Ikuti Blog ini

ISA: Teresa Kok turut ditahan


Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.

Beliau merupakan orang ketiga ditahan di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

federal territory round table retrieat 170408 teresa kokDifahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam tadi.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan penahanan Teresa.

Menurutnya, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu.

Tan ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam pukul 8.30 malam tadi.

Jurucakap Sin Chew ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan dia ditahan di bawah ISA tetapi enggan mengulas lanjut.

Turut mengesahkan penahanan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .