Kuala Terengganu – Pemuda PAS Terengganu menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai wujudnya ketidakadilan dan unsur berat sebelah dalam pembahagian kontrak Kerajaan Persekutuan.
Akhbar Sinar Harian memetik ketuanya Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata kenyataan Tok Guru Nik Aziz memang berasas dimana ketidakadilan berlaku termasuk kontrak hanya diberikan kepada kroni politik.
Menurut Azman, kerajaan sebenarnya tidak mengamalkan sistem tender terbuka, menyebabkan kontraktor kurang berkelayakan mendapat tender yang ditawarkan dengan mengambil kira sokongan mereka kepada parti pemerintah.
“Pembahagian kontrak kerajaan sepatutnya diputuskan secara telus oleh Jawatankuasa Tender dan setiap kontraktor yang menyertai tender perlu dinilai dari segi kelayakan dan kemampuan melaksanakan projek, bukannya kepentingan politik,” katanya.