Apa nak dikata, polis pun terpaksa dikerah untuk menjaga mesyuarat agong Pemuda UMNO di Rantau Panjang. Tentu memalukan ahli UMNO di seluruh negara.
Bila sebut tentang keganasan dalam pilihanraya pasti akan yang akan menjadi mangsa adalah parti-parti seperti PAS, PKR, DAP dan parti-parti pembangkang apabila pertandingan tersebut adalah di antara BN dan PR.
Macam-macamlah yang akan dituduh kepada kami khususnya kepada anak-anak muda ini. Tetapi apabila berhadapan dengan mesyuarat di kalangan UMNO/BN, perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan.
Di Rantau Panjang ini, ada perwakilan yang bangun membantah kerana dia mendakwa ada pengundi hantu di kalangan perwakilah yang hadir. Mana tidaknya, mereka ini sudah pun dilatih untuk menjadi pengundi hantu ketika pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil maka tidaklah mustahil bila ianya berlaku di dalam mesyuarat UMNO.
Pemuda UMNO di Gelang Patah pun bergolak apabila ada AJK Pemuda Bahagian mengancam untuk meletakkan jawatan kerana tidak puas hati dengan cara pemilihan parti baru-baru ini.
Saya pasti, ahli UMNO pun sudah muak dengan perkembangan ini kerana parti ini sudah rosak dengan pelbagai sebab, hasil daripada tangan-tangan pemimpin mereka. Barah ini sudah mencapai ke tahap yang cukup merbahaya sehingga tidak dapat diselamatkan lagi.
Maka tidak hairanlah kenapa Pemuda MCA sebut supaya dominasi UMNO dalam BN dikaji semula.