Ikuti Blog ini
Melayu Bangkit: Pemuda PAS bantah penglibatan IIM ,Rabu, Mei 12, 2010 at 12.5.10,
Ia adalah kerana Umno menjadi ‘dalang’ yang menganjurkan program rasis lagi menghasut “Melayu Bangkit” yang dijadualkan pada 13 Mei 2010 ini.
(gambar - Ketua penerangan DPPNT Syeikh Mohd Hanafi Syeikh Abdul Aziz mengedarkan kenyataan media selepas membuat laporan polis)
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Razali Idris yang menganjurkan program tersebut bersama Institut Integriti negeri Terengganu adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah membuat satu laporan polis berkaitan program tersebut di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu, dekat sini.
Ketuanya, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata Pemuda PAS menganggap program “Melayu Bangkit” melanggar Akta Hasutan dan menimbulkan sentimen perkauman (Rasis).
“Hari ini, kita (Pemuda PAS) buat satu laporan polis tentang program yang dianjurkan pihak kerajaan negeri dibawah Institut Integriti bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Program ‘Melayu Bangkit’. Kami (PAS) anggap program ini dalam tiga keadaan iaitu Pertama, program ini bercanggah dengan Akta Hasutan kerana ia membentuk sentimen perkauman.
“Seolah-olah melahirkan kebencian perkauman dan menyemarakkan semula perasaan rasa marah dan permusuhan antara kaum dan mengancam keselamatan dalam negara kita.
“Kedua, program ini memberikan satu respon yang buruk terhadap bangsa Melayu. Seolah-olah, bangsa Melayu lemah, bangsa Melayu hina dan bangsa Melayu tidak memiliki maruah. Inilah penilaian yang dibuat oleh Umno terhadap bangsa Melayu.
“Ketiga, program yang dianjurkan oleh Umno ini adalah untuk menarik dan menipu rakyat kerana Umno sebenarnya pengkhianat dan bersifat hipokrit terhadap bangsa Melayu sendiri,” ujarnya di perkarangan Balai Polis IPD Kuala Terengganu sejurus selepas membuat laporan polis pada jam 9.40 pagi, hari ini, 12 Mei.
Sebenarnya, kata beliau, Umno bersikap ‘hipokrit’ (bermuka-muka) terhadap orang Melayu.
Kononya Umno memperjuangkan Melayu, namun sikap ‘talam dua muka’ Umno mengkhianati orang melayu dengan merampas royalti minyak dari kerajaan Terengganu dan Kelantan yang dipilih oleh rakyat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong menegaskan sikap hipokrit Umno jelas apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir telah menghentikan bantuan perkapita kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR).
“Ketika dibawah pemerintahan Tun Dr Mahathir lagi bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat (SAR) diberhentikan serta memberi suatu ancaman besar dan tekanan hebat penindasan terhadap sekolah agama rakyat,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas menggesa pihak polis segera melakukan siasatan terhadap program “Melayu Bangkit”.
Katanya, pihak polis tidak perlu takut dan bersifat memihak, hendaklah menyiasat program tersebut kerana dikhuatiri wujud unsur-unsur jenayah dan provokasi.
“Ini jelas, apabila tajuk “Melayu Bangkit” itu dipadukan dengan tarikh 13 Mei sudah dimaklumi bahawa ianya sejarah hitam peristiwa berdarah antara kaum di Malaysia yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969,” tegasnya.
Malah, katanya badan NGO Gertak juga perlu disiasat di bawah Akta Pertubuhan bagi memastikan pengesahan pendaftaran pertubuhan berkenaan.
Beliau turut menyifatkan program seumpama itu bersifat menipu rakyat dan bangsa Melayu agar bersama-sama dengan Umno.
Menurutnya, sifat hipokrit Umno itu sehingga sanggup melanggar Akta Hasutan serta undang-undang di negara ini.
“Hakikatnya, Melayu sebenarnya perlu bangkit untuk menyedarkan Umno dan menjatuhkan Umno dalam pilihan raya yang akan datang kerana sifat hipokrit mereka (pemimpin) sehingga mereka (Umno) sanggup melanggari Akta Hasutan yang ada dalam negara kita.
“Kita (PAS) minta pihak keselamatan (polis) membatalkan segera program seumpama ini yang sebenarnya mengganggu dan mengancam keselamatan negara.
“Ini juga bercanggah dengan konsep 1Malaysia dan jika mereka (Umno) benar-benar mempunyai niat yang baik untuk menyatukan rakyat. Mereka (Umno) tidak buat berbentuk sentimen perkauman tetapi berbentuk sentimen rakyat Malaysia,” ujarnya.
Hadir sama mengiringi DPPNT membuat laporan polis Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Mohd Hanafi Syeikh Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Amal Terengganu, Ustaz Mohd Saiful Ambia Darusa serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pemuda Negeri. -BO
Semua terbongkar - Anwar , at 12.5.10,

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengumpul nama mereka yang terlibat dengan perancangan berhubung kes liwat yang melibatkannya.
Bercakap kepada media selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhenti rehat sebentar tadi, beliau memberitahu nama-nama terbabit seperti Datuk Seri Najib, Khairul Anas, Mumtaz, Ezam Mohd Noor.
"Semua terbongkar," ujarnya sambil menyatakan perbicaraan bersambung jam 2.30 petang ini.
Sementara itu, mahkamah pagi tadi menolak permohonan peguam Karpal Singh untuk mendapatkan kenyataan beramaran Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang membuat keputusan itu sebelum rehat jam 10 pagi berkata, walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi tetapi kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar hadir sama mengikuti perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. (gambar)
Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam keterangannya hari ini mendedahkan dia menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd. Noor sebelum membuat laporan polis akhir Jun 2008.Saiful membuat laporan dia diliwat Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim 28 Jun 2008.
Sebelum ini, Saiful mengaku menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun iaitu dua hari sebelum beliau mendakwa diliwat Anwar. Dia menegaskan hanya sekali itu sahaja dia bertemu Najib dan tidak pada tarikh yang lain.
Saiful mendakwa, dia bercakap dengan Musa pada 25 Jun 2008. Dia juga memberitahu mahkamah dia bertemu dengan seorang pegawai polis ASP (kini ACP) Rodhwan Yusof di Hotel Mulia.
Saiful berkata dia ada bercakap dengan Ketua Polis Negara kurang daripada seminit dengan menegaskan ia satu-satunya hubungan kedua-dua mereka.
“Ketua Polis Negara minta saya tidak menghubunginya, beliau marah (dalam telefon) kerana beliau menganggap saya membuat panggilan palsu,” kata Saiful.
Apabila peguam kanan pasukan Anwar bertanya dia menghubungi Ketua Polis Negara, Saiful berkata, “saya mahu memberitahu Ketua Polis Negara masalah saya.”
Saiful berkata, dia terdengar Najib berbual dengan seorang yang tidak dikenalinya dan memberikan nombor Ketua Polis Negara kepada Najib.
“Saya terdengar nombor itu, saya mencatitkannya,” katanya.
Ketika disoal balas hari ini, Saiful juga mengakui bahawa dia ada bertemu dengan Senator Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Pemuda PKR, pada lewat malam 27 Jun sehingga awal pagi 28 Jun 2008 di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Pertemuan ini berlangsung beberapa jam sebelum Saiful menjalani pemeriksaan perubatan dan kemudian membuat laporan polis. Semua terbongkar - Anwar
Billboard diturunkan, Siapa Berbohong, Soalan Bocor! , at 12.5.10,
KUALA TERENGGANU – ‘Billboard’ Melayu Bangkit yang mengiklankan program ‘rasis dan menghasut’ anjuran NGO-Umno lenyap dari pandangn sejak pagi ini.Kehilangan billboard pada saat akhir menjelang progtam yang dijadualkan esok menjadi misteri, kerana menurut seorang saksi, billboard tersebut masih ada, semalam.
Ketua Polis negeri Terengganu ketika dihubungi pihak media menafikan mengeluarkan apa-apa arahan kepada mana-mana pihak supaya menurunkan billboard tersebut.
Bagaimana pun Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, sehingga kini, program ‘Melayu Bangkit’ itu tetap diadakan, walaupun Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah membuat satu laporan meminta polis menyiasat program itu yang didakwa melanggar akta hasutan.
Sebaliknya, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat Terengganu (GERTAK) yang menjadi penganjur bersama program mengenang kembali peristiwa 13 Mei, Razali Idris berkata pihak polis yang mengarahkan beliau menurunkan billboard itu.
Katanya, pihak polis telah memanggil beliau semalam, dan memointa beliau menurunkan billboard tersebut.
Justeru, dua kenyataan yang bertentangan tentang kehilangan billboard tersebut turut mejadi misteri, samada pihak polis atau Razali yang berbohong.
Sementara itu, Buletinonline dimaklumkan, semua soalan-soalan yang akan diajukan kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir adalah ‘soalan-soalan bocor’.
Ia adalah kerana, pihak penganjur menolak semua soalan yang akan diajukan sekiranya dihantar lewat, selepas jam 3 petang hari ini, 12 Mei.
Selain mendapat bantahan dari parti-parti dalm Pakatan Rakyat, program rasis lagi menghasut ‘Melayu Bangkit’ telah dibantah oleh sekutu Barisan Nasional MCA.
Presidennya, Chua Soi Lek telah mengarahkan ahli-ahli MCA menjauhi dan memboikot program tersebut yang disifatkan beliau sebagai mengenang kesusahan, kesengsaraan dan kesedihan peristiwa 13 Mei, 1969, yang begitu menyayat hati. -BO
SUPP Hina Islam Untuk Raih Undi , at 12.5.10,
Menteri Besar Perak yang digulingkan Barisan Nasional, Nizar Jamaluddin membidas SUPP kerana menyebarkan fitnah 'negara Islam' dalam usaha untuk menakut-nakutkan pengundi Sibu, dan bagi meraih sokongan kepada calon BN, Robert Lau.Bercakap kepada pemberita di sidang akhbar hari ini, Nizar berkata Parti Islam Se-Malaysia kesal SUPP-BN menyebarkan fitnah dan melakar imej pemimpin Pas sebagai tidak bertamadun dan ganas.
Nizar berkata demikian menjawab tuduhan SUPP bahawa Pas mahu mewujudkan 'negara Islam'. BN dipercayai menggunakan isu negara Islam dalam usaha untuk menyekat sokongan masyarakat Kristian kepada Pakatan Rakyat.
Masyarakat Kristian membentuk 53 peratus dari jumlah pengundi Sibu. Pas yang aktif membantu kempen Pakatan Rakyat di geraja serata Sibu sebelum ini diberi amaran oleh SUPP untuk tidak membawa politik Semenanjung ke Sarawak.
"Kita mahu memberi penerangan apa sahaja tohmah berkenaan isu kerajaan negara Islam adalah mainan jahat, fitnah besar yang dibuat SUPP," kata Nizar.
Nizar berkata Pakatan Rakyat bersepakat diatas prinsip bersama iaitu mewujudkan kerajaan yang adil, bebas rasuah dan tidak menindas mana-mana bangsa dan agama.
"Pas bersama-sama Pakatan Rakyat menggemblengkan usaha membentuk dan menubuhkan kerajaan yang adil, menghapuskan gejala rasuah dan membasmi diskriminasi kaum dan agama. Ini adalah teras perjuangan Pas, yang turut dikongsi DAP dan PKR. Atas dasar ini kita bersekutu," kata Nizar.
Nizar turut merungkai persepsi bahawa gerakan Islam terbesar tanahair itu akan melaksanakan hukum hudud.
"Soal negara Islam dan perkara-perkara yang menakutkan ini semua mainan SUPP disini, dan MCA di Semenanjung suatu masa dulu," kata Nizar.
"Semalam (di pertemuan bersama masyarakat Kristian Sibu), saya ditanya apakah Pas akan potong tangan pencuri. Saya jawab, pemimpin utama Pas iaitu Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan tidak pernah memotong mana-mana tangan orang Islam dan bukan Islam selama 20 tahun pentadbiran beliau. Bahkan, patung Buddha antara yang terbesar di Asia juga berada di Kelantan," tegas Nizar.
Beliau juga menambah 'senjata' ini telah lapuk, dan bukan lagi isu di Semenanjung Tanahair, melihatkan kepada sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pas.
"Sebenarnya kalau di Semenanjung, isu negara Islam ini sudah beres. BN memainkan peranan mengulangi isu yang lapuk," kata Nizar.
Sementara itu, Nizar turut menepis soalan media arus perdana yang mempersoalkan kewujudan klausa 'Negara Islam' dalam Perlembagaan Pas.
"Perlembagaan Pas tidak perlu dipinda kerana 'negara Islam' tidak disebut dalam Perlembagaan Pas," katanya, menjawab tuntutan SUPP supaya Pas meminda perlembagaan parti.
Polis begitu cepat menghalang penggunaan isu kalimah Allah di dalam kempen PRK Sibu setelah dilihat masyarakat Kristian memberi sokongan kepada PR, tetapi membiarkan SUPP memainkan isu negara Islam malah sehingga ke takat mereka menghina agama Islam. -GB
Cerita tipu ‘61 PAS masuk Umno’ , at 12.5.10,
Selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar saya dihujani pertanyaan bertalu-talu mengenai berita berikut:ALOR SETAR 11 Mei – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.
Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.
Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.
Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas.
Di samping berita tersebut disiarkan di akhbar-akhbar primitif pro BN, ia juga dilaporkan dalam siaran berita. Cuma sejak akhir-akhir saya agak renggang dengan berita tv sebab pembohongannya berkali ganda dari lalu.
Beberapa fakta tidak betul dalam laporan tersebut. Antara disebut: Pas dalam Bahagian Alor Setar sebenarnya tiada ‘Bahagian’ dalam Pas. Jawatan Timbalan Ketua Pas Cawangan juga tiada dalam Pas. Satu lagi disebut Cawangan Akar Penyengat, tiada kampung dalam kawasan Alor Setar bernama Akar Penyengat. Yang ada Akar Peluru, tapi Akar Peluru tiada cawangan Pas. Laporan oleh media primitif BN itu sangat bercelaru. Maklumlah sebuah laporan bohong, jadi pembohongan pun bertali temali.
Saya terfikir barangkali yang dimaksudkan Akar Penyengat ialah Alor Penyengat, lalu saya menghubungi seorang aktivis PAS di Kampung Alor Penyengat untuk mendapat penjelasan. Rupanya betul Abu Bakar Hussain adalah bekas ahli biasa Pas cawangan tersebut. Dia bukan orang penting, ada pun tak genap, tiada pun tak kurang. Cuma dia seorang sahaja bekas ahli PAS yang sertai Umno di kalangan 61 orang yang dilaporkan itu. Manakala 60 orang lagi tu mungkin depa kira sekali dengan kera, lutong, mengkarong, pokka, merang dan jebon. Sebenarnya ada sebab orang tua tu masuk Umno tapi malaslah nak cerita kat sini, satgi nampak macam dia tu besag sangat. Cukuplah aku kata orang tua ni jenis ‘cari makan’ jugak, aqidah pun longgaq, ada habuan sikit pejam mata pii lah, balaihhh. Cuma kesianlah nak hidup pun tak berapa hari dah, silap haribulan mati dalam parti tong taik tu..lantak pii lah hang yang pi cari.
Media mereka laporkan cuma 61 orang ‘keluar parti’. Sikit sangat. Sepatutnya laporkan 600 orang baru berbaloi nak bohong. Macam di Kulim kelmarin dulu kononnya 1700 orang PKR India masuk MIC, walhal ahli PKR India di cabang (bahagian) tersebut tak sampai pun 500 orang. Sekali lagi depa kira dengan berok, ular, bewak, tenggiling, katak dan menatang gemuk pendek hak dok serondoi tu. Kalau orang yang masuk MIC tak sampai banyak tu. Yang terima borang tu pulak Dato’ Mat Bashah. Bila pulak dia jadi Pengerusi MIC Kedah? Walaupun memang dia layak jadi ahli MIC tapi kenalah keluaq Umno dulu baru boleh masuk MIC.
Sebenarnya ‘bakal MB Kedah’ Dato’ Mat Bashah berada dalam keadaan tertekan sekarang ni apabila ramai ahli Umno Bahagian Alor Setar keluar parti dan masuk PAS. Di Taman Wira hari tu 65 orang masuk PAS (diketuai oleh JKKP Pak Pin) dan berikutnya di Alor Mengkudu 55 orang lagi Umno masuk PAS (diketuai oleh Naib Ketua Umno cawangan Alor Keriang).
InsyaAllah 28 Mei ini bertempat di Taman Wira Mergong akan ada lagi majlis penyerahan borang Umno masuk PAS. Siapa ketuanya..tunggu dan lihat. Pasti mengejutkan! Kita rodak habis-habisan untuk pastikan PRU ke 13 nanti BN tertungging kat Bakar Bata… di samping tertiarap juga kat Pusat.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ziarah sdr Lutfi Othman ,Selasa, Mei 11, 2010 at 11.5.10,

1. Sejurus saya pulang dari menghadhiri perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah pagi tadi , saya langsung menziarahi sdr Lutfi Othman sebagai Ketua Pengarang Harakah yang kini berehat panjang setelah selamat menjalani pembedahan jantungnya.2. Istemewa ziarah ini ialah penyertaan Dato' Seri Presiden PAS Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang yang juga pada awalnya mengikuti perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
3. Turut hadhir bersama ialah Sdr Kamaruzaman Mohamad selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat , sdr Dr. Shamsuri selaku Setiausaha Politik Presiden dan sdr Hj Affendi Jeli . Alhmadulillah selain ziarah dan sumbangan dari DPPP buat sdr Lutfi Othman , Al Fadhil Tuan Guru telah memanafaat waktu ziarah dengan nasihat dan tips - tips yang cukup istemewa terutama buat sdr Lutfi . Kami turut tumpang sekaki .
4. Antara tips yang disebut oleh Tuan Guru ialah amalan memakan bunga cengkih sebagai amalan kesihatan untuk menjaga jantung . Ilmu ini beliau perolehi dari Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh . Sementara bawang putih pula baik untuk mencair dan melancarkan perjalanan darah .
5. Tuan Guru turut menurunkan beberapa bacaan atau amalna untuk menahan sakit dan menjadikan diri tenang serta cepat sembuh . Antaranya ialah bacaan surah قل هو الله dan doa ربنا آتنا في الدنيا حسنة و في الأخرة حسنة و قنا عذاب النار setiap kali selepas solat fardhu .
6. Satu motivasi yang mampu menaikkan semangat kami semua apabila Tuan Guru membacakan satu hadis yang bermaksud barang siapa yang sewaktu sihatnya beramal dengan amalan yg soleh lalu ia jatuh sakit dan tidak lagi mampu untuk beramal maka Allah swt memberikannya ganjaran sebagai amalan yang ia lakukan sewaktu sihat .
7. Sdr Lutfi adalah antara seorang penulis handalan negara yang banyak pengalaman . Hidupnya dengan pena untuk menegakkan kebenaran . Saat sakit begini , banyak tugasannya tergendala namun Tuan Guru menyebut bahawa sebanyak mana sdr Lutfi menulis sebelum ini maka sebanyak itulah pula pahala atau ganjaran akan diberikan oleh Allah swt .
8. Bergenang air mata sdr Lutfi mendengar nasihat dan taujihat dari Tuan Guru Hj. Abdul Hadi , Sementara Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat sejahtera buat sdr Lutfi dan segera sembuh agar dapat kembali bertugas seperti biasa .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi
Setelah kalah hujah, BN didakwa guna polis di Sibu , at 11.5.10,
SIBU, 11 Mei: Selepas terasa sukar untuk berlawan hujjah dengan Pakatan Rakyat dan DAP dalam isu penggunaan nama Allah, hari ke empat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu menyaksikan polis masuk campur dan menghalang isu nama Allah disentuh dalam kempen.
Ketua Polis Sarawak SAC II Huzir Mohamed mengeluarkan kenyataan melarang penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen atau akan berdepan tindakan ISA atau Akta Hasutan.
“Kami telah mengawasi ceramah yang dibuat dan mendapati sesetengah parti menggunakan isu kalimah Allah," kata Huzir dalam sidang media hariannya.
“Ini adalah isu sensitif. Kami nasihatkan semua parti berhentikan menggunakan isu ini secara menyeluruh.
“Jika ada mana-mana pihak berkeras menggunakannya, kami akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau ISA. Kepada semua parti, jalan bawa masalah yang tidak perlu," katanya dalam sidang media itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan tersebut membuktikan Umno BN kini semakin terdesak.
Mengulas lanjut, Siti Mariah berkata, larangan tersebut dibuat mungkin setelah melihat isu tersebut yang dibawa DAP mampu mempengaruhi pengundi berbanding isu negara Islam yang dibawa BN melalui SUPP.
"Setiap kali Umno BN hadapi masalah yang mereka tidak boleh tangani dengan hujah, mereka akan guna undang-undang dan polis.
"Kenapa Umno BN harus takut,” ujarnya kepada Harakahdaily.
BN sepanjang empat hari kempen mereka, menggunakan isu negara Islam bagi menanam kebencian 52 peratus masyarakat Kristian di parlimen itu kepada DAP.
Poster dan billboard mereka membawa mesej "undi DAP sama seperti mengundi PAS untuk menubuhkan negara Islam".
Manakala DAP pula memberi penjelasan berhubung isu penggunaan kalimah Allah sebagai serangan balas bagi memancing undi bukan Islam khususnya di kalangan penganut Kristian.
Siti Mariah yang berada di Sibu sejak hari penamaan calon lagi berkata, apa yang dibuat Pakatan Rakyat hanya sekadar memberi penjelasan berhubung keadaan sebenar polemik penggunaan kalimah tersebut.
"Mereka buat tidak apa, tapi kita buat tak boleh.
"Mereka yang mulakan dan bila kita jawab mereka dah tak boleh handle lagi," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum ini berkata penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.
Bagaimanapun di Semenanjung, penggunaan kalimah itu tetap tidak dibenarkan di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan. -Hrkh
Rela atau tidak? Keterangan Saiful canggah, kata Karpal , at 11.5.10,
Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat, kepada polis bercanggah dengan tuduhan sebenar dikenakan terhadap ketua pembangkang itu.
Karpal berhujah bahawa pasukan pembela merasakan adanya ‘percanggahan’ antara keterangan yang diberikan kepada polis dan juga tuduhan sebenar terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu.
Sehubungan itu, perbicaraan kes liwat Anwar ini ditangguh sehingga esok bagi membolehkan Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan mengenai permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan keterangan Saiful.
Peguam bela utama Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangan berkenaan dan pertuduhan meliwat yang dikenakan terhadap Anwar.
Karpal berkata bahawa Saiful, dalam keterangan kepada polis, mendakwa kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaan sedangkan pihak pendakwaan mengenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan dengan kerelaan.
Katanya ini adalah kes pertama di negara ini melibatkan percanggahan besar antara pertuduhan dan keterangan saksi kepada polis serta keterangan oleh saksi di mahkamah.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menjawab bahawa terpulang kepada Peguam Negara selaku pendakwa untuk menetapkan pertuduhan.
Anwar yang merupakan ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa
Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Dalam sesi soal balas semalam Saiful yang mengadu diliwat oleh Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi, laporan polis yang dibuatnya telah menyatakan beliau diperlakukan demikian tanpa kerelaan.
Kemudiannya Saiful diminta oleh Karpal membaca laporan polis yang dibuatnya.
Laporan itu antaranya berbunyi : “Saya Mohd Saiful ingin melaporkan saya diliwat oleh majikan saya. Kejadian ini tanpa kerelaan saya...Oleh itu laporan ini dibuat dengan tujuan untuk mendapat keadilan dan pembelaan atas diri saya bagi tujuan keselamatan jika perkara ini tersebar luas.” TMI
PRK Sibu : Pentadbiran Taib hanya pentingkan diri dan kroni ,Isnin, Mei 10, 2010 at 10.5.10,
Ketua Menteri negeri Sarawak, Taib Mahmud mencengkam bumi Sarawak selama lebih 29 tahun dan sudah tiba masanya rakyat di negeri itu terutamanya pengundi dalam Parlimen Sibu mengambil alih mandat daripada Taib dan keluarganya, serta memulakan era baru bersama Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat berjuang untuk pentadbiran yang lebih baik.
Rekod pemerintahan Taib Mahmud dan BN menunjukkan pentadbiran yang sangat buruk.
Keluarga Taib melalui Cahaya Mata Sarawak (CMS) menguasai kebanyakan kontrak dan perniagaan yang menghasilkan keuntungan lumayan manakala rakyat terus dibebankan dengan kemiskinan dan peniaga kecil menghadapi kehidupan yang sukar.
Sarawak adalah negeri yang sangat kaya.
Dengan mengamalkan sistem tender terbuka untuk semua kontrak kerajaan dan dengan menuntut kadar royalti yang lebih tinggi dari Petronas, semua rakyat Sarawak akan hidup lebih senang, sekurang-kurangnya bertambah separuh daripada apa yang ada sekarang.
Kisah "lekuk hitam" Syaifool ...kasian Syaipool ? , at 10.5.10,

Karpal - "Adakah kamu sembahyang antara 26 dan 27 Jun seperti kebiasaannya"?
Syaipool - "Saya pergi Sembahyang Jumaat, tetapi tidak sembahyang pada 26 Jun kerana saya telah diliwat".
Karpal - "Pada 27 Jun, kamu tidak mandi wajib, maka sembahyang kamu tak sah?
Syaipool - "Saya hanya basuh sedikit sahaja, tapi benar sembahyang saya tak sah"
Karpal - "Kamu bukan seorang Islam yang baik kerana tak sembahyang"
Syaipool -"Saya dalam keadaan darurat masa tu"
sambil disambut dengan gelak ketawa oleh orang ramai yang menyaksikan adengan itu. Bukti ini juga mengesahkan kepada kita bahawa Saiful hanya mencari publisiti dengan "lekuk hitam" pada dahinya seolah-olah dia adalah ahli ibadat.
Ini mungkin bagi tujuan supaya orang Islam percaya dan simpati kepada dirinya. Jika mandi wajib dan solat pun tidak maka apakah layak beliau berimej sedemikian rupa? Akhirnya Saiful terperangkap dengan imej yang beliau cipta sendiri itu.
SIBU: CALON PR LAYAK KE PARLIMEN , at 10.5.10,

Pencalonan Pengerusi DAP negeri Sarawak, Richard Wong Ho Leng sebagai calon rasmi bagi mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam persaingan merebut Parlimen Sibu disifatkan sebagai tepat pada masanya.
Sebagai Ketua PR dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon dalam Parlimen Sibu selama tiga penggal, beliau pastinya arif dengan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dalam Parlimen Sibu.
Malah, beberapa hari selepas kerusi itu kosong, pihaknya awal-awal lagi mengumumkan bahawa jentera kempen akan memanfaatkan sepenuhnya isu-isu tempatan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini bagi memastikan masalah itu segera diatasi oleh pihak yang berkaitan.
Isu Banjir
Antara isu tempatan dalam parlimen itu yang sehingga kini gagal di selesaikan oleh kerajaan negeri ialah berkaitan permasalahan banjir yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu.
Walaupun kerajaan Barisan Nasional Sarawak mendakwa telah memperuntukan jutaan ringgit, namun rakyat dalam Parlimen Sibu melihat kenyataan itu sebagai retorik politik kerana permasalahan banjir tetap berlaku sehinggalah ke hari ini.
Situasi ini akan lebih jelas kelihatan apabila berlakunya hujan walaupun sedikit tetapi pada masa yang sama Bandar Sibu tetap akan mengalami banjir dan ini pastinya menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan itu.
Malah, Presiden SUPP, George Chan Hong Nam sebelum ini dilaporkan berang dengan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa beliau tidak mengendahkan nasib peniaga di kawasan Lebuh India, Kuching yang terjejas teruk akibat banjir sebelum ini.
"Saya tidak pernah berkata sedemikian, anda (wartawan) ada bersama saya ketika sidang media itu dan hanya See Hua Daily yang melaporkan berita berlainan," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ketika itu.
Sehubungan itu, dengan mengundi Wong, permasalahan itu pastinya akan lebih mudah diselesaikan kerana beliau akan menyuarakan isu itu dengan lebih kerap dan lantang dalam persidangan parlimen akan datang sebagaimana yang beliau lakukan bersama Adun PR yang lain dalam persidangan Dun di negeri itu.
Secara asasnya, sejak PR mencatatkan kemenangan menarik pada pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2006, beberapa kejadian yang tidak diingin mula berlaku terhadap Adun PR.
Pejabat diceroboh, terima ancaman bom
Ini termasuklah pencerobohan yang berlaku berkali-kali terhadap pejabat Adun PR serta ancaman bom terhadap Adun dan keluarga PR di negeri itu.
Dalam kes ini, Wong tidak terkecuali malah isteri beliau turut menerima ancaman bom dan kes itu gagal diselesaikan oleh polis negeri sehingga ke hari ini.
Kejadian itu masing-masing berlaku pada 27 September 2009, 15 Oktober 2009 dan 5 Februari 2010 yang mana semua kejadian itu rancak berlaku selepas kejayaan PR pada pilihanraya negeri pada tahun 2006 yang menyaksikan SUPP mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah parti itu apabila kehilangan lapan kerusi Dun termasuklah enam daripadanya di menangi DAP.
"Saya benar-benar tidak tahu kenapa (terjadi prestasi buruk). Apa yang boleh saya katakan ialah ini merupakan keputusan paling buruk dan teruk buat SUPP," kata George Chan sebaik keputusan pilihan raya negeri diumumkan ketika itu.
Antara yang menang dalam pilihanraya itu ialah Richard Wong Ho Leng bagi kerusi Dun Bukit Assek.
Manakala calon SUPP yang tewas termasuklah dua menteri muda, Datuk Alfred Yap Chin Loi dan Datuk Sim Kheng Hui, yang juga setiausaha agung SUPP.
Kekuatan Ho Leng
Apapun, faktanya ialah, Wong merupakan seorang pemimpin dan wakil rakyat yang cukup lantang menyuarakan permasalahan rakyat dengan fakta dan angka sehinggakan beliau pernah di gantung selama 12 bulan hanya kerana soalan yang beliau kemukakan dalam persidangan Dun gagal dijawab oleh Adun BN.
Itu menunjukkan bahawa suara beliau berkesan dan akan lebih manis lagi jika pemimpin seperti itu diangkat ke parlimen seterusnya mampu menggegarkan BN pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
Tambahan pula, SUPP yang mewakili BN pada PRK kali ini kekal dengan krisis dalamannya.
Krisis SUPP di Bahagian Sibu dan Dudong
Terbaru, pengumuman presidennya secara tiba-tiba bahawa ahli-ahli SUPP bagi kawasan Sibu bersatu bagi menghadapi PRK kali ini walaupun beberapa tahun lalu diumumkan krisis SUPP bahagian Sibu sudah selesai?
Terdahulu, pada 3 November 2008, George Chan mendakwa krisis SUPP di bahagian Sibu selesai dengan memcahkannya kepada enam bahagian.
Anehnya, bermula penghujung tahun lalu, pengerusi BN di negeri itu, Taib Mahmud mula memberi amaran kepada SUPP agar menyelesaikan masalah parti itu terutamanya dalam kawasan Sibu dan Dudong, sebelum amaran itu dikeluarkan sekali lagi oleh timbalannya, Abang Johari Tun Openg selepas itu.
Difahamkan SUPP di bahagian itu berpecah kepada dua puak masing-masing diketuai oleh Soon Choon Teck dan Wong Soon Koh.
Choon Teck sendiri pada 23 Januari tahun lalu telah meletak jawatan sebagai penolong pegawai publisiti SUPP selain memboikot beberapa program parti itu termasuklah sempena sambutan ulang tahun parti itu yang ke 50 pada tahun lalu yang mana presiden SUPP merupakan tetamu kehormat.
Manakala Pengerusi SUPP cawangan Sibu, Wong Soon Koh mendakwa menerima sokongan daripada 27 cawangan SUPP Dudong.
Pemimpin Supp sertai DAP seumur hidup
Kesan krisis itu juga menyaksikan Majlis Tertinggi SUPP, Wong Chin Yong keluar parti seterusnya menyertai PR melalui DAP dengan membayar yuran keahlian RM100 sebagai ahli DAP seumur hidup.
Sementara itu, SUPP juga dilihat sebagai parti paling bermasalah dalam sekutu BN walaupun parti itu merupakan parti tertua di negeri Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1962.
Krisis Dun Engkilili dan Dun Pelagus
Ini dapat dilihat berhubung kedudukan kerusi Dun Pelagus dan Dun Engkilili yang sehingga kini gagal dimuktamadkan antara SUPP dan sekutu BN yang lain walaupun pilihan raya negeri kian hampir.
Dun Engkilili misalnya sehingga kini menyaksikan dua puak yang berbalah antara satu sama lain dalam perebutan sebagai calon parti itu.
Pada pilihan raya negeri 2006, calon SUPP tewas kepada Johnical Rayong anak Ngipa yang kini merupakan calon bebas BN dan difahamkan mahu bertanding sekali lagi mewakili BN tetapi dibantah keras oleh SUPP pusat.
Sehubungan itu, dengan pelbagai krisis dalaman yang melanda SUPP, adalah sukar untuk parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Sibu dan ini merupakan masa yang terbaik buat pengundi di kawasan itu memenangkan Wong Ho Leng seterusnya mengangkat suara hampir 55,000 pengundi berdaftar di kawasan itu lebih didengari dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI'Undi DAP bererti undi untuk negara Islam' muncul di Sibu , at 10.5.10,
SIBU, 10 Mei: Sebagaimana dijangka, SUPP memulakan serangan ke atas DAP dengan menggunakan isu yang sudah bukan menjadi isu di Semenanjung apabila berkata, 'Undi DAP bererti undi untuk PAS dan negara Islam'.
Kempen ini dimulakan oleh Ketua SUPP Sibu yang juga Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.
Pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya berkata, memang benar Negara Islam adalah matlamat PAS tetapi ia bukannya matlamat Pakatan Rakyat.
Beliau mengaku, tema 'Undi DAP bererti undi untuk PAS dan negara Islam' berkesan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi ia sudah dikebumikan apabila tsunami politik melanda negara dalam pilihan raya umum 2008.
Atas dasar itulah, katanya, di Kuala Sepetang, Perak, 84 peratus pengundi Cina telah memberikan undi kepada calon PAS, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.
Atas dasar itulah juga, 82.5 peratus penduduk Cina Rasa, Hulu Selangor memberikan undi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Atas dasar itulah juga, 82.5 peratus penduduk Cina Rasa, Hulu Selangor memberikan undi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
"Nampaknya pemimpin SUPP yakin, apa yang tidak laku lagi di Semanjung masih lagi laku di Sibu," kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.
Beliau yakin, SUPP sangat bimbang dengan perkembangan yang berlaku dalam pilihan raya Sibu apabila sokongan untuk calon DAP semakin meningkat.
Dari 40% : 60% antara DAP : BN kini sudah meningkat kepada 44% : 56%. Ini sangat bimbangkan SUPP sehingga mengeluarkan serangan yang dianggap sebagai senjata pemusnah (killer weapon) ini, kata Kit Siang.
Di Sibu, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad antara pemimpin PAS yang paling diyakini untuk menjelaskan isu ini.
Ini kerana, Khalid adalah antara pemimpin PAS yang mula-mula memasuki gereja untuk bertemu dengan pengundinya selepas menang di Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya umum 2008 lalu.
Semalam, Khalid bersama Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja menemui penganut Kristian di gereja Sacred Heart, gereja yang terbesar di Sibu.
Ekoran itu, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Johnity Ongkili mempertikaikan tindakan PAS itu.
"Sebenarnya, mereka (PAS) patut datang ke Sabah dan Sarawak untuk belajar dari kita bagaimana cara untuk menguruskan hubungan antara agama. Ia bukan isu di sini," katanya kepada media.
53 peratus dari 54,649 pengundi Sibu adalah Krsitian. Isu nama Allah menjadi penting di sini apabila kerajaan BN yang dipimpin oleh Umno menolak penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.
Ia bermula apabila majalah Kristian Herald yang berpangkalan di Sabah memohon perintah mahkamah agar mereka dibenarkan menggunakan perkataan Allah untuk ganti kepada 'God' dalam edisi bahasa Melayu majalah mereka.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak permohonan itu. Dalam masa yang sama, pelbagai kenyataan dari pemimpin Umno mengguris hati penganut Kristian. Turut menimbulkan kemarahan adalah tindakan membakar beberapa gereja Kristian.
Namun begitu, PAS dalam mesyuarat mereka telah memutuskan, penggunaan nama Allah tidak bertentangan dengan Islam dengan syarat ia tidak digunakan untuk mengelirukan umat Islam.
"Sejak isu itu, banyak ceramah oleh mubaligh Kristian dalam gereja mereka di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak mengajak penganut Kristian menolak Umno atas tindakan mereka," kata seorang penganut Kristian di Kuala Lumpur.
Kini, isu agama dimainkan semula di Sibu dan nampaknya ia akan memihak kepada calon DAP kerana terbukti, rakan SUPP di Semenanjung iaitu Umno yang sepatutnya dipersalahkan. -Hrkh
Anwar: Saiful sahkan Najib terlibat , at 10.5.10,
KUALA LUMPUR, 10 April: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.
"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.
Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.
Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.
"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.
"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.
"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.
"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.
Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.
Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.
Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful. -Hrkh





