Ikuti Blog ini
Khairy Wajar Ditahan Kerana Menipu, FB Pemuda UMNO Minta Maaf , at 27.8.12,
Entri kontroversi: Facebook 'Pemuda Umno Malaysia' minta maafSHAH ALAM - Laman Facebook Pemuda Umno Malaysia, yang akaunnya didakwa palsu, meminta maaf berhubung poster berbaur hasutan yang dibawa lebih seminggu lalu atas akaun pergerakan itu.
Gambar: Paparan entri permohonan maaf yang dikeluarkan oleh akaun laman Facebook atas nama Pemuda Umno Malaysia.
Gerakan itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi entri ringkas malam tadi, beberapa jam selepas Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata bahawa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas penyebaran mesej itu.
Malah status Facebook yang menerima 131 komen itu juga menyatakan bahawa 'admin' yang terbabit turut sudah dikeluarkan dari fanpage tersebut.
"Kami meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar (poster) yang tidak patut pada 17/18 Ogos (lalu). Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage," sebutan entri itu.
Namun begitu, timbul persoalan di kalangan pengikut yang mengikuti fanpage itu.
Antaranya mempersoalkan siapa dalang yang memuat naik poster berkenaan serta perkembangan siasatan polis.
Pengikut, Nur Miba mempersoalkan laporan polis yang dibuat Ketua gerakan itu, Khairy Jamaluddin selain ingin tahu siapa admin yang dikeluarkan dari fanpage Pemuda Umno tersebut.
"Ye ye je KJ cakap akaun palsu. Rupanya akaun betul la nih... siap buat report polis bagai akaun palsu. Senang-senang je nak bodoh-bodohkan kami ye. Siapa admin yg kena remove tu? Cepat dedahkan siapa... memburukkan imej Pemuda Umno. Kami mahu admin dedahkan siapa dalang," katanya.
Menurut seorang lagi pengikut yang menggunakan nama Ezad Hafidz: "Mula-mula kantoi, tak mengaku ini page Umno. Pastu kantoi lagi, minta maaf dan buang admin pulak. soalan aku, siapa admin yang dibuang tu? Ye ke admin tu dibuang?"
Permintaan maaf yang dibuat kira-kira jam 10 malam itu turut menerima reaksi positif apabila ada peminat yang menerima permintaan maaf tersebut.
Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Muammar Ghadafi menulis:"Aku secara individunya mampu menerimalah dan tindakan ini wajar dipuji walaupun terlambat dan bila jadi isu besar baru bertindak."
Mohd Afzan pula berkata: "Saya sebagai rakyat Malaysia menerima permintaan maaf anda."
Semalam Khairy memberitahu pemberita bahawa beliau akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu gerakan itu.
Beberapa hari lalu pula Khairy menyahut cabaran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berkata, Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi.
Isnin lalu, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak membuat laporan polis berhubung satu akaun Facebook yang memuat naik poster berbaur fitnah di Balai Polis Tun H S Lee.
Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.
Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).” -SH
Kata-kata Hikmah TG Nik Aziz Dalam Bab Mencari Pemimpin ,Ahad, Ogos 26, 2012 at 26.8.12,
“Jika kita nak pergi ke Kuala Lumpur, kena cari pemandu yang tahu jalan ke Kuala Lumpur. Jika pemandu yang kita tumpang itu hanya tahu jalan setakat Gua Musang, kita tidak akan sampai ke Kuala Lumpur dan terpaksa turun menumpang kenderaan lain. Demikian juga dengan pemimpin, kita kena cari pemimpin yang tahu jalan ke akhirat. Jika hanya tahu memimpin setakat dunia, bagaimana kita mahu meneruskan jalan ke akhirat..?”
- Ceramah TG Nik Abdul Aziz Nik Mat i Kampung Parang Punting, Pengkalan Chepa pada 29 April 2011
Lagi Gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don , at 26.8.12,
BONGKAR, Sebab Masjid Al-Aqsa retak , at 26.8.12,
Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil Al-Aqsa.
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.
Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.
Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.
Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.
Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan..
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui
secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk
“membangkitkan semula “Temple of Solomon.”
iaitu Kuil Sulaiman. Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa
runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak
tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam
diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian
dunia Islam.
Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.
Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.
Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah Masjid)
Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil Al-Aqsa.
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman
yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”.
Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri
Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.
Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
Tuhan Ra
Tuhan Osiris
Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
- Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
- Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
- Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
- Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat
sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil
asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.
Gambaran Temple of Salomon oleh pelukis
Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.
Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan
pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan
bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.- RM
PAS Akan Mansuhkan Faedah Perumahan Kakitangan Awam Jika Kuasai Putrajaya ,Sabtu, Ogos 25, 2012 at 25.8.12,
KUALA LUMPUR - Di sebalik spekulasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan
dipanggil bila-bila masa, Pas berjanji untuk memansuhkan faedah
pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus yang dikenakan
sekarang.Parti itu berkata perkara tersebut akan dikemukakan kepada
rakan-rakannya untuk dimasukkan dalam manifesto PRU13 Pakatan Rakyat
(PR).Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, usul ini akan
dikemukakan kepada PR sebagai agenda bagi menghadapi PRU13.
Perikatan belum didaftarkan ini dibentuk selepas PRU12.Sebelum PKR
berjanji untuk menyediakan pendidikan percuma peringkat institusi
pengajian tinggi jika menguasai Kerajaan Pusat.Baru-baru ini ia juga
menawarkan untuk menurunkan harga kereta. ~sinar
Hudud: PAS akan laksana ikut saluran demokrasi , at 25.8.12,
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang berkata PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui
proses demokrasi yang sedia ada.Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu.
Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.
"PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.
"Kita akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung parti itu petang ini.
Ditanya berhubung Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang pelik bagi PAS.
"Masalah Karpal lawan tak pelik, yang kita peliknya Umno yang lawan.
"Malah (Umno) ambil langkah-langkah yang menyekat," katanya.
Beliau turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di negeri itu.
Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.
"Karpal bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.
"Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan," katanya. -Hrkh
Azwan Kagum Dengan Perjuangan Abangnya Azmin , at 25.8.12,

Dulu ketika perbicaraan kes fitnah Azizan terhadap Anwar Ibrahim, Azwan Ali dilihat menyebelahi Umi Hafilda tetapi kini, sejak berubah dan mengerjakan umrah, Azwan Ali tidak gentar menunjukkan sokongan kepada Azmin Ali - Timbalan Presiden KEADILAN.
Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Enggan menyatakan parti mana yang disokongnya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya. - petikan KD

"Slm. Besday Suprise YB@AzminAli ! Si anak usop bagi buku? The End of Barisan Nasional!"

Kempen Jijik TV3 yang dapat sambutan hangat peminat Azwan Ali. Setiap kali retweet, hasghtag #JijikTV# akan dipapar.
TERKINI! 'Bakal MB' Johor Mula Serang Ghani Othman! , at 25.8.12,
Peperangan yang terhenti selepas 8 Mac 2008 kini baru saja dimulakan semula.
Semuanya kerana tamakkan wang dan kuasa dalam parti yang terus-menerus menghancurkan masa depan negara ini dan juga kedaulatannya dengan jalan rasuah dan penyelewengan.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Khaled yang dikatakan sudah 'mendapat restu Istana Pasir Pelangi' untuk menggantikan Menteri Besar, Ghani Othman kini sudah mula mengorak langkah merealisasikan matlamatnya!
Pelan asalnya, menggantikan Ghani selepas pilihanraya umum lalu tetapi ketika itu sultan sekarang masih lagi bergelar Tengku Mahkot* Johor.
Manakala perdana menteri sekarang Najib Altantuya setakat menjadi timbalan kepada Pak Lah, bermakna pengaruhnya lebih besar berbanding suami Rosmah Mansor itu.
Selain itu, kehadiran Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang terpalit dengan skandal plat kereta Mei lalu dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun lalu turut menjadi indikator utama.
Apa kata kita kembali kepada sumber sahih selepas pilihanraya umum lalu dari sebuah blog pada 20 Februari 2008:
KEDUDUKAN jawatan Menteri Besar Johor masih belum beres. Sehingga berita ini ditulis pagi Selasa difahamkan Istana Johor tetap menolak cadangan agar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik ke jawatan itu mengantikan Datuk Ghani Othman lepas pilihanraya umum 8 Mac ini.
Sumber-sumber memberitahu Agendadaily usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk mendapat restu Sultan Johor berhubung soal itu tidak berhasil.
Perdana Menteri telah telah terbang ke Johor Bharu sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO awal petang Khamis lalu untuk mengadap baginda.
Sumber berkenaan bagaimanapun berkata tidak pasti atas sebab apa nama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ditolak.
Ikut ceritanya jika tiada halangan dari pihak Istana, Khaled yang kini ahli parlimen kawasan Pasir Gudang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Ghani yang kini mewakili DUN Serom pula berpindah ke kerusi parlimen.
Bukan satu rahsia lagi cadangan mengantikan Ghani dengan Khaled mengetuai kerajaan negeri Johor sudah dibuat sejak pilihanraya Mac 2004.
Ia bagaimanapun tiba-tiba berubah disaat akhir berikutan campurtangan pihak Istana.
Berikutaan perkembangan terbaru ini tanda tanya yang masih belum terjawab lagi apakah Ghani akan kekal bertanding kerusi DUN dan kelak kekal sebagai Menteri Besar.
Dalam pada itu kedengaran juga dua nama baru muncul dalam senarai yang disebut-sebut calon alternatif kepada Khaled.
Mereka ialah Timbalan Menteri Kesihatan Dr Abdul Latif Ahmad yang juga ahli parlimen kawasan Mersing dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Mohd Ali Hassan.
Kini desakan Khaled supaya memandang serius dan menyegerakan proses pemberian hak milik tanah yang dipohon penduduk di 10 perkampungan setinggan di Parlimen Pasir Gudang nampaknya petanda jelas terhadap usaha itu.
Khaled berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Ghani diharapkan dapat mengotakan janji dibuat ketika Bajet Negeri Johor 2003 untuk memberikan hak milik tanah yang diterokai kepada penduduk.
Menurutnya, kira-kira 10,000 penduduk di kampung terbabit sudah lama bersabar untuk mendapatkan hak masing-masing ke atas tanah yang mereka terokai sejak 20 hingga 100 tahun dahulu.
“Usia perkampungan terlibat ada yang mencecah sehingga 100 tahun dan sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat, hak mereka selaku peneroka awal kampung berkenaan harus diiktiraf dengan memberikan (hak milik) geran tanah yang telah dijanjikan.
“Umno Bahagian Pasir Gudang sudah kemukakan kepada Kerajaan Negeri mengenai tanah-tanah ini dan sehingga hari ini, hanya Kampung Pasir Gudang Baru sahaja yang telah mendapat geran masing-masing (Notis 5A),” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, hal berkenaan perlu dibangkitkan semula memandangkan ia berkait rapat dengan tema Hari Merdeka iaitu ‘55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’ dan juga sempena menyambut Aidilfitri.
“Tema ini menunjukkan bahawa apa yang kerajaan buat dan janjikan, sentiasa cuba dicapai dan dilaksanakan. Oleh itu, kita berharap apa sahaja perkara yang perlu dilaksanakan di Parlimen Pasir Gudang dapat dilaksanakan.
“Kita tidak mahu perkara-perkara yang dijanjikan kepada rakyat tidak tertunai sekali gus mencemarkan nama baik kerajaan.
“Justeru, saya berharap dalam mengambil kira tema Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, Kerajaan Negeri dapat menunaikan janji mengenai soal tanah setinggan yang dipohon penduduk,” katanya.
Mohamed Khaled juga percaya Kerajaan Negeri mampu mengendalikan isu berkenaan dengan kadar segera walaupun tanah di kampung terlibat dimiliki oleh dua pihak iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Teguh Tebrau Berhad.
Katanya, KPRJ adalah milik penuh Kerajaan Negeri dan dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengotakan janji yang telah dilafazkan, manakala tanah milik Teguh Tebrau diharap dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
“Beberapa penyelesaian telah dicadangkan termasuk menukar pemilikan tanah kerajaan di tapak bekas Penjara Air Molek, di sini dengan tanah milik syarikat tersebut yang menempatkan sebahagian kampung berkenaan.
“Apabila ia berjaya dilaksanakan, saya rasa isu pemberian geran tanah itu tidak lagi menghadapi sebarang masalah besar,” katanya.
[JANJI DITEPATI] Selepas "Rampasan Perak" U HELP ME, I HELP U , at 25.8.12,
Setelah
menjadi kontroversi dalam rampasan kuasa Perak sehingga Pakatan Rakyat
Perak ditumbangkan pada 4 Februari 2009, terkini Zaki sah menjadi
Pengerusi Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH).Zaki menggantikan Badri Masri berkuat kuasa 15 Ogos lalu sekaligus dilantik sebagai ahli lembaga pengarah terbaru.
Kontroversi melibatkan Zaki bermula apabila ia berhubung kait dengan pemberian konsesi bernilai RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) kepada dua tokoh yang terlibat dengan rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di Perak termasuk Zaki sendiri.
Seorang lagi adalah penasihat undang-undang Umno, Hafarizam Harun.
Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pada 21 Februari lalu berkata, Hafarizam merupakan pengarah dua buah syarikat yang menerima konsesi tersebut Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.
“Sementara isteri Zaki Azmi merupakan pengarah syarikat Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya.
“Kenyataan syarikat tersebut sendiri menyatakan mereka berhasrat menjadi “Syarikat Kejuruteraan Rel Utama di Malaysia dan Rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau mahu Najib menyatakan pendiriannya berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009 yang menyatakan “seorang hakim akan, pada masa pelantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua.
Adakah ini rasuah? Tak tau!
Adakah ini konflik kepentingan? Tak tau!
Adakah ia sekadar satu kebetulan bahawa semua orang-orang yang terlibat dalam memberikan Perak kembali kepada Umno berlaku untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dalam projek RM2.2 bilion-lebuhraya?
ADA MATA TENGOK, ADA TELINGA DENGAR..... ADA OTAK BUAT PENILAIAN SENDIRI...
-PR Supporters
Zaki Azmi dilantik Pengerusi AMH
AHLI Lembaga Pengarah Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH) melantik Tun Zaki Azmi sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusinya yang berkuat kuasa 15 Ogos lalu, bagi menggantikan Datuk Badri Masri yang menarik diri.
Bagaimanapun, Badri masih kekal sebagai pemegang jawatan Pengerusi Astro Holdings Sdn Bhd.
Dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, baru-bari ini, Zaki juga mempengerusikan Jawatankuasa Tadbir Urus Korporat dan Nominasi bagi Lembaga Pengarah itu.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Datuk Rohana Rozhan berkata, Lembaga Pengarah amat berbangga apabila Zaki menerima pelantikan itu.
“Kami yakin pengalaman luas beliau pasti memberi sumbangan signifikan ke arah tanggungjawab dan tadbir urus korporat syarikat,” katanya.
Sementara itu, menurut Zaki, Astro adalah satu jenama terkemuka dan memainkan peranan utama dalam industri digital Malaysia.
“Saya amat teruja apabila diberi peluang untuk turut serta dalam pembangunan dan pertumbuhan jangka panjang syarikat terkemuka ini,” katanya ketika ditemui. — HM
NAJIB PANGGIL SEMUA MENTERI : PARLIMEN BUBAR? , at 25.8.12,
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Perdana Menteri, Najib Razak memanggil semuia menteri kabinet mengadapnya hari ini."Kita mendapat maklumat, Najib memanggil semua menteri kabinet mengadap beliau hari ini, mungkin parlimen akan dibubarkan, ada berani ke Najib bubar parlimen sekarang".
"Kita tidak kisah parlimen bubar bila-bila pun, kita sudah lama
bersedia, esok, lusa, bulan hadapan atau tahun hadapan sama sahaja" ujar
beliau.
Salahuddin berkata demikian pada ceramah majlis malam bintang dan
sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Pay Fong, Bandar Melaka anjuran
Majlis Tindakan Dun Bukit Baru malam tadi.
Turut berceramah malam tadi ialah Bob Lokman, Aisyah dan pimpinan PR negeri Melaka.
Majlis tersebut dihadiri lebih separuh oleh kaum Tionghua di seluruh negeri Melaka.
Majlis tersebut dihadiri lebih separuh oleh kaum Tionghua di seluruh negeri Melaka.
Mungkinkah Parlimen akan dibubarkan selepas Najib menyampaikan amanat kepada semua menteri.
Kenyataan Mahathir Seperti Mengakui Pakatan Rakyat Sebagai "Malaikat Yang Dikenali"! , at 25.8.12,
Prestasi Pakatan Rakyat mentadbir empat buah negeri dengan baik membuktikan yang ianya layak diberi mandat memerintah negara.Dalam menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, pemimpin Pakatan dari Pas, DAP dan PKR berkata prestasi dan pencapaian Pakatan sudah diketahui manakala keburukan Umno-BN juga disedari umum.
Kata mereka, Dr Mahathir secara tidak langsung mengakui bahawa pentadbiran Umno-BN penuh dengan kejahatan manakala Pakatan dilihat sebagai penyelamat kepada kepincangan Umno-BN.
Mereka juga berkata melalui pentabirannya di Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah, Pakatan sudah membuktikan yang ia mengamal dasar dan pendekatan yang lain dari Umno-BN di mana pembangkang dan rakyat diberikan hak bersuara.
MP Puchong, Gobind Singh Deo berkata, sekiranya Pakatan mentadbir Putrajaya, Ahli Parlimen dan Adun Umno-BN tetap diberikan peluang menyuarakan pendapat mereka demi kebaikan rakyat.
“Selangor yang ditadbir Pakatan sebagai contoh, memberikan peluang kepada setiap Adun Umno-BN memberikan pendapat dan pandangan mereka di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Mereka juga diberikan peluang menganggotai jawatankuasa khas DUN seperti Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (SELCAT) serta berpeluang menjadi ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Di dalam satu kenyataan di blognya chedet.com Dr Mahathir menyeru rakyat Malaysia agar tidak memberi “mandat percubaan” kepada Pakatan walaupun untuk memerintah pada satu penggal.
Dr Mahathir juga berkata jika Pakatan berjaya menguasai Putrajaya, ia akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kuasanya dengan apa cara sekalipun.
Dalam kenyataannya, Mahathir berkata :
“Rakyat hanya perlu mendesak BN untuk melakukan perubahan yang rakyat mahukan. Syaitan yang dikenali adalah lebih selamat dari malaikat yang tidak dikenali.”
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad berkata Pakatan tidak akan menjadi seperti Umno-BN jika mentadbir Putrajaya kelak.
“Pakatan mempunyai dasar menerusi Buku Jingga, ianya adalah untuk kepentingan rakyat.
“Umno-BN juga diberikan ruang di media massa untuk memberikan pandangan berkaitan dengan rakyat,” katanya yang juga MP Shah Alam.
Manakala Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata kenyataan Dr Mahathir itu menunjukkan ketakutan Umno-BN dengan kehilangan kuasa pada pilihanraya umum akan datang.
“Kenyataan yang dibuat Mahathir mencerminkan Umno-BN kini semakin takut kehilangan kuasa dan kekayaan.
“Malah mereka takut kegiatan pembongkaran salah guna kuasa akan diketahui rakyat,” kata MP Batu itu yang juga dikenali sebagai Tian Chua. -selangorku
Tok Guru Sihat Walafiat ,Jumaat, Ogos 24, 2012 at 24.8.12,
Muryidul Pas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini sedang
berihat di hospital berada dalam keadaan stabil tidak membimbangkan
kerana beliau tidak mengalami apa-apa masalah. Beliau diminta berihat di
hospital petang semalam kerana keadaan darahnya agak tinggi sedikit.
Menurutnya selepas menyaksikan perjanjian satu projek pembangunan bernilai RM600 juta di Tunjung beliau bergegas ke hospital dan doktor minta beliau berihat di ward.
Baru sekejap tadi beliau bercakap dengan saya menerusi telefon untuk
bertanya sesuatu. Suaranya lunak dan penuh keceriaan dan sempat pula
memberi sebutir ilmu kepada saya. Sebaik saya mengucapkan selamat hari
raya maaf zahid dan batin, Tokguru lantas menambah, bukan zahir dan
batin sahaja, tetapi dunia dan akhirat.
Ohk?
Kena sebut dunia dan akhirat juga, biar orang yang tidak tahu mengenali akhirat tahu bahawa ada akhirat, katanya. Tambah Tokguru lagi; "kalau boleh enta minta percetakan (penerbit mengeluarkan kad ucap selamat hari raya) memasukkan perkataan dunia akhirat di dalam kad yang mereka cetak," kata Tokguru penuh mesra.
Dalam perhatian saya apabila Tokguru masih boleh memberi ilmu spotan kepada saya itu menandakan dia sihat, ceria dan bergembira dan moodnya dalam keadaan first class.
Dalam percakapan tadi Tokguru ingin mengesahkan satu maklumat dari saya. Di samping itu beliau meminta pandangan mengenai sesuatu hal.
Percakapan lebih lapan minit itu menggembirakan saya kerana semasa di Kelantan semalam saya tidak sempat untuk mengjunguinya dan mengetahui beliau memasuki ward setelah bergerak untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Mulanya saya cadang untuk berjumpa dan berjabat aidifitri dengannya di rumah kenduri adik ipar di Pasir Puteh kerana beliau dikatakan hadir sama. Semoga Tokguru terus sihat dan sihat. -MSO
Menurutnya selepas menyaksikan perjanjian satu projek pembangunan bernilai RM600 juta di Tunjung beliau bergegas ke hospital dan doktor minta beliau berihat di ward.
![]() |
| Tok Guru sembahyang israq pagi tadi. |
Ohk?
Kena sebut dunia dan akhirat juga, biar orang yang tidak tahu mengenali akhirat tahu bahawa ada akhirat, katanya. Tambah Tokguru lagi; "kalau boleh enta minta percetakan (penerbit mengeluarkan kad ucap selamat hari raya) memasukkan perkataan dunia akhirat di dalam kad yang mereka cetak," kata Tokguru penuh mesra.
Dalam perhatian saya apabila Tokguru masih boleh memberi ilmu spotan kepada saya itu menandakan dia sihat, ceria dan bergembira dan moodnya dalam keadaan first class.
Dalam percakapan tadi Tokguru ingin mengesahkan satu maklumat dari saya. Di samping itu beliau meminta pandangan mengenai sesuatu hal.
Percakapan lebih lapan minit itu menggembirakan saya kerana semasa di Kelantan semalam saya tidak sempat untuk mengjunguinya dan mengetahui beliau memasuki ward setelah bergerak untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Mulanya saya cadang untuk berjumpa dan berjabat aidifitri dengannya di rumah kenduri adik ipar di Pasir Puteh kerana beliau dikatakan hadir sama. Semoga Tokguru terus sihat dan sihat. -MSO
Kefahaman bukan alasan tangguh hudud , at 24.8.12,
Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24
Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang
dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.
Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan ‘kahwin sejenis’ meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.
Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.
Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT. Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.
Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato’ Daud Muhammad.
Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil. Malah tidak terkecuali poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.
Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk ‘amaran’ menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.
Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?
Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan. -Hrkh
Langgan:
Catatan (Atom)

































