Ikuti Blog ini

Perantau Diseru dedahkan Pengkhianatan UMNO Terhadap Demokrasi dan Negeri Terengganu


Kuala Terengganu - Perantau diseru menyedarkan anak negeri di luar Terengganu dan memberi kesedaran kepada mereka tentang politik, khususnya pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO keatas demokrasi, rakyat dan negeri Terengganu.

(Dato' Wan Mutalib, teliti membaca edisi cetak Buletin yang mula diedarkan sempena Hari Raya, sebelum berucap dalam sesi dailog Majlis Ijtima' Idul Fitri Perantau kelmarin.

”Samada pegawai peringkat tinggi dan rendah, rakyat Terengganu sendiri tak rasa tercabarnya demokrasi,

“sedangkan inilah ‘very fundamental’ dimana rakyat kesemuanya patut berkempen, ini pengkhianatan yang paling jelas kepada demokrasi,”

“sepatutnya Perantau kita memainkan peranan menyebarkan maklumat pengkhianatan kepada demokrasi, rakyat dan kerajaan negeri Terengganu,”Kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong ketika berucap dalam sesi dialog, Ijtima’ Idul Fitri untuk Perantau yang diadakan di Kuala Ibai, dekat sini kelmarin. (Gambar atas - Dato' Wan Mutalib di Ijtima' kelmarin)

”Kita ambil tindakan undang-undang dengan segera, tetapi kehakiman boleh dikawal oleh politik, walaupun pemisahan kuasa itu berlaku, tetapi kehakiman sampai hari ini masih lagi dikawal supaya kes (royalti minyak) tidak dijalankan (dibicarakan) dengan segera sehingga hari ini, sedangkan kita telah mendaftarkan ‘certificate of urgency’,”kata beliau ketika mengulas isu berkaitan royalti minyak yang berlaku di Terengganu.

Menurut beliau hasil yang dirampas dari wang royalti minyak disalurkan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan bukan melalui jentera kerajaan serta diagih-agihkan kepada ahli-ahli UMNO.

”Tahun ini RM47 juta (Dana Khas Duit Raya), ini telah dibelanjakan sejak tahun 2000, paling kurang 5,000 setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) disuap dengan duit ini, dibahagi-bahagikan,”jelas beliau.

Kerajaan UMNO/BN juga, kata beliau telah menggunakan kuasa pentadbiran mengambil balik tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS dan membayar wang pampasan menggunakan kekuatan wang royalti minyak yang telah dirampas.

”Walaupun mereka terpaksa membayar pampasan yang begitu tinggi, mereka tak peduli,
“contohnya, kita beri satu keping tanah kepada Khairunnisa’ (Persatuan Isteri-isteri Wakil Rayat PAS) bersama dengan Puspanita (Persatuan Isteri-isteri Pegawai-pegawai Kerajaan), untuk mereka menjalankan aktiviti dan kepentingan mereka selama 40 tahun,
”Bila kita hilang kuasa, mereka rampas dan bayar pampasan sebanyak RM2 juta, bayangkanlah, dia tak peduli, asalkan tak dapat kita (PAS) untuk majukan (tanah) tak kira Puspanita ke atau Khairunnisa’,”tambah beliau.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .