Ikuti Blog ini

Pesawat Tempur+Pengintip F-35: Singapura bakal gugat ASEAN




Kerajaan Malaysia wajar melihat cadangan Singapura untuk membeli 100 pesawat tempur kalis radar F-35 sebagai satu ancaman. Pesawat ini bukan sekadar pesawat tempur biasa kerana ia juga boleh dijadikan pesawat pengintip dengan senjata berat. Ini bukanlah suatu perkara yang boleh didiamkan kerana situasi rantau ASEAN sekarang perlulah memfokuskan kepada pembangunan ekonomi serantau bukannya meningkatkan keupayaan ketenteraan.

Tentera Udara Singapura juga telah banyak mengadakan penerbangan secara haram di ruang udara di selatan negara. Cadangan pembelian pesawat tempur jenis F-35 ini adalah satu lagi langkah Singapura untuk mengganggu gugat keadaan di Selatan tanahair.
Singapura bukanlah negara kecil dan jumlah pesawatnya juga sudah melebihi keperluan. Setakat ini Singapura belum pernah dilaporkan menerima ancaman luar biasa khususnya dari sudut peperangan udara.

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang sering menjadi mangsa. Tidak mustahil juga pesawat ini akan dijadikan sebagai pesawat pengintip dan kita juga tahu hubungan Singapura yang begitu akrab dengan Amerika dan Israel boleh mengancam keamanan di rantau ini.

Tidak mustahil juga jika dikatakan bahawa Singapura mempunyai hubungan perisikan dengan CIA dan juga Mossad. Segala maklumat berkaitan negara-negara Islam di rantau ASEAN, pastinya menjadi bahan perkongsian kerana selama ini kita juga difahamkan bahawa Singapura sering menjalankan latihan dan mengunakan Fasiliti untuk latihan ketenteraan di kedua-dua negara tersebut.

Oleh itu, Singapura harus diperingatkan agar menghormati negara ASEAN yang lain. Setiap negara ASEAN wajar memberikan tekanan agar Singapura tmenghormati kawasan sempadan dan tidak sewenang-wenangnya menceroboh negara jiran.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .