Ikuti Blog ini

Wan Azizah dianugerahi 'Dato' Seri'


Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr. Azizah Wan Ismail dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran 'Dato' Seri' dalam majlis penganugerahan pingat sempena sambutan hari lahir Tun Yang Terutama (TYT) Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Haji Abbas yang ke-70 yang diadakan selama dua hari mulai hari ini.

Sambutan yang bermula jam sembilan pagi itu diadakan di Dewan Sri Pinang dengan pembarisan pasukan keselamatan, ucapan dan seterusnya penganugerahan pingat.

Harkahdaily dimaklumkan, beberapa orang bekas pimpinan PAS negeri juga disenaraikan penerima pingat sebagai tanda penglibatan dalam masyarakat.

Manakala tahun ini terdapat sedikit kelainan apabila semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ahli Majlis Kerajaan Tempatan samada MPSP atau MPPP tidak dianugerahkan sebarang pingat ekoran kehendak Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak mahu penganugerahan dibuat berdasarkan kepentingan politik tetapi kerana penglibatan seseorang itu dalam masyarakat.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .