Ikuti Blog ini

7 Oktober penentuan pindah kes Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Sept - Hakim SM Komathy Suppiah akan memutuskan pada 7 Oktober depan sama ada perbicaraan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hujah dari dari pihak pendakwa dan peguambela sama ada kes tersebut boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi didengar pagi ini.

Pihak pendakwa memohon kebenaran untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi dalam prosiding sebelum ini.

Bagaimanapun, notis pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dibantah oleh pihak peguambela.

Bantahan tersebut dibuat kerana Abdul Gani sedang disiasat berhubung aduan membuat bukti palsu dalam kes-kes terhadap Anwar 10 tahun lalu.

ImageHakim Komathy kemudiannya menangguhkan prosiding hingga ke hari ini untuk membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan untuk berhujah.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. Anwar kini dibebaskan atas ikat jamin


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .