Ikuti Blog ini

Apa itu islam?

"Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih."

DOWNLOAD MP3

Tekan untuk mendengar lagu di bawah dan tekan kotak bertindih (dlm player) untuk mendownload lagu tersebut...

Cerita Hati (Hafiz):


Damai Yang Hilang (Nowseeheart):
Boomp3.com

Setanggi Syurga (In-Team):
Boomp3.com

Belaian Ibu (Hijjaz):
Boomp3.com

Allah Wajib Ada (Mawaddah):
Boomp3.com

Salahudin Al-Ayubi (Mestica):
Boomp3.com

Aku Hanya Umar (Hijjaz):
Boomp3.com

Nur Tuhan (Hijjaz):
Boomp3.com

Post Terbaru



Tok Guru Nik Aziz

























JIKA TAK BERTAWAKKAL


Anda tahu mustahaknya
tawakkal?
Tawakkal menambah baik aqidah anda.

Bagaimana?
Kalau tak bertawakkal kepada Allah,
anda akan bertawakkal
kepada bermacam-macam;
kepada manusia, kepada alat
atau kepada teknologi.

Boleh beri contoh?
Orang yang kuat study dan
hanya confident kepada guru dan
tuisyen tidak sama dengan
orang memohon daripada
Allah supaya diberi ilmu di
samping mencari guru da
n kelas tuisyen yang bermutu.
Diluar nampak serupa,
tetapi pegangan hati
berbeza.


Apa akibat jika lemah
atau tidak bertawakkal
kepada Allah?
Banyak. Satu, mudah diperdaya orang.
Dengar penjual berkempen hebat
barangan make-up atau kesihatan,
terpukau, rasa rugi kalau tak beli.
Beli dan menaruh harapan
menggunung nak jadi
anggun atau sihat.
Jadilah dia pembeli
tetap tiap kali ada promosi.
Berbeza dengan orang yang
bertawakkal, harapannya
kepada Allah.
Dia akan membeli barangan
kesihatan apabila disyor
oleh doktor.
Itupun ia lebih
banyak memohon
daripada Allah
Maha Penyembuh.

Lagi!
Orang yang bertawakkal boleh
mengawal tekanan perasaan.
Jika ia memohon
kerja, ia kemudian akan
susuli doa yang
berterusan. Ia tidak bimbang
jika gagal kerana ia tahu bahawa
setiap ketentuan
Allah adalah terbaik baginya.
Jika ditakdirkan mendapat
suami yang berpendapatan
rendah, ia tidak bimbang.
Baginya rezeki yang
berkat walau sedikit
lebih baik daripada rezeki yang
banyak tapi melalaikan.
Ada yang bahaya daripada itu?
Ada. Sampai melanggar
larangan Allah! Bimbang barangan
tak laku, peniaga
jumpa bomoh, jampi serapah Hindu
Klasik-runtuh aqidah.
Bimbang tak dapat jodoh
si gadis peraga diri,
mendedahkan tubuh di khalayak,
bermata keranjang, jadi bebas dan liar.
Patut sampaikan
hasratnya melalui para ibu,
dan memohon
kepada Allah agar
dikurniakan lelaki soleh.
Jangan terkejut, ada suami
zaman ini yang melacurkan
isteri dan anak gadis kerana
desakan hidup. Tak ada maruah,
tak ada pendirian.
Harimau yang buas pun
cemburu jika ada jantan
menghampiri pasangan betinanya.
Suami itu adalah dayus.
Orang dayus diharamkan syurga.
Kerana tiada tawakkal rosak
masa depan isteri dan
anak gadis itu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .