Ikuti Blog ini

Majlis Makan Malam PAS Kawasan Puchong

Alhamdulillah..program berjalan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan buat YB Dato' Mohd Amar b. Abdullah, yg mewakili Tuan Guru Al Mursyidul Am, para penyumbang dan pastinya ucapan syabas dan tahniah buat semua jawatankuasa pelaksana program ini. Semoga semuanya diberkati Allah Ta'ala. -Ust. Sofiean.

Jawatankuasa Penganjur Majlis Makan Malam PAS Kawasan Puchong, mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menjamu Selera di Bluewave Hotel.










Dedah bukti "ganjaran 2 juta" Anwar masih tunggu masa

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan bukti bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang melompat menerima ganjaran sekurang-kurangnya RM 2 juta daripada UMNO-Barisan Nasional.

"Saya ada keterangan yang cukup untuk mengesahkan orang-orang yang khianat ini terima dari agen UMNO dua juta ringgit," demikianlah kata-katanya kepada hampir 10 ribu orang yang menghadiri Ceramah Umum yang diadakan di Padang Perdana, Kota Bahru, semalam.

Biarpun diminta pemimpin PAS, Husam Musa yang berucap sebelumnya untuk mendedahkan bukti pada malam tersebut, setelah Anwar Ibrahim (gambar kiri) membuat tuduhan ini dalam satu kenyataan media pada 28 Mei, namun Anwar tetap enggan berbuat demikian, sebaliknya meminta agar orang umum menunggu.

"Pertama saya nak Najib dan orang-orang UMNO tuduh saya bohong... dan saya nak dengar ahli-ahli parlimen yang lompat, yang khianat ini, nafi. Kemudian saya bagi (bukti) macam drama Hindustan tiga babak...," kata Anwar Ibrahim.

Malah, Anwar berseloroh bahawa dirinya terlupa di mana buktinya disimpan, kerana takut seandainya dimaklumkan maka "bukti" tersebut akan hilang dirampas. "(kalau) Ambo kata ada di rumah, habis dicuri.."

Fenomena "lompat parti" paling ketara berlaku di PKR, menjadi salah satu isu yang hangat dibincangkan dalam PKR, dalam Kongres Nasional Tahunan ke-6 yang berlangsung dari 27 hingga 30 Mei 2010. Tuduhan-tuduhan seperti "pelacur politik", "sampah-sarap" dilemparkan kepada mereka yang berpaling tadah.

Sambil meminta maaf kerana tersilap pilih calon pada PRU ke-12, Anwar Ibrahim sekali lagi berjanji untuk mewujudkan mekanisme yang lebih sempurna dalam perlantikan calon pilihan raya partinya.

Selain Anwar Ibrahim, Ceramah Umum yang dijadualkan semalam membariskan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai penceramah. Exco kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa akhirnya menggantikan Nik Aziz yang keletihan untuk berucap.

Subsidi itu wang rakyat, Khalid

Selain itu, kenyataan bahawa Malaysia bakal mengalami bankrap seandainya subsidi kerajaan tidak dibatalkan oleh Ketua Eksekutif PEMANDU Jabatan Perdana Menteri Idris Jala (gambar kiri), turut disanggah oleh penceramah. MB Selangor Khalid Ibrahim mendedahkan penyelewengan bekas kerajaan negeri BN yang ditemuinya setelah PR mengambil alih kerajaan Selangor, dan membuktikan bagaimana Malaysia boleh "diselamatkan" berdasarkan pengalaman PR di Selangor.

Khalid Ibrahim yang sebelum ini berkecimpung dalam dunia korporat, mendedahkan bagaimana bekas kerajaan Selangor BN menswastakan sesetengah syarikat kerajaan, kemudian syarikat tersebut mengalami kerugian, dan akhirnya dibeli semula oleh kerajaan dengan harga yang lebih tinggi daripada sepatutnya.

Beliau menyindir cara perniagaan yang tak masuk akal ini, lantas mendakwa pemimpin BN telah memanfaatkan diri daripada "kerugian" ini dengan wang rakyat. Malah, Khalid menyelar kerajaan BN sengaja memusingkan konsep "wang rakyat" itu dengan istilah "subsidi", semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Bankrap kerana rasuah

Anwar Ibrahim juga tidak melepaskan kesempatan untuk mengulas pandangan Malaysia bakal menyusul jejak Greece menuju ke arah bankrap seandainya subsidi dibatalkan. Beliau mempersendakan propaganda BN sebelum ini yang mendakwa bahawa ekonomi negara kini "bergerak dengan pantas dan sungguh meyakinkan", "banyak pelabur datang setelah Najib menjadi PM", tetapi tiba-tiba keluar pula kenyataan bahawa negara bakal bankrap kalau subsidi tidak ditarik.

"Greece ini bankrap, kerana satu, rasuah. Kedua, tipu angka ekonomi. Nombor tiga, urus tadbir ekonominya cukup lemah sekali...," jelas Anwar. Beliau seterusnya membidas bagaimana kerajaan sanggup menarik balik bantuan kepada rakyat, tetapi terus menyalurkan subsidi kepada IPP (Penjana Tenaga Bebas) yang dimiliki syarikat besar kerana mereka turut dimanfaatkan daripadanya.

Bekas Menteri Kewangan yang mempunyai lapan tahun pengalaman ini mempersoalkan, "Berapa kerajaan bayar subsidi? 20 ribu juta ringgit (20 bilion). Mengapa tak tarik dari taukeh besar? Mengapa menarik hak orang kampung ni?"

UMNO dimanfaatkan daripada lesen judi

Anwar Ibrahim juga mempertahankan kerjasama antara parti komponen dalam PR, juga Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Sekarang ni, orang Cina, orang India, Iban, Kadazan, berkawan dengan kita. Kita tak halang budayanya, kita tak halang agamanya. Tapi ada titik persamaannya, dalam soal moral, soal keluarga, soal rumah tangga, soal kehidupan rakyat, dan susah deritanya rakyat..."

"Judi dah banyak dah, 12 cabutan. Tambah lagi, siapa tambah? UMNO tambah. Bagi kepada siapa? Syarikat kroninya. Siapa untung? Saya nak sebut di Kelantan, bukan sahaja taukeh judi untung, orang-orang UMNO pun untung daripada syarikat judi ini. Ini (sebab) dia tak sanggup batalkan."

Lim Guan Eng yang berucap sebelum Anwar Ibrahim, menerima tepukan daripada hadirin yang kebanyakannya Melayu-Islam, apabila menyatakan pendiriannya untuk membantah judi sukan dengan jenaka, "makan bola, minum bola, tidur bola boleh, tapi jangan judi bola."

Guan Eng: Takkan nak belajar dari UMNO?

Dalam ucapannya, Ketua Menteri Pulau Pinang ini membersihkan nama diri dan partinya bahawa DAP anti-Islam dan Melayu yang dilontarkan UMNO. Sebaliknya, DAP juga berdepan dengan tuduhan anti-bukan Melayu dari Gerakan-BN. Beliau menyatakan bagaimana beliau sanggup berdepan dengan sebarang tindakan lantaran pengumumannya untuk mengharamkan perjudian sukan di negeri Pulau Pinang.

Daripada reaksi penonton, Lim Guan Eng (gambar kanan) agak berjaya untuk menawan hati penduduk di Kota Bahru, apabila menceritakan bagaimana beliau cuba dipertikai dan dilarang pemimpin UMNO untuk menjalankan pemerintahan mengikut pendekatan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Lim Guan Eng mengakui bahawa dirinya yang belajar Islam hanya daripada Mohamad Sabu (pemimpin PAS), teragak-agak untuk mencabar,"...ayat surah mana, hadis mana yang menyatakan bahawa seseorang bukan Islam tak boleh belajar daripada contoh amalan baik daripada pemimpin tersohor dan ulong pemimpin Islam?"

Tetapi dalam hatinya, beliau yakin tiada ayat tersebut dalam hadis, kerana "agama Islam tentu akan ajar kita buat baik...," sebelum beliau menggelakkan satu padang, "Kalau kita tak boleh belajar daripada Khalifah Umar Abdul Aziz, kita nak belajar daripada siapa? Pemimpin UMNO kah? Mohd Khir Toyo kah?"

PRK Sibu: PAS bukan lagi beban

Setiausaha Agung DAP ini turut merakamkan penghargaannya kepada parti komponen PR kerana menyumbangkan kemenangan di PRK Sibu, pada 16 Mei lalu. Beliau menyimpulkan kejayaan PR menembusi kubu BN di Sarawak ini sebagai, "Manusia yang rancang, Tuhan yang takdirkan!"

Husam Musa, pemimpin PAS yang berucap selepas itu, juga menyatakan bahawa PAS berjaya mengubah persepsi penduduk Malaysia Timur menerusi PRK Sibu, apabila PAS bukan lagi beban kepada rakan parti di situ.

"Moral ceritanya ialah, kalau tiga parti tunggak dalam Pakatan Rakyat tidak dapat dipecahkan, kita mengimbangi antara satu sama lain, kita membantu rakan kita, mana yang kurang dan kita compliment each other, kita sudah mempunyai satu keseimbangan untuk disampaikan kepada masyarakat Malaysia sebagai pilihan kepada Barisan Nasional."

Husam Musa menjelaskan, seandainya PR berhenti langkah dengan pemerintahan di empat negeri, maka BN yang menguasai di peringkat persekutuan akan terus memecah belahkan PR dengan media yang dikuasainya.

Bankrap setahun sebelum 2020

"Yang lebih penting ialah, dari segi keseluruhan sistem politik, pentabiran dan ekonomi kita, menuju ke satu tahap yang lebih mundur. Dari segi kebebasan kehakiman, dia lebih merosot. Dari segi polis, polis sampai boleh ugut rakyat, polis tak nak lagi jaga jalan raya semata-mata bila rakyat menegur mereka membunuh seorang budak yang masih muda sesuka hati."

"Dari segi ekonomi, Alhamdulillah Barisan Nasional sudah mengumumkan Malaysia akan bankrap satu tahun sebelum Malaysia menjadi maju ikut Wawasan 2020, iaitu pada tahun 2019," kata Husam Musa (gambar kanan).

"Kalau Barisan Nasional dengan berani mengatakan Malaysia akan bankrap, pilihan rakyat Malaysia hanya dua," Sambungnya, "Sama ada nak bankrap sekali dengan Barisan Nasional (pada tahun) 2019, di mana kita tak mahu, atau kita tumbangkan mereka dan kita betulkan semula steering perjalanan masa depan Malaysia."

Husam Musa menyimpulkan, "Dan cara kita nak betulkan ini, mestilah dalam pilihan raya ke-13. Kalau kita tunggu 2019 ada lagi tiga pilihan raya sebelum kita betul-betul bankrap, baik kita betulkan sebelum kita bankrap melalui pilihan raya ke-13."

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Himpunan Gambar Ceramah Perdana TGNA, Anwar, LGE, Khalid Ibrahim Dan Husam Musa





























TG Nik Aziz syukur PAS kekal bersama Pakatan Rakyat

SEPANG, 30 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan rasa syukur kepada Allah kerana kekal memelihara PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Mahu tak mahu, Allah dah siapkan kita bersama DAP dan PKR untuk kita (PAS) sebut tentang Islam untuk ganti Umno.

“Alhamdulillah, sekarang ini PAS dah bersama Pakatan (Rakyat) dan tolak (usaha) perpaduan (PAS) dengan Umno,” jelas beliau tengah hari tadi ketika merasmikan Masjlis Pecah Tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetland, di sini. (Gambar)

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS seharusnya terus mendekati masyarakat bukan Islam dari kalangan kaum Cina dan India untuk menghadapi Umno, selain memperkukuh hubungannya dengan masyarakat Islam berbangsa Melayu.

“Yang lawan kita ini bukannya orang Cina, orang India bukan Islam, yang lawan kita ini dalam pilihan raya nanti orang Melayu (Umno).

“Sebab ini, dalam pilihan raya nanti yang lawan PAS bukannya orang Cina, tetapi orang Islam sendiri (Umno),” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau memuji kepemimpinan PAS kerana meletakkan PAS sebagai parti yang disegani oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di tanah air.

“Setahun dua ini, orang Cina mulai rapat dengan PAS, orang India mulai rapat dengan PAS atas pemimpin kita yang tolak politik perkauman,” ujar beliau.

Mengambil contoh reaksi rakyat terhadap PAS dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini, beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa masyarakat bukan Islam kian mengenali keindahan Islam.

“Di Sibu baru-baru ini, orang Cina yang sokong DAP mula rapat dengan PAS, mula-mula rapat dengan PAS, selepas ini rapat dengan Islam,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, tidak mustahil Islam di tanah air akan dominan dengan keislaman bangsa Cina dan India kerana sejarah membuktikan bahawa kedua-dua bangsa itu lebih awal menerima Islam berbanding bangsa Melayu serta sudahpun mempunyai tamadun Islamnya yang tersendiri.

Sebelum pada itu, Abdul Hadi mewakili kepemimpinan PAS Pusat merakamkan penghargaan kepada Nik Abdul Aziz kerana sudi merasmikan masjlis pecah tanah tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyeru seluruh rakyat khususnya ahli-ahli PAS supaya berlumba-lumba berwakaf harta untuk membina kompleks PAS sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq dengan membeli sebidang tanah untuk didirikan Masjid Nabawi di Madinah.

Turut bercakap di pentas yang sama, Datuk Husam Musa selaku Pengarah Jawatankuasa Pembinaan Kompleks PAS.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Nuridah Mohd Salleh (Ketua Muslimat), Datuk Mustafa Ali (setiausaha agung), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat).

Sebarang derma dan sumbangan wakaf boleh disalurkan melalui Bank Islam Sdn. Bhd. (BIMB) bernombor 14023010039098 atas penama Parti Islam SeMalaysia Markaz Tarbiah PAS. -Hrkh

Harussani Zakaria Penasihat – Warga Brunei Rugi RM211 Juta

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria


4,763 minta bantuan dapatkan semula pelaburan dalam firma Malaysia

Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di negara ini memohon bantuan kerajaan Malaysia membantu mereka mendapatkan semula wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta (RM211.549 juta).

Sembilan wakil pelabur itu yang berada di negara ini sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, iaitu Kelab Taqwa Malaysia (KTM) yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak.

Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.

“Wakil syarikat itu mendakwa melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai penasihat syariah sejak Mac 2008 untuk meyakinkan pelabur,” katanya ketika datang ke Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, sebelum membuat pembayaran kepada KTM, mereka berurusan dengan sebuah lagi syarikat dikendalikan pengurusan sama, Pan Phoenix Dina Sdn Bhd (PPD) di Brunei, tetapi ditutup tidak lama selepas itu kerana dikatakan terbabit menerima deposit tanpa lesen perbankan sah.

Seorang pesara lelaki yang turut melabur berkata, pembayaran keuntungan berjalan lancar sejak 2007 sehingga syarikat itu ditutup pada 16 Mac tahun lalu.

Beliau berkata, selepas ditutup, seorang daripada pengasas syarikat warga Malaysia membuat perjanjian untuk membayar semula modal secara berperingkat pada September tahun lalu dan awal tahun ini, namun ia tidak dilaksanakan dan mereka menghilangkan diri tanpa dapat dihubungi.
“Selain menggunakan wang persaraan, saya resah kerana selalu menerima panggilan rakan dan saudara mara bertanyakan mengenai wang pelaburan mereka yang masih tidak dikembalikan syarikat berkenaan,” katanya.

Seorang wanita yang melabur B$165,000 (RM381,482) mendakwa, mereka sudah berjumpa wakil Bank Negara Malaysia (BNM) dan dimaklumkan antara RM20 hingga RM30 juta wang milik KTM dibekukan kerana kesalahan menerima deposit tanpa lesen sah.

“Meskipun dimaklumkan pelabur bakal menerima semula wang selepas kes diputuskan oleh mahkamah, ia akan memakan masa dan selepas pelbagai ikhtiar, kami berharap pemimpin di Malaysia dapat membantu kami.

“Bukan semua rakyat Brunei yang melabur dalam syarikat itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan tinggi. Selain menggunakan wang persaraan, ada yang membuat pinjaman kerana menyangkakan memperoleh pulangan lumayan,” katanya.

Harussani ketika dihubungi berkata, beliau tidak lagi berhubungan dengan mana-mana wakil syarikat itu selepas dimaklumkan ia ditutup dan tiada pelabur yang datang atau menghubunginya.

Sementara itu, berdasarkan salinan maklumat daripada pelabur syarikat itu, KTM dan PPD yang mengeluarkan produk cucian jenama Dina, mempunyai beberapa pejabat, antaranya di Shah Alam, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Sarawak.

Antara skim pelaburan yang ditawarkan syarikat itu adalah Al Iwa 2 dengan pelaburan serendah B$500 (RM1156) membabitkan kontrak dua tahun dengan keuntungan dijanjikan 24 peratus sebulan. Pelaburan tertinggi yang ditawarkan ialah Al Ghani dengan permulaan serendah B$200,000 (RM462,403) dengan kontrak setahun dan keuntungan 30 peratus sebulan.

April tahun lalu, Pengarah Pan Phoenix Dina Sdn Bhd, M Bakri Kamaruddin dan Zainal Md Yusof dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM33 juta yang boleh menyebabkan mereka dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. - BH

AMK MINTA SIASAT NAKA MUDA INI

Anwar cabar Najib nafi beri RM2 juta untuk lompat parti

KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduhnya berbohong apabila berkata para wakil rakyat parti itu yang melompat parti mendapat habuan RM2 juta.

Beliau juga mahu menunggu wakil rakyat yang melompat parti itu menafikan dakwaan beliau itu.

"Ketika itu, saya akan dedahkan (bukti) yang saya ada," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dalam ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam di Padang Perdana malam tadi.

Turut serta bersama beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Buat masa ini saya nak kata...ia ada..di mana, saya lupa mana tempat saya letak maklumat itu," kata Anwar disambut terukan gemuruh para hadirin.

Dalam ucapan semasa merasmikan Kongres PKR keenam di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam, Datuk Seri Wan Azizah juga membuat dakwaan yang sama, mereka yang meninggalkan parti itu dibayar RM2 juta.

Dalam pada itu, Anwar memohon maaf kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan apa yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR itu.

"Saya minta maaf...yang akan datang saya jamin tidak akan berulang lagi...malaun betul mereka ini," kata Anwar.

Beliau memberitahu, PKR akan mengadakan kursus untuk bakal-bakal calon mereka dan memastikan mereka berikrar untuk memberikan sokongan kepada parti dengan utuh dan taat kepada perjuangan. -Hrkh

Ribuan Penyokong Banjiri Ceramah Anwar dan Tok Guru

Inti pati ucapan pada ceramah malam tadi, Anwar yang juga penasihat parti itu berkata, beliau berharap wakil-wakil rakyat yang telah keluar itu agar menyahut cabaran beliau.

Anwar ada mengeluarkan kenyataan bahawa ahli-ahli Parlimen yang keluar PKR menerima (ganjaran) wang RM2 juta, .

Anwar meminta mereka menafikan (yang tidak terima ganjaran,” kata Anwar

“Saya nak tunggu apa mereka hendak kata,” katanya lagi.

Kata Anwar, kenyataan-kenyataan bahawa mereka tidak percaya dan kecewa dengan kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat hanyalah alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka keluar parti.

“Mereka keluar dengan kata Anwar khianat, tetapi alasan sebenar kita akan keluarkan bukti... biar rakyat yang buat penilaian,” katanya.

Turut berucap pada ceramah itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Kita ada maklumat, paling kurang (mereka terima RM2 juta)... saya ada bukti, dalam waktu singkat (akan umumkan),” katanya.

Ceramah Pimpinan Pakatan Rakyat malam tadi di padang bandaran Tanah Merah Kelantan,

Antara pimpinan yang menyampaikan ceramah ialah Tok Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution.

PKR perketat pilih calon, elak lompat

KOTA BHARU : Ekoran beberapa episod melompat parti oleh wakil rakyat PKR, pemilihan calon bagi pilihan raya umum ke-13 akan diperketatkan.

Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kriteria pemilihan diperketatkan bagi mengelak berlakunya lompat parti setelah memenangi pilihan raya.

“Mereka yang mempunyai hasrat untuk melompat parti seharusnya dipecat atau disingkirkan sekiranya dapat dikesan lebih awal.

"Jika demikian watak wakil rakyat, bukankah lebih baik mereka disingkir.

Langkah itu akan diambil bagi memperkukuhkan lagi parti,” katanya pada ucapan dasar Kongres Nasional PKR Tahunan ke-6 2009 di Dewan Konvensyen KTC hari ini.

Ucapan dasar itu bertema Harapan Baru Selamatkan Malaysia mengambil masa lebih sejam.

Dewan Konvesnyen penuh sesak dengan kehadiran perwakilan dan pemerhati.

Wakil kedutaan yang kelihatan dari Singapura, United Kingdom, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat.

Manakala pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali.

Perasmian yang bermula jam 9 pagi dimulakan dengan persembahan dikir barat.

Pada perasmian serentak Wanita dan Angkatan Muda PKR pula dipersembahkan paluan rebana.

Wan Azizah berkata, bakal calon juga perlu mengikuti program tarbiah atau latihan sebagai pelapis kepada pemimpin yang sedia ada.

"Apakah mampu dipertahankan tokoh lama yang kurang wibawa? Atau mestikah kita sekadar memilih pemimpin yang telah kenal aspirasi perjuangan parti," katanya.

Beliau juga menyifatkan wakil rakyat yang bertindak melompat parti dijangkiti amalan yang sudah lama menjadi budaya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).

PKR katanya sudah mengenal pasti beberapa punca masalah lompat antaranya fakta berhubung umpan sebanyak RM2 juta ringgit dan imbuhan kontrak kerajaan sebagai upah bagi ahli parlimen yang yang melompat.

Katanya, perkara itu tidak lama lagi akan dijelaskan kepada rakyat.

Gambar Ceramah Pimpinan PR Di Tanah Merah

Ceramah Pimpinan Pakatan Rakyat malam tadi di padang bandaran Tanah Merah Kelantan,

Antara pimpinan yang menyampaikan ceramah ialah Tok Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution.

200jahtgna1pimpinan1300jahramai1SONY DSCpendengar1anwar2

380,000 keluar Umno kerana sudah bosan



Najib kata UMNO telah melakukan proses pemutihan dengan mengeluarkan kira-kira 380,000 nama daripada daftar keahliannya.

Dengan itu balance yang tinggal jadi ahli Umno ialah seramai 3,159,454 orang. Dari jumlah tersebut hanya separauh yang benar-benar menyokong perjuangan Umno, manakala yang lain umpama lalang yang menunggu tiupan angin.

Pelik juga perkiraan Umno, kalau setakat ini saja ahli Umno yang menderhaka tak sampai jatuh 5 negeri kepada Pakatan Rakyat. Sepatutnya Umno patut buang lebih dari angka itu.

Kemana perginya 380,000 tersebut? Mereka sebenar keluar Umno kerana mereka sudah tiada keyakinan lagi kepada perjuangan Umno yang sudah jauh melencong dari perjuangan asal parti tersebut. Kemana mereka pergi.... mereka kini menjadi ahli PAS/PKR atau tidak berparti tetapi membenci Umno dan menyokong Pakatan Rakyat.

Pada mereka dan ramai lagi ahli Umno "masa depan Umno semakin parah" Ini kerana :-

Bila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. UMNO menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadap nya, menyeluruh. Kenapa?

Kerana yang di tawarkan oleh UMNO bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.

UMNO tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. UMNO berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepada nya.

Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan UMNO berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, UMNO sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangan nya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. UMNO rupa rupa di sedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.

Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.

Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh UMNO. Yang kita takut ialah UMNO atau khususnya pimpinan UMNO tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan UMNO hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat.

Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat UMNO? UMNO sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan UMNO yang di jurubicarakan dan di juarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu?

Proses pemutihan adalah satu alasan, sebenarnya Umno sudah tidak boleh tahan bila 380,000 ini mengajak saban hari rakan-rakan mereka dalam Umno supaya belot kepada parti.

Mereka keluar Umno kerana sudah bosan dengan kerenah Umno & kepimpinannya.

p111kotaraja

Elizabeth di Tawarkan RM13 juta ketika isu ‘Gambar Seksi’nya di Dedahkan

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/ceramahPRBesut1.JPGJerteh, BESUT – Hari ini kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang melalui Majlis Kerajaan Tempatan menghalang aktiviti judi bolasepak, sebagaimana yang diputuskan oleh negeri Selangor minggu lalu.
Exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong berkata, orang-orang Umno dan Perkasa menggelar Pulau Pinang sebagai negeri kafir, namun Pulau Pinang mengharamkan judi bolasepak.
(Gambar - Lebih 5000 orang hadir dalam ceramah Pakatan Rakyat di Besut malam ini 28 Mei, 2010)

Beliau juga mendedahkan bagaimana beliau sendiri telah ditawarkan sebanyak RM13 juta sekiranya keluar PKR dan membawa bersama Ahli Parlimen Sivarasa Rasiah untuk menjadi anggota bebas.

Elizabeth berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ceramah Pakatan Rakyat Besut disini, ketika mengulas isu ‘gambar seksi’ peribadinya yang dieksploitasi oleh Umno dan Barisan Nasional. - BO

Klik Sini Untuk Dengar Ucapan Elizabeth

Kedah : Himpunan bantah JUDI BOLA di Sg Petani







Di Kedah, kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin politik dan penyokong PAS membanjiri Dataran Zero di Sungai Petani bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi.

'Tarik balik lesen judi'


Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya berkata demontrasi itu berlangsung selama 45 minit bermula jam 2.15 petang di mana beberapa tokoh PAS dan NGO turut hadir. Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

Turut menyampaikan ucapan adalah Timbalan Speaker Izzat Shauki, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohamad Noor, Pengerusi Gerakan Mansuh Judi (GMJ) Nasir Zakaria dan wakil dari Teras Keupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid dan wakil dari PSM. Turut hadir dalam bantahan tersebut dua orang ADUN iaitu Abdullah Jusuh (Pantai Merdeka) dan Yahya Abdullah bagi DUN Jeneri.

Menurut Ahmad, ada di kalangan hadirin juga membawa poster antara lain berbunyi "Kita Bantah Judi Bola". Perhimpunan tersebut dikawal oleh kira-kira 10 anggota polis dan tiada kekecohan atau tangkapan dibuat, tambahnya. [malaysiakini]



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .