Berikut
adalah rakaman CCTV kejadian Ibu Pejabat DAP dilontar dengan cat merah,
pada minit yang ke 2:19 kelihatan dua individu muncul dari tepi
bangunan melontar cat ke arah pintu Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang.
Menurut
ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu pada
kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.
Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang
Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak
perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus
dicemari perbuatan khianat.
"Tak payah
jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu
sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan
boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.
"Saya
tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana.
Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang
dicongak.
"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."
Bas
kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga
- sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.
Sebelum
ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti
Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada
minggu lalu
Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.
"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu. -mk
Sebagai
seorang menteri yang menjaga hal ehwal keselamatan di dalam negara,
menjadi kewajipannya untuk menjamin keselamatan rakyat tidak kira
penyokong atau pembangkang.
Apabila beliau dengan secara terbuka
menyatakan "tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang" bererti
beliau sudah tidak lagi layak untuk menjadi menteri kabinet Malaysia.
Malah kenyataan beliau itu seolah-olah memberikan endorsement terhadap perbuatan liar ahli-ahli UMNO dan sekutunya yang melakukan perbuatan-perbuatan khianat dan jenayah selama ini.
Dengan bersikap sedemikian, hukum kebenaran dan keadilan pasti akan menghukum Hishamuddin satu hari nanti. -GB
Ceramah 11/09/2012 (Isnin lalu) Pengerusi
JKKK Umno mengamuk dan memaki hamun Parti Islam, PAS depan
kerusi-kerusi kosong. Beliau turut terpekik terlolong dan melontarkan
ugutan dipercayai ke arah sebuah lagi ceramah berhampiran.
Difahamkan beliau bertukar menjadi seperti kurang siuman gara-gara
program ceramahnya tidak mendapat sambutan malah lebih 30 ahli umno
kampungnya telah menyertai PAS.
KUALA LUMPUR:
Seluruh negara hari ini bergema dengan laungan kecaman terhadap
kebiadaban seorang penerbit filem berbangsa Yahudi Amerika yang menghina
Rsulullah melalui filem terbarunya yang berjudul "Innocence of
Muslims".
Filem tersebut telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam
Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman
youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu sekaligus menimbulkan kemarahan umat
Islam seluruh dunia.
Kandungannya telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang kejam dan ‘gila perempuan’.
Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.
DiKuala Lumpur dan Selangor, himpunan berlangsung di perkarangan Masjid Amaniah, Batu Caves.
Antara
pimpinan PAS yang hadir termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat
Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan Ustaz Ridhuan Mohamad Nor,
Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir serta Ketua Dewan Pemuda
PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad.
Hampir 300 orang turut menyertai himpunan itu sambil menyatakan kecaman terhadap kebiadaban penerbit Amerika itu.
Sambil
melaungkan "hancur Amerika", "Hidup Islam" mereka juga membawa sepanduk
bertulis "Kami sanggup mati keranamu ya Rasulullah".
Berucap
pada himpunan itu, Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda PAS mendesak
Presiden Amerika Barack Obama mengambil tindakan tegas terhadap
pernerbit filem itu.
"Kalau dia mahu bertindak tegas terhadap
penyerang Duta Besar Amerika ke Libya dan tiga pegawai pejabat konsul di
Benghazi sehingga maut itu, kita juga dia bertindak sama kepada
penerbit filem ini," katanya.
Ridhuan dalam ucapannya pula
memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menghina Rasullah agar
menghentikan segera perbuatan itu.
"Kita memberi amaran bahawa
pemuda Islam akan bangkit dengan nyawa dan darah demi mempertahan maruah
Nabi Muhammad SAW," katanya.
Beliau turut mengumumkankan satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Kedutaan Amerika pada Jumaat, 21 September ini.
Amaran sama turut dinyatakan Kamaruzaman yang mahu Amerika menarik balik serta merta filem tersebut.
Ustaz
Salahudin Nasir dalam ucapannya pula mendakwa, tindakan penerbitan
filem ini adalah usaha menjatuhkan Islam di saat Islam sedang bangkit di
seluruh dunia.
Di Ipoh Perak,
ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Negeri Ipoh selepas Solat Jumaat
diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar
Al-Hiss.
Turut hadir bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan Rasulullah itu ialah pelakon dan selebriti, Abby Abadi.
Raja Ahmad dalam ucapannya menggesa penerbit filem tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem ini yang membangkitkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan dimanakah kelibat badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa yang senyap dalam isu ini.
“Dimanakah
NGO seperti Perkasa yang beria-ria dalam isu lain seperti politik
tetapi dalam isu ini mereka senyap,” ujar beliau lagi.
Dalam
nada yang sama, Abby Abby melahirkan kekesalan terhadap penerbitan
filem tersebut yang disifatnya sangat melampau dan keterlaluan.
Katanya,
sebagai seorang umat Islam, beliau sedih kerana seluruh umat Islam
tidak bersatu untuk menyatakan bantahan kepada penghinaan ini.
“Kita sepatutnya bersatu menentang penghinaan ini dengan mengetepikan perbedeaan ideologi,” katanya dalam nada kesal.
Hadir
sama ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin;
Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Penerangan Dewan Ulama’
PAS Perak; Ustaz Norazli Musa dan wakil NGO.
Di Kedah, himpunan berlangsung di dua tempat iaitu
di Masjid Padang Temusu Sungai Petani dan di Masjid Al-Ihsan Kampung
Teoyong Langkawi.
Di
Masjid Padang Temusu hampir 300 orang umat Islam menyertainya dari
pelbagai peringkat umur dan kaum termasuk warga Bangladesh dan Pakistan.
Bantahan diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.
Antara
pimpinan yang hadir sama ialah Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd
Rosli Azmi; Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria;
Yang DiPertua PAS Kawasan Sungai Petani, Abdullah Jusoh dan Timbalan
Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusuf.
“Kami sedia berikan nyawa demi mempertahankan Rasulullah SAW!” demikian antara ungkapan jihad para hadirin.
Mohd
Nasir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap ketika dihubungi berkata,
antara desak yang dibuat termasuklah meminta Amerika mengambil langkah
segera atau berdepan himpunan besar-besaran 21 Septrmber ini.
"Kita juga mendesak agar kerajaan Malaysia membuat satu tindakan mengecam tindakan tersebut," katanya.
Di
Langkawi, Bantahan di masjid Al Ehsan, Temoyong, diketuai Timbalan
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Tirmizi, Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Langkawi Ustaz Sazuri Saad serta Ustaz Nasir
Awang.
Hampir 200 orang menyertai himpunan itu hari ini dengan membawa pelbagai poster mengecam tindakan biadap penerbit filem itu. -Hrkh
Pas Kelantan Nafi Program Hijau Ke Putrajaya Sebagai Tindakbalas Kunjungan PM
MACHANG
– Pas Kelantan menafikan dakwaan kononnya penganjuran program Himpunan
Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Machang hari ini adalah sebagai
tindak balas terhadap kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
ke jajahan itu minggu lalu.
Ketua
Penerangan Pas Kelantan, Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan berkata,
program terbabit telah dirancang sejak awal Ramadan lalu dan ia tidak
ada kaitan langsung dengan kedatangan Perdana Menteri sebelum ini.
“Program
ini disertai oleh semua pimpinan tertinggi parti,wakil-wakil rakyat,
kerajaan negeri dan pemimpin setempat dan ia diadakan di seluruh negara
jadi dakwaan yang mengaitkan dengan kedatangan Perdana Menteri itu tidak
berasas,” katanya ketika ditemui di tapak program, petang tadi.
Majlis perasmian Himpunan Hijau ke Putrajaya tersebut dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau
berkata, program akan dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik
melibatkan semua peringkat umur diadakan seawal jam 8 pagi hingga 12
tengah malam ini.
Katanya, program yang bermula jam 2 petang itu dimulakan dengan ekspresi muslimat diikuti Jamuan Hijau.
“Majlis
kemudiannya diserikan dengan program ekspresi anak muda mewarnai
program mulai jam 5 petang dan diikuti ceramah perdana pada jam 9 malam.
“Himpunan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan malah diluar jangkaan melibatkan pelbagai peringkat umur,” katanya.
Lebih
30 gerai yang diwakili Pas Kawasan dari seluruh negeri dan
jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai juadah
hari raya pada program Jamuan Hijau itu. -detikperubahan
KUALA LUMPUR:
Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
agama menolak sebarang percubaan menghina mana-mana agama termasuk
agama Islam.
Setiausahanya, Dr Khairuddin A. Razali berkata, ini seperti mana dilakukan melalui filem berjudul Innocence of Muslims yang telah dihasilkan oleh Sam Bacile, seorang pengarah filem berketurunan Israel Amerika.
“Tindakan seumpama itu merosakkan keharmonian antara bangsa dan agama
yang mengundang kepada permusuhan dan pertelingkahan,” ujarnya dalam
satu kenyataan.
Beliau menjelaskan, Islam merupakan agama yang sentiasa mempromosi keamananan dan keharmonian beragama.
Tambahnya, Islam mengajar umatnya tidak melakukan penghinaan bersifat
agama, antaranya Al-Quran mengajar agar jangan dihina tuhan-tuhan yang
disembah oleh bukan Islam.
Ini, ujarnya seperti firman Allah yang bermaksud: "Janganlah kamu
mencela (tuhan-tuhan) yang mereka seru selain daripada Allah, lantaran
itu mereka mencela Allah kerana permusuhan tanpa sebarang ilmu”. (Surah
al-An’aam: 18)
KUALA LUMPUR 13 September - Seorang pegawai kanan polis akhirnya mengaku
bersalah terhadap tindakan ganas pasukan itu ke atas orang awam dan
wartawan yang bertugas pada perhimpunan Bersih.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP
Khairi Ahrasa memohon maaf atas dan beralasan bahawa polis adalah
manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.
“Dalam taklimat kepada pegawai polis, saya sudah memberitahu mengenai
kebebasan wartawan. Kalau nak ambil tindakan terhadap wartawan, perlu
pastikan mereka ada pas media atau sebaliknya.
“Saya pesan kepada mereka (polis), apa juga kejadian yang melibatkan wartawan akan memberi imej buruk kepada polis.
“Tapi malangnya perkara ini tetap berlaku. Sebab kita ini manusia…Saya
minta maaf, mungkin saya terlalu emosional, tapi sampai ke hari ini,
saya tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku.
“Selepas fikir-fikir balik, barulah saya sedar yang anggota polis itu
juga manusia biasa,” katanya di hadapan panel Pendengaran Awam
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
Panel itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu
Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Polis perlu hormati kebebasan media
Khairi juga tidak bersetuju dengan pandangan pegawai polis lain untuk
memberikan taklimat kepada wartawan ketika membuat liputan mana-mana
perhimpunan kerana peranan media sudah wujud sebelum negara merdeka.
“Kita perlu faham hak kebebasan membuat liputan. Kita tidak perlu takut
dengan laporan negatif media. Media kadang-kadang mempunyai pandangan
berbeza terhadap sesuatu keadaan. Jadi kita perlu hormati hak kebebasan
media,” tegasnya.
Menurut Khairi lagi, bukan sahaja wartawan, kebebasan orang ramai untuk
berhimpun juga perlu dihormati kerana ia sudah termaktub dalam Artikel
10, Perlembagaan Negara.
Katanya, polis hanya berhak untuk mengawal keadaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
“Kita tak perlu sekat hak yang dijamin dalam perlembagaan. Jelas Artikel
10 (dalam perlembagaan) menyebut hak untuk berpersatuan dan berhimpun.
Apa yang penting kita kawal keadaan,” katanya.
Cederakan petugas media, orang awam tindakan hina
Khairi yang sudah berkhidmat 38 tahun dalam pasukan polis turut mengecam
tindakan segelintir anggota pasukan itu yang bertindak kejam terhadap
peserta perhimpunan walaupun di luar kawasan larangan yang diwartakan
mahkamah.
Berikut adalah soal-balas daripada panel Suhakam:
Panel : Beberapa saksi menyatakan mereka ditangkap dan dipukul dalam hotel. Adakah ia ada kaitan dengan tindakan polis?
Khairi : Saya tidak mendapat laporan adanya tangkapan
dalam hotel. Laporan mengenai kereta polis yang pecah di hotel kami ada
terima laporan.
Panel : Tapi orang yang ditangkap itu dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), kalau di Pulapol mesti ada laporan yang dibuat.
Khairi : Saya setuju, tapi saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak. Boleh jadi ia hanya dakwaan semata-mata.
Panel : Bukankah kalau mereka sudah bersurai dan masuk ke dalam hotel tidak perlu ada tangkapan?
Khairi : Saya setuju 100 peratus. Sepatutnya tidak berlaku apa-apa tangkapan. Saya akan semak balik sama ada benar atau tidak.
Panel : Pihak kami terima aduan adanya kekasaran dan
kecederaan ke atas orang awam ketika tangkapan dibuat. Boleh anda
beritahu mengapa kecederaan boleh berlaku?
Khairi : Ketika memberi taklimat saya telah
memberitahu, jangan ada apa-apa kecederaan kepada orang yang ditangkap.
Kita mesti akur dengan peruntukan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah.
Melainkan ada berlaku pergerakan jenayah, kita hanya menangkapnya
setakat mana yang kita mampu. Apabila berlaku kecederaan kepada orang
yang kena tangkap, perkara ini hendaklah dilaporkan sebab-sebabnya
supaya anggota yang terlibat dapat bertanggungjawab.
Panel : Tapi mengapa orang yang ditangkap cedera ketika dalam tahanan?
Khairi : Itu adalah perbuatan yang paling hina dan langsung tidak boleh diterima!
KUALA LUMPUR: Tindakan
Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong yang tidak
mengizinkan wakil Menteri Besar Selangor berdebat dalam isu Talam malam
tadi disifatkan sebagai tindakan seorang penakut.
Malah, menurut
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, penganjuran debat
malam tadi betul-betul berniat jahat dan semata-mata mahu mencari
publisiti murahan untuk kepentingan politik bukan mahu mencari kebenaran
disebalik isu kontroversi itu.
"Dari awal kita sudah maklumkan
kepada penganjur bahawa Menteri Besar sedang berada di luar negara bagi
menghadiri satu persidangan ekonomi dan telah mewakilkan empat orang
antara kami untuk berdebat dalam isu itu.
"Pada awalnya mereka
setuju kita datang, namun bila disana dia tidak berani untuk berdebat
dengan salah seorang dari kami," katanya kepada Harakahdaily.
Semalam
di dewan International Youth Centre sepatutnya berlangsung debat antara
Tee Yong dengan wakil Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim
berhubung isu hutang Talam.
Selain Dzulkifly, Menteri Besar turut
diwakili oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua; Ahli Parlimen
Selayang, William Leong dan setiausahanya Faekah Husin.
Namun debat itu tidak berlaku apabila penganjur tidak mahu membenarkan wakil Menteri Besar mengambil tempat untuk berdebat.
Malah
turut berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong sebuah parti politik
menghalang laluan wakil-wakil Menteri Besar itu yang mahu meninggalkan
majlis tersebut.
Kekecohan itu telah memaksa polis campur tangan dan empat pemuda dilaporkan ditahan polis ketika melakukan provokasi.
"Kita
bukan datang kosong, Tony Pua sendiri bawa laporan lengkap daripada
firma audit bebas, Transaction and Restructuring Sdn Bhd (KPMG) untuk
dibentangkan dalam debat itu.
Menurut Dzulkefli lagi, jika Tee
Yong ikhlas mahu membongkar isu tersebut, sepatutnya malam tadi adalah
peluang keemasan baginya menerangkan di hadapan penyokong beliau sendiri
dan penyokong Pakatan Rakyat.
" Dia takut kita sangkal tuduhan
billout yang dia dakwa dengan laporan KPMG ini. Malam tadi itu dia
kononnya mahu bercakap satu hala sahaja," katanya. -Hrkh
Orang ramai di hadapan kedutaan AS di Kaherah semasa protes terhadap apa yang mereka katakan adalah sebuah filem yang dihasilkan di Amerika Syarikat yang menghina Nabi Muhammad
Duta AS ke Libya terbunuh, bersama-sama dengan 3 rakyat Amerika lain, dalam rusuhan ke atas konsulat di Libya
Pengeluar
filem Israel yang berpengkalan di California terpaksa menyembunyikan
diri selepas filemnya yang menghina Nabi Muhamad mencetuskan kemarahan
orang-orang Islam yang merusuh dan menyebabkan kematian duta AS, Chris
Stevens dan tiga yang lain.
Bacile, seorang lelaki misteri yang
mengenal pasti dirinya sebagai Yahudi Israel memberitahu bahawa dia
adalah seorang pemaju hartanah di California, menulis dan mengarahkan
filem $ 5 juta, yang katanya telah dibiayai dengan bantuan lebih
daripada 100 penderma Yahudi. Dia tidak mengenal pasti apa-apa daripada
mereka.
Penunjuk perasaan bertindak balas membakar Konsulat AS di Benghazi
Bacile
kini dalam ketakutan mengenai keselamatan keluarganya di Mesir, di mana
kedutaan AS di Kaherah juga telah diserang oleh perusuh yang marah
dengan filem tersebut.
Steve Klein, seorang perunding filem tersebut berkata mereka telah menjangka filem tersebut pasti akan membuat umat Islam marah.
Orang ramai merobek bendera Amerika di Kedutaan Amerika di Kaherah
Klein
berkata beliau juga memberi amaran Bacile bahawa dia boleh menjadi
"Theo seterusnya van Gogh," merujuk kepada pembikin filem Belanda yang
telah dibunuh oleh pelampau Islam pada tahun 2004 selepas membuat
sebuah filem yang telah dianggap sebagai menghina Islam. SUMBER
Atas
persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar
Ahmad Suffian Yahya (gambar), menarik balik segala kenyataan fitnah dan
tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi
Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah
diselesaikan.
Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan
media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan
fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian
Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak
akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming
lagi pada bila-bila masa yang akan datang.
Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah
Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam
Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah
memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana
Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala
kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku
janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau
mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi
pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh
Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika
beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah
terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.
Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad
Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah “ penyamun besar”
Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh
memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada
syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog
itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan
menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah
Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah
injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini.
Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya
menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA
Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini
Berjaya diselesaikan.
Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo
Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd Hasnal
dan Nurul Nadia.
Semua anggota jawatankuasa yang bertugas di pusat daerah mengundi
seluruh negara diingatkan agar membuat persediaan rapi bagi menghadapi
pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa,
kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan. "Saya nasihatkan janganlah
asyik kita nak berteka-teki bila tarikh pilihan raya, biarlah
kebijaksanaan Perdana Menteri untuk tentukan.
Cuma kalau tidak tahun ini, ia akan berlaku tahun depan, itu sahaja.
"Apa yang paling penting sekarang, saya nak tanya adakah pusat mengundi
kita telah bersedia sepenuhnya...cukupkah segala kelengkapan termasuk
tenaga kerja dan pelaksanaan kempen dalam kita menghadapi pilihan raya?"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno
Bahagian Kuala Langat di sini hari ini.
Ahmad berkata semua ketua penerangan bahagian perlu melaksanakan tugas
dengan berkesan bagi memastikan 7,000 pusat daerah mengundi di seluruh
negara 'hidup'.
"Saya mahu persiapan yang cukup...kalau setakat 50 peratus, itu bermakna
kita belum bersedia...tetapi kalau 75 peratus itu bermakna kita sudah
bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya.
"Oleh itu, saya mahu program penerangan Umno yang menjelaskan berkaitan
usaha-usaha kerajaan yang telah dimulakan sejak Ogos lepas,
dipergiatkan," katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut
menyeru agar rakyat terus menolak pembangkang kerana kegagalan mereka
menepati janji.
"Mereka ini (pembangkang) terlalu banyak kontroversi dan akhirnya
kontroversi itu memakan diri mereka sendiri...ini kerana kontroversi itu
telah menjadi peluru kepada Umno untuk menembak mereka semula,"
katanya. ~bernama
Addin :
Bersedia atau tidak bersedia, inilah PRU yang terakhir buat Umno BN selaku parti pemerintah..
Penjelasan, pengumuman, Pemberitahuan kali ke berapa tah....
Untuk makluman rakan-rakan serta para penyokong Pakatan Rakyat.
2 BLOG PALSU INI ADALAH SATU KERJA JAHAT UMNO BARISAN NASIONAL kerana
semua media mereka tidak berjaya untuk menyampaikan fitnah lagi, maka
mereka menghasilkan laman web ini. Sila jauhikan diri anda dengan laman
web ini.
1. HTTP://penyokongpas.wordpress.com/
2. HTTP://suarapakatanrakyat.com/
Admin juga memohon anda serta rakan-rakan dapat membantu admin untuk
share penerangan ini di wall-wall fb anda, pages yang anda miliki, blog yg anda tulis dan acc twitter anda, kita tidak mahu ada seorang pun tidak tahu perkara ini.
Insyaallah kita akan dapat melawan fitnah jahat UMNO BN lagi jika rakan-rakan dapat share pencerahan ini