Ikuti Blog ini

DAP sumbangkan LCD bergerak untuk bantu kempen PAS


KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara rasminya telah menyerahkan skin layar (LCD) yang besar kepada jentera pilihan raya PAS di Kuala Terengganu dalam usaha membantu kempen di sini.


ImagePenyerahan dibuat Guang Eng selepas satu sidang media khas berasam tiga pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pusat Media PAS, Kuala Ibai pada 11 Januari.


Turut serta ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden KeADILan, Mustaffa Kamli Ayub; veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dato' Mustaffa Ali; Calon PAS bagi PRK Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Adun Teja (Perak), Chang Lih Kang.


ImageMenurut Guan Eng, LCD itu diserahkan bagi memudahkan kempen penerangan diadakan secara bergerak kerana LCD itu akan diusung dengan lori.


Pemberian itu adalah tanda PAS dan DAP serta KeADILan adalah sangat komited antara satu sama lain dalam kerjasama yang diadakan Pakatan Rakyat, katanya.


DAP menyokong sepenuhnya calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang digelar 'MAWE' oleh Guan Eng, dan partinya akan terus berkempen untuk memastikan calon PAS menang di sini.


"Apapun kita akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat walaupun setelah habis pilihan raya kecil ini, kerana bagi kita walaupun ada perbezaan antara PAS dan DAP, namun ia bukanlah jurang, sebaliknya antara satu sama lain saling memahami.

Image

"Kita mengamalkan konsep bermusyawarah atau membincangkan antara satu sama lain bagi memutuskan hal-hal yang berkaitan dasar yang dipersetujui parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.


Beliau juga melahirkan rasa kesalnya apabila ada media arus perdana yang cuba melaga-lagakan PAS dan DAP dengan memainkan isu pelaksanaan hukum Hudud.


Walhal, isu Hudud sepatutnya tidak timbul dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini kerana ia bukan isu disini, katanya.


Beliau percaya, dengan komitmen yang diberi PAS, KeADILan dan DAP, calon PAS akan menang kerana 'mood' pengundi menyebelahi PAS.


"Cuma yang kita bimbangkan ialah pengundi hantu sahaja, ini yang kita akan hati-hati," katanya.


Sejurus selepas sidang media, Ustaz Abdul Hadi, Guan Eng dan Wan Azizah bersama-sama menekan 'key' pada lap top untuk melancarkan skrin LCD tersebut.


Skrin itu seterusnya akan dijadikan alat untuk dibawa ke sana ke mari untuk berkempen.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .