Ikuti Blog ini

Puluhan ribu mula penuhi HKR Terengganu

(Orang ramai memenuhi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Terengganu di Kuala Paka - Foto Nurulslah)

DUNGUN: Berpuluh ribu pendokong Pakatan Rakyat membanjiri Kuala Paka malam ini bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Terengganu.

Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini.

Antara yang awal memberikan ucapan adalah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil. Beliau menceritakan kecelaruan yang berlaku dalam Umno sekarang.

Himpunan  kali ini adalah yang ke 7 selepas Seremban, Kota Bharu, Batu Pahat, Alor Setar, Melaka dan Pahang.

Esok, himpunan PAS Ganti Umno (PGU) pula akan diadakan  di tapak yang sama.

Menurut wartawan Harakahdaily di tapak perhimpunan, lebih 20,000 rakyat hadir untuk mendengar amanat pimpinan.

Antara yang berucap wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu).

Tuurt akan berucap malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut adalah gambar-gambar awal perhimpunan ini. -Hrkh


(Sebahagian orang ramai yang menyertai HKR Terengganu - Foto Nurulslah)


(AJK PAS Pusat, Datuk  Abu Bakar Chik dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution - Foto Nurulslah)
(Wakil R Kelantan juga datang untuk membentangkan kes mereka- foto Nurulislah)

Bersih 2.0: Kerajaan Diperintah Bayar RM70,000 Kepada Mahfuz & Salehuddin Setiap Seorang


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penangkapan terhadap dua Naib Presiden pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pada hari Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah salah. Gambar fail

Sehubungan itu mahkamah mengarahkan kerajaan membayar gantirugi kepada kedua-dua mereka masing-masing RM70,000.

Mahfuz dan Salahudin sebelum ini memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka itu.

Saman itu difailkan terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis, Inspektor Mohd Zaid.

Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 9 Julai lalu, mereka ditahan di Stesen Sentral Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Penahanan tersebut adalah di luar kawasan yang diwartakan polis sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh beberapa individu termasuk mereka.

Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang. -HD


2 MP PAS berjaya tuntut gantirugi kes BERSIH 2.0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penahanan dua Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sewaktu perhimpunan BERSIH 2.

0 dilakukan secara salah.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham juga memutuskan supaya kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia supaya membayar RM70,000 setiap seorang daripada mereka.

Keputusan itu dibaca di Mahkamah Tinggi Shah Alam memandang Dr Prasad kini ditugaskan di mahkamah tersebut.

Peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungi Malaysiakini berkata kedua-dua pemimpin PAS itu memfailkan tuntutan sivil meminta gantirugi kepada Kerajaan Malaysia dan PDRM ke atas penahanan salah terhadap mereka sewaktu perhimpunan itu.

Tuntutan itu difailkan pada 8 Ogos 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
-mk

Berita Gembira Ni Pasti Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno..

Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

“Saya harap penduduk gembira kerana penyerahan kunci dibuat tiga hari sebelum menyambut Deepavali,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Buah Pala, semalam.

Menurutnya, pihaknya dan beberapa individu lain antaranya Adun Sri Delima, S N Rayer, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bersungguh-sungguh membela nasib penduduk kampung itu namun hampa berikutan sembilan penduduk lagi berkeras enggan menandatangani perjanjian penyerahan rumah baru.

“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

“Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu. ~kd

PAS utus surat kepada Perdana Menteri Palestin


Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan surat daripada PAS kepada ketua rombongan Yayasan Amal Malaysia, Dr Suhazeli untuk disampaikan kepada Ismail Haniyeh.

MARANG: Komitmen PAS terhadap nasib dan perjuangan umat di Gaza, Palestin tidak pernah padam bagi menyatakan sokongan moral serta rasa kebersamaan dalam gerakan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin dan percaya dengan bantuan yang penuh barakah dari umat Islam di negara ini akan memberi kekuatan kepada umat Islam di Gaza.

Katanya, PAS menyediakan bantuan kepada penduduk Gaza dan rakyat Palestin mengikut kadar kemampuan.

“Hari ini, kita melancarkan rombongan kita untuk menyampaikan bantuan ke Gaza, bantuan kita sekadar kemampuan.

“Saya menulis surat kepada Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh dan menyatakan itulah sekadar kemampuan yang mampu diberikan kepada penduduk di Gaza dan rakyat Palestin.

“Kita yakin dan percaya dengan bantuan yang ‘barakah’ ini menjadi kekuatan kepada mereka. Di samping bantuan-bantuan dari rakan-rakan seluruh pelosok dunia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Rombongan Yayasan Amal Malaysia bagi Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin di pekarangan Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Katanya, PAS bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Majlis Syura Muassasah al-Quds menegaskan misi ke Palestin, PAS mempunyai tanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan Islam Hamas.

Menurutnya, Parti Islam Hamas telah berjaya dalam pilihan raya yang sah empat tahun lalu tetapi kemenangan itu tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta dikebanyakan negara Arab. -Hrkh

Utusan Kalah Lagi, Diperintah Bayar RM50K Kepada Karpal Kerana Fitnah


Mahkamah dapati artikel Utusan ‘berniat jahat’, Karpal terima RM50,000

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000 kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, semasa membaca hujah penghakimannya berkata, walaupun akhbar berbahasa Melayu itu sudah menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas penerbitan, artikel itu menimbulkan rasa benci orang ramai kepada Karpal.

Beliau berkata, tarikh penerbitan artikel tersebut pada 25 Ogos, 2008 — sehari sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan disiarkan oleh media arus perdana itu menunjukkan ia “berniat jahat”.

“Pada pandangan plaintif, sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa artikel itu diterbitkan, ia dilihat sebagai cuba merosakkan peluang kemenangan,” kata hakim tersebut.

Karpal memfailkan saman RM10 juta kepada Utusan Malaysia pada 2008, dengan berkata kenyataan beliau disalah tafsir dalam artikel yang ditulis oleh pengarang berita Zulkifli Jalil.

Dalam artikel “DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu” berdasarkan kepada ucapan Karpal pada Konvenyen Nasional DAP ke 15 pada tahun itu dimana Zulkifli sengaja mengatakan ahli politik tersebut menolak Islam sebagai agama Persekutuan. -TMI

Musuh Najib Makin Ramai Dalam Umno


Jika dihitung, masa sudah tidak banyak berada di pihak presiden Umno, Najib Altantuya untuk memulihkan kembali semangat ahli parti itu menjelang pilihanraya umum akan datang.Kempen dan roadshow yang biasanya disalahgunakan perdana menteri beberapa bulan sebelum pilihanraya umum bagi menunjukkan keprihatinannya kini umpama 'senjata makan tuan' apabila kakitangan kerajaan dan agensi di bawahnya dikerah hadir semata-mata mahu menunjukkan ramai yang masih memberi sokongan walau ia dusta belaka.

Tidak lama selepas pulang dari Pulau Pinang dengan nota memalukan, satu demi satu imejnya dan suaminya, Rosmah Mansor dicalarkan dengan siri pendedahan Deepak Jaikishan, Musa Hassan dan skandal yang membabitkan ketua menteri Sabah, Musa Aman.

Musuh Najib Altantuya semakin lama semakin ramai menyebabkan timbul persoalan bagaimana Umno mahu mengepalai Barisan Nasional (BN) menghadapi Pakatan Rakyat yang terus mendapat sokongan rakyat walau sedikit terjejas dek kerana mainan politik jahat MCA di Kelantan.

Dijangka, Najib Altantuya akan keseorangan menghadapi semua ini tanpa bantuan ketiga-tiga orang Naib Presiden Umno yang digelarnya 'ekor' (merujuk kepada bilangan haiwan) dalam perhimpunan agung parti reput itu akhir bulan lalu.

Kini, masa sudah semakin suntuk buat Najib Altantuya membaiki kerosakan yang dilakukannya sendiri berikutan pengakuan Deepak bahawa mereka berdua pening kepala bagaimana mahu menyelesaikan tuntutan bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada malam akuan bersumpah pertama terbongkar di Sri Satria, kediaman rasmi timbalan perdana menteri ketika itu.

Rosmah yang bertindak selaku 'pengarah' meminta isterinya Najib Altantuya menghubungi adiknya, Nazim Razak bagi menyelesaikan tuntutan Bala sebanyak RM5 juta dan menghilangkan diri bersama keluarga ke India tidak lama selepas itu.

Tambah memeritkan lagi, tindakan Muhyiddin Yassin yang terus 'buat bodoh' biarpun sudah diminta membantu Najib Altantuya sudah cukup memberi isyarat bahawa kepimpinannya sudah tidak lagi diperlukan Umno yang sudah dianggap 'bernafas dalam lumpur' menghitung hari dihukum rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat.

Kini, yang menjadi pertentangan bukan lagi Mahathir dan Najib Altantuya tetapi Mahathir dan Rosmah yang dianggapnya 'lebih sudu dari kuah' menguasai segenap pelusuk hal ehwal pentadbiran negara, pun akibat kelemahan Najib Altantuya sendiri yang cukup takut dengan suaminya hingga boleh merosakkan negara dalam jangka masa panjang.

Harapnya ahli Umno boleh menerima hakikat bahawa perjuangan mereka sudah tidak lagi relevan dengan kehendak semasa yang mahukan kerajaan yang bebas rasuah, boleh memberi peluang pekerjaaan yang lebih baik selain mampu mengurangkan beban hidup mereka terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu yang indeks harga barangan meningkat hingga lebih 7.5 peratus sekarang.

Umno mesti bertanggungjawab di atas kerosakan yang dialami negara dan cara penyelesaiannya bukan setakat menurunkan Najib Altantuya dan Rosmah tetapi menumbangkan Umno dan BN dalam pilihanraya umum yang cuma tinggal empat bulan dari sekarang. ~jalanpulang

Zinedine Zidane: Solat Bikin Hatiku Tenang



Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru.

Ya, tak sedikit yang memuji penampilan Zidane. Bahkan Pengarah Teknik UEFA, Andy Roxburgh menyanjung lelaki keturunan Algeria tersebut adalah pengeluaran dari syurga. (Baca: Zinedine Zidane Pengeluaran dari Syurga).

“Saya percaya di kepalanya (Zidane) ada tulisan ‘made in heaven’. Dia benar-benar anugerah dari Tuhan,” ujar Andy di satu kesempatan.

Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya menggiring bola sambil meliukkan badan. Tidak seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang ketika mendapat peluang langsung menggiring si kulit bundar menusuk ke jantung pertahanan lawan kemudian menceploskan bola. Zidane tampil laiknya maestro seniman lapangan dengan memperagakan penampilan elegan dan indah. Namun, lawan dibuat tidak berkutik lantaran sukar merebut bola dari kakinya.

Lelaki yang kini menjabat Pengarah sukan Real Madrid ini merupakan sosok playmaker yang sempurna bagi kelab mahupun timnas. Pada masanya, hanya Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang boleh dikatakan sejajar dengannya. Lelaki berbangsa Perancis itu mampu mengolah bola dengan baik dan memberikan operan maut yang boleh menembusi pertahanan lawan.

Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpana, sebab seolah-seolah bola melekat di kakinya. Alhasil hampir semua kejohanan, baik di kelab mahupun timnas berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000, dan 2003).

Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga Champions 2001/2002, yang mempertemukan Madrid kontra Bayer Leverkusen. Skor ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga Champions kesembilan.Gol tersebut dinilai gelandang Chelsea dan Timnas Inggeris, Frank Lampard sebagai gol terbaik sepanjang masa.

Meski capaiannya di lapangan luar biasa, namun Zidane tidak lupa untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu. Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik. “Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, ”

Prestasi Zidane:

Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus
Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis
Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis
Liga Champions 2002 bersama Real Madrid
Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid)
La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid
Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis
Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003.

Pemain Terbaik Eropah pada 1998

-republika

Gempar !!! Kuliah Ustaz Azhar Di Surau Ar Rayyan , Indera Mahkota, Kuantan Pahang Sampai, Puluhan Ribu

Dianggarjan Sekitar 30,000 orang yang hadir



Hai ..Golongan Muda Je Nie..Tok Nan..apa cita

Orang Ramai Yang Duduk Dalam Kemah
Golongan OKU Pun Lihat Kuliah UAI

Kalau Macam Ni Betul betul mai Kuliah UAI...Dan Sokong PR..Habislah Pahang..kali nie

Mazidul Akmal Melenting Sakan..

Isu dlm hal ni bukan pasal bikers bawak laju or moto beribu CC tp ialah pasal laporan Majalah 3 tu bukan real situation tp adalah direka maybe ade pengarahnya.. So jgn bahaskan isu bawak laju ke merempit guna superbike ker.
Da lari tajuk. Ni isu mazidul tak mau mengaku bahawa 2 bikers tu adalah lakonan saja. Berdasarkan INFO dari sumber2 yg spy Erapasca, rider yg terlibat tu namanya tak silap Azri atau Nazri gitu lah. Kononnya beliau adalah pegawai JPJ. Jadi kepada saudara Nazri or Azri sudilah tampil utk turn up. Dah terang lagi bersuluh.
Susah sangat ke nak tulis "aksi lakonan semula". Mohon pegawai yg buat aksi lakonan semula tampil dan memperbetulkan keadaan...
Dan Mazidul harus MOHON MAAF...to all bikers..
X sudah2 dia ni kan.. Pakai akai la. Mana ada riders nak buat camtu kalau tak staged. Tau2 plak ko ye lokasi & waktu diorg brdua tu nk berlumba.. Ke ko dh plan siap2. Dah tentu 'skrip' tu ko yg tulis.. Cuba aku suruh ko buat aksi skit2 pastu biar aku buat 'skrip'..
Statement xleh blah la Dol ni.. Isu kat sini skrg pasal 2 orang bikers dlm rakaman tu adalah orang upahan atau 'terserempak' masa wat liputan.. Macam tau2 pulak yea bikers tu nak wat aksi.. Ni namanya bodoh sombong.. Mazidul dan M3 samalah....
Jom ramai2 pakat minta depa nie minta.maaf secara terbuka dan mesti masuk dalam buletin utama...Kalau x bikers akan "sentiasa diharimu" membokot TV3 dan menjadi mimpi ngeri buat karier ko.. Skrip ko memang la tuju kat 2 rider tu!
Abeh ko tayang kat TV ape jadahnye tanggapan masyarakat pulak pada bikers2 malaya ni pulak macam mana??? Satu malaysia tengok bukan ko ngan actor2 upahan ko je tengok... Nak bermadah bagai pehal?
Di mana profesional ko sebagai wartawan beretika, sekadar mencipta cerita yg palsu.. Susah sangat ke nak minta maaf? Mazidol dah kantoi pas tu nak cakap pasal seksyen2 pulak. Buat je la statement video tu hanya rakaman semula. Seksyen 506 konon...
Menipu xboleh kena tindakan ke? Jgn ckp ikut sedap mulut saudara. Kelakarlah. Dulu isu dadah, skarang nk jadi penipu plak. Ape punya orang, lemak tepu sampai otak xboleh nk fungsi. Kaki fitnah kat dunia xrasa, akhirat kang mcm mne?
Susah kau ni. Kalau buat cerita palsu sek berapa pulak ekkk.. Kenyataan Mazidul ni pun berunsur ugutan balik pada bikers yg mempertahankan keadaan sebenar. Dol, ko nak cakap ape? Pelesit jugak? Gambar dah terang2 tunjuk... Dol, dah lupa ka apa yg hang buat kat dlm Sanctum Club goyang pale kat JB dulu? Sampai narkotik datang angkut lu? Nak cakap pasal seksyen konon..
Susah sgt ke nk terus terang. Cakap je la. Memang dilakonkan semula sebagai pengajaran ke apa ke.. Suruh Dato Johan Jaafar jawab! Dia pun bikers jugak.. Tambah lagi dia Chairman Media Prima pemilik TV3. Mazidul ada menulis "saya ada bos lain".
Apa maksud itu? Dol.. Dol... Kenapa suka sangat cari musuh. Kita nie hidup di dunia tak lama. Lahir kita disambut, bila meninggal kita berhantar. Team Erapasca cadangkan team team bikers yg berpengaruh buat bantahan secara rasmi..
X cukup dgn provokasi politik kpd pihak Pakatan Rakyat sekarang ni nk provok bikers pulak.. Ini mmg memperlihatkan kelemahan TV3 & MAZIDUL yg hanya tahu menimbulkan kemarahan rakyat.. Sepatutnya mereka perlu membuat program2 yg memBINA, bukan mengHINA...!!! Tindakan TV3 yg berdiam diri dan kedegilan Mazidul ini akn menambahkan lagi jumlah rakyat yg membenci mereka. ~erapasca

Alasan Kenapa Israel Menjadikan Kanak-Kanak Sebagai Sasaran

Sering kali kita dengar dalam berita atau pun di dalam Internet mengenai kelakuan zalim dan kejam puak-puak Yahudi Israel membunuh kanak-kanak Palestin..Kalau korang nak tahu kenapa puak Israel ni melakukan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan tersebut, meh baca kat bawah ni..
Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka? Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. 

Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran. Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka.

Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.

Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.

Syahid 16 Tahun Lalu, Jenazah Seperti Baru Dikebumikan



Khalil al-Syarif - Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah.

Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama.

Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan.

Namun, semua orang terkejut apabila mereka mendapati jenazah Khalil yang tidak dimamah oleh tanah dan masih utuh.

Jenazahnya bahkan seperti baru sahaja dikebumikan satu jam lalu.

Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud dalam solat.

Detik Islam

Dr Mashitah Hanya Mampu Gelak!!

Ustazah UMno dan Menteri berkaitan Islam ini hanya mampu gelak. Isteri ‘Ulul Amri’ [seperti didakwa perwakilan PAU] Datin Seri Rosmah Mansor meraikan speaker Dr Randall White ketika beliau menghadiri “Women Directors Convention (WDC 2012) di Kuala Lumpur, hari ini.
Dengan lelaki isteri ‘ulul amri’ ini ingin bersalam tetapi tidak dengan perempuan. Lihat peserta perempuan yang menghulur tangan tetapi tak bersambut!! Mungkin dia hanya ‘cikai’ bagi Datin, tidak seperti Dr Randall White.
Dr Mashitah juga pernah menulis Najib Contohi Rasullullah

Subhanallah..Menakjubkan..Artis Punk Masuk Islam Dengan Surah Al Ikhlas..

"Suasana kehidupan menyebabkan seorang lelaki berbangsa kulit putih memilih muzik heavy metal punk untuk melepaskan rasa marahnya terhadap dunia yang didiaminya. Dia merasa marah terhadap pelbagai perkara, seperti ketidak adilan sosial dan masyarakat, serta perkara-perkara yang tidak difahaminya yang berlaku disekelilingnya. Hal ini membentuk jiwanya sebagai seorang yang kuat memberontak dan keras.

Sebagai seorang punk, beliau memakai subang , bertindik dan mempunyai tatu diseluruh badannya. Hampir semua perkara dipersoalkannya. Jauh di lubuk hatinya, beliau merasakan kehidupan ini bukanlah sekadar berkenaan kekayaan, wang dan harta sebagai erti dan tujuan kehidupan di sebagaimana difahami umum di barat. Jiwanya yang tidak tenteram itu menyebabkan beliau sentiasa tercari-cari jawapan akan semua persoalan yang bersarang dalam fikirannya.

Suatu hari, beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan. Rasa ingin tahunya menyebabkan beliau mula mencarinya. Beliau mula mengkaji dan menyelidik maklumat berkenaan Tuhan di dalam agama-agama dan ideologi-ideologi manusia yang lain. Dibesarkan dalam komuniti Kristian, beliau mula mencari jawapan dalam agama itu. Beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan dan anak Tuhan di dalam ajaran Kristian. Jiwanya yang kuat memberontak menyebabkan beliau mula mempersoalkan jawapan yang diberikan itu. Baginya, adalah suatu kelemahan kepada Tuhan apabila Tuhan memerlukan seorang anak. Seolah-olah Tuhan itu akan mati dan memerlukan seorang pengganti kelak dari kalangan anaknya sendiri. Adakah perlu Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa keatas alam ini memerlukan perkara seperti itu? Rasa tidak puas hatinya menyebabkan dia mula beralih kepada agama lain.

Beliau mula mencari jawapan di dalam agama Hindu. Dia mengetahui bahawa agama Hindu menyembah patung-patung yang disucikan. Sebagai seorang yang keras dan pemberontak, beliau bertanya " Sekiranya saya pecahkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung-patung kamu itu mampu membalas balik dan mencederakan saya?'. Para penganut Hindu menjawab , " Perbuatan itu adalah perkara yang amat buruk..". Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, beliau bertanya lagi " Sekiranya saya campakkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung itu akan datang membunuh saya?". Ternyata jawapan yang diberikan tidak memuaskan hatinya. Beliau ternyata kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana patung-patung yang disembah itu seolah-olah tidak berdaya melakukan apa-apa.

Seterusnya, beliau mula mencari erti ketuhanan didalam agama yahudi. Namun, beliau merasakan ajaran yahudi itu sendiri bukanlah sebuah agama tetapi lebih kepada doktrin perkauman. Bagaimana mungkin Tuhan yang mencipta pelbagai bangsa manusia secara tiba-tiba mengkehendaki sebuah agama yang hanya khusus untuk sesuatu bangsa, sedangkan dia sendiri bukan dari bangsa tersebut? Hal ini amat pelik baginya seolah-olah Tuhan itu hanya untuk bangsa Yahudi sahaja, sedangkan manusia itu sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza-beza.

Pencariannya mencari Tuhan diteruskan lagi dengan mengkaji pelbagai ideologi-ideologi yang ada ketika itu. Beliau mendapati, sentiasa terdapat percanggahan dan perbezaan pendapat diantara ideologi-ideologi itu kerana ia hanyalah rekaan manusia semata-mata berdasarkan ego masing-masing.

Suatu hari, ketika beliau berjalan-berjalan, beliau ternampak sebuah pamplet yang diedarkan di sebatang jalan. Beliau terlihat sebuah corak yang dilihatnya sewaktu kecil sebagai grafiti di sebuah tembok terdapat pada pamplet itu. Corak tersebut yang dilukis sebagai grafiti itu ditulis didalam bahasa arab dan beliau amat menyukainya ketika dia mula-mula melihatnya semasa kecil dahulu. Beliau amat berharap untuk mengetahui maksud corak grafiti atau tulisan arab tersebut. Pamplet itu sebenarnya adalah sebuah risalah ringkas berkenaan dengan Islam. Beliau hakikatnya tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai Islam dan berazam untuk menyelidikinya.

Akhirnya, didalam kekurangan buku-buku Islam ketika itu, dia berjaya menjumpai sebuah buku agama. Dia mendapati, buku itu juga turut mempunyai corak grafiti yang sama seperti mana pamplet itu. Sebagai seorang ahli muzik dan seni, beliau merasakan bahawa corak grafiti atau tulisan itu sangat indah dan cantik. Beliau terus membelek dan membaca buku itu sehinggalah terjumpa terjemahan Surah Al-Ikhlas di dalam buku tersebut.

Dia amat-amat kagum dan terperanjat dengan surah Al-Ikhlas yang menyatakan bahwa Tuhan itu adalah satu sahaja. Baginya, adanya alam ini sudah semestinya memerlukan sang Pencipta. Sudah tentu Tuhan yang menciptakan alam ini adalah satu, dan mustahil terdapat banyak Tuhan dalam menciptakan alam ini. Sekiranya bilangan tuhan itu banyak dalam menciptakan alam ini, sudah pasti setiap tuhan itu mempunyai pecahan kuasa dan tidak berkuasa sepenuhnya dan hal ini tidak sesekali lojik baginya. Tidak mungkin Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa itu akan berkongsi kuasa dengan tuhan yang lain. Sudah pasti akan berlaku perselisihan dan pergaduhan sesama tuhan itu.

Dia menemui pencariannya selama ini apabila membaca baris akhir ayat tersebut yang menyatakan bahawa Tuhan itu sama sekali tidak sama dengan apa sesuatupun diatas muka bumi dan alam semesta ini. Beliau mengetahui bahawa apa saja yang berada di alam ini sama sekali tidak mempunyai kuasa yang hakiki keatas setiap yang lain.

Jiwanya membuak-membuak untuk memahami dan memeluk Islam. Beliau amat yakin dengan apa yang dinyatakan oleh tulisan didalam buku itu. Tetapi, beliau tidak mengetahui untuk bertanya kepada siapa. Kehidupannya sebagai seorang punk menyebabkan beliau tidak kenal siapa pun yang beragama Islam untuk ditanya. Beliau tertanya-tanya bagaimanakah beliau dapat mempelajari agama ini.

Akhirnya beliau mendapatkan sebuah buku telefon dan mencari suatu nombor yang mempunyai kaitan dengan Islam. Beliau menjumpai nombor Masjid Besar London dan terus menghubunginya. Pihak masjid bersetuju untuk bertemu dengannya. Namun, apabila beliau sampai di situ,para petugas masjid amat terkejut. Beliau datang ke masjid itu dan menyatakan bahawa ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dengan penampilan yang menggerunkan iaitu memakai rantai, tali pinggang peluru, vest, subang, dengan badan bertatu di hampir keseluruhan badannya. Akhirnya dia dibawa bertemu dengan setiausaha masjid itu dan melafazkan dua kalimah syahadah disitu.

Itulah kisah hampir 20 tahun yang lalu dan kini, punk itu dikenali sebagai Brother Abdul Malik, seorang pendakwah Islam yang aktif di Kota London.

Kuliah Jumaat Terkini TGHarunDin Di Kota Bharu



AES - Laporan Fitnah Mazidul Dan TV3

Sila lihat dulu video dibawah.


Yang sebenarnya ini ialah aksi lakon semula. Ini pengakuan dari geng2 riders sendiri beb. Dorang terlibat dalam rakaman ini tue pasal dorang bengkek dan sakit ahti sebab difitnah secara terang2an di tv3.

Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan. tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu.

Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan, tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu, dan merupakan satu lakonan?

Ini satu pendedahan panas, isu yang dipaparkan TV3 ini membuatkan ramai biker jadi marah. kenapa?

Bikers-biker ini berpendapat TV3 melalui pengacara sensasi yang kelihatan dari dulu sangat anti kepada motosikal cuba memberi gambaran salah .. biker-biker ini berkata mazidul cuba dengan sengaja menjatuhkan imej penunggang motosikal.

Mengapa?.

Sebenarnya aksi 2 biji motosikal yang dipandu itu bukan diambil secara spontan, sebenarnya ianya cuma satu lakonan, 2 orang penunggang motosikal laju dan agak "pelesit" itu adalah penunggang upahan. gambar bawah adalah buktinya.




Adakah anda perasan apa yang dipaparkan diatas?, 2 biji motosikal kuasa tinggi dan sebuah helikopter, mazidul dan jurukamera naik helikopter untuk rakamkan aksi merbahaya yang akan dilakukan oleh 2 penunggang upahan ini.

Ini bermaksud Tv3 telah merancang terlebih dahulu aksi yang akan dipaparkan, aksi yang dirakamkan bukan spontan, tetapi menggunakan penunggang upahan.

Sepatutnya menurut ramai biker aksi ini harus dilabelkan sebagai "lakonan" supaya tidak timbul salah faham dan tanggapan negatif masyarakat kepada mereka.

Nah, sekarang terbuktilah TV3 mereka cipta cerita sehingga mengelirukan, aksi yang dilakonkan dirancang dan ditayangkan seolah-olah aksi yang dirakam secara spontan. mengapa jadi begitu.

Sekarang sedang panas isu AES, mungkin dengan cara ini, walaupun aksi tersebut satu lakonan, rakyat boleh tertipu dan berfikir wajar AES dipasang kerana menyangkakan aksi yang dipaparkan itu bukan satu lakonan yang sengaja dirancang.

TV3 mengelirukan rakyat, apakah kita masih mahu bulat-bulat percaya apa yang dipaparkan?.

Sumber - Amenoworld & MediaPerak
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .