
Ikuti Blog ini
TGNA: Tiada Keutamaan Bangsa Dalam Islam ,Isnin, November 17, 2008 at 17.11.08,

Apa penyakit Pak Lah? , at 17.11.08,

Semenjak dua menjak ni…cerita-cerita tentang Pak Lah makin kurang kedengaran. Orang dah tak minat dengan Pak Lah…tapi seronok mengumpat tentang Najib. Biasa la…dalam Umno..sapa yang ada kuasa…semua orang hurung. Macam langau hurung tahi.
Pagi tadi..nasi lemak kat kedai janda Bakaq dah habih. Jadi..aku beli nasi lemak yang dah siap dibungkus. Empat kali suap…licin. Sementara makan nasi lemak..aku sempat baca kertas surat khabar lama yang digunakan untuk membungkus nasi lemak tu…tentang seorang hakim yang tertidur ketika perbicaraan sedang berjalan di Australia.
Nampaknya…Pak Lah ada geng yang suka tidor masa bekerja.
Tapi bila aku baca surat pembaca dalam NST hari ini…aku jatuh kesian pulak kat Pak Lah. Rupa-rupanya tertidur ni satu penyakit…bukan pasai bini dia kacau malam-malam.
Dr. A. Soorian dari Seremban bagi tau…ini mungkin diluar kawalan beliau. Pak Lah mungkin mengalami satu penyakit yang dinamakan narcolepsy…dimana menyebabkan seseorang itu tertidur.
Orang yang mengalami penyakit ini akan tertidur tanpa amaran…ada yang tertidur semasa makan ataupun macam hakim di Australia tu. Mereka yang mengalami narcolepsy menghadapi masalah tidur diwaktu malam. Para saintis perubatan berpendapat…mereka yang mengalami penyakit ini mempunyai kadar hypocretin, iaiut sejenis kimia yang terdapat didalam otak, yang rendah.
Hypocretin mengawal tahap kesedaran seseorang itu , dan tidak diketahui mengapa sesetengah orang mempunyai kadar hypocretin yang rendah.
Sesetengah doktor berpendapat, ini mungkin disebabkan oleh keturunan ataupun terkena bahan-bahan toksik seperti racun serangga. Apa pun…narcolepsy memang susah untuk diubati.
Jadi… sekarang aku paham…mengapa Pak Lah selalu tidor. Kesiaaaan dia.
Nik Aziz: Negeri berkat, rakyat dapat cari rezeki siang malam , at 17.11.08,

"Bandar Kota Bharu terutama Wakaf Che Yeh tidak mati kerana pelbagai lapisan masyarakat berurusniaga untuk mencari rezeki.
"Malah kawasan itu kini menjadi sebahagian tumpuan pelancong yang datang ke Kelantan," katanya ketika merasmikan Seminar Pemurnian Aqidah Peringkat Negeri di Balai Islam, di sini semalam.
Hampir 1,000 peserta yang terdiri di kalangan kakitangan kerajaan negeri hadir. Program itu dianjur bersama Jabatan Usuluddin, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).
Menteri Besar juga mengingatkan umat Islam sentiasa berhati-hati dengan kufar yang sentiasa mengancam umat Islam melalui pelbagai cara.
Katanya, walaupun negara ini telah merdeka lebih 50 tahun, namun pihak kufar sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan umat Islam.
"Kita hendaklah berhati-hati dan jangan sekali-kali hanyut dengan fahaman kebendaan yang cuba diterapkan dalam kehidupan kita," ujarnya.
Beliau melahirkan rasa syukur memandangkan sistem perbankan di negara ini banyak telah beralih kepada kaedah Islam termasuk Hong Leong Bank untuk menarik umat Islam berurusan.Keluar Negara Pada Masa Yang Sama, Pak Lah Dan Najib Sengaja Langgar Peraturan !! , at 17.11.08,
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mempertikaikan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam negara pada dua hari yang sama dalam minggu ini kerana menghadiri lawatan rasmi di luar negara. Lim berkata, mengikut kedudukan peraturan sejak 30 tahun lalu, Perdana Menteri dan timbalannya tidak boleh meninggalkan negara pada masa yang sama. Beliau berkata demikian berikutan Abdullah kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi empat hari yang turut disertai oleh dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Abdullah hanya akan kembali bertugas pada Jumaat ini.
Sementara itu, Najib pula akan ke Lima, Peru untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-16 esok dan seterusnya ke New York dan dilaporkan hanya akan pulang pada awal bulan depan. Lim berkata, ini bermakna, pada Rabu dan Khamis ini, kedua-dua mereka tidak ada di dalam negara. Justeru beliau mempersoalkan siapa yang akan menjadi pemangku Perdana Menteri pada dua hari tersebut. “Tidak boleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini mendahului dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Umno kerana beliau juga bersama dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar akan ke luar negara bersama (Datuk Seri) Najib esok.
“Bolehkah menteri yang paling senior di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok atau Presiden MCA yang baru dipilih, Datuk Seri Ong Tee Keat?,” katanya kepada media di luar Parlimen, di sini. Lim berkata, ini merupakan satu kritikan terhadap Ahli Parlimen Umno yang tidak menerima kedudukan yang termaktub dalam perlembagaan bahawa jawatan Perdana Menteri terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak mengira bangsa, agama atau wilayah. Dalam perkembangan yang sama, Lim juga meminta Najib menyerahkan isu ‘ketidakpastian’ peruntukan tambahan RM7 bilion dalam Bajet 2009 kepada Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bagi mendapatkan kelulusan Parlimen sepanjang ketiadaannya.
Sesuatu yang janggal dan tidak masuk akal bila kedua-dua pemimpin tertinggi ke luar negara. Apalah gunanya ada timbalan, jika tidak bertanggungjawab seperti ini. Bukankah beliau boleh mewakilkan orang lain untuk ke persidangan berkenaan. Namun kenapa memilih untuk pergi juga, walhal beliau tahu Perdana Menteri sedang rangka lawatan ke negara Balkan pada masa ini. Kita pun naik hairan dengan senario yang berlaku. Apakah ini petanda yang mereka cuba untuk melarikan diri daripada tanggungjawab?. Bagaimanakah dengan keputusan besar yang akan berlaku semasa ketiadaan mereka nanti. Apakah mungkin Khairy Jamaluddin akan memikul tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Bapa Mertuanya ituTok Guru Nik Aziz: Jangan lawan Allah pertikai fatwa haram "pengkid" , at 17.11.08,
KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".
Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.
"Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.
"Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.
Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".
Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.
Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau "pengkid" kerana gejala tersebut di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.
Dato' Noh Gadut kini bukan lagi Mufti Negeri Johor? , at 17.11.08,
Pada petang Khamis 13 November 2008, Sultan Johor secara mengejut telah melantik Dato Tahrir bin Dato Kiyai Hj. Shamsudin (sebelum ini Timbalan Mufti) sebagai Mufti Johor menggantikan Dato Noh Gadut.Perkara ini amat mengejutkan kerana waktu perlantikan dibuat oleh Sultan Johor, Dato Noh berada di Indonesia atas urusan kerajaan. Ini merupakan kejatuhan mengejut Dato Noh Gadut yang dikenali di seluruh negara.
(Sekiranya tuan ragu-ragu dengan berita ini, sila telefon ke Pejabat Mufti Johor 07-2282900 atau 07-2282901)
Rencana Khas Sempena 18 Tahun Nik Abdul Aziz Jadi MB ,Ahad, November 16, 2008 at 16.11.08,

Sejarah dan Kehebatan Seorang Agamawan
OKTOBER lepas genap 18 tahun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 77 menjadi Menteri Besar Kelantan. Usianya ketika beliau mengangkat sumpah sebagai MB 59 tahun. Beliau dilantik menjadi MB Kelantan pada 21 Oktober apabila PAS berjaya menumbangkan kerajaan BN pimpinan Muhammad Yaacob pada pilihan raya umum ke - 10. PAS yang bergabung dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menyapu bersih kesemua 39 kerusi DUN dan 13 Parlimen.Kedudukan kerusi mengikut parti ialah, kerusi DUN, PAS 24, Parti Melayu Semangat 46 13, masing-masing satu Hamim dan satu Berjasa. Manakala untuk kerusi Parlimen, PAS, 6 kerusi dan Semangat 46, 7 kerusi.
Perlantikan itu sesuai dengan kedudukannya sebagai Pesuruhjaya Pas negeri Kelantan. Nik Abdul Aziz mengambil alih jawatan itu pada tahun 1978 daripada Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda yang melepaskan jawatan berkenaan dalam keadaan terdesak. Beliau menguasai parti sepenuhnya pada tahun 1982. Dengan kedudukan itu beliau mengemudikan PAS Kelantan.Perlantikan Nik Aziz itu melakar sejarah buat dirinya sendiri, kepada PAS dan rakyat negeri Kelantan seluruhnya kerana beliaulah satu-satunya Menteri Besar yang berlatar belakangkan pendidikan agama bergelar ustaz. Beliau mendapat pendidikan peringkat tertinggi di Darul Ulum Deobond India dan Azhar Mesir dengan memperolehi ijazah dan master dalam bidang Bahasa Arab dan Perundangan Islam.
Perlantikan Nik Aziz itu merupakan Menteri Besar Kelantan yang ke-7 dan yang pertama dari kalangan agamawan atau berpendidikan agama yang mampan. Menteri Besar Kelantan pertama ialah Tengku Hamzah Zainal Abidin, (1947- 1953) kedua, Nik Ahmad Kamil, (1953- 1958), kedua mereka merupakan Menteri Besar sebelum Merdeka dan dari Perikatan.
Menteri Besar ketiga ialah Ishak Lotfi Omar (1959 – 1964), keempat, Mohd Asri Muda (1964 – 1974), kelima, Muhammad Nasir (1974 – 1978), manakala keenam Muhammad Yaacob (1978 – 1990). Keenam-enam MB ini berlatar belakangkan sekular dan tidak bergelar ustaz.
Jika dibandingkan dari segi jangkamasa (tempoh) ternyata Nik Abdul Aziz mengatasi ke semua bekas MB itu. Keenam MB tersebut berkhidmat tidak sampai tiga penggal atau mencecah lebih sepuluh tahun. Mungkin rekod yang dimiliki Nik Abdul Aziz kini sukar untuk dipecahkan oleh sesiapa saja menjadi MB Kelantan selepas ini.Perkhidmatan Nik Abdul Aziz kini sudah memasuki tahun ke 19 dan jika beliau berhajat untuk meneruskan perkhidmatannya sehingga pilihan raya akan datang beliau mungkin akan menyamai rekod perkhidmatan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
Sekiranya beliau akan mengundur diri menjelang pilihan raya ke -13 yang dijangka pada 2011 atau 2012 bermakna beliau akan menjadi MB selama lebih tiga dekad dan akan menjadi MB kedua yang lama berkhidmat selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang kini sudah berkhidmat selama 27 tahun.
Dalam pada itu kemunculan Nik Abdul Aziz menjadi MB ia juga secara tidak langsung memartabatkan golongan agamawan dan ulama. Kapasiti beliau sebagai ustaz yang kemudian dinobatkan dengan panggilan “tok guru” menjawat jawatan itu secara tidak langsung menaikan martabat dan darjat golongan agama di mata masyarakat.
Apa lagi kejayaan dan keberkesanan kepimpinan dan pentadbirannya membuktikan bahawa golongan agama – berpendidikan Islam, berbudaya jubah dan serban juga mampu mentadbir dengan baik. Sesungguhnya golongan agamawan tumpang merasa bangga atas kejayaan dicapai Nik Abdul Aziz.
Justeru kedudukan ataupun pandangan seorang kepada golongan ulama sebelum ini sudah berubah. Dengan kejayaan dan sejarah dicatat Nik Abdul Aziz, ulama sudah dilihat sebagai golongan yang mampu untuk menjadi pemimpin ataupun duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan golongan sekular dan profesional duniawi yang memonopoli jawatan dalam politik.
Tanpa disedari kedudukan dan kejayaan Nik Abdul Aziz juga telah menyuntik semangat kepada golongan Islam tradisional untuk menjadi lebih yakinkan diri sendiri dan bersaing sama dengan golongan sekular yang sering mengakui mereka lebih layak dan pakar mentadbir.
Dalam konteks ini kejayaan Nik Abdul Aziz itu bolehlah dianggap MB itu adalah tokoh pencerahan semula era ulama dan Islam yang sekaligus merungkaikan ikatan rasa rendah diri dan inferiority compleex dari kalangan lulusan agama.
Rahsia kejayaan dan keutuhan pengaruh.
Kejayaan dan ketahanan Nik Abdul Aziz menduduki kerusi itu tanpa pergolakan ialah hasil gabungan dua unsur; personalitinya dan polisi dan dasar Islam yang dibawanya. Nik Abdul Aziz tidak hipokrit dengan Islam dan tegas serta mengemukakan pendekatan Islam dengan mudah (bukan paksaan) yang dicerminkan menerusi akhlaknya sendiri. Beliau seorang hamba yang muslim dan pratikal, pemimpin yang mutaqim.
Kehidupannya yang zuhud, bersifat tawaduk, merendah diri dan tidak bertukar bulu selepas menjawat jawatan MB, menyebabkan rakyat teruja dan terpesona serta melihat beliaulah pemimpin yang memimpin dengan akhlak dan bukan dengan slogan. Yang bersedia mengkesampingkan kepentingan diri dan taqwa kepada Allah.
Ini sesuai dengan fitrah Islam dan juga apa yang ditunjuki oleh Junjungan Agung Nabi Muhammad s.a.w. yang menawan dan menakluki musuh dengan akhlak dan bukan harta benda, kehebatan, kuasa dan keegoaan dengan duniawinya.
Sebaik beliau menjadi MB beliau terus memperkenalkan beberapa polisi dan pendekatan baru ala beliau – stail Nik Abdul Aziz. Beliau merubah secara perlahan-lahan sehingga mereka yang tidak fokus kepada pentadbirannya tidak akan merasai perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh beliau secara evolusi yang mengesankan.
Perubahan itu bermula dari bawah; dari perkara sekecil-kecilnya seperti amalan tidak membazir eletrik dengan menutup suiz lampu sewaktu rihat sehinggalah kepada melarang pemberian hadiah atau cenderamata dan seterusnya kepada penghapusan judi dan maksiat dan pemansuhan pemberian kawasan balak secara tertutup.
Dalam menerapkan stail pemerintahannya, Nik Abdul Aziz seorang yang bijak dan bangkit (responsif) kepada suasana semasa. Tindakannya juga halus dan bersahaja menyebabkan masyarakat tidak ditimpa satu kejutan budaya yang dibawa itu kandatipun sesetengahnya agak baru dan kontras dengan nilai semasa. Ini berlaku kerana sebelum beliau menerapkan sesuatu pendekatan baru kepada diri orang lain, baik rakan politik atau kerajaan beliau terlebih dahulu mengamalkannya untuk menjadi teladan kepada umum.
Mengingati kepada tindakan atau kaedah Nik Abdul Aziz ini samalah dengan apa yang diperlakukan oleh Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda ingin menyuruh para sahabat mencukur rambut sebagai meraikan kejayaan termaterainya perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah tidak menyuruh sahabat berbuat demikian sebaliknya beliau terlebih dahulu membotakkan kepalanya sehingga ianya kemudian diikuti oleh semua sahabat.
Antara perubahan awal yang dilakukan Nik Abdul Aziz pada tahun-tahun awal beliau menjadi MB ialah;
i. Tidak menerima sebarang pemberian hadiah atau cenderamata sewaktu mengadakan lawatan. ii. Tidak membeli kereta rasmi yang baru dan terus gunakan yang telah sedia ada.
iii .Memotong elaun MB sebanyan 45 peratus iaitu 40 peratus untuk kerajaan dan 5 peratus untuk parti.iv. Menghapuskan elaun berbuka puasa sebanyak RM15,000 setahun.
v. Menghapuskan elaun hari raya sebanyak RM30,000.
vi. Menjimatkan elaun keraian kedua timbalan MB sebanyak RM18,000.
Manakala mengenai polisi dan dasar kerajaan untuk menjamin keadaan sosial yang harmoni dan menepati kehendak agama tindakan hapuskan judi dan maksiat dilakukan dengan segera. Sebulan selepas menjadi MB, beliau mengumumkan bahawa perjudian toto, loteri dan nombor ekor dan apa juga bentuk perjudian dan maksiat diharam.
Selain itu beliau juga merombak tradisi sebelum ini dengan melantik bukan Islam / Melayu dalam PBT dan mengundang bukan Islam menghadiri majlis anjuran kerajaan atau parti. Cara ini adalah dakwah secara tidak langsung kepada bukan Islam untuk melihat keindahan, keadilan dan kesyumulan Islam.
Tindakan ini kecil dan bukan memerlukan proposal yang berjela-jela namun ia memberi impak besar dan menyebabkan orang melihat perubahan besar dalam pentadbiran. Dengan pendekatan itu juga menyebabkan masyarakat Kelantan dan diluar mengenali diri dan akhlak Nik Abdul Aziz. Pemotongan elaun keraian, hari raya, pengharaman judi, maksiat, arak dan sebagainya tidak dibuat oleh mana-mana MB tetapi dilakukan oleh beliau.
Sudah pasti dengan teladan itu menyebabkan ia memberi kesedaran atau menjadikan orang lain malu untuk berlebih-lebih dalam soal itu. Hasil dari tindakan itu hasratnya untuk membawa kebaikan kepada rakyat ternyata tercapai. Jika diperhatikan tindakan beliau berhikmah dan mempunyai mesej agar ia menjadi ikutan orang lain.
Adilnya Nik Abdul Aziz sebelum beliau melakukan perubahan ke atas diri orang lain beliau terlebih dahulu mengubah dirinya sendiri. Perubahan di luar dilakukan ke atas pemimpin Pas atau wakil rakyat kemudaian kepada kakitangan Kerajaan yang seterusnya akan terlaksanakan dalam komuniti.
Tarbiayah ke dalaman diusahakan. Pembentukan modal insan ataupun pembangunan insan telah lama diterapkan beliau malahan menjadi keutamaanya. Seperti mengadakan tazkirah di pejabat, majlis tadarus Quran di jabatan-jabatan atau agensi kerajaan, progam Ihya Ramadhan, sembahyang Terawih di lapangan terbuka dan sebagainya adalah program membersih dan menyucikan jiwa.
Nik Abdul Aziz seorang yang berkeyakinan kepada falsafah kebersihan perbuatan seseorang itu bermula dari jiwa yang bersih.
Dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan dan hubungan beliau sebagai pemimpin politik dan selaku MB dengan rakyat beliau senantiasa turun ke bawah. Lawatan demi lawatan bukan saja dalam waktu rasmi pejabat tetapi di luar pejabat. Jika dihitung waktu beliau berada di luar rumah (berjuang) lebih banyak daripada waktu di rumah. Hakikat ini jelas apabila setiap kali beliau keuzuran, demam, sakit dan sebagainya beliau merungut atau terkilan kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang hamba.
Sikap ini menjelaskan beliau seorang yang konsisten kepada tugas dan tanggungjawabnya. Beliau juga jarang sekali mengambil cuti untuk berihat dan menggunakan peruntukan untuk melancung ke luar negeri. Kalau pun beliau mengambil cuti hanya untuk menunaikan umrah.
Beliau seorang juga tidak suka kepada protokol. Tidak ada protokol untuk menemuinya melainkan protokol itu ditetapkan oleh para pegawainya atas tujuan tertentu atau sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Kerana itu pintu pejabatnya terbuka seperti mana terbukanya pintu rumahnya. Dan pintu rumahnya pula terbuka seperti mana terbukanya pintu suraunya yang berdepetan (berhampiran) dengan rumahnya. Datanglah pada bila-bila masa beliau akan memberi ruang dan kesempatan menemui sesiapa saja atas apa juga tujuan. Ada kalanya mereka yang ke pejabat bukan saja untuk urusan kerajaan dan parti tetapi urusan peribadi seperti untuk mengambil air tawar (air doa) daripadanya.Itulah antara rahsia ataupun fatwa mengapa beliau disenangi, pengaruhnya terus hijau melebar dan sekaligus dapat bertahan sehingga kini sebagai MB Kelantan.
Guru tuisyen ditahan sertai majlis anti-ISA , at 16.11.08,
Majlis memasang lilin anti-ISA yang diadakan secara aman di Esplanade, George Town malam tadi dicemari dengan penahanan penganjur bersamanya, seorang guru tuisyen, Paula Khoo Gaik Hong.
Paula Khoo, 47, yang kali pertama menganjurkan majlis seumpama itu bagaimanapun dibebaskan empat jam kemudiannya, dengan jaminan polis, selepas suaminya BS Khor, 51, menandatangani perintah jaminan tersebut.
Paula dikehendaki melaporkan diri di balai polis Jalan Patani pada 28 November.
Penahanan Paula, sejurus selepas majlis selama 40 minit itu, selesai pada jam 8.40 malam, mencetuskan kritikan dari para aktivis, yang menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak wajar, tidak rasional dan satu taktik intimidasi'.
Sebelum itu, kira-kira 200 orang aktivis memasang lilin ketika menyertai majlis itu anjuran satu kumpulan yang dinamakan Rangkaian Anti-ISA Pulau Pinang.
Ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta tersebut yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.
Ketika majlis tersebut hampir berakhir, sepasukan anggota polis, yang diketuai Ketua Inspektor Alimin Ali mengarahkan mereka bersurai dan mereka mematuhinya.
Ketika itu, Paula sedang berdiri di tepi jalan menunggu kereta suaminya apabila anggota polis - yang berpakaian seragam dan berpakaian biasa - menghampirinya dan memintanya mengikut mereka ke ibipejabat polis di Jalan Patani untuk memberi kenyataan.
Paula kelihatan terperanjat ketika dia dibawa dari situ dengan sebuah van polis.
Hanya bila tiba di balai polis, Paula dimaklumkan oleh pegawai penyiasat, yang hanya dikenali sebagai Inspektor Ibrahim Husin, bahawa di ditahan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram.
Dua Ahli parlimen DAP, Liew Chin Tong dan Jeff Ooi; bekas ketua Wanita Gerakan, Rhina Bhar; aktivis sosial, BK Ong bersama dengan kira-kira 15 aktivis anti-ISA berada di balai polis tersebut untuk memberi sokongan.
Selepas dibebaskan, Paula memberitahu wartawan apa yang dilaluinya itu membuatnya lebih memahami nasib tahanan ISA dan keluarga mereka.
Ong pula berkata penangkapan Paula tidak perli kerana majlis tersebut sudah selesai dan orang ramai sudah bersurai.
Di majlis tersebut, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng; Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia, Gary GV Nair; Penolong Ketua PAS Bayan Baru, Raziz Mohd Nor adalah antara yang berucap mendesak supaya ISA dihapuskan.
Adun ketuai 12,000 di S'wak sertai PKR , at 16.11.08,
Borang permohonan mereka diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang malam tadi.Turut memohon untuk menyertai parti pembangkang itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.
Beliau keluar dari parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri.
Adit, 58, mendakwa beliau telah mengemukakan borang permohonan dari 6,000 penyokongnya malam ini untuk menyertai PKR.Manakala 6,000 lagi permohonan baru dipercayai terdiri daripada bekas ahli-ahli PRS dan yang bukan ahli.
NIZAR DIALOG, CERAMAH DAN KULIAH SUBUH DI KUANTAN , at 16.11.08,
KUANTAN: Sekitar foto-foto aktiviti Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin semasa lawatan ke Pahang bermula tengah hari Sabtu sehingga Ahad.
Beliau diberikan kesempatan untuk berucap melalui ceramah di kampung Razali di sini, kuliah subuh dan berdialog dengan masyarakat setempat, Nizar sempat memberi penerangan mengenai beberapa perkara berhubung dengan perkembangan semasa yang berlaku di Perak.
Dato Seri Nizar menekankan mengenai keadilan sejagat yang bukan hanya memberi penekanan pada sesatu kelompok bangsa semata-mata tetapi pada semua rakyat yang berhak menerimanya.
Pagi tadi (Ahad) Nizar telah sampaikan kuliah subuh di Masjid Saidina Umar, Taman Chenderawasih, Kuantan.
Kuliah agama : Islam ditohmah sebar agama melalui mata perang ,Sabtu, November 15, 2008 at 15.11.08,


Hikmah mengapa al-Ghuzah atau perjuang diberi peruntukan daripada wang Negara atau harta zakat, peruntukan khas itu telah menimbulkan salah anggap di kalangan bukan Islam.
Mereka telah jadikan ini untuk mentohmah, peruntukan khas itu menyemarakkan kekerasan melalui askar
Penyebaran Islam didakwa tidak dengan dakwah, sebaliknya dengan kekerasan melalui mata pedang.
Dengan isyarat para pejuang telah diberi peruntukan khas daripada harta pemberian orang Islam berbentuk zakat, kononnya sebagai galakan untuk berperang.
Pada pendapat mereka bagaimana dunia akan selamat dan aman, jika sesebuah negera dikuasai oleh Islam yang didakwa menggalakkan para pejuang untuk berperang.
Kepada orang di luar Islam dan kepada generasi muda yang asas pengetahuan Islam terlalu cetek, mungkin mudah terpengaruh dengan persoalan bentuk provokasi itu.
Pertanyaan kepada mereka semula, menuduh orang Islam begitu berminat hendak berperang, seolah-olah masyarakat lain tidak terbabit dalam peperangan.
Kemukakan suatu fakta bukti adanya kerajaan selain Islam di muka bumi ini, yang tiada belanjawan untuk tentera dan pertahanan?
Pasti tidak ditemui Negara yang mengabaikan aspek keselamatan. Kalau diamati merekalah penganjur peperangan, dengan membuka medan perang di merata dunia.
Mereka membelanjakan peruntukan wang rakyat dan Negara bertrilion dolar, untuk mencipta dan membuat senjata pemusnah secara besar-besaran.
Mereka kritik Islam mengenai askar bukanlah untuk mencari kebenaran, tetapi kerana hendak memperlekeh Islam. Sedangkan perkara yang sama terdapat pada Negara selain Islam.
Tiap-tiap Negara saling memiliki senjata dan jentera perang sederhana atau besar, malah sanggup mengecilkan peruntukan yang lain demi kekuatan angkatan perang.
Itu dari segi kerajaan itu pasti wujud, hingga sesetengah Negara jatuh muflis, kerana perlumbaan dalam persenjataan di luar kemampuan, menyebabkan hutang Negara meningkat.
Dari segi orang perseorangan, manusia mana di dunia ini yang tidak berbalah dengan individual lain. Sama ada orang berfahaman demokrasi, sosialis dan komunis malah di kalangan yang mengaku Islam sendiri pun berkeadaan demikian.
Tuhan beri sebanyak sedikit sifat permusuhan kepada mereka, dalam pada itu Tuhan kurniakan juga sifat yang baik.
Terserah di kalangan manusia hendak memuja sifat yang hodoh atau sebaliknya. Jika bertembung pemuja perangai buruk sesame buruk pasti mencetuskan perbalahan.
Jika individu berbalah sesame individu dinamakan bergaduh, jika antara Negara berbalah dinamakan perang, sama ada perang dingin atau perang bersenjata.
Andaikan individu baik bertembung individu jahat, tidak mungkin yang baik akan beralah tanpa mempertahankan diri. Beralah tanpa membela diri boleh membawa kepada menghina diri dan berdosa.
Apabila perbalahan dalam bentuk kerajaan mesti membela rakyatnya dari penganiayaan. Apabila mempertahankan diri inilah yang dikatakan berperang, sebagai suatu tanggungjawab terhadap agama Negara dan rakyatnya.
Berdasarkan kajian bahawa berperang itu ialah mempertahankan diri, sesungguhnya pertahan diri itu ada dua keadaan.
Sama ada pertahan diri di medan sendiri, atau pertahan diri dalam bentuk membuat serangan, sebelum musuh datang menyerang.
Terserah kepada strategi yang mana lebih sesuai untuk pertahankan diri atau Negara, apabila ada tanda musuh hendak melakukan khianat sewajarnya ia diserang terlebih dahulu.
Sejarah membuktikan bahawa Nabi SAW berbuat demikian dalam perang Tabuk, ternyata strategi itu Berjaya mengempurkan musuh yang lebih besar jumlahnya, hingga mereka takut menyerang Negara Islam Madinah.
Dari sudut mana pun orang bukan Islam tiada hak untuk kritik pemberian dan peruntukan zakat untuk fi sabilillah, kerana sudah menjadi perangai manusia di dunia ini tidak sunyi daripada perbalahan.
Tuhan jadikan setiap manusia dengan caranya masing-masing, sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud :”Katakanlah: Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya (tabiat dan pengaruh) masing-masing. Maka Tuhanmu lebih Mengetahui siapa yang lebih benar jalanNya.” (Surah Al-Israa – ayat 84).
Justeru itu punca perselisihan sentiasa wujud di kalangan manusia, cara mengelaknya ialah mengikut peraturan tertentu berdasarkan wahyu Ilahi.
Jika kerajaan mendisplinkan pegawainya melalui surat pekeliling, Allah SWT lebih dahulu mendisplin makhluk-makhluk melalui wahyu pekeliling-Nya, Al-Quran.
Sebelum itu Kitab Injil, Taurat dan Zabur diturunkan kepada para Rasul-Nya, mengikut zamannya masing-masing.
Kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Bongkar: Jasa Pilihanraya Umum, MB Pahang Hadiahkan Tanah Kepada Pengerusi SPR !! , at 15.11.08,

Kami akan mendedahkan satu berita yang pasti mengejutkan semua pihak, iaitu perihal MB Pahang Adnan Yaakob dipercayai telah menghadiahkan tanah seluas antara 400-1000 Ekar (Sedang disiasat keluasan sebenar) kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Rashit. Ini adalah sebagai membalas jasa beliau yang mengaturkan strategi "jahat" untuk memastikan kemenangan mutlak UMNO/BN di Pahang dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Hasil perancangan tersebut menyebabkan Adnan mendabik dada kononnya BN terlampau "kuat" biarpun "Tsunami Politik" melanda negara . Walhal ini semua adalah percaturan yang telah dibuat oleh Rashit dan Adnan. Lantaran itulah tanah tersebut telah dihadiahkan kepada beliau. Adalah difahamkan, Rashit juga telah dihadiahkan tanah seluas 100 Ekar oleh Khir Toyo di Semenyih Selangor atas jasanya. Namun BN tewas juga di Selangor. Apapun, tunggu pendedahan Eksklusif nanti....WAJAH-WAJAH TERAKHIR MUJAHIDDIN.... , at 15.11.08,


PERLU DIINGAT!!!! MEREKA BUKANNYA SEORANG TERRORIST seperti yang dicanang-cangkan oleh gulangan KUFFAR dan AMERIKA SYARIKAT.....
INILAH MUJAHIDDIN!!!! PEJUANG ISLAM SEJATI!!!!
Kepimpinan Muda Umat Islam Kemboja Kunjungi Presiden PAS , at 15.11.08,
Marang – Tiga wakil pemimpin muda umat Islam Kemboja dari Ikatan Muslimin Kemboja (IMK), mengunjungi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya, Rusila dekat sini semalam.
Presiden IMK, Mohamad Suleiman (gambar) berkata kunjungan hormat beliau dan dua sahabatnya adalah mengunjungi pimpinan utama PAS itu dalam usaha meningkatkan hubungan antara saudara seagama Kemboja-Malaysia selain membalas kunjungan Tuan Guru ke Kemboja dua tahun lalu
. (Gambar kanan - Presiden PAS, bersalama dengan Gabenor Pursat semasa merasmikan masjid di Kemboja dua tahun lalu)
“Dua tahun lalu, Tuan Guru datang ke Kemboja untuk merasmikan masjid yang diusahakan pembinaannya oleh Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) di Kampung Khla Krabe, Pursat, Kemboja,
“ketika kami bersama-sama mengiringi Tuan Guru, beliau menjemput kami datang ke sini,”kata Mohamad yang ditemui selepas kunjungan tersebut.
Disamping itu menurut beliau, kunjungan tersebut adalah untuk mendapat sokongan dan kerjasama bagi usaha beliau memulihkan kembali Pusat Pengajian Islam Gunong, Bachok, Kelantan.
Katanya penubuhan pusat pengajian tersebut pada tahun 1990 adalah hasil kerjasasama diantara beberapa orang ustaz yang berasal dari Kemboja dengan beberapa pimpinan PAS Kelantan termasuk Ustaz Yahya Othman.
Dalam pertemuan dengan Tuan Guru yang berlangsung selama 30 minit, beliau berkata, Tuan Guru turut bertanya tentang hal ehwal umat Islam serta aktiviti-aktiviti pendidikan dan dakwah yang sedang berjalan di Kemboja.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh umat Islam, khususnya PAS dan beberapa NGO yang telah menyumbangkan tenaga dan wang ringgit membantu umat Islam Kemboja
.“Saya ucapkan JazakumuLlah Khairal Jaza’ kepada semua yang membantu kami di Kemboja membina masjid, surau dan madrasah serta aktiviti kebajikan dan sosial termasuk rawatan perubatan dan program korban setiap Eidul Adha,
“Kami (umat Islam) yang berjumlah 500,000 kini masih lemah dari sudut ilmu dan ekonomi berikutan perang yang berpanjangan,”kata beliau.
Menurutnya pada Eidul Adha tahun ini, pihak beliau (Ikatan Muslimin Kemboja) menganjurkan program korban di Kemboja dan turut menawarkan kepada semua umat Islam di Malaysia untuk melakukan ibadah korban di Kemboja.
Bagi mereka yang berhajat untuk menyertai program korban atau memberikan sumbangan untuk Pusat Pengajian Islam boleh menghubungi beliau di talian 017-971 8972.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun AFMY : 14032010037306 (BIMB) dan memaklumkan kepada kepada Hj Mohamad Said di talian 019 – 9850048 yang akan ke Kemboja pada Eidul Adha nanti.
JJ mengamuk di MasjidKeratong 4 , at 15.11.08,
KERATONG: Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat semalam. Ia berkaitan dengan “amukan” Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Imam Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini.
Kejadian dipercayai berpunca daripada “sakit hati” terhadap Iman Solat Jumaat terbabit yang membuat khutbah perihal soal “Keadilan Dalam Islam”.
Iman yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang. Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. “Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam” katanya.
Menurutnya selepas selesai mengimami solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. “Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan” katanya.
JJ memang Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab “Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik”.
Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata “Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah”. Lalu Ustaz Suhaimi menyahut “Jika Dato’ fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato’ baca khutbah minggu depan” .
Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid. Mungkin cabar itu dibuat bagi “membelasah” Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar.
Melihat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata “Elok kita berbicara dalam masjid Dato’.. kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar”. Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan “geram” dan “penuh emosi” diluar. Mungkin bagi mereka, sekejap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Imam yang membaca khutbah dan menjadi Imam solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya.
Namun dek kerana beliau tidak keluar, akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4.
Peristiwa yang berlaku ini jelas sekali mencerminkan betapa buruknya keperibadian Ahli Parlimen Rompin itu. Maka sahlah keputusan Pak Lah untuk tidak melantik beliau kekal dalam kabinet barunya adalah tepat sekali.
JJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan termasuk kes “Raba Punggung” di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan sebelum ini. Naman beliau juga dikaitkan dengan kes “Norrita Samsuddin” hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup siasatan kes tersebut dengan keputusan “tiada pembunuh sebenar”.
Bahkan lebih aneh lagi pihak polis menyatakan bahawa ” terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh pragawati itu”. Hingga sekarang ianya masih menjadi misteri. Apapun, ramai yang mengaitkan nama JJ dalam kes tersebut, samalah dengan TPM Najib yang dikaitkan dengan kes Altantunya selama ini.
Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh beliau itu, jelas sekali tidak menghormati kesucian “rumah Allah”. Beliau tergamak menyerang Imam yang mengimami solat Jumaat dimana beliau sendiri menjadi makmumnya ketika itu.
Apakah manusia seperti ini boleh dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin umat Islam. Maka diharap dengan peristiwa ini, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Rompin agar menolak beliau dalam pilihanraya umum akan datang.
{Nampaknya kes ini bakal menjatuhkan reputasi JJ yang khabarnya sedang mengintai untuk menjatuhkan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang tidak lama lagi. Kami difahamkan JJ sedang membina kekuatannya, kerana beliau tahu bila Najib Razak menjadi Perdana Menteri nanti sudah pastilah namanya akan naik sebagai calon yang paling sesuai ke jawatan MB Pahang itu. Team Adnan harus berhati-jati dengan kelibat dan gerakan “grass root” yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Rompin yang paling biadap ini. Jika tidak negeri Pahang akan berada dalam “kegelapan” kerana ditadbir oleh kaki “raba punggung” dan “kaki skandal seks” seperti beliau itu}.





