Ikuti Blog ini

Zaid: Ketuanan Melayu Satu Konsep Yang Gagal


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini. Beliau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini. “Ia menyebabkan kita hilang pertimbangan berkaitan kesamarataan dan keadilan. “Apabila seorang wanita Cina dilantik mengetuai sebuah agensi kerajaan negeri yang dia telah berkhidmat selama 33 tahun, wujud protes daripada kumpulan Melayu kerana dia ialah seorang yang berbangsa Cina,” katanya ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 di sini hari ini. Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu. Utusan

[Kenyataan Zaid itu adalah tepat sekali dengan senario yang berlaku hari ini. UMNO masih rakus dengan istilah "ketuanan Melayu". Mereka lupa pemimpin merekalah yang merompak tanah rezab Melayu, hapuskan Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik, biarkan ramai Melayu menganggur dan terjebak dengan najis dadah. Mereka dirikan institusi bagi melatih penagih dadah yang kononnya untuk memulihkan "serenti". Namun saban tahun semakin ramai anak-anak Melayu terjebak. Gejala sosial dikalangan remaja Melayu paling banyak mewarnai arus pembangunan. Gejala murtad anak-anak Melayu gagal ditangani. Melayu yang maju hanyalah kroni-kroni dan suku sakat mereka sahaja. Sebaliknya Melayu yang lain ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya demi kuasa. Lagu "Warisan" sering dinyanyikan untuk menimbulkan semangat Melayu, tapi bangsa Melayu UMNO sendiri yang rosakkan Melayu. Rasuah, korupsi, penyelwengan berlaku dimana-mana asal namanya Melayu. Lebih elok orang Cina yang jujur, ikhlas dan telus menjadi pemimpin agensi terbabit daripada diberikan kepada Melayu yang korupsi dan ada unsur "under table" bila melakukan sebarang urusan berkaitan].

Zaid juga telah lepaskan jawatan Senator

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah melepaskan kedudukan sebagai anggota Dewan Negara beberapa minggu selepas meletakkan jawatan Kabinet September lalu.

Zaid, yang pernah secara terbuka mengkritik penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mendedahkan perkara tersebut pada satu seminar di ibu negara semalam.

Bagaimanapun penelitian di laman web Parlimen hari ini menunjukkan nama beliau masih tertera sebagai anggota Dewan Negara.

Menjelaskan kedudukan sebenarnya, Zaid berkata, beliau bukan lagi digelar Senator kerana telah mengambil keputusan melepaskan jawatan tersebut.

Kata Zaid, sejurus selepas berhenti daripada menjadi menteri beliau turut mengambil keputusan melepaskan kedudukan di Dewan Negara bagi membolehkannya memfokus terhadap yayasan yang ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan rakyat pelbagai kaum negara ini.

Pada September lalu, Ketua Umno Bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee mencadangkan Zaid dilucutkan jawatan Senator kerana tindak-tanduk politiknya bercanggah dengan prinsip Umno dan Barisan Nasional.

Beliau menegaskan, mana-mana pemimpin UMNO yang dilihat bersekongkol dengan pembangkang hendaklah dikenakan tindakan tegas.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .