Ikuti Blog ini

'Kerjasama langit dan bumi' buahkan kejayaan

KUALA LUMPUR - Pengarah Pusat Reformasi Sistem Pilihan Raya PAS (Ceri), Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif berpandangan 'kerjasama antara langit dan bumi' iaitu munajat secara besar-besaran yang dipohon oleh setiap individu rakyat Kuala Terengganu memberi kejayaan besar PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Selain itu katanya, kerjasama mantap antara Pakatan Rakyat yang menggambarkan imej perpaduan telah mencipta satu suasana politik yang menyebabkan seluruh masyarakat di Kuala Terengganu terlibat sama dalam proses pilihan raya yang penting.


Di samping itu katanya, pecahan dalaman BN juga merupakan salah satu faktor parti tersebut ditolak oleh pengundi-pengundi Kuala Terengganu.



"Bermula daripada calon pilihan Menteri Besar Terengganu yang tidak dipilih, sebaliknya Dato' Wan Farid yang dipilih mewakili parti tersebut. Di situ kita sudah nampak perpecahan dalam BN. Selain itu juga, pesonaliti Wan Farid yang dilihat tidak mesra rakyat menyebabkan beliau sukar diterima rakyat Kuala Terengganu.


"Jelas sekali papan iklan yang dipasang di seluruh Kuala Terengganu yang menunjukkan beliau sama-sama bersimpuh dengan masyarakat, adalah untuk menghakis imej beliau yang tidak mesra rakyat itu. Masyarakat Kuala Terengganu telah tertanam dalam minda mereka tentang sikap Wan Farid yang kurang mesra dan bersifat 'elitis'," katanya, sewaktu dihubungi.


Jelasnya, sikap elit Wan Farid menyebabkan beliau tidak mempunyai kekuatan dengan 'grass root' dan 'hilang sentuhan' dengan pengundi-pengundi.


kuala terengganu by election 170109 victory pc Sementara itu, Wan Abdul Rahman turut berpandang salah satu faktor tumpasnya BN di Kuala Terengganu adalah kerana mereka tersilap dalam menyediakan 'peluru' yang mana lawannya mungkin disangkakan antara Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Wan Mutallib Embong.


"BN tersilap menyediakan 'peluru' untuk 'menembak' salah seorang individu ini. Rupa-rupanya yang menjadi calon adalah individu yang tidak disangka mereka. BN menjadi keliru dan tidak sempat menyediakan 'peluru' untuk 'menembak' Abdul Wahid," katanya.



kuala terengganu by election 170109 wahid victoyDalam pada itu, mengulas mengenai peratusan pengundi muda yang dikatakan agak rendah, berdasarkan pengamatannya yang turut terlibat secara langsung dalam tinjauan sepanjang proses pengundian berlangsung, katanya, pengundi muda yang membuang undi merupakan penyokong PAS.


"Biasanya golongan muda ini anti-establishment. Sepanjang proses pengundian, saya melihat kebanyakan pemuda-pemuda membawa bendera PAS. Hanya sebilangan kecil sahaja yang membawa bendera BN. Di sini kita dapat lihat kecenderungan golongan muda. Tidak semua orang muda tidak mengundi. Tetapi yang mengundi itu pangkah PAS," katanya.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .