan Syeikh Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb memiliki Master dalam bidang Fiqh Islami.

Buletinonline di maklumkan para ulama Yaman tersebut menziarahi Ustaz Hadi dalam rangka lawatan kerja mereka ke negara ini di bawah anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Yaman.

Mereka yang telah berada di tanah air sejak pertengahan Julai sebelum ini menyampaikan beberapa kuliah di Masjid Wilayah Persekutuan dan Universiti Islam Antarabangsa.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan oleh ke empat-empat ulamak Yaman tersebut dalam program Dawrah dan Ziyarah 2012 bermula 17 hingga 27 Julai lalu ialah kuliah hadith dan syarah kitab Matan al-Arba'in,  Siyasah Syar'iyah; Syura, Demokrasi & Oligarki serta Adab pemerintah Ahlus Sunnah terhadap rakyat. -Hrkh

Gambar Ini Kit Siang Dihalang Masuk Sabah Pada 1984, Bukan Kencing Pada 13 Mei 69


Kontroversi filem Tanda Putera: Kencing di bawah tiang bendera dan gambar 1984 digunakan untuk fitnah 13 Mei 1969

KUALA LUMPUR, 6 OGOS – Filem Tanda Putera mengenai tragedi 13 Mei yang bertujuan membangkitkan kebencian rakyat terhadap DAP sekali lagi mencteus kontroversi apabila dikatakan memuatkan adegan Lim Kit Siang kencing di bawah tiang bendera Selangor pada 1969.

Keterangan gambar: Insiden Lim Kit Siang dilarang masuk ke Sabah pada 1984 dijadikan gambar fitnah untuk tragedi 13 Mei 1969

Filem yang belum ditayangkan itu tetapi telah disebarkan adegan-adegan yang terkandung di dalamnya di laman-laman internet membuktikan fitnah baru yang sedang dicipta oleh mereka yang benci kepada perpaduan kaum di negara ini.

Fitnah kencing di bawah tiang bendera

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan karut dan bohong itu yang telah dipaparkan dalam laman sosial Facebook bagi filem Tanda Putera kononnya beliau telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah kediaman Menteri Besar Selangor semasa rusuhan 13 Mei.

Beliau menjelaskan bahawa fitnah itu tidak masuk akal sama sekali kerana beliau tidak pernah berada di Kuala Lumpur mulai 10 Mei hingga 13 Mei 1969, malah sewaktu rusuhan berlaku, beliau berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum ini, laman-laman web dan Facebook pro-UMNO telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa Kit Siang memaki hamun orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur di antara 11 Mei dan 13 Mei 1969, walau pun hakikatnya beliau tidak ada di Kuala Lumpur pada masa tersebut.

Menurut Kit Siang, pada tahun 1969, beliau tidak tahu di mana letaknya kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, apatah lagi kewujudan tiang bendera yang “terletak di dalam perkarangan rumah MB yang dipagari dan dikawal oleh ‘jaga’”.

“Tulisan ini mendedahkan fitnah, kepalsuan dan pembohongan bahawa saya atau sesiapapun boleh kencing di bawah tiang bendera rumah Menteri Besar Selangor – apabila ianya jelas tidak boleh dilakukan kerana ianya berada dalam kawalan dan pengawasan keselamatan,” jelas beliau.

Kit Siang menjelaskan bahawa kedua-dua ‘Kertas Putih’ yang telah dikeluarkan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 9 Oktober 1969 yang bertajuk “The May 13 Tragedy” serta buku Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman “May 13 – Before & After” tidak pernah membuat apa-apa rujukan pun kepada insiden kencing di rumah Menteri Besar Selangor.

“Ini merupakan satu skandal “Urine-Gate” atau “Pee-Gate” Malaysia.

“Rakyat Malaysia mesti menyiasat terlebih dahulu “siapa, bila dan apa” berhubung dengan asal-usul tipu helah insiden “kencing” di bawah tiang bendera di rumah Menteri Besar Selangor yang telah mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 – kerana sekiranya tiada apa-apa unsur kebenaran dalam dakwaan tersebut, ianya mesti dikuburkan sekarang juga,” tambah beliau.

Fitnah gambar 1984 yang dikatakan diambil pada 13 Mei 1969

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ada satu lagi tulisan yang membuat fitnah 13 Mei 1969 yang dipaparkan dalam laman rasmi Facebook Tanda Putera tetapi menggunakan gambar lain, iaitu pada 26 Ogos, 1984 di terminal lama lapangan terbang Kota Kinabalu

Katanya, beliau ke Kota Kinabalu pada pagi tersebut melalui Sandakan untuk menyahut cabaran Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Datuk Haris Salleh untuk mengulangi ucapannya pada 23 Julai 1984 di luar Parlimen tanpa perlindungan hak istimewa Parlimen berhubung dengan penyalahgunaan kuasa Ketua Menteri Sabah terutamanya dengan perbuatan Haris menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan.

“Akan tetapi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, saya tidak dibenarkan masuk diatas arahan Ketua Menteri Sabah yang pada awalnya telah mencabar saya untuk mengulangi ucapan Parlimen saya terhadapnya di Sandakan pada pagi hari yang sama jua!” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa pihak imigresen Sabah telah memaksa beliau meninggalkan Sabah dan memaksa beliau duduk atas kerusi roda serta diangkat masuk ke dalam kapal terbang.

“Gambar tersebut merupakan gambar yang diambil pada tahun 1984 di Kota Kinabalu dimana ianya telah disalahgunakan dalam laman Facebook rasmi Tanda Putera sebagai salah satu gambar 13 Mei 1969,” tambah beliau.

Katanya, amat menyedihkan kerana semua usaha menjelang sambutan Kemerdekaan yang ke-55/Hari Malaysia Ke-49 sepatutnya berfokuskan perpaduan yang diversif dan berbilang kaum.

Namun, ujar beliau, ada elemen-elemen anti-nasional yang mengapi-apikan syak wasangka buruk diantara kaum dan memporak-perandakan keharmonian di negara ini dengan penyebaran kepalsuan dan fitnah berhubung dengan sejarah tanahair ini. – Roketkini

Ibadat puasa tercela jika tidak hirau solat fardu



Keghairahan menjalani ibadat Ramadan, banyak perkara sering kita abaikan sehingga menjejaskan amalan di bulan mulia ini. Antara kesilapan dilakukan ialah ibu bapa begitu bersungguh-sungguh menyuruh dan melatih anak kecil berpuasa tetapi tidak memberi penekanan terhadap latihan solat.

Pendakwah bebas, Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, berkata penekanan terhadap amalan solat lebih diutamakan dengan Rasulullah SAW sendiri memerintahkan ibu bapa supaya menyuruh anak mereka bersolat ketika berusia tujuh tahun.

Katanya, tiada nas khusus mengenai umur diperintahkan berpuasa bagi kanak-kanak, tetapi ulama menyamakannya seperti perintah solat berdasarkan kemampuan anak-anak.
Di sini, menunjukkan perintah melatih anak supaya bersolat ketika berusia tujuh tahun lebih utama. Kesimpulannya, tidak salah menyuruh anak berpuasa tetapi pada masa sama perlu bersungguh-sungguh melatih mereka solat, katanya.

Katanya, kesilapan lain yang sering dilakukan ketika Ramadan ialah bersungguh-sungguh melaksanakan solat tarawih secara berjemaah yang hukumnya sunat tetapi mengabaikan solat Subuh dan fardu lain secara berjemaah yang lebih dituntut.

Ke masjid ketika Ramadan

Malah, ada yang ke masjid ketika Ramadan saja, tetapi tidak ke masjid untuk berjemaah di bulan lain.
Lebih malang katanya, mereka yang berpuasa tetapi meninggalkan solat terutama solat Subuh dan Asar.

Ramai yang ambil mudah bab solat ini, solat Subuh tinggal kerana sepanjang malam habiskan masa menonton Olimpik, apabila masuk Subuh tidak terjaga.
Bagi yang bekerja, keluar pejabat tidak solat Asar dulu, kemudian terperangkap kesesakan lalu lintas dan setibanya di rumah, masuk waktu berbuka.

Ada juga yang berbuka di luar seperti restoran dan hotel, disebabkan leka makan dan lepak selepas makan hingga habis waktu Maghrib lalu terlepas waktu solat. Bukankah ini kerugian sangat besar? katanya.

Beliau turut menegur wanita yang mendedahkan aurat kerana tindakan itu bukan hanya mengurangkan pahala puasa tetapi juga mengeringkan pahala orang lain iaitu bukan muhrim yang melihatnya.

Syed Mohd Norhisyam berkata, umat Islam tidak sepatutnya menjadikan bazar Ramadan sebagai lokasi kunjungan wajib setiap hari kerana membeli makanan ketika lapar selalunya mendorong kepada pembaziran.

Begitu juga niat murni bertadarus al-Quran yang menjadi amalan pada Ramadan tetapi biarlah ia dilakukan mengikut tertib, bukan semata-mata kerana hendak khatam segera.

Tadarus bermaksud seorang membaca dan ahli kumpulan mendengar serta menegur jika ada kesilapan bacaan bukannya membaca beramai-ramai atau membahagi bahagian yang perlu dibaca supaya khatam segera.

Bacaan perlu betul tajwid

Bacaan perlu dihayati dan betul tajwidnya seperti yang Rasulullah SAW mengulang kaji al-Quran bersama Jibril di bulan Ramadan, katanya.

Katanya, banyak perkara sunat menjadi rebutan umat Islam pada bulan puasa untuk mendapat ganjaran berlipat ganda tetapi disebabkan kurangnya kefahaman, maka ibadat sunnah itu gagal dihayati.

Contohnya, sunnah Rasulullah SAW yang menggalakkan orang berpuasa supaya melewatkan bersahur tetapi apa yang berlaku, ramai mempercepatkan waktu sahur dengan menikmati hidangan pada waktu tengah malam sebelum tidur.

Amalan itu bukan saja tidak mendatangkan pahala tetapi boleh menjejaskan kesihatan terutama sistem penghadaman kerana mengambil makanan berat sebelum tidur.

Selain amalan sepanjang Ramadan, sambutan hari raya juga banyak yang tidak selari dengan ajaran sebenar Islam.

Allah menganugerahkan hari raya untuk hamba-Nya bergembira tetapi ada antara kita menjadikan hari raya hari kesedihan.

Amalan menziarahi kubur untuk mengingati kematian dan ia tidak seharusnya dilakukan hanya ketika hari raya untuk mengundang kesedihan.

Amalan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Hari raya untuk bergembira dan dalilnya kita diharamkan berpuasa pada hari raya pertama, katanya.

Selain itu, ibu bapa tidak seharusnya mudah mengalah dengan tindakan anak yang enggan mengikut mereka menziarahi sanak saudara pada hari raya semata-mata hendak menonton televisyen. Akibatnya nanti, anak tidak kenal saudara mara.

Lee Chong Wei Gagal Bawa Pulang Emas Sebab Rosmah?



Janganlah gelak-gelak....Nanti batal posa..
Penantian rakyat Malaysia akan berterusan.

Pingat emas yang diharapkan rupanya tak kesampaian.

Apakah semuanya bermula apabila Rosmah Mansor tiba-tiba mengejutkan Najib Altantuya dengan keputusannya terbang ke London kunun bagi memberi sokongan kepada Lee Chong Wei yang kalah sebentar tadi?

Sudah banyak diperkatakan mengapa isu suami perdana menteri itu ke sana dijadikan topik hangat kerana ia sememangnya tidak wajar sama sekali atas alasan apa sekalipun.

Ternyata ramalan sesetengah pihak bahawa sekiranya Rosmah datang juga maka Malaysia kepingin pingat emas sememangnya benar, walaupun cuma dalam bentuk gurauan atau sindiran semata-mata.

Apapun nasib memang tak menyebelahi kita kerana walau sebanyak mana peruntukan diberi untuk tujuan pembangunan sukan, tetapi tidak mendasar kepada agama ia semua sia-sia.

Chong Wei memenangi pingat perak buat Malaysia setelah tewas 21-15, 10-21 dan 19-21 di tangan pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012 di London sebentar tadi.

Ini merupakan pingat peraknya yang kedua setelah tewas kepada Lin Dan dalam acara sama di Sukan Olimpik Beijing, empat tahun lalu.

Chong Wei menang set pertama, yang menyaksikan pertemuan yang ke-30 antara dua jaguh ini, 21-15 dalam 26 minit.

Beliau beraksi pada Sukan Olimpik 2012 London sebagai pilihan pertama dan membawa harapan negara untuk membawa emas

Chong Wei kalah dalam set kedua 10-21 dalam 20 minit dan disusuli set ketiga 21-19.

Tim menteri: Royalti minyak Kelantan tuntutan 'sah'

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah memuji keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyemak semula pengagihan bayaran hasil petroleum kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Kelantan.

"Saya rasa ia satu idea yang baik. Permintaan untuk sebahagian daripada hasil minyak merupakan tuntutan sah daripada rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita hari ini.

saifuddin abdullah taylors 050812Saifuddin berkata panel berkenaan perlu melihat terlebih dahulu persoalan sama ada bayaran dibuat dalam bentuk royalti atau wang ehsan.

Menteri itu menyatakan bahawa timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar telahpun membuat ketetapan di dalam Dewan bahawa wang yang dibayar itu merupakan wang ehsan manakala kerajaan Kelantan tetap menuntut bayaran royalti.

Katanya, perbezaan yang wujud kini adalah istilah berhubung bayaran tersebut.

Sekiranya bayaran itu bukan bayaran royalti tetapi tetap dituntut sedemikian, ia akan membangkitkan emosi rakyat, katanya.

“Akhirnya, isu sebenar tidak dapat dibincangkan dengan sebaiknya kerana kita terlalu sibuk berbahas mengenai istilah," katanya. - Mkini

Persoalan Manusia Semuanya Telah Terjawab Di Dalam Al-Quran


Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?

Al Quran Menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
Al Quran Menjawab:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

Al Quran Menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

Al Quran Menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

Al Quran Menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?

Al Quran Menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

Al Quran Menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!

Al Quran Menjawab:
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 12)

Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?

Al Quran Menjawab:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

KESIMPULANNYA

Firman Allah maksudnya :
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)

Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)

Lagi Pengarah masuk PAS... bahtera umno hampir karam

Tn Hj Azhar Yunus, Pengarah Peladang Perak, mengistiharkan diri masuk PAS seumur hidup di Badar Al Kubra PAS Teluk Intan Perak. 

Taniah !! 

Bahtera Umno semakin karam. Berbondong bondong manusia meninggalkan parti umno dan mengisi borang menjadi kealian Parti Islam seMalaysia [Pas]. 

Say bye bye for rejim UMNGOK. 




Penyerahan sijil keahlian baru PAS seramai 16 orang oleh tn hj Mohd Sabu dan penyerahan sijil pertubuhan baru cawangan PAS yg ke 33 di teluk intan 




ribuan yang hadir di Badar Al kubro Pas Perak 




Dato Sri nizar memberi ucapan
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .