Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.
Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.
Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.
PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.
Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M













KUALA LUMPUR: Pemangku
Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam
satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya. 


Selain Aisyah, turut menjadi panelis di ruang Bicara Selebriti itu bekas senator, Mumtaz Md Nawi.

KUALA TERENGGANU:
Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap
Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).
PULAU PINANG: Jasri
Abdul Wahab, 45, tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila
dipilih untuk memandu rasmi traler Jelajah Negara Berkebajikan yang baru
dilancarkan oleh Presiden PAS semalam..
Jasri
yang merupakan seorang pesara askar sebelum ini pernah menjadi pembantu
peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
Aktivis,
Andrew Ambrose memberitahu, kumpulan perarakan itu mula berkumpul di
pekan Tambunan seawal jam 8 pagi dan mula berjalan pada jam 10.45 pagi.
"Sebelum pelepasan, kita adakan taklimat kesihatan dari Mercy Malaysia juga doa dari umat Katolik, Muslim dan Buddha.
Sehubungan
itu, Andrew berkata lagi, acara yang digelar 'Tak Berdiam Lagi- Bangkit
dan Jalan' itu juga kini berhenti di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tambunan bagi memberi ruang kepada peserta beragama Islam untuk
menunaikan solat Jumaat. 















