Ikuti Blog ini

Pemergian Pak Samad, kehilangan besar kepada negara - Wan Azizah


PETALING JAYA, 5 Sept - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pemergian tokoh wartawan, Tan Sri Abdul Samad Ismail (Pak Samad) sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Wan Azizah yang ditemui selepas menziarahi keluarga Allahyarham Pak Samad sebentar tadi turut menyatakan Pak Samad sebagai seorang tokoh dalam duani kewartawanan yang disegani.

Ujarnya lagi, Pak Samad terkenal dengan penulisannya ketika era kemerdekaan negara.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham Pak Samad ialah, veteran PAS, Subky Latiff dan bekas Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin (Zam); Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Pengerusi Bernama, Dato' Seri Annuar Zaini dan para wartawan dari pelbagai media.

ImageJenazah Allahyarham telah disembahyangkan di rumahnya dan kini sedang di bawa ke Masjid Kolej Islam Malaya sementara menanti untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

Menurut laporan Bernama, Abdul Samad, 84, dimasukkan ke hospital sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.

Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.

Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .