

KUALA LUMPUR - PENAHANAN Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Fariz Musa pagi ini membuktikan imiditasi awal Barisan Nasional (BN) yang memanipulasi pihak polis untuk mengekang kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, penahanan berkenaan adalah sesuatu yang menghairankan, dan ianya mengambarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pengurusan polis bertindak menggunakan kuasa di saat-saat akhir beliau menjawat jawatan berkenaan
“Apa yang menghairankan ialah,apakah aktiviti penampalan poster boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang boleh membawa kepada kemudaratan awam? Apakah calon BN, yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pengurusan polis bertindak menggunakan kuasa di saat-saat akhir beliau menjawat jawatan berkenaan sebelum beliau melepaskan jawatan untuk dinamakan sebagai calon PRK Kuala Terengganu esok?” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.
Fariz yang juga Ketua AMK Terengganu ditahan awal pagi ini bersama empat yang lain ketika menampal poster yang ditampal memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu di kawasan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.
AMK turut mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu?
“Seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas,”katanya lagi.
Oleh yang demikian, menurut Shamsul pihak polis harus membebaskan kelima mereka secepat mungkin serta memberikan justifikasi terperinci mengapa mereka ditahan.
“AMK dengan ini mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan sdr Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera,” kata Shamsul;
AMK, menurut Shamsul, ingin memberi peringatan kepada Umno-BN agar mereka tidak menyalahgunakan jentera dan instrumen kerajaan termasuklah pihak polis untuk memastikan kemenangan mereka pada 17 Januari kelak.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk".
"Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya," kata beliau.
"Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri," Malaysian Insider pula memetik Dr Mahathir berkata.
Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.
Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.
Kerusi parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.

SHAH ALAM, 5 Jan - Dewan Perpustakaan Awam Selangor semalam dipenuhi dengan kehadiran pengundi sekitar 500 ke 600 org, anak-anak terengganu di perantauan (PERANTAU).
Timbalan Ketua AMK Terengganu, Muzafeq Muhammad berkata demikian ketika menghubungi Buletinonline pada jam 5.30 pagi.
”Saya berada di Balai Polis Kuala Terengganu, Fariz telah ditahan dan kini sedang disoal siasat oleh Tuan Azmi dari cawangan Khas,”katanya.
Menurutnya Fariz telah ditahan bersama lima orang skuad AMK ketika sedang menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Gelihati juga hati ini membaca kenyataan Ali Rustam di dalam mSTAR bertarikh 2 Januari 2009 dimana beliau mencadangkan agar menjadikan permainan layang-layang aktiviti kokurikulum sekolah. Bertambah kelakar membaca kenyataan daripada beberapa blogger antaranya Ketua AMK Malaysia, Bro. Sam, Sebol dan juga nahdah. Semuanya mempersoalkan pandangan mengarut Ali Rustam dan saya secara peribadi juga menyokong pandangan dari rakan-rakan blogger ini.Apa sebenarnya hala tuju sistem pendidikan kita? Apakah generasi masa depan sedang disediakan untuk menjadi seniman dan budayawan semata-mata? Nampaknya masa depan anak-anak Malaysia semakin cerah dan lebih terarah kepada industri hiburan dan jadi tidak hairanlah jika program2 realiti semakin tumbuh bagaikan cendawan. Alahai malangnya nasib rakyat Malaysia tanah airku...
Jika ia disusun semula, angka "6" merujuk kepada tarikh penamaan calon iaitu Selasa ini manakala "17" pula hari pengundian. Bermakna angka "176" perlu dan jika dibaca "617", ia menandakan tarikh masing-masing bagi hari penamaan calon dan hari pengundian kelak pilihan raya kecil kali ini.
"Ia secara kebetulan sahaja," balas Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu ini.
"Sebenarnya nombor lot rumah saya pun 176 juga, mungkin isyarat baik (untuk kemenangan)," kata beliau dalam pertemuan pertama ringkas dengan wartawan mStar Online dan The Star selepas menemui penyokongnya di Kampung Seri Ladang di kawasan Dewan Undangan Negeri Ladang malam tadi.
Perkara ini sengaja diajukan kepada beliau sebagai permulaan bicara dengannya yang diumumkan sebagai calon PAS dan Pakatan Rakyat 1 Januari lalu.
Kemudian, pukul 10.15 malam Abdul Wahid berkejar ke dua lokasi yang lain untuk menemui seramai mungkin penyokong dan penduduk tempatan sebelum hari penamaan calon Selasa ini.
Semasa ditemui kira-kira 12.30 tengah malam di Markas Pemuda Wakaf Mempelam, Abdul Wahid, ADUN Wakaf Mempelam selama lima penggal sejak 1990 mengakui beliau mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendapatkan balik kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
"(Pemilihan ini) sebagai calon saya anggap sebagai satu tanggungjawab, bukan satu peluang," kata beliau kepada mStar Online.
Awal pagi tadi beliau bertolak ke Shah Alam untuk menemui anak-anak Terengganu di perantauan.
Bagaimanapun kata Bendahari PAS Kuala Terengganu yang berusia 52 tahun ini, beliau tidak keseorangan dalam mencapai misinya.
"Saya tidak keseorangan, sama-sama saya ada penyokong saya (untuk mengharungi cabaran pilihan raya kecil ini)," kata Abdul Wahid sambil menambah, "pilihan raya ini macam kita main bola sepak."
"Akan ada pasukan yang menang dan ada pasukan yang kalah. Tetapi kita mahukan kemenangan," katanya.
PERNAH MINTA TIDAK DICALONKANKetua PAS Kawasan Kuala Terengganu sejak 2003 ini yang sudah tiga dekad berkecimpung dalam politik ini juga mengakui namanya memang ada dalam senarai awal nama calon yang dihantar kepada PAS negeri dan pusat.
"Tetapi saya telah memberitahu bahawa kalau boleh jangan pilih saya (sebagai calon)... itu memang saya dah maklum dari awal," ujar Abdul Wahid yang secara berseloroh menggambarkan dirinya sebagai "ayah kepada sembilan orang anak, bapa mertua kepada tiga menantu dan datuk kepada dua cucu serta suami kepada seorang isteri", atas alasan tugas dan tanggungjawab yang dipikul sekarang.
Bagaimanapun tambah Abdul Wahid, beliau terpaksa menerima tanggungjawab itu apabila diputuskan oleh pucuk kepimpinan.
"Saya tidak boleh menolak," kata beliau yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya pada 1986 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, salah satu daripada empat bahagian DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu. (Gambar - Wahid sebak dan terharu bila di calonkan)
Banyak pihak dan penganalisis menganggap bahawa ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad akan menjadi calon pilihan. Personaliti lain termasuklah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali. Mac lalu PAS diwakili oleh Naib Presidennya, Mohamed Sabu.
Kerusi Bandar kini masih dikuasai Barisan Nasional (BN).
Selain Wakaf Mempelam, PAS menguasai DUN Ladang dan Batu Burok.
Mengambil kira bahawa beliau merupakan Ketua PAs Kuala Terengganu dan pernah bertanding di kerusi DUN Ladang 23 tahun yang lalu, Abdul Wahid memberitahu beliau mempunyai banyak kenalan di kawasan pusat bandar, yang menjadi sebahagian daripada wilayah DUN Bandar.
"Malah ibu saya tinggal di kawasan bandar. Begitu juga saya mempunyai kenalan lama di kawasan bandar termasuk daripada kalangan masyarakat Cina," kata Abdul Wahid dalam nada gurauan dan kadangkala bercampur suara ketegasan.
Nada bergurau senda dan ketegasan memang stailnya, kata beliau yang juga bekas Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Terengganu dari 1999 hingga 2004.
FALSAFAH POLITIKMengenai pendekatan politiknya sepanjang tiga dekad, Abdul Wahid berkata, beliau berlandaskan konsep bahawa "musuh jangan dicari dan jika berhadapan jangan biarkan."
Pendekatan ini sangat penting dalam meneruskan perjuangan politik, kata beliau yang lahir di Kampung Pulau Rusa.
Sebagaimana Abdul Wahid, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang sudah dua minggu diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN), juga Ketua Umno Bahagian.
Abdul Wahid memiliki kelulusan Ijazah Sains Marin dan Perikanan dari Universiti Putra Malaysia.
Abdul Wahid dalam ceramah kira-kira 10 minit di Kampung Seri Ladang malam tadi menyenaraikan beberapa isu tempatan dan nasional termasuk soal bayaran royalti, pembangunan, dasar dan soal derhaka kepada Sultan.
Malah beliau juga tidak mahu ada serangan peribadi dikenakan atau digunakan semasa berkempen nanti.
Kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak dianggap kubu kuat bagi parti yang bertanding. BN dan PAS dilihat mempunyai kekuatan yang cukup seimbang.
Ini turut diakui oleh Abdul Wahid yang memberitahu bahawa beliau telah melawat sebahagian besar kawasan di keempat-empat DUN berkenaan sepanjang dua hari yang lalu.
Bagaimana pula dengan janji kepada pengundinya? Abdul Wahid menyenaraikan tiga aspek iaitu menjadi wakil rakyat yang baik, bercakap untuk rakyat atau membangkitkan isu sebagai wakil rakyat dan mewakili parti.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"
Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."
Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.
Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.
Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.
Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.
Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.
Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.
Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.
Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.
Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.
Ia bukan kemenangan percuma tapi bersyarat
Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.
Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas.
Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."
Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.
Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.
Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.
Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.
Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.
Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.

KOTA BHARU - Pengundi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diharap menunaikan hak mereka sebagai pemilih dengan penuh keimaman. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hak sebagai pengundi merupakan mutlak kepada setiap individu yang tidak boleh dirampas dan dipaksa sesiapa pun.
"Apabila dihubungkan hak dan kebebasan mengundi ini dengan tanggungjawab kita untuk menegakkan Islam, maka tunaikanlah hak ini dengan penuh iman.
"Biar bagaimana rahsia sekali pun undi kita pada 17 Januari ini, ia tetaplah akan terakam sebagai amal makruf," katanya dalam satu kawat kepada pengundi parlimen Kuala Terengganu yang tinggal di luar.
Menurutnya mengundi sebuah parti yang mahu menegakkan Islam adalah wajib.
Ini selaras dengan firman Allah Taala dalam surah An Nashr: 1 dan 2 yang bermaksud, "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki agama Allah dengan berbondong-bondong".
Menurut Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, zaman sekarang, orang menegakkan Islam dengan mengambil alih kuasa melalui pilihan raya.
"Inilah yang timbul kerja mengundi melalui pilihan raya," katanya.
Pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari ini dan penamaan calon lusa.

Dalam Buletin Utama TV3 malam tadi saya terdengar kata-kata MB Terengganu, Ahmad Said berbunyi kira-kira begini. "Sekiranya pengundi tidak pilih BN kita tidak akan buat projek di Kuala Terengganu," Menurut laporan itu MB itu memperuntukan sebanyak RM5.6 juta untuk projek baiki longkang dan jalan-jalan kecil di Kuala Terengganu.
Kita bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Umno, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Walaupun tarikh penamaan calon ialah 6hb Januari, Bn yang diketuai Umno telahpun memulakan kempen. Dibantu media arus perdana, propaganda bersifat tohmahan dan fitnah digembleng sedemikan rupa, terutamanya bagi memperlihatkan adanya keretakan dalam Pakatan Rakyat.Saya ingin menegaskan di sini bahawa Pakatan Rakyat akan berdiri teguh menyokong Mohd Abdul Wahid Endut dan akan berusaha bagi memastikan calon Pakatan Rakyat ini terpilih mewakili rakyat di Parlimen kelak. Kita yakin dengan pengalaman beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di Wakaf Mempelam selama lima penggal, inshaallah kemenangan akan berpihak kepada kita.
Umum mengetahui kempen akan berlangsung selama 10 hari dan keputusannya nanti akan ditentukan pada 17hb Januari 2009. Pakatan Rakyat berharap proses pemilihan kali ini akan berjalan lancar dan berlangsung dalam keadaan aman. Adalah diharapkan pihak berkuasa akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, profesional dan tidak prejudis terhadap penyokong Pakatan Rakyat.
ANWAR IBRAHIM

Kuala Terengganu - PAS telah dilihat memenangi pusingan pertama apabila mengetengahkan Wahid sebagai calon mewakili PAS dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.
Ramai melihat ini suatu pilihan terbaik daripada Presiden PAS setelah melakukan proses istikharah dan istisyarah, seperti yang di anjurkan oleh Rasululullah s.a.w. Melalui penulisan blog, penganalisis politik Mohd Sayuti Omar, pula menganggap pencalonan Abd Wahid sebagai keputusan yang bijaksana oleh Presiden.
Di atas kertas Abd Wahid dijangka menang selesa di DUN Wakaf Mempelam selepas rekod mempertahankan DUN berkenaan 5 penggal berturut-turut. Beliau juga dikenali ramai oleh masyarakat parlimen Kuala Terengganu kerana ketokohan beliau selain masyarakat bukan Islam mempunyai masalah untuk mengundi beliau.
Dari segi strategi, jentera UMNO tidak menyangka pemilihan Abd Wahid dan dijangka sukar untuk menyerang pribadi beliau.
Ketokohan dan kepopularan Abd Wahid juga dilihat mengatasi calon UMNO, Wan Farid yang lebih awal diumumkan. Ini kemungkinan besar akan mendatangkan masalah besar buat jentera UMNO.
Masalah UMNO bertambah apabila Wan Farid dikatakan bukan calon yang terbaik kerana sebelum ini ramai ahli UMNO mahukan Zubir Embong yang menjadi calon.
Seluruh kepimpinan dan ahli PAS dipelbagai peringkat menyokong sepenuhnya keputusan Presiden PAS memilih Abd Wahid Endut.

Para pengundi di Kuala Terengganu perlu diingatkan kembali kepada luahan hati Tun Dr. Mahathir pada 19hb Mei 2008 apabila beliau mengumumkan keluar daripada UMNO. Anggaplah ini sebagai pesanan orang tua yang perlu dihormati. Antara lain bekas presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri berkata:
Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.
Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.
Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.
Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.
Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.
Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular.
Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)
Dipetik daripada blog Tun Mahathir- chedet.com
