Ikuti Blog ini
Ezam kelentong Umno, Cari alasan kerana tak yakin lawan Anwar ,Isnin, Ogos 04, 2008 at 4.8.08,
Ketika Ahli Parlimen Kulim menawar kerusinya kepada Anwar, Ezam melompat untuk menawarkan diri sebagai lawannya. Namun setelah teki-teki dimana Anwar bertanding didedahkan, Ezam kembali pasak ke kandangnya.
Ketika ditanya oleh wartawan mStar tentang Pilihanraya Permatang Pauh, Ezam sekadar menjawab;
“Anwar punya peluang untuk menang di Permatang Pauh kerana itu kerusi yang pernah disandangnya sebelum ini,”
Beliau juga enggan menawarkan diri atas alasan bahawa Umno Permatang Pauh mahu “anak Permatang Pauh menjadi calon” memandangkan beliau yang baru menyertai semula Umno tiga bulan lalu belum dapat diterima sepenuhnya oleh penduduk kawasan berkenaan.
Ini membuktikan bahawa kehadiran Ezam belum mampu menarik perhatian ahli Umno, malah dicurigai oleh kebanyakkan ahlinya.
Kenyataan beliau bahawa Anwar berpeluang untuk menang boleh ditafsirkan sebagai menikam Umno dari belakang kerana meluahkan pandangan yang boleh membunuh motivasi ahli Umno Permatang Pauh.
Walaupun beliau berjanji untuk turun berkempen, namun itu tidak bermakna Umno akan menang. Pilihanraya kecil ini akan menjadi pentas buat Ezam menunjukan kesetiaannya pada Umno yang kini masih lagi berbelah bahagi kerana lawan mereka kali ini adalah mantan bosnya yang telah mendidik dan memberikan banyak ilmu padanya.
Pada kebiasaannya, agak sukar untuk anak murid melawan ilmu gurunya. Hakikatnya, ilmunya itu cukup untuk menjadi bahan jenaka dan ditertawakan sahaja.