Ikuti Blog ini

Kelab Penyokong Sebagai Jambatan - Vincent


Taman Dagang Jaya, Persefahaman dan perpaduan antara kaum di DUN Lembah Jaya tidak goyah walaupun ianya seringkali di'duga' oleh anasir-anasir yang cemburu dengan suasana ini. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan hasrat mereka tercapai, antaranya dengan menimbulkan keraguan dan salah faham antara agama, adat budaya dan sebagainya.

Justeru, bertempat di Dewan Ar-Ridhuan Taman Dagang Jaya satu program penerangan mengenai pentingnya penubuhan satu kelab yang dikenali sebagai 'Kelab Penyokong PAS' diadakan di mana kelab ini telahpun ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. Majlis yang dipengerusikan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Saudara Zainal Abidin Ghafar bermula jam 9.30 malam. Penceramah utama ialah Encik Vincent Lim, Timbalan Pengerusi II, Kelab Penyokong PAS Nasional. Menurut beliau banyak salah faham berlaku di antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini terutama yang berkaian dengan agama dan budaya. Terdapat beberapa perayaan kaum Cina sebenarnya tiada kaitan agama seperti Perayaan Kuih Bulan, namun masih ramai di kalangan masyarakat Islam yang tidak mengetahuinya dan masih keliru tentang kedudukannya yang sebenar.

Jadi, ruang-ruang kekeliruan inilah yang digunakan pihak yang tidak senang dengan perpaduan ini bagi menimbulkan ketegangan dan kekecohan. Oleh itu, penubuhan dan pengaktifan kelab ini di DUN Lembah Jaya dilihat amat bertepatan di mana kelab ini kelak akan berfungsi sebagai jambatan penghubung bagi menerangkan apa jua isu antara kaum di sini. Turut hadir ialah YB Khasim Abd Aziz yang berucap mengalu-alukan kehadiran para penyokong PAS seramai kira-kira 25 orang dari kalangan kaum India dan Cina.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .