Ikuti Blog ini

Puluhan ribu mula penuhi HKR Terengganu

(Orang ramai memenuhi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Terengganu di Kuala Paka - Foto Nurulslah)

DUNGUN: Berpuluh ribu pendokong Pakatan Rakyat membanjiri Kuala Paka malam ini bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Terengganu.

Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini.

Antara yang awal memberikan ucapan adalah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil. Beliau menceritakan kecelaruan yang berlaku dalam Umno sekarang.

Himpunan  kali ini adalah yang ke 7 selepas Seremban, Kota Bharu, Batu Pahat, Alor Setar, Melaka dan Pahang.

Esok, himpunan PAS Ganti Umno (PGU) pula akan diadakan  di tapak yang sama.

Menurut wartawan Harakahdaily di tapak perhimpunan, lebih 20,000 rakyat hadir untuk mendengar amanat pimpinan.

Antara yang berucap wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu).

Tuurt akan berucap malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut adalah gambar-gambar awal perhimpunan ini. -Hrkh


(Sebahagian orang ramai yang menyertai HKR Terengganu - Foto Nurulslah)


(AJK PAS Pusat, Datuk  Abu Bakar Chik dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution - Foto Nurulslah)
(Wakil R Kelantan juga datang untuk membentangkan kes mereka- foto Nurulislah)
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .