Hari ini adalah hari yang sangat bersejarah kepada semua rakyat Malaysia
kerana ianya adalah hari pengundian P44 Parlimen Permatang Pauh yang
melibatkan pertandingan tiga penjuru antara PKR, BN dan Akim.
Yang menariknya kali ini ialah suasana pilihanrayanya yang saya kira
hampir setaraf dengan pilihanraya umum ke-12 yang lalu sentiasa hangat
dengan isu dan terbaru sumpah-sumpah.
Anwar Ibrahim diletakkan sebagai calon Pakatan Rakyat yang diwar-warkan
sebagai Perdana Menteri yang menunggu giliran, apapun kita serahkan urusan
itu kepada Allah yang menentukannya.
Saya terharu disebalik terdesaknya UmnoBN berkempen secara lucah dan bacul
di seluruh negara menggambarkan mereka ini semua sangat cuak dan takut
dengan masa depan mereka yang semakin malap.
Umno yang gagal menang besar dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu kini
seolahnya gila meroyan sampaikan mereka tergamak memfitnah dan bermain
dengan menggunakan nama Allah.
Saya secara rambangnya bertanya kepada kawan-kawan dan pimpinan politik
yang saya kenali, rata-ratanya mengharapkan Anwar akan berjaya mencapai
kemenangan walau bagaimana rupa dan caranya asalkan Anwar berjaya masuk ke
Parlimen.
Sangat terharu apabila ibu saya sendiri berkata beliau sentiasa mendoakan
kemenangan Anwar dalam doa selepas solatnya,biarpun selama ini ibu saya
memangkah Barisan Nasional dan saya dapat rasakan perkara yang serupa
kepada tuan puan semua.
Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang kerana semua orang sudah tahu
isunya dan setia dalam mengikuti perkembangan semasa. Apapun sama-samalah
kita berdoa setelah berusaha dan berikhtiar kerana baik untuk Anwar
InsyaAllah baiklah juga kepada semua rakyat.
Anwar terus mara untuk menebas lalang di Putrajaya... AllahuAkbar.
- PAS Johor Bahru