Ikuti Blog ini

PAS Kecam Tindakan Kerajaan UMNO/BN Terus Guna ISA

http://buletinonline.net/images/berita11/bukapuasamadsabu1.jpg
Kuala Terengganu - Tindakan kerajaan menahan penulis blog Raja Petra Kamarudin menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibantah oleh pelbagai pihak. (Gambar - Majlis Berbuka Puasa PAS Kuala Terengganu)


Naib Presiden PAS, Muhammad Sabu (Gambar kanan) menentang tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap mana-mana pihak termasuk keatas Raja Petra atau pun Datuk Ahmad Ismail.
http://buletinonline.net/images/berita11/bukapuasamadsabu2.jpg


“Prinsip kita ialah menentang penyalahguanaan ISA, saya sendiri tidak baca lagi secara detail artikel yang ditulis oleh Raja Petra, tetapi kalau dia didapati ada unsur-unsur menghina Islam boleh didakwa dimana-mana mahkamah syariah, khasnya mahkamah Wilayah Persekutuan,

“menahan beliau dibawah ISA itu satu perkara yang saya tidak setuju, prinsip PAS tidak setuju seseorang yang ditahan tanpa bicara,” kata beliau yang ditemui selepas majlis berbuka puasa di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu lewat petang semalam.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas berkaitan penahanan Raja Petra Kamarudin pada jam 1.10 petang semalam.

Beliau turut menentang sekirannya akta yang sama digunakan terhadap Bekas Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail walaupun Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum.

”Tidak setuju, Ahmad Ismail boleh didakwa dibawah akta hasutan, kalau kita tidak setuju ISA kepada kita, begitu juga kepada musuh kita,

“saya tidak mahu mengulas panjang, kalau ada bukti dia menghasut, dia boleh didakwa dibawah akta hasutan, akta hasutan terlalu luas untuk digunakan,”tegas Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Beliau juga berpendapat tindakan penggantungan ahli yang dikenakan oleh Ahmad itu adalah tindakan UMNO kepada ahlinya, tetapi bagi kesalahan yang dilakukan kepada rakyat Malaysia, Ahmad patut didakwa dibawah akta hasutan.


Menurut Mohamad, telah dua kali peristiwa berdarah berlaku di Malaysia pada tahun 1967 dan tahun 1969 dan kedua-dua peristiwa itu bermula di Pulau Pinang.

Justeru menurut beliau, memang mudah berlaku perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti kaum di Pulau Pinang kerana keadaan orang Melayu terutamanya di sebelah pulau berada dalam keadaan minoriti, sebarang api perkauman memang mudah ditiupkan.

Namun beliau curiga kepada isu yang berlaku kebelakangan ini, kerana kebiasaannya UMNO/BN akan menggunakan isu perkauman apabila ia tersepit.

“Kita ada kebimbangan bahawa perkauman ini sengaja ditumbulkan selalunya apabila UMNO dalam keadaan lemah,

“untuk menyelamatkan UMNO kembali tidak ada isu lain melainkan isu perkauman seperti yang berlaku (ketika) penolakan orang terhadap UMNO/Perikatan pada tahun 1969 (dimana) memulihkan kedudukan UMNO itu ialah dengan isu perkauman,”Ujarnya.

Beliau bimbang siaran itu akan berulang sekarang dan isu perkauman ini akan ditaja di besar-besarkan untuk dilihat bahawa, mahu tidak mahu (rakyat dipaksa menerima) UMNO dan BN adalah penyelemat di Malaysia.

Sebelum itu Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) telah mengedarkan siaran akhbar mengecam tindakan pemerintah UMNO/BN menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Raja Petra.

AMK percaya bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik sepenuhnya dalam keadaan Umno-BN terdesak akibat dihimpit pelbagai kemelut dalaman mutakhir ini.

Ketuanya, Shamsul Iskandar berkata, tanpa mengira sesiapa saja, penahanan Raja Petra kali ini juga adalah jelas sesuatu yang bercanggah dengan hak asasi manusia yang menggariskan hak seseorang individu tidak ditahan tanpa bicara.

Manakala The Star Online melaporkan, Majlis Peguam turut menggesa kerajaan membebaskan semua yang ditahan di bawah ISA.

Pengerusinya Datuk Ambi Sreenevasan mengatakan Majlis Peguam Malaysia konsisten menyatakan bahawa penggunaan ISA adalah tidak demokratik dan ia adalah sebuah undang-undang zalim (draconian law)



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .