Dewan Undangan Negeri Selangor masih bersidang. Semalam di Dewan EXCO Agama yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan konsert Jom Heboh TV3 dianjurkan dimana-mana lokasi di Selangor. Menurut beliau keputusan ini dibuat kerana stesyen TV berkenaan sentiasa berat sebelah dan tidak adil dalam membuat liputan berkenaan kerajaan negeri.
Perlu lebih giat dalam mengintai peluang melaksanakan Islam dalam ruang lingkup yang ada di negeri-negeri yang PAS mentadbir atau menyertai kerajaan yang memerintah. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi: “Apa sahaja yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, maka tidak boleh ditinggalkan kesemuanya.”
Sesungguhnya kalau kita tinjau konsert “Jom Heboh” TV3 yang diadakan hampir di seluruh negara, tiada apa pengisian yang bermanfaat pun selain hiburan, menyanyi, menari dan melonjak-lonjak atas pentas oleh artis yangs esetengahnya berpakaian kurang sopan. Syabas Selangor kerana berupaya mengambil pendirian sedemikain.
Mudah-mudahan atas semangat seminar di atas, negeri-negeri lain yang kita perintah bersama akan mengambil langkah yang sama juga. Memang PAS bukan dominan dalam negeri-negeri tertentu namun apa yang cuba dibawa oleh PAS ini adalah berkait-rapat dengan Islam yang dianuti oleh sebahagian besar rakyat di negeri-negeri ini. Konsert TV3 ityupun kalau kita lihat rata-rata dikerumuni oleh rakyat yang beragama Islam, lantas atas dasar itu PAS bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu.