Ikuti Blog ini

BERJUANG TEGAKKAN ISLAM


BERJUANG TEGAKKAN ISLAM
WALAU SIAPA CALONNYA

Teka teki siapakah calon pilihanraya kecil di P.36 Kuala Terengganu dan spekulasi mengenainya insyaallah akan terungkai dan terlerai pada malam ini , di mana Sohibus Samahah Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS akan mengisytiharkannya .


Saya terlebih dahulu mengucapkan mabruk ( muqaddam ) kepada siapa jua yang diisytiharkan sebagai pemegang amanah ( calon ) mewakili parti/jamaah untuk turun ke medan membawa segala dasar dan risalah perjuangan .


Semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada perjuangan suci yang kita dokongi bersama ini . Biarpun kita menyedari terlalu banyak halangan dan rintangan yang bakal ditempuh , namun berbekalkan keikhlasan dan kesungguhan untuk menjulang syariat dan syiar Islami segalanya dihadapi dengan sabar dan tabah.


Perjuangan ini sememangnya mempunyai sunnah dan tabiat yang wajib difahami serta dihayati oleh semua pejuangnya agar kita TIDAK salah langkah dan silap perhitungan semasa mengenderainya meredah segala cabaran luar dan karenah dalam yang dihadapi .


Saya percaya bahawa dalam menghadapi pilihanraya kecil P.36 Kuala Terengganu ini , semua pimpinan , jentera dan ahli telahpun bertungkus lumus melaksanakan taklif perjuangan ini semampu mungkin .


Lantaran itu suka saya mengingatkan semua peringkat jentera kita , agar laksanakan tugas dengan ikhlas mengharapkan redha dan restu Allah Qadhi Rabbul Jalil serta gigih tanpa memperdulikan penat lelah dan persoalan remeh temeh yang mungkin timbul dikalangan kita .

Sebagai contoh : siapa pun calon yang bakal diisytiharkan kelak tidak menjejaskan prestasi perjuangan kita sehingga mengganggu potensi kemenangan .


Penegasan ini berasaskan prinsip perjuangan kita yang berpaksikan Islam dan juga prinsip amal Jamaei , justeru itu siapa pun calon yang mewakili parti tidak menjadi persoalan apatah lagi calon yang bakal dikemukakan oleh parti tentu sahaja calon yang terbaik dan berwibawa .


Kita dengar dan taat malah thiqah ( percaya penuh ) terhadap pimpinan kita . Tugas penting kita saat ini ialah mengaktifkan seluruh organ jentera dipelbagai peringkat khasnya di UPU dan pemuda pastinya insyaallah mengambil posisi - posisi utama mendepani segala cabaran dan kemungkinan demi memenangkan perjuangan ini .

Selamat berjuang dan berangkatlah ke medan dengan keberkatan dari Allah swt.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .