Ikuti Blog ini
TERKINI! 'Bakal MB' Johor Mula Serang Ghani Othman! ,Sabtu, Ogos 25, 2012 at 25.8.12,
Peperangan yang terhenti selepas 8 Mac 2008 kini baru saja dimulakan semula.
Semuanya kerana tamakkan wang dan kuasa dalam parti yang terus-menerus menghancurkan masa depan negara ini dan juga kedaulatannya dengan jalan rasuah dan penyelewengan.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Khaled yang dikatakan sudah 'mendapat restu Istana Pasir Pelangi' untuk menggantikan Menteri Besar, Ghani Othman kini sudah mula mengorak langkah merealisasikan matlamatnya!
Pelan asalnya, menggantikan Ghani selepas pilihanraya umum lalu tetapi ketika itu sultan sekarang masih lagi bergelar Tengku Mahkot* Johor.
Manakala perdana menteri sekarang Najib Altantuya setakat menjadi timbalan kepada Pak Lah, bermakna pengaruhnya lebih besar berbanding suami Rosmah Mansor itu.
Selain itu, kehadiran Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang terpalit dengan skandal plat kereta Mei lalu dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun lalu turut menjadi indikator utama.
Apa kata kita kembali kepada sumber sahih selepas pilihanraya umum lalu dari sebuah blog pada 20 Februari 2008:
KEDUDUKAN jawatan Menteri Besar Johor masih belum beres. Sehingga berita ini ditulis pagi Selasa difahamkan Istana Johor tetap menolak cadangan agar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik ke jawatan itu mengantikan Datuk Ghani Othman lepas pilihanraya umum 8 Mac ini.
Sumber-sumber memberitahu Agendadaily usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk mendapat restu Sultan Johor berhubung soal itu tidak berhasil.
Perdana Menteri telah telah terbang ke Johor Bharu sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO awal petang Khamis lalu untuk mengadap baginda.
Sumber berkenaan bagaimanapun berkata tidak pasti atas sebab apa nama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ditolak.
Ikut ceritanya jika tiada halangan dari pihak Istana, Khaled yang kini ahli parlimen kawasan Pasir Gudang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Ghani yang kini mewakili DUN Serom pula berpindah ke kerusi parlimen.
Bukan satu rahsia lagi cadangan mengantikan Ghani dengan Khaled mengetuai kerajaan negeri Johor sudah dibuat sejak pilihanraya Mac 2004.
Ia bagaimanapun tiba-tiba berubah disaat akhir berikutan campurtangan pihak Istana.
Berikutaan perkembangan terbaru ini tanda tanya yang masih belum terjawab lagi apakah Ghani akan kekal bertanding kerusi DUN dan kelak kekal sebagai Menteri Besar.
Dalam pada itu kedengaran juga dua nama baru muncul dalam senarai yang disebut-sebut calon alternatif kepada Khaled.
Mereka ialah Timbalan Menteri Kesihatan Dr Abdul Latif Ahmad yang juga ahli parlimen kawasan Mersing dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Mohd Ali Hassan.
Kini desakan Khaled supaya memandang serius dan menyegerakan proses pemberian hak milik tanah yang dipohon penduduk di 10 perkampungan setinggan di Parlimen Pasir Gudang nampaknya petanda jelas terhadap usaha itu.
Khaled berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Ghani diharapkan dapat mengotakan janji dibuat ketika Bajet Negeri Johor 2003 untuk memberikan hak milik tanah yang diterokai kepada penduduk.
Menurutnya, kira-kira 10,000 penduduk di kampung terbabit sudah lama bersabar untuk mendapatkan hak masing-masing ke atas tanah yang mereka terokai sejak 20 hingga 100 tahun dahulu.
“Usia perkampungan terlibat ada yang mencecah sehingga 100 tahun dan sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat, hak mereka selaku peneroka awal kampung berkenaan harus diiktiraf dengan memberikan (hak milik) geran tanah yang telah dijanjikan.
“Umno Bahagian Pasir Gudang sudah kemukakan kepada Kerajaan Negeri mengenai tanah-tanah ini dan sehingga hari ini, hanya Kampung Pasir Gudang Baru sahaja yang telah mendapat geran masing-masing (Notis 5A),” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, hal berkenaan perlu dibangkitkan semula memandangkan ia berkait rapat dengan tema Hari Merdeka iaitu ‘55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’ dan juga sempena menyambut Aidilfitri.
“Tema ini menunjukkan bahawa apa yang kerajaan buat dan janjikan, sentiasa cuba dicapai dan dilaksanakan. Oleh itu, kita berharap apa sahaja perkara yang perlu dilaksanakan di Parlimen Pasir Gudang dapat dilaksanakan.
“Kita tidak mahu perkara-perkara yang dijanjikan kepada rakyat tidak tertunai sekali gus mencemarkan nama baik kerajaan.
“Justeru, saya berharap dalam mengambil kira tema Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, Kerajaan Negeri dapat menunaikan janji mengenai soal tanah setinggan yang dipohon penduduk,” katanya.
Mohamed Khaled juga percaya Kerajaan Negeri mampu mengendalikan isu berkenaan dengan kadar segera walaupun tanah di kampung terlibat dimiliki oleh dua pihak iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Teguh Tebrau Berhad.
Katanya, KPRJ adalah milik penuh Kerajaan Negeri dan dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengotakan janji yang telah dilafazkan, manakala tanah milik Teguh Tebrau diharap dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
“Beberapa penyelesaian telah dicadangkan termasuk menukar pemilikan tanah kerajaan di tapak bekas Penjara Air Molek, di sini dengan tanah milik syarikat tersebut yang menempatkan sebahagian kampung berkenaan.
“Apabila ia berjaya dilaksanakan, saya rasa isu pemberian geran tanah itu tidak lagi menghadapi sebarang masalah besar,” katanya.